Isnin, 8 Oktober 2012

MB Kelantan terharu dikunjungi Nazri Aziz

MB Kelantan terharu dikunjungi Nazri Aziz

Rizal Tahir, 09 Okt 2012

KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melahirkan rasa terharu di atas kunjungan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, yang sering kali mengunjunginya setiap kali ke Kelantan.

Menurutnya, Nazri Aziz satu-satunya menteri yang kerap mengunjunginya setiap kali datang ke Kelantan.

Beliau berkata demikian kepada Harakahdaily, ketika ditemui selepas pertemuannya dengan menteri itu, di pejabatnya pagi tadi.

Beliau juga turut melahirkan rasa kesal di atas menteri lain yang langsung tidak berkunjung ke pejabatnya selaku tuan rumah untuk bertanya khabar atau berbincang masaalah rakyat.

“Tindakan ini seolah-olah menafikan hak dalam demokrasi yang diamalkan dalam negara kita, apa salahnya datang dan bertanya khabar,”ujarnya.

Sebelum ini, bekas Menteri Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Aziz Shamsuddin, bekas Menteri Kebudayaan Datuk Seri Abdul Kadir Sheikh Fadzir, bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Lajim Ukim adalah antara menteri dan timbalan menteri yang pernah menziarahi Tuan Guru.

Sementara itu, Tuan Guru turut menyatakan kerajaan Pusat berjanji akan menyelesaikan segera pembinaan tebatan banjir di Sungai Golok.

Katanya, sebanyak RM6 bilion bakal diperuntukkan untuk kemudahan itu.

“Saya ucapkan terima kasih banyak, moga ianya akan menjadi kenyataan,” ujarnya lagi.

Pertemuan mereka yang memakan masa selama 40 minit berkisar kepada masalah banjir yang sering melanda Kelantan khususnya musim tengkujuh.

Ketua pembangkang: Muhyiddin bakal cipta sejarah

Ketua pembangkang: Muhyiddin bakal cipta sejarah

Ahad, 7 Oktober 2012

Tengku Paduka suntik semangat baru rakyat Terengganu

Tengku Paduka suntik semangat baru rakyat Terengganu

1,000 Unit Amal berjambori di Beserah



1,000 Unit Amal berjambori di Beserah

Harakahdaily, 07 Okt 2012

KUANTAN: Lebih 1,000 anggota Unit Amal menyertai Jambori Amal ke - 19 yang diadakan di Beserah, dekat sini.


(Antara peserta Jambori Amal ke 16 di Beserah)

Mereka menjalankan pelbagi aktiviti khasnya aktiviti kebajikan untuk penduduk di sekitar kawasan perhimpunan mereka kali ini.

Kalau selama ini, anggota Unit Amal dikenali sebagai pasukan paling bersdisiplin dalam Pakatan Rakyat, kini mereka membuat pelbagai kerja amal pula sesuai dengan nama mereka.

Bagi Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi, perhimpunan ini mempunyai serampang dua mata - untuk Unit Amal dan untuk masyarakat.

"Kali ini kita berhimpun di Dun Beserah iaitu salah satu DUN yang akan kita pertahankan dalam pilihan raya umum akan datang ini," kata beliau yang merupakan salah seorang Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang.

Katanya, jambori empat hari itu turut membabitkan semua kawasan di sekitar Dun Beserah termasuk Beserah, Balok,  Sungai Ular, Chendor,  Cherating dan Indera Mahkota.

“Pemuda PAS kini dalam usaha memasyarakatkan Pas untuk bersama penduduk dalam sesi program kemasyarakatan termasuk pemeriksaan kesihatan, bantuan kepada mereka yang memerlukan dan konvoi amal,” katanya.

(Mempersiapkan tapak perkhemahan Amal ke 16 di Pelangi Beach Resort 5 - 7 Oktober)

Nasarudin selepas itu melepaskan Konvoi Amal yang akan melakukan aktiviti kemasyarakatan dan gotong-royong di beberapa lokasi di Balok dan Chendor.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Amal Pahang, Saharudin Muhammad berkata, program itu bukan termasuk dalam agenda politik semata-mata tetapi memberi peluang kepada Pemuda Pas beramal kepada penduduk setempat.

Beliau berkata, kira-kira 1,000 ahlinya hadir dari seluruh negara untuk menyertai Jambori Amal itu.

“Atas kesedaran beramal kepada penduduk setempat, semua ahli hadir dengan inisiatif sendiri dan tiada badan khas yang membiayai program ini,” katanya.

Parlimen Turki beri kebenaran serang balas Syria

Parlimen Turki beri kebenaran serang balas Syria

Penerbit serah buku kepada pejabat MB

Penerbit serah buku kepada pejabat MB

Tentera Yaman gagalkan serangan ke atas tentera AS

Tentera Yaman gagalkan serangan ke atas tentera AS