Khamis, 17 November 2011

Umat Islam diumpan Injil bertenaga solar
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berkata pihaknya telah mengesan lapan cara yang dilakukan oleh pihak Kristian bagi mendakyahkan orang Islam.
Antaranya dengan menggunakan sejenis radio rakaman menggunakan tenaga solar yang dimuatkan dengan cerita-cerita Kristian atau disebut  ‘Solar Powered Handheld Talking Bible’.

NONEPerkara itu didedahkan oleh exco yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal Islam, Datuk Hasan Ali dalam jawapannya kepada ADUN Sungai Burung, Mohd Shamsudin Lias.

Katanya, cara lain termasuk menubuhkan pelbagai pertubuhan kebajikan atau persatuan bagi tujuan memberi bantuan berbentuk kewangan terhadap mereka yang mempunyai kesempitan hidup seperti ibu tunggal, orang miskin, warga emas dan lain-lain.

Selain wang tunai, tarikan lain termasuk pemberian keperluan harian, modal perniagaan dan pelbagai lagi.
Tawaran hiburan

Menurut jawapan Hasan yang juga bekas pesuruhjaya PAS Selangor, dakyah-dakyah juga disebarkan melalui internet dengan pelbagai pendekatan dan tawaran.

Ini termasuk hiburan, bantuan, khidmat nasihat, kelas dan lain-lain.

Katanya lagi, bagi mengaburi pihak berkuasa, pihak Kristian membina pusat-pusat komuniti bagi menyebarkan dakyah mereka.
“Mewujudkan kelas-kelas tuisyen percuma kepada orang-orang Islam mahupun bukan Islam sambil menyebarkan sedikit demi sedikit kepercayaan agama Islam.

“Penyebaran risalah-risalah di tempat-tempat awam dan di rumah-rumah kediaman dan juga di IPTA.

azlan“Menterjemahkan Injil ke dalam bahas Melayu,” jawapan itu dipetik.

Selain itu, Hasan juga berkata penggunaan kalimah Allah juga digunakan dalam penulisan Kristian.

Sehubungan itu, menurut Hasan bagi mencegah orang Islam daripada murtad, JAIS akan memperkenalkan enam tindakan dan langkah pencegahan.

Ini termasuk menguatkuasakan Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan Di kalangan Orang Islam) 1988 terhadap mana-mana individu, persatuan atau pertubuhan yang mendakyah agama selain Islam kepada orang Islam.
  • Rex Xar · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Intel
    ape kehal yg nko buat macam org ilam nih bodoh sangat. takkan dengan org baca bible terus nak masuk kristian. pakai akai bulih tak. mungkin hanya org jais je macam tuh. aku pernah baca bible takkan JAIS nak cop aku golongan yg akan murtad.. bodo punya JAIS, ceramah agama hampa halang macam mana islam nak berkembang.
    • Arie Pklang · Pengulas Tertinggi · Kebun sawit
      berapa kali dah ko khatam Quran?
    • Otakku Simpson · Pengulas Tertinggi · UNIVERSITI PENGALAMAN MALAYSIA
      injil bertenaga solar? camne bentuk dier? injil mp3 kan ade je kt internet. dwld je. sape tau, bg link solar tu
    • Jamulidin Yahaya · Pengulas Tertinggi
      Yang peting jati diri individu.perbanyakkan ilmu agama kedalam jiwa kanak kanak islam di sekolah.kalau nak dikira,disekeliling kita ni penuh cabaran dan dugaanyg sentiasabersedia untuk memesongkan akidah kita.sampai bila kita asyik nak menyalahkan orang lain sahaja.
  • Diplomatik Bebas · · Pengulas Tertinggi
    Kenapa bila kita bukak TV jer, kita tengok BERITA, mesti negara Islam yang BERPERANG. Contohnya, Pakistan, Palestin, Iraq, Libya dan negara2 Islam yang lain. Dah berratus2 tahun cerita yang sama.

    Tetapi SANGAT2 JARANG kita lihat negara bukan Islam berperang. Contohnya Australia, Kanada, Sweden, Singapore.

    Kenapa? Jawapannya cukup MUDAH. Zionis telah menguasai DUNIA ini. Mereka telah MENANAMKAN SIFAT benci kepada ISLAM sejak kita KECIL menggunakan MEDIA.
    ...Lihat seterusnya..

[Baca berita penuh]

© 2011 Malaysiakini. All rights reserved. English|Malay|中文版|தமிழ்

    Pernah ker kita mendengar PEMIMPIN2 BUKAN ISLAM kena BUNUH? SANGAT2 JARANG. Tetapi kita sudah pun MENDENGAR Osama, Saddam, Gaddafi, Pemimpin2 Islam Palestin TERBUNUH!

    Kadang2 BODOH jugak aku tengok orang ZIONIS nie. Nak tipu pun agak2 la. Orang2 BIASA mungkin MEREKA boleh TIPU. Tetapi orang2 yang menjadikan AlQuran sebagai PANDUAN, mereka TIDAK BOLEH menipu.

    Siapa ZIONIS di Malaysia nie? Jawapannya ialah APCO. Siapa APCO? APCO ialah Penasihat kepada Kerajaan Malaysia. Siapa bawak masuk APCO nie? Jawapan yg lagi MUDAH, Najib bin Abdul Razak.

    Renungkan2...

    TUMBANGKAN BN pada PRU ke 13!

Ibnu Hasyim: Hati-hati Wang Palsu, Lihat Bedanya Dah Tertipu.....

Ibnu Hasyim: Hati-hati Wang Palsu, Lihat Bedanya Dah Tertipu.....: PERBANDINGAN wang RM10 palsu (atas) dan tulen (bawah) yang diterima oleh Zamri daripada satu pasangan di Kuantan, Pahang semalam. PENG...

Ada pemimpin Pakatan sedia lantik Ku Li sebagai PM
Beberapa pemimpin Pakatan Rakyat dikatakan bersedia untuk menerima ahli parlimen Gua Musang Tengku Razeleigh, sebagai perdana menteri, dakwa bekas timbalan presiden PKR, Syed Husin Ali.

KataNONEnya, perkara itu dipersetujui dengan syarat bahawa Razaleigh atau lebih dikenali sebagai Ku Li dapat meyakinkan sekurang-kurangnya 15 hingga 20 ahli parlimen BN untuk berpaling tadah dalam cubaan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 16 Sept, 2008, untuk menggulingkan kerajaan BN.

Perkara itu didedahkannya menerusi buku terbarunya, Memoir Perjuangan Politik, yang dilancarkan malam, semalam.

Dalam buku itu, Syed Husin menulis, perkara itu adalah penting, kerana sebahagian besar ahli parlimen yang bersetuju meninggalkan BN itu adalah bukan bumiputera Islam. Pakatan, katanya mahu memastikan bahawa sokongan orang Melayu Islam, tidak terhakis.

Sambil mempertahankan bahawa usaha 16 September itu adalah benar, menurut pemimpin veteran itu lagi, Umno selepas mengetahui rancangan berkenaan, bergegas membawa kebanyakan ahli parlimen BN ke Taiwan, dan ada juga ke Macau dan New York, bagi memastikan rancangan itu tidak menjadi kenyataan.

september 16 political party jump"(Perdana Menteri) Najib (Abdul Razak) kemudian mengumumkan peruntukan kira-kira RM3 bilion bagi projek-projek pembangunan di Sabah dan Sarawak.

"Ini jelas bagi menyediakan peluang kontrak kepada syarikat-syarikat kroni dan kontraktor yang dikaitkan dengan ahli parlimen Umno dan juga pemimpin BN di kedua-dua negeri itu," tulisnya.

Majlis perasmian buku ini di Shah Alam dihadiri oleh kira-kira 500 orang.

Buku memoir itu merupakan kenangan hidup Syed Husin tentang perjuangan politiknya untuk menegak keadilan, kebajikan dan kebenaran bagi rakyat.

NONEIa juga menceritakan mengenai penyertaan, kegiatan, pengalaman dan pandangan beliau terutama berhubung beberapa peristiwa politik yang melibatkan rakyat.

Pendidikan, kegiatan akademik serta luar akademik diceritakan kerana sedikit sebanyak mempengaruhi sikap hidup Syed Husin, terutama terhadap bidang politik yang lebih setengah abad diceburinya.

Turut hadir semasa majlis perlancaran buku itu adalah ketua pembangkang PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim; Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said dan juga beberapa pemimpin Pakatan.

[Baca berita penuh]

© 2011 Malaysiakini. All rights reserved. English|Malay|中文版|தமிழ்