Isnin, 19 September 2011

Sejarah, pil oral anti-ED dan 'Stockholm Syndrome'
Zul Fikri Zamir Mohamad Munir
Sep 19, 11
9:04am
Kongsi 53
Seraya menjauhi Plato dan al-Farabi
Kuteliti dunia indra dengan mata sendiri
Tak pernah aku mengemis dan pinjam pandang orang lain
Dengan pandangan sendiri, muncullah apa yang kuingin


azlanTiba-tiba, sejarah menjadi topik paling hangat untuk diperkatakan. Mana tidaknya, untuk setiap 30 minit berita utama, 10 minit digunakan media massa untuk menghentam Mat Sabu. Eh, Mat Sabu?
Gila glamor betul Mat Sabu ni. Ada rakan saya kata, gila populariti! Nak jadi artis!
Haih, sampai jadi artis Mat Sabu!
Tetapi, mahu atau tidak kita perlu berterima kasih kepada Mat Sabu kerana telah menjolok sarang tebuan. Yang anehnya, sarang tebuan yang dijoloknya adalah sisi sejarah yang selama ini disorok oleh Umno.
mat indera forum 070911 audienceMaka secara tiba-tiba, sejarah menjadi sesuatu yang sangat menarik untuk diperkatakan. Timbullah pelbagai forum untuk membincangkan hal-hal berkait sejarah ini. Bekas-bekas ketua polis berkumpul sesama mereka, berbincang tentang sejarah yang betul. Profesor-profesor sejarah pun berkumpul juga, berbincang tentang sejarah yang tak betul, kata mereka.
Surat khabar, tak kurang dari dua minggu lalu, setiap hari membicarakan soal sejarah. Belum kira media internet.
Bosan...
Sejarah, sebagaimana yang biasa kita kenali, membosankan, mengantuk, kena salin nota panjang-panjang akibat guru yang malas mengajar, buku teks yang senantiasa membosankan.
NONETiba-tiba menjadi perhatian ramai. Ini adalah fenomena 'Stockholm Syndrome'. Anak muda yang selama ini menjadi 'hostage' dalam upacara pembelajaran sejarah secara tiba-tiba berasa empati dan berperasaan positif terhadap sejarah negaranya sendiri.
Sejarah yang selama ini kehilangan ereksi, cuba untuk dipulihkan oleh Mat Sabu dengan hanya menggunakan pil oral anti-erectile dysfunction (ED).
Ramai yang tidak sedar bahawa sejarah adalah ibrah. Tiada yang benar atau salah dengan sejarah. Sejarah hadir sebagai pengajaran. Dan yang lebih besar dari itu, sejarah bukan milik siapa-siapa.
Sebab itu apabila Umno menganggap sejarah memerdekakan negara kita adalah miliknya, milik tokoh-tokohnya, milik partinya, Umno telahpun memati-pucukkan fungsi sejarah sebagai alat (tools) dan material utamanya untuk menjadi pengajaran.
malaysia parliament parlimen building 050907 tunkuKesan fizikal terhadap usaha terancang memati-pucukkan sejarah ini adalah 'the lack of historical awareness' di kalangan warga muda serta 'serious historical disorder' di kalangan warga tua.
Usaha meminggirkan pejuang berhaluan kiri secara tersusun dan berterusan melalui sistem pendidikan ini telah menyaksikan betapa nihil dan ceteknya anak muda kita terhadap pergerakan dan usaha perjuangan menentang penjajah oleh penduduk Tanah Melayu dari sudut pandang global.
Dengan menerhadkan pejuang-pejuang dan pergerakan secara am, sejarah telah ditulis dan direka semula berdasarkan sudut pandang 'diminutive' atau dengan kata lain, memandulkan aspek pemahaman dan keperluan sejarah sebagai sebuah pengajaran.
Secara serpihan
Akibatnya, kaum muda hanya mengenali dan memahami sejarah perjuangan kemerdekaan negara secara serpihan. Kaum tua pula cuba menyorokkan serpihan-serpihan lain, agar kekal tidak diketahui kaum muda.
malaysia indepence merdeka tunku abdul rahman declare 290806'Serious historical disorder' ini, merujuk kepada usaha menulis semula sejarah menurut 'welstanchaaung' dan fantasi sesetengah pihak yang mempunyai kepentingan. Sejarah tidak ditulis berdasarkan kepada pengajaran atau 'end product' terhadap pengajian sejarah tersebut.
Malangnya, Mat Sabu adalah seorang ahli falsafah idealis, yang berjaya melihat 'mental things' sebagai akar kepada 'perception'. Kita perlu jujur bahawa, para pejuang aliran kiri seperti Dr Burhanudin Helmi dan rakan-rakannya juga mempunyai ruang dalam sama-sama menentang penjajah untuk menuntut kemerdekaan.
Apakah sikap kita sejujurnya, mengambil contoh pembunuhan Henry Gurney oleh Chin Peng? Saya tidak fikir masyarakat umum yang waras akan mengambil sikap untuk masih berpihak kepada Henry Gurney.

Tak seorangpun tahu bagaimana Diri muncul
Tak dari dunia ruang dan waktu ia berasal
Kudengar hikmah ini dari Nabi lautan:
“Laut tak lebih tua dari ombak buihnya”
Tak lagi zalim

'Stockholm Syndrome' bermula dengan penafian pertama oleh orang yang dijangkitinya. Komunisme yang selama ini diajarkan sebagai sebuah entiti ganas, zalim dan tidak berperi-kemanusiaan diterima secara baik oleh golongan muda. (Mana tidaknya, dua buah blok pasca-komunis, Russia dan China adalah dua penyokong utama pembentukan negara Palestin di UN).
NONEKomunisme, secara tiba-tiba tidak lagi dianggap zalim, ganas atau dalam bahasa mudahnya adalah delinkuen. Orang muda secara tiba-tiba bercakap 'komunisme' dalam terma ekonomi, mengangkatnya sebagai produk ekonomi anti-kapitalisme.
Ilmu telah mengatasi 'wrong-judgement' yang telah dilemparkan terhadap komunisme selama berdekad lamanya.
Tetapi perkara paling menarik menurut saya terhadap 'Stockholm Syndrome' ini adalah kerana ia turut menjangkiti ahli sejarahwan negara kita.
zainal klingTokoh yang pakar dan ahli dalam sejarah, yang memegang pangkat dan jawatan Profesor akhirnya secara terang menyatakan empati mereka dengan mengandaikan bahawa Tanah Melayu sebenarnya tidak pernah dijajah!
Andaian ini malah menyebabkan anak muda negara ini bingung, kerana selama ini mereka diajar bahawa begitu payah sekali Tunku Abdul Rahman berusaha untuk menuntut kemerdekaan, sehingga bergolok gadai wang dan emas semata-mata untuk menuntut kemerdekaan dari pihak British.
Jika tidak pernah dijajah, mengapa pula perlu mengemis meminta kemerdekaan dari British? Yang lebih membingungkan, laungan kemerdekaan oleh Tunku Abdul Rahman sebanyak 7 kali serta acara menyambut kemerdekaan saban tahun selama 54 tahun ini sebenarnya untuk apa?
NONESekali lagi 'Stockholm Syndrome' menyerang kerana andaian baharu diatas telah mencetuskan sebuah diaspora pemikiran yang telah menyerakkan lagi idea-idea tentang bagaimana sejarah harus difahami.
Anak muda yang selama ini lemah syahwat sejarahnya tiba-tiba naik berahi dengan kenyataan Majlis Profesor Negara tersebut, malah secara terbuka mula berdebat soalnya.
'Character-assasin'

Belajarlah dari kuntum bagaimana hidup, O Hati
Ia adalah lambang hidupmu yang mencari cahaya
Ia menyembul jauh dari kegelapan bumi
Tapi sejak lahir punya mata di sinar matahari


Saya berpendapat dari sudut nilai 'political-mileage' Mat Sabu terhadap keberaniannya mencadangkan Mat Indera sebagai Pil Oral anti-ED sejarah dalam sosio-budaya tabu dan norma sensitiviti masyarakat, keuntungannya tidak akan bergerak lebih jauh dari kerugiannya.
Dalam suasana dan 'ambience' masyarakat yang sensitif, sukar untuk Mat Sabu memulihkan 'character-assasin' yang sedang dihadapinya.
NONEPun untuk menyalahkan item politik dan struktur kepartian terhadap kemusnahan dan kecelaruan yang sedang kita hadapi dalam menangani isu sejarah ini adalah sesuatu yang tidak berasas.
Cuma sesuatu yang perlu kita sedari adalah selain sekuel dan prekuel berkait perjuangan menuntut kemerdekaan, 'minutia' seperti bahasa kebangsaan, batik (Indonesia), bendera (AS?) dan lagu kebangsaan (memula moon) adalah sebahagian dari kecelaruan budaya dan tamadun yang sedang kita raikan.
Apakah sebenarnya identiti dan jati diri kita sebagai warga negara, dan bagaimana seharusnya kita bersikap terhadap sejarah dan norma-norma budaya yang kita anuti sebenarnya?
Atau kita, bak kata rakan saya sebenarnya sedang; 'Celebrate the Chaos'!
mat indera 060911Mat Indera, tidak lebih dari sebiji pil oral anti-ED yang diraikan oleh Mat Sabu. Ketidakmampuan ereksi sejarah ini jika tidak mampu dirungkai menggunakan pil oral, masih mempunyai beberapa opsyen seterusnya seperti 'alprostadil', pam hampagas, rawatan hormon atau pembedahan.

Tetapi kita memang mempunyai tradisi sebegini rupa. Penyakit ketidakmampuan ereksi sejarah ini bukan asosiasi milik zaman kita, tetapi akar umbi dan tradisinya dimulakan sejak dari dahulu.
Sebagaimana dijelaskan oleh Mohd Yusof Ibrahim di dalam bukunya Sejarawan dan Pensejarahan Melayu (2010); “Jelas bahawa motif penulisan Tun Seri Lanang (Sulalatus Salatin) adalah 'untuk menyukakan duli hadrat baginda sultan'...”.
  • Arl Alex · Pengulas Tertinggi
    Yg didedahkan baru kepincangan sejarah tanah melayu. Yg belum didedahkan malah tidak pernah didedahkan adalah sejarah penubuhan MALAYSIA. Apabila menyentuh tentang penubuhan, sudah tentu ada pra syarat, persetujuan dan seterusnya perjanjian.

    Sejarah yg disajikan sekarang menonjolkan Sabah dan Sarawak adalah sebahagian dari 13 negeri yg ada di Malaysia. Sedangkan mengikut persetujuan tubuh negeri Sabah dan Sarawak, sepatutnya kedua-dua negeri ini masing2 merupakan 1/3 dari dari entiti Malaysia. Ini bermakna asas penubuhan Malaysia adalah 1 (tanah melayu - seluruh semenanjung), 2 (Sarawak) dan 3 (Sabah) selepas mengambil kira Singapura keluar dari penubuhan.

    Sebagaimana yg diketahui umum, hasil bumi kedua-dua negeri ini adalah penyumbang terpenting kepada ekonomi negara. Bagaimanapun semuanya disonglap dek diberikan status 1/1...Lihat seterusnya..
    • Ajie H Majid · UMS
      AA..ptutla xda org berani nak tuntut 20 perkara tu..x pasal2 disumbat ke dlm ISA..
  • Kawat Duri · Pengulas Tertinggi
    Cuma sesuatu yang perlu kita sedari adalah selain sekuel dan prekuel berkait perjuangan menuntut kemerdekaan, 'minutia' seperti bahasa kebangsaan, batik (Indonesia), bendera (AS?) dan lagu kebangsaan (memula moon) adalah sebahagian dari kecelaruan budaya dan tamadun yang sedang kita raikan.
    Apakah sebenarnya identiti dan jati diri kita sebagai warga negara, dan bagaimana seharusnya kita bersikap terhadap sejarah dan norma-norma budaya yang kita anuti sebenarnya?
    Smua dah cacamarba.......di adun oleh umporno utk mnyesatkn mngelirukn .....islam pun dah d londeh.
    • Pisang Madu · Pengulas Tertinggi · UDM
      rakyat diberi hiburan melampau utk tidurkan minda
    • Kawat Duri · Pengulas Tertinggi
      tanggal 31 Ogos 1957, Malaya masih lagi dijajah oleh British. Jadi sesiapa saja yang bekerja dengan British semasa zaman tersebut mesti patuh dengan arahan penjajah British sama ada mereka suka atau tidak.
      Jadi persoalannya sekarang adakah mereka yang mempertahankan kerajaan British pada zaman tersebut boleh dianggap sebagai hero mempertahankan tanah air atau mempertahankan
      kerajaan penjajah British?
      Adakah mereka dapat imbuhan atau penghargaan setelah pemerintah British meninggalkan Malaya?
      SAPE SEBENARNYA TALI BARUT........
      tali rapia d tuduh tali barut...
      tali barut ....celup jadi rantai eMas.
  • Ipoh Mali · Pengulas Tertinggi · Friends with Abang Nik
    Yang Bestnya Penulis ni kata " Mat Sabu Jolok Tebuan disebelah UMNO.. sekarang ni gua rasa UMNO yg Bengkak kena Sengat Tebuan".. kah kah kah... cuma UMNO boleh tuduh Mat Sabu la, tapi UMNO yg teruk kena kesanya.. kah kah kah kah.
  • Izmil Amri · Pengulas Tertinggi · Universiti Teknologi Mara
    Wahh!! Hebat! Berpinau mata aku baca. Terus add kat fb.
  • Drs Zainuddin Awang Hamat · Pengulas Tertinggi · Ahli Dewan Undangan Negeri N30 Limbongan di Kerajaan Negeri Kelantan
    Knsep aksioma dalam melihat kedepan sejarah negara berdasarkan realiti dan amanah perawi sejarah yang komited dengan dosa dan pahala.

Najib sengaja ketepi pejuang mansuh ISA

Najib sengaja ketepi pejuang mansuh ISA

Bukan tukar bendera tapi tumbangkan BN

Bukan tukar bendera tapi tumbangkan BN