Ahad, 21 Ogos 2011

Cincin Rosmah AS$24J, Kompas Minta Maaf.


JAKARTA, 21 Ogos — Akhbar Indonesia Kompas hari ini memohon maaf kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan keluarganya atas satu laporan — berkaitan cincin berlian — yang disiarkan pada 4 Ogos lalu yang berunsur fitnah.
Permohonan maaf itu adalah berkaitan dengan tulisan yang mengaitkan isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor dengan sebuah syarikat perniagaan, yang telah dinafikan kebenarannya dan juga cincin berlian berharga AS$24 juta, yang sebenarnya tidak pernah dipesan oleh Rosmah.
Pertengahan bulan lalu Rosmah berkata laporan beberapa blog mengenai cincin itu satu fitnah. Permohonan maaf itu juga merujuk kepada laporan tentang bakal besan Perdana Menteri yang dikatakan kononnya mempunyai hubungan dengan mafia Rusia.
“Atas berita tersebut, Pemimpin Redaksi Kompas Rikard Bagun, Sabtu (20 Ogos) di Jakarta, secara khusus menyatakan permintaan maafnya kepada ketua kerajaan dan keluarga,” kata Rikard dalam Kompas Minggu, hari ini dipetik oleh Bernama Online.
Permohonan maaf itu terkandung di perenggan 10, muka surat 10 akhbar tersebut dalam satu laporan bertajuk “PM Najib Razak: Demokrasi Juga Terjadi di Malaysia”, tulisan wartawan kanan Kompas Jimmy S. Harianto.
Harianto yang dihubungi Bernama pada Jumaat lalu berkata beliau sendiri telah menyampaikan permohonan maaf secara lisan kepada Najib apabila beliau bertemu dengan Perdana Menteri di Kementerian Kewangan, Putrajaya, pada Khamis.
Semasa pertemuan itu Najib telah menyatakan rasa terperanjat dengan laporan Kompas pada 4 Ogos itu.
“Saya terperanjat dengan laporan tersebut. Sebab faktanya, saya tahu itu tidak benar sama sekali,” Najib dipetik akhbar itu dalam tulisan Harianto hari ini.
“Apa lagi hal ini berkaitan nama Ketua Kerajaan negara jiran, yang mana hubungan kita amat penting sekali,” kata Najib.
Pada pertemuan dengan Najib itu, Harianto turut mengadakan wawancara khas dengan Perdana Menteri berkaitan hubungan dua hala Malaysia-Indonesia. Najib yang ditanya mengenai harapan Malaysia kepada Indonesia sebagai negara jiran dan Pengerusi Asean kali ini, berkata beliau mengharapkan hubungan dua hala yang sangat akrab, ibarat hubungan dua negara jiran yang mempunyai warisan yang sama dan erat daripada segi sejarah.
“Hubungan budaya, agama, dan hubungan kekeluargaan (Najib keturunan ke-11 daripada Kerajaan Gowa, Sulawesi Selatan). Dan seterusnya...
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Penyelesaiannya di mahkamah bukan di akhbar, apalagi bila berkait dengan hak-hak rakyat.

K'tan: Guru Pasti Terima Tunggakan & Duit Raya -A/Latif


PENGKALAN CHEPA, 21 Ogos 11: Sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini lebih bermakna bagi 621 guru Pasti apabila menerima tunggakan elaun dan duit raya baru-baru ini.

Setiap mereka menerima antara RM550 sehingga RM640 melibatkan jumlah peruntukan keseluruhan sebanyak RM331,440. Pengarah Pasti Negeri, Abdul Latif Abdul Rahman berkata, pihaknya sentiasa berusaha memastikan elaun guru-guru Pasti di negeri ini dibayar setiap bulan. “Pasti negeri mahu elaun guru-guru Pasti dibayar setiap bulan tanpa ada tunggakan bagi memastikan kebajikan mereka lebih terbela,” katanya di majlis penyampaian elaun tersebut di Putik.
Oleh itu beliau yang juga Ketua Pemuda PAS Kelantan mengingatkan guru-guru Pasti hendaklah mengekalkan penampilan kerana mereka menjadi ikutan pelajar-pelajar Pasti. Katanya juga pendidik merupakan golongan yang dimuliakan dalam Islam kerana memberi ilmu dan mendidik manusia menjadi hamba Allah yang taat. (IH)

Mengapa Dg Bulan Di Logo BNM Ini?

Di sini dipaparkan komen speedganu mengenai logo di atas.
".. saya tidaklah teringin memanjang lebarkan artikel ini, cuma ingin berkongsi satu persoalan yang agak musykil. Cuba kita perhatikan apakah binatang sebenar yang terpampar atau ditertera pada logo Bank Negara Malaysia? Adakah ia seekor kijang? Atau rusa? Cuba perhatikan 3 elemen penting ini.."
3 Elemen tersebut ialah..
1-Telinga atau tanduk? Kalau betul ianya telinga.. betulkah gambaran telinga seekor kijang atau rusa? ...dan kalau tanduk pula.. adakah betul tanduk kijang atau rusa seperti itu?
2-ekor? ...apakah betul kijang atau rusa mempunyai ekor yang panjang seperti itu?
3-bulan penuh dan separa penuh? -apakah fungsi atau maksud daripada gambarajah bulan di dalam logo tu?
Menurut speedganu lagi, ".. saya terdetik, mengatakan gambarajah ini, adalah salah daripada lukisan yang ada pada simbol simbol monumen piramid."
Wallahu a'lam
Lihat sebelum ini..
Anda mungkin juga meminati:

24 Ogos Ini,Qari Kecil Iran Di Pusat Tarbiah K'tan


PENGKALAN CHEPA, 21 Ogos 11: Seorang qari kanak-kanak dari Iran, Reza Goldshahi, 13 tiba di Kelantan Khamis lalu bagi memeriahkan program tadarus al-Quran sempena Ramadan ini.

Sejurus tiba di sini beliau dibawa menemui Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan turut memperdengar bacaan al-Quran di pejabatnya di Kota Darulnaim. Reza ditemani seorang warga Iran, Ali Memariani akan berada hampir seminggu di Kelantan.

Kehadirannya ditaja Tabung Amanah Tok Kenali, agensi kerajaan dan beberapa badan bukan kerajaan. Beliau akan memperdengarkan bacaan al-Quran pada 24 Ogos ini di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan jam 4 petang bersama qari cilik tempatan. (IH)

Ümit Hüseyin Nejad - Dünya Kur'an Okuma Birincisi

Dünya Kur'an Okuma Birincisi İranlı Çocuk Ümit Hüseyin Nejad