
Analogi
mudah: Anda (Andaikanlah nama anda itu Najeeb) bersama pasukan
bolasepak anda ada 11 orang pemain. Gol di sebelah pasukan anda lebih
kecil. Anda pastikan pengadil ialah adik kembar anda. Anda akan masukkan
pemain tambahan bila-bila masa sahaja tanpa beritahu pengadil dan tanpa
keluarkan pemain sedia ada.
Pasukan anda boleh sumbat gol dengan tangan selain anggota lain.
Tidak ada istilah offside bagi pihak pasukan anda. Budak kampung kata
curi ayam.
Kalau pasukan lawan sumbat gol, pengadil akan batalkan gol dengan
mengatakan offside walaupun tidak benar. Pasukan anda pun terdiri dari
pemain tempatan, termasuk 4 pemain import dari Bangladesh, Cambodia,
Myanmar dan Indonesia.
Akhirnya pasukan anda menang 3-2, tetapi kesemua 3 gol itu dengan
menggunakan tangan, offside dan pengadil hadiahkan penalti tanpa sebab.
Lalu dengan megah sambil mengangkat dada dan hidung, anda menjaja
seluruh kampung bahawa pasukan bolasepak anda menang 3-2 mengalahkan
pasukan lawan. Dan anda berkata pasukan andalah paling hebat dan andalah
pemain terbaik perlawanan itu.
Kalau anda diletakkan dalam situasi ini, dan anda seorang yang ada
maruah dan harga diri serta integriti, tergamakkah anda berbuat seperti
ini?
Ini hanyalah analogi mudah yang sering kita dengar dalam ceramah
pemimpin Pakatan Rakyat mengenai perjalanan pilihanraya umum atau kecil
di negara Malaysia tercinta yang telah merdeka dari penjajah lebih 56
tahun ini. Namun, kerana NAFSU besar mahu terus berkuasa, segala
pertimbangan akhlak mulia, harga diri, integriti hatta perkara
salah-laku yang jelas dapat dilihat pun tidak dapat dinilai dengan
benar.
Kalau anda masih tak faham dengan analogi di atas, memang anda seorang yang bengap!