Jumaat, 12 April 2013
Antara penyelewengan dan salah guna kuasa Dr.M
Antara penyelewengan dan salah guna kuasa Dr.M
![]() |
| buku yang diharamkan penjualanya di Malaysia merakamkan banyak salah laku Mahathir |
1. Menyekat penyiasatan atau pendakwaan ke atas kroni-kroni kanan BN seperti kes:
* Pemberian saham oleh Rafidah Aziz, ketika itu Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri kepada menantunya yang telah disiapkan kertas pertuduhan oleh Peguam Negara, tetapi tidak didakwa kerana ditutup failnya oleh Peguam Negara kononnya kekurangan bukti.
* Penyiasatan ke atas bekas Ketua Menteri Melaka, Abdul Rahim Tamby Chik tentang penglibatan beliau dalam kes rogol pelajar bawah umur dan pengamal rasuah yang tersohor.
* Sekatan ke atas siasatan BPR dalam kes rasuah bekas Gabenor Bank Negara, Ali Abul Hassan Sulaiman yang didedahkan secara bersumpah oleh bekas Pengarah BPR, Datuk Shafie Yahya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
2. Kegagalan dan melambatkan proses penyiasatan ke atas kroni-kroni BN
* Penyiasatan lanjut ke atas kes Perwaja dan Eric Chia (kerana perbicaaan dilakukan secara olok-olok yang akhirnya Eric Chia dibebaskan dan sudah pun meninggal dunia). Kes Eric Chia kini diulang tayang semula dengan pendakwaan ke atas bekas Menteri Pengangkutan, Ling Liong Sik dituduh terlibat menipu kerajaan dalam skandal PKFZ yang mana dijangkakan Ling juga akan turut dibebaskan seperti mendiang Eric Chia.
* Penyiasatan kes BMF dan kes pembunuhan saksi utama dalam skandal BMF.
*
* Penyiasatan kes pelaburan Tabung Haji bernilai RM200 juta yang diluluskan oleh bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Abdul Hamid Othman.
*
* Kes penyelewengan saham MAIKA Holding oleh bekas Menteri Kerja Raya dan bekas Presiden MIC S Samy Vellu.
*
* Penyiasatan kes bekas Menteri Pembangunan Masyarakat dan Perpaduan Negara, Dr Siti Zaharah Sulaiman yang menyeludup kereta mewah Mercedes Benz S320.
*
* Penyiasatan kes membaik pulih rumah Menteri Besar Selangor dengan kos RM5 juta Khir Toyo dan lain-lain kegiatan rasuahnya yang telah dilaporkan secara detail kepada SPRM. Khir kini menghadapi satu kes daripada berpuluh kes yang dilaporkan. Khir hanya didakwa memiliki tanah dan rumah mewah bernilai jutaan ringgit sahaja. Itu pun dijangka akan dibebaskan juga kerana ia merupakan lakonan Najib mahukan rakyat tahu bahawa yang beliau anti kepada pemimpin yang rasuah. Persepsi rakyat:
*
* Mahkamah adalah sebuah institusi ‘pembersihan’ bagi para pemimpin UMNO yang dituduh kurop, kemudian dibebaskan oleh mahkamah dengan alasan yang lapok yang rakyat bosan mendengarnya. Mahkamah Malaysia bukan institusi menegak kebenaran dan keadilan.
3. Menyelewengan dana-dana awam untuk membantu kroni BN
* Merompak wang royalti minyak Terengganu dan ditukar menjadi wang ehsan untuk kegunaan politik UMNO ketika PAS memerintah Terangganu dari tahun 1999 hingga 2004.
* Mengagihkan projek lebuh raya Utara Selatan kepada syarikat milik Umno, UEM bagi tujuan membiayai pembinaan Ibu Pejabat UMNO, PWTC.
* Memaksa Kumpulan Wang Simpanan Guru-guru (KWSG) menyelamat (bail out) 50.6 peratus saham MAS milik Naluri Sdn Bhd dengan harga RM8 sesaham ketika harga semasanya RM3.60 sesaham.
* Pengambilalihan semula MAS oleh kerajaan daripada Tajuddin Ramli yang bernilai RM1.8b.
* Pengambilalihan syarikat UMNO, Renong dan UEM oleh kerjaan melalui Dana Harta.
* Pelaburan Tabung Haji melalui TH Technologies Sdn Bhd dalam projek ERL dengan penguasaan 80 peratus saham yang menguntungkan kroni Perdana Menteri yang menjadi rakan kongsi YTL Corporation.
* Penyuntikan modal RM750 juta kepada BBMB, sebuah bank milik kerajaan sebelum diambil alih oleh bank milik Umno, Bank of Commerce dan membentuk Bank Bumiputera Commerce (BCB).
* Pembelian saham Technology Resource Industries (TRI) oleh Dana Harta .
* Pengambilalihan Celcom, anak syarikat TRI oleh Telekom.
* Memaksa KWSP membiayai projek LRT Putra serta menyelamatkan L&G dan PLUS.
* Memaksa Petronas membeli saham Proton.
* Memaksa Petronas mengambil alih Litar Sepang.
* Memaksa Dana Harta menanggung hutang lapuk berjumlah RM39.326b milik BBMB, Sime Bank dan 66 institusi kewangan yang lain.
* Memiliknegarakan IWK setelah ia mengalami kerugian.
* Pemilikan 200 syarikat oleh Mirzan Mahathir.
* Kes anak Ling Liong Sik memiliki harta RM1b ketika berusia 28 tahun.
* Penglibatan keluarga Daim Zainuddin dalam pelbagai jenis perniagaan, dan
* Penglibatan adik dan anak Abdullah Ahmad Badawi dalam perniagaan.
4. Menyalahgunakan akta-akta draconian seperti ISA, OSA dan Akta Cetak dan Mesin Cetak bagi tujuan kepentingan politik UMNO:
* Kes ISA seperti Operasi Lalang (1987), Operasi Kenari (1989), al-Arqam (1994), Reformasi (1998), al-Maunah (2000) dan KMM (2001).
* Kes OSA seperti kes Mohd Ezam Mohd Noor (2002).
* Kes Akta Cetak dan Mesin Cetak seperti kes Lim Guang Eng (1999).
5. Menyekat kebebasan badan penguatkuasa
* Campur tangan terhadap tugas-tugas polis
* Mengganggu penyiasatan BPR
* Menghalang pendakwaan oleh Peguam Negara, dan
* Mencampuri tugasan SPR dalam urusan pilihan raya.
6. Mengagihkan tender-tender secara runding terus kepada kroni yang tidak berkelayakan sehingga menyebabkan kes-kes seperti:
* Keruntuhan makmal computer;
* Kegagalan menyiapkan 2,192 makmal komputer dalam fasa pertama;
* Terbengkalainya projek perumahan polis di Batu Pahat;
* Keretakan PULAREK; dan
* Penyelewengan pembekalan alat-alat saintifik ke Kolej Matrikulasi.
7. Mempengaruhi integriti dan kebebasan kehakiman
* Kes Anwar Ibrahim (kes liwat 1)
* Kes fiasco Tun Salleh Abbas;
* Percutian Ketua Hakim Negara, Mohd Eusoff Chin bersama VK Lingam.
* Kes tape Lingam, Suruhanjaya Diraja yang terlibat menyiasata kes ini mencadangan beliau bersama 5 orang lagi disiasat lanjut. Nazri Aziz kata tiada kes, maka kes ditutup.
* Campur tangan seorang hakim kanan dalam pengendalian kes pengundi hantu DUN Likas.
* Pendedahan oleh Datuk Syed Aidid, bekas Hakim Mahkamah Tinggi tentang 112 kes rasuah hakim-hakim.
* Penghapusan bukti dalam kes seks DP Vijandran.
* Perlantikan Mohtar Abdullah sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan setelah beliau terlibat membebaskan Rahim Tamby Chik, Tan Sri Muhammad Mohd Taib, Rafidah Aziz dan sebagainya ketika menjadi Peguam Negara, dan
* Perlantikan Ariffin Jaka dan Agustin Paul (sudah meninggal dunia kerana mengidap barah) sebagai Hakim Mahkamah Agung.
8. Kerugian dan penyelewengan dana-dana awam
* Penyelewengan RM 40 juta wang PPRT;
* Kerugian pelaburan Tabung Haji;
* Kerugian RM15b Bank Negara;
* Kerugian RM40 juta AIM;
* Kerugian LRT Putra dan LRT Star; dan
* Kemerosotan keuntungan KWSP hampir RM600 juta pada 2000.
9. Menghina dan menyekat Islam
* Merancang membuang nama Islam daripada pertubuhan Islam;
* Mengucapkan penghinaan ke atas sunnah-sunnah Nabi;
* Mengucapkan penghinaan ke atas hukum-hukum Tuhan;
* Membiarkan penulis-penulis menghina hukum Allah, Islam, nabi dan ulama;
* Menyekat dan memperkecilkan sekolah agama rakyat; dan
* Memecat Mufti Selangor kerana mempertahankan tiga orang ratu cantik.
10. Menghapuskan hak istimewa Melayu dan Bumiputera
* Menutup dua MRSM di Terengganu;
* Menutup sekolah agama rakyat; dan
* Menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar subjek Matematik dan Sains di sekolah.
Atas beberapa keadaan inilah maka saya berpandangan bahawa:
* Dr Mahathir Mohamad sepanjang menjadi Perdana Menteri telah melakukan pelbagai jenayah atau melindungi kegiatan jenayah dengan menyalahgunakan kuasa beliau sebagai Perdana Menteri;
* Dr Mahathir Mohamad telah menyalahgunakan dana-dana awam untuk membantu kroni-kroni, kaum keluarga dan kepentingan-kepentingan BN;
* Dr Mahatir Mohamad juga telah melakukan pelbagai penyelewengan dalam pentadbiran kerajaan termasuk membiarkan berlakunya rasuah, salah guna kuasa dan sebagainya;
* Dr Mahathir Mohamad juga telah menggunakan kuasanya untuk mencampuri urusan badan-badan penguatkuasa dan menghalang kebebasan kehakiman; dan
* Dr Mahathir Mohamad telah melakukan pencabulan ke atas hak asasi rakyat, mencabul kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan dan mencabul hak istimewa orang-orang Melayu dan Bumiputera.
Oleh yang demikian, Dr.Mahathir perlu disiasat bagi menentukan sejauh mana keterlibatan beliau dalam pelbagai jenayah, penyelewengan dan salah guna kuasa sepanjang 22 tahun memerintah negara ini. Pihak polis yang kena belasah oleh Dr Mahathir sekarang perlu membuat penyiasatan menyeluruh tentang kegiatan jenayah yang sebutkan di atas
Khamis, 11 April 2013
Pelantikan perdana menteri selepas PRU
Pelantikan perdana menteri selepas PRU
|
ULASAN Kebenaran adalah kasualti pertama dalam media massa yang dikawal oleh BN dalam pilihan raya umum Ke-13 yang akan datang.
Antara pembohongan yang disebarkan secara meluas dalam media aliran utama adalah pertama sekali, sejauh mana skop budi bicara Yang di-Pertuan Agong dalam menjemput seseorang menjadi perdana menteri untuk membentuk kerajaan persekutuan seterusnya.
Dan kedua, dakwaan bahawa BN dianggap sebagai "satu pihak" manakala Pakatan Rakyat dianggap sebagai "suatu gabungan" adalah berkaitan dalam menentukan tahap sokongan dalam Dewan Rakyat bagi tujuan melantik seorang perdana menteri.

Kita perlu merujuk kembali kepada Perlembagaan Persekutuan bagi jawapannya. Perkara 40(2) memperuntukkan bahawa:
"Yang di-Pertuan Agong boleh bertindak menurut budi bicaranya dalam melaksanakan fungsi- fungsi yang berikut, iaitu: -
"Yang di-Pertuan Agong boleh bertindak menurut budi bicaranya dalam melaksanakan fungsi- fungsi yang berikut, iaitu: -
- pelantikan seorang Perdana Menteri
Perkataan "menurut budi bicaranya" mungkin menunjukkan bahawa Yang di-Pertuan Agong mempunyai budi bicara yang luas.
Bagaimanapun,
Perkara 43(2)(a) mengecilkan skop budi bicara itu dengan ketara
mengikut pernyataan bahawa Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik
"ahli Dewan Rakyat yang pada hematnya mungkin mendapat kepercayaan
majoriti ahli-ahli Dewan itu" sebagai perdana menteri.
Oleh itu, dalam terma perlembagaan itu sendiri, Yang di-Pertuan Agong tidak boleh bertindak dengan kebebasan sepenuhnya. Sebaliknya, perdana menteri yang dilantik mestilah:
(i) seorang ahli Dewan Rakyat (bukannya Senator di Dewan Negara); dan

(ii) harus dapat menguasai keyakinan majoriti, iaitu, sekurang-kurangnya 112 Ahli Parlimen daripada sejumlah ahli seramai 222.
Perkara-Perkara
40(2) dan 43(2)(a) hanya menyatakan perlembagaan konvensyen kerajaan
berparlimen Westminister dalam terma yang nyata yang telah wujud selama
sekurang-kurangnya dua abad yang mana dipraktikkan oleh Malaysia.
Kita mempunyai sebuah kerajaan, yang dipilih sekali dalam tempoh 5 tahun, yang bertanggungjawab kepada Parlimen, iaitu sebuah kerajaan yang dipertangunggjawabkan kepada cawangan perundangan yang dilantik.
Oleh sebab ia adalah tunggak asas demokrasi berparlimen, seseorang hanya boleh menjadi perdana menteri jika beliau pada mulanya boleh menguasai, dan seterusnya mengekalkan, untuk keseluruhan jangka masa 5 tahun berparlimen, keyakinan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat.

Ia boleh diperhatikan bahawa terma-terma "parti" dan "pakatan parti-parti" tidak dirujuk dalam Perkara 43(2)(b).
Bagaimana PM mencapai majoriti?
Ia mewakili kedudukan perlembagaan. Di bawah perlembagaan, ia tidak menyatakan bagaimana seseorang perdana menteri mencapai majoriti dalam Dewan Rakyat.
Perlembagaan yang bertujuan untuk berkhidmat sebagai undang-undang tertinggi di negara ini untuk generasi akan datang, telah dengan sengaja digubal secara luas, umum dan am, dan ia juga ditafsirkan dengan cara yang liberal.
Apa yang menjadi asas adalah keupayaan seorang perdana menteri untuk mengawal majoriti Dewan Rakyat supaya dia mempunyai kerajaan yang stabil.
Tugas yang dihadapi oleh Yang di-Pertuan Agong, sebagai Raja Berperlembagaan, adalah jelas apabila melantik seseorang perdana menteri selepas pilihan raya umum (berbeza dengan kematian atau persaraan seorang perdana menteri).
Yang
di-Pertuan Agong menjemput Pemimpin pihak-pihak Pakatan - sama ada
Najib Razak atau Anwar Ibrahim - yang mendapat sokongan daripada 112
atau lebih ahli Dewan Rakyat.
Ia adalah semudah dan sejelas itu. Saya telah menetapkan kedudukannya seperti yang dibincangkan oleh cendekiawan-cendekiawan perlembagaan di Malaysia, Britain, India dan Australia di Lampiran yang berikut.
Bagaimana PM mencapai majoriti?
Ia mewakili kedudukan perlembagaan. Di bawah perlembagaan, ia tidak menyatakan bagaimana seseorang perdana menteri mencapai majoriti dalam Dewan Rakyat.
Perlembagaan yang bertujuan untuk berkhidmat sebagai undang-undang tertinggi di negara ini untuk generasi akan datang, telah dengan sengaja digubal secara luas, umum dan am, dan ia juga ditafsirkan dengan cara yang liberal.
Apa yang menjadi asas adalah keupayaan seorang perdana menteri untuk mengawal majoriti Dewan Rakyat supaya dia mempunyai kerajaan yang stabil.
Tugas yang dihadapi oleh Yang di-Pertuan Agong, sebagai Raja Berperlembagaan, adalah jelas apabila melantik seseorang perdana menteri selepas pilihan raya umum (berbeza dengan kematian atau persaraan seorang perdana menteri).
Ia adalah semudah dan sejelas itu. Saya telah menetapkan kedudukannya seperti yang dibincangkan oleh cendekiawan-cendekiawan perlembagaan di Malaysia, Britain, India dan Australia di Lampiran yang berikut.
Hakikat
politik adalah penguasaan parti-parti dalam sistem demokrasi yang moden,
dan yang lebih penting lagi adalah penggunaan whip parti untuk menjamin
disiplin di kalangan ahli-ahli parti.
Ini bermakna bahawa parti-parti (atau pakatan parti-parti) adalah pelakon dominan dalam bidang politik. Mereka memilih calon-calon, membiayai mereka, dan memastikan bahawa mereka bertanding atas tiket parti yang menyokong manifesto parti.
Pengundi-pengundi sentiasa mengundi untuk parti, dan bukannya calon, walaupun terdapat calon-calon yang sentiasa berkarisma, yang akan menerima beberapa undi tersendiri, dan bukannya melalui parti mereka.
Selepas
pilihan raya, ahli-ahli Parlimen yang berjaya menerima cemeti parti dan
mengundi dengan parti mereka sepanjang hayat Parlimen tersebut. Parti
itu sendiri memilih pemimpinnya.
Oleh itu, untuk semua tujuan praktikal, pemimpin parti politik yang telah memenangi pilihan raya umum akan dijemput oleh pemerintahan berraja untuk membentuk kerajaan akan datang.
Sebagai contohnya, Tony Blair yang memimpin Parti Buruh dalam kemenangan pada tahun 1998, dan telah dijemput oleh Queen Elizabeth untuk menjadi perdana menteri.
Dalam keadaan yang sedemikian, pemerintahan beraja tidak mempunyai apa-apa pilihan dalam perkara itu.
Ini bermakna bahawa parti-parti (atau pakatan parti-parti) adalah pelakon dominan dalam bidang politik. Mereka memilih calon-calon, membiayai mereka, dan memastikan bahawa mereka bertanding atas tiket parti yang menyokong manifesto parti.
Pengundi-pengundi sentiasa mengundi untuk parti, dan bukannya calon, walaupun terdapat calon-calon yang sentiasa berkarisma, yang akan menerima beberapa undi tersendiri, dan bukannya melalui parti mereka.
Oleh itu, untuk semua tujuan praktikal, pemimpin parti politik yang telah memenangi pilihan raya umum akan dijemput oleh pemerintahan berraja untuk membentuk kerajaan akan datang.
Sebagai contohnya, Tony Blair yang memimpin Parti Buruh dalam kemenangan pada tahun 1998, dan telah dijemput oleh Queen Elizabeth untuk menjadi perdana menteri.
Dalam keadaan yang sedemikian, pemerintahan beraja tidak mempunyai apa-apa pilihan dalam perkara itu.
Di Malaysia, tiada satu parti (tidak juga Umno) yang telah dapat
menguasai majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat. Sebaliknya, kerajaan merdeka
pertama Malaya yang mengambil alih kuasa pada 31 Ogos 1957 adalah
pakatan Perikatan yang terdiri daripada Umno, MCA dan MIC.
Birokrat yang patuh pada BN
Pada tahun 1972, pakatan Perikatan berkembang kepada pakatan BN yang kini terdiri daripada 14 parti politik yang berbeza. Semua enam perdana menteri Malaysia memimpin pakatan-pakatan, dan cara itu akan berterusan pada masa hadapan.

Maklumat palsu yang tersebar
dalam media massa BN, bahawa terdapat perbezaan yang besar antara
pakatan-pakatan BN dan Pakatan yang mana Yang di-Pertuan Agong perlu
mengambil kira apabila melantik seorang perdana menteri selepas pilihan
raya umum ke-13.
Menurut hujah ini, Barisan telah didaftarkan sebagai sebuah parti politik dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) di bawah Akta Pertubuhan 1966.
Hasilnya, semua calon-calon bagi 222 kerusi Parlimen yang dipertandingkan oleh BN akan bertanding atas tiket BN yang sama.
Sebaliknya, calon-calon Pakatan akan bertanding sebagai calon-calon PAS, PKR atau DAP dan bukannya sebagai calon Pakatan. Ini adalah suatu hujah yang licik.
Apa
yang tidak dinyatakan ialah ROS adalah suatu birokrat yang sama sekali
patuh kepada kerajaan BN. Ia tidak bertindak secara bebas, adil atau
betul. Hanya satu contoh sifat berat sebelahnya akan mencukupi.
Perlu diingatkan bahawa apabila Mahkamah Tinggi mengisytiharkan Umno haram pada tahun 1986, ROS segera meluluskan permohonan Dr Mahathir Mohamad untuk pembentukan Umno Baru sementara menolak permohonan oleh bekas perdana menteri Tunku Abdul Rahman dan Hussein Onn bagi pendaftaran parti politik mereka sendiri.
Oleh itu, ia tidak menghairankan untuk mengetahui bahawa ROS menolak permohonan Pakatan untuk mendaftarkan dirinya sebagai sebuah parti politik manakala meluluskan permohonan yang serupa BN.
Oleh itu, Pakatan dihalang daripada bertanding sebagai sebuah parti tunggal.
Menurut hujah ini, Barisan telah didaftarkan sebagai sebuah parti politik dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) di bawah Akta Pertubuhan 1966.
Hasilnya, semua calon-calon bagi 222 kerusi Parlimen yang dipertandingkan oleh BN akan bertanding atas tiket BN yang sama.
Sebaliknya, calon-calon Pakatan akan bertanding sebagai calon-calon PAS, PKR atau DAP dan bukannya sebagai calon Pakatan. Ini adalah suatu hujah yang licik.
Perlu diingatkan bahawa apabila Mahkamah Tinggi mengisytiharkan Umno haram pada tahun 1986, ROS segera meluluskan permohonan Dr Mahathir Mohamad untuk pembentukan Umno Baru sementara menolak permohonan oleh bekas perdana menteri Tunku Abdul Rahman dan Hussein Onn bagi pendaftaran parti politik mereka sendiri.
Oleh itu, ia tidak menghairankan untuk mengetahui bahawa ROS menolak permohonan Pakatan untuk mendaftarkan dirinya sebagai sebuah parti politik manakala meluluskan permohonan yang serupa BN.
Oleh itu, Pakatan dihalang daripada bertanding sebagai sebuah parti tunggal.
Dalam keadaan sedemikian, dengan penyalahgunaan undang-undang, Pakatan
tidak dilayani dengan cara yang sama dengan BN. Sesungguhnya ia tidak
boleh, secara objektif, menjadi faktor yang berkaitan dalam pelaksanaan
budi bicara Yang di-Pertuan Agong di bawah Perkara 43(2)(b) berkenaan
dengan siapa yang mungkin mendapat menguasai kepercayaan majoriti dalam
Dewan Rakyat.
Apa yang terserlah dalam pilihan
raya umum ini adalah satu pertandingan sengit yang menawarkan satu
pilihan yang mudah dan jelas antara BN dan Pakatan.
Dengan sedemikian, ia adalah sebuah pilihan yang mudah dan jelas antara Najib dan Anwar sebagai perdana Menteri. Malah, dalam kempen gaya berpresiden yang diguna oleh Najib, keperibadiannya sangat ditegaskan, dan bukannya keperibadian Umno atau BN.
Jumlah pengundi 13.3 juta juga sedar bahawa mereka mempunyai pilihan yang mudah dan jelas ini dalam peti undi, dan dialu-alukan untuk mengundi di sepanjang garisan itu dalam dua penjuru pertandingan di semua kerusi yang dipertandingkan.
Agong perlu berpaling, jika perlu

Dengan latar belakang ini, tidak tepat untuk berhujah bahawa Najib
boleh mengambil kira semua ahli Parlimen BN apabila mengira sokongan
beliau di Dewan Rakyat, tetapi Anwar hanya boleh mengambil kira ahli
Parlimen PKR (tetapi bukan orang lain yang telah dipilih di bawah DAP,
PAS atau parti-parti Pakatan yang lain). Mitos ini perlu dimusnahkan.
Seperti semua rakyat Malaysia, Yang di-Pertuan Agong dan
penasihat-penasihat istana beliau mengikuti kempen, pilihan raya dan
keputusan dengan teliti.
Yang di-Pertuan Agong berhak secara berperlembagaan untuk menggunakan pertimbangan beliau secara senyap, tenang, bebas dan saksama.
Tiada
tekanan atau ancaman yang perlu digunakan untuk mempengaruhi Yang
di-Pertuan Agong. Episod yang memalukan di Sabah pada bulan April 1985
yang menyebabkan perebutan kuasa oleh Tun Mustapha dan Harris Salleh
yang menjadi subjek litigasi dalam Tun Mustapha Harun v Tun Mohd. Adnan Robert dan Datuk Joseph Pairin Kitigan [1986] 2 MLJ 420, tidak harus diulangi.
Yang paling kritikal adalah Yang di-Pertuan Agong berhak untuk menerima nasihat undang-undang bebas, iaitu bebas daripada BN dan Pakatan.
Ini bermakna bahawa Jabatan Peguam Negara, yang telah bertahun-tahun memberi nasihat undang-undang yang berat sebelah kepada kerajaan BN, dan peguam negara yang secara berperibadi terhutang budi kepada Najib dan yang mendakwa Anwar sejak tahun 1998, juga tidak seharusnya menasihati Yang di-Pertuan Agong dalam melaksanakan tugas paling penting beliau sebagai pemerintahan Raja berperlembagaan iaitu, pelantikan perdana menteri yang seterusnya.
Yang di-Pertuan Agong perlu berpaling ke arah lain untuk mendapatkan nasihat undang-undang bebas, jika ia menjadi satu keperluan.
Yang di-Pertuan Agong berhak secara berperlembagaan untuk menggunakan pertimbangan beliau secara senyap, tenang, bebas dan saksama.
Yang paling kritikal adalah Yang di-Pertuan Agong berhak untuk menerima nasihat undang-undang bebas, iaitu bebas daripada BN dan Pakatan.
Ini bermakna bahawa Jabatan Peguam Negara, yang telah bertahun-tahun memberi nasihat undang-undang yang berat sebelah kepada kerajaan BN, dan peguam negara yang secara berperibadi terhutang budi kepada Najib dan yang mendakwa Anwar sejak tahun 1998, juga tidak seharusnya menasihati Yang di-Pertuan Agong dalam melaksanakan tugas paling penting beliau sebagai pemerintahan Raja berperlembagaan iaitu, pelantikan perdana menteri yang seterusnya.
Yang di-Pertuan Agong perlu berpaling ke arah lain untuk mendapatkan nasihat undang-undang bebas, jika ia menjadi satu keperluan.
Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya melambangkan pendirian rasmi Malaysiakini.
Langgan:
Catatan (Atom)