Jumaat, 28 Mac 2014
KELAB GREENBOC: [GEMPAR] Kakak Penumpang Indonesia Terima ‘Missed ...
KELAB GREENBOC: [GEMPAR] Kakak Penumpang Indonesia Terima ‘Missed ...: K eluarga dapat dua kali missed call Skype dari iPad milik Firman. Pihak keluarga Firman Candra Siregar, penumpang pesawat MH370, hingga ket...
Khamis, 27 Mac 2014
Ibnu Hasyim: MH370 Di Kubu Taliban. Gajah Lawan Gajah, M'sia Ja...
Ibnu Hasyim: MH370 Di Kubu Taliban. Gajah Lawan Gajah, M'sia Ja...: REUTERS. BEBERAPA tentera Afghanistan berkawal di Ghaziabad yang merupakan salah satu kubu kuat pejuang Taliban di negara itu. LONDON - ...
Rabu, 26 Mac 2014
Anak Sungai Derhaka: TUDM jelaskan kenapa MH370 tidak dipintas..
Anak Sungai Derhaka: TUDM jelaskan kenapa MH370 tidak dipintas..: Setelah hampir 20 hari Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dikritik hebat terutamanya oleh media asing berikutan kehilangan pesawat Boei...
Anak Sungai Derhaka: MH370 diterbangkan keparas 45,000 kaki hingga seba...
Anak Sungai Derhaka: MH370 diterbangkan keparas 45,000 kaki hingga seba...: Ketinggian pesawat maksima adalah 43,100 kaki tetapi radar tentera mengesan pesawat itu terbang antara 43,000 ke 45,000 kaki sebaik sahaj...
Anak Sungai Derhaka: MH370 diterbangkan keparas 45,000 kaki hingga seba...
Anak Sungai Derhaka: MH370 diterbangkan keparas 45,000 kaki hingga seba...: Ketinggian pesawat maksima adalah 43,100 kaki tetapi radar tentera mengesan pesawat itu terbang antara 43,000 ke 45,000 kaki sebaik sahaj...
Omak Kau!!!!: MAHATHIR CAKAP JIKA DIA DITAKDIRKAN JADI PM SEMULA...
Omak Kau!!!!: MAHATHIR CAKAP JIKA DIA DITAKDIRKAN JADI PM SEMULA...: Ternyata Mahathir adalah pemimpin lidah bercabang flip flop .. Dulu berjanji internet tidak akan disekat dan di tapis .. sekarang ber...
Omak Kau!!!!: MAHATHIR CAKAP JIKA DIA DITAKDIRKAN JADI PM SEMULA...
Omak Kau!!!!: MAHATHIR CAKAP JIKA DIA DITAKDIRKAN JADI PM SEMULA...: Ternyata Mahathir adalah pemimpin lidah bercabang flip flop .. Dulu berjanji internet tidak akan disekat dan di tapis .. sekarang ber...
KELAB GREENBOC: Tuduhan Biadab, Najib Dan Kerajaan Wajib Minta Maa...
KELAB GREENBOC: Tuduhan Biadab, Najib Dan Kerajaan Wajib Minta Maa...: P arti DAP mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan memohon maaf terhadap tindakan keterlaluan menyalahkan juruterbang,...
KELAB GREENBOC: Selepas Ditegur Australia, Najib Terus Buat U-Turn...
KELAB GREENBOC: Selepas Ditegur Australia, Najib Terus Buat U-Turn...: M enteri Pertahanan Australia Sindir Najib Razak Sebar Spekulasi Isu #MH370. Tue dia. Aku pun dah pening. Padahal tiada mana2 ahli keluarga...
KELAB GREENBOC: Jika Petunjuk Yang Diperolehi Oleh Ustaz Ini Benar...
KELAB GREENBOC: Jika Petunjuk Yang Diperolehi Oleh Ustaz Ini Benar...: A ssalamualaikum.. Semalam, saya tidak bercadang kemana-mana ekoran seharian menahan sakit akibat gout. Sekitar jam 11 malam, sahabat lama s...
Selasa, 25 Mac 2014
KELAB GREENBOC: [VIDEO] Pesawat Mungkin Ditembak Oleh Jet Yang Men...
KELAB GREENBOC: [VIDEO] Pesawat Mungkin Ditembak Oleh Jet Yang Men...: T ersebar di alam siber sejak beberapa hari lalu sebuah video radar yang dimuatnaik ke youtube memaparkan pergerakan MH370 dari KLIA ke titi...
KELAB GREENBOC: Keluarga Di China Mahu Ambil Tindakan Terhadap K'j...
KELAB GREENBOC: Keluarga Di China Mahu Ambil Tindakan Terhadap K'j...: K eluarga para penumpang Malaysia Airlines MH370 menuduh Kerajaan Malaysia telah menjadi pembunuh (algojo) bagi orang-orang mereka kasih, la...
KELAB GREENBOC: [EDISI GILA] Siapa Pernah Buat Kenyataan Ini: Juru...
KELAB GREENBOC: [EDISI GILA] Siapa Pernah Buat Kenyataan Ini: Juru...: M H370 mungkin terhempas di Lautan Hindi dalam misi bunuh diri, lapor akhbar Pesawat Malaysia Airlines MH370 mungkin terhempas di selatan...
Isnin, 24 Mac 2014
Omak Kau!!!!: MACAM INI PUNYA PROFESOR PUN ADA DI NEGARA KITA.
Omak Kau!!!!: MACAM INI PUNYA PROFESOR PUN ADA DI NEGARA KITA.: BN TETAP BERJAYA WALAUPUN TEWAS DI DUN KAJANG.... TV3 Buletin Utama. Begitulah pandangan profesor kangkung ada PhD bergelar Datuk yang cub...
Omak Kau!!!!: MACAM INI PUNYA PROFESOR PUN ADA DI NEGARA KITA.
Omak Kau!!!!: MACAM INI PUNYA PROFESOR PUN ADA DI NEGARA KITA.: BN TETAP BERJAYA WALAUPUN TEWAS DI DUN KAJANG.... TV3 Buletin Utama. Begitulah pandangan profesor kangkung ada PhD bergelar Datuk yang cub...
KELAB GREENBOC: Dua Objek Ditemui Di Lautan Hindi, Harapan Baru At...
KELAB GREENBOC: Dua Objek Ditemui Di Lautan Hindi, Harapan Baru At...: M H370: Operasi carian Malaysia diperhebat lagi dengan maklumat tentang serpihan Kawasan selatan Lautan Hindi dikerumuni pesawat daripada ...
Ahad, 23 Mac 2014
Penting nya PRK Kajang. Undi Wan Azizah!
Jika
UMNO ada peluang besar untuk menang Kajang, adakah PRK Kajang dianggap sebagai
membazir? Tentu tidak. Secara bandingan PRK Balingian di Sarawak tidak dianggap
sebagai membazir.
Mungkin
tangapan membazir itu timbul kerana ramai berpendapat bahawa PRK Kajang tidak
perlu kerana ianya sudah dimenangi oleh PKR. Jadi mengapa mahu sengaja
dikosongkan untuk mengadakan PRK?
Saya
pun tidak dapat memberi rasional mengapa mesti ada PRK Balingian selain dari
mengosongkan nya untuk accommodate Taib Mahmud jadi Gabenor. Jika itu rasional
nya, maka PRK Kajang pun sepatutnya boleh diterima sebagai sengaja mengosongkan
nya untuk accomodate Anwar Ibrahim menmainkan formal role dalam negeri
Selangor. Dalam kapasiti apa kita tidak tahu. Dalam kapasiti MB pun apa
salahnya.
Saya
sebut PRK Kajang ini perlu kerana ia membenarkan (1) pemain politik membuat
koreksi keatas set up politik mereka sendiri dan (2) memberi peluang kepada rakyat
mengukuhkan lagi penyuaraan bantahan mereka keatas dasar BN .
Saya
hanya dapat mengagak apa yang berlaku dalam negeri Selangor. PAS dan DAP ada 15
kerusi masing2 dan PKR ada 14. BN pula ada 12 kerusi. Semenjak tewas dan gagal
menawan semula Selangor ( dan ini kegagalan peribadi Najib sebab dia yang jadi
pengerusi perhubungan Selangor) , UMNO tidak pernah rehat mencari jalan bagaimana
melakukan coup detat untuk menawan
Selangor.
Bagaimana?
Dengan memain the numbers game. BN tidak mungkin dapat mempengaruhi DAP maka
DAP boleh ditinggalkan. Mereka focus kepada PAS dan PKR.
UMNO
mempunyai beberapa cara. Untuk menguasai DUN yang ada 56 kerusi, UMNO hanya
perlu mempunyai 30 kerusi sahaja. Bagaimana mereka boleh buat demikian? Hanya dengan
memancing 9 dari PAS dan 9 dari PKR. Dan jika mahukan PKR jadi MB, mereka akan
tarik 10 dari PKR dan 9 dari PAS. Atau sebalik nya, 10 dari PAS dan 8 dari PKR
bergantung kepada citarasa mereka.
Kalau
BN mahukan suasana yahoo dan yeehaa, mereka akan pilih PKR. Kalau mahu alim dan
warak sendikit mereka akan plih PAS. Cara nya ialah cara UMNO- beli mereka ini.
Ini sebab nya saya kata, sementara PR mempunyai manifesto, UMNO dan BN ada
MONEYfesto.
Jadi
apa kena mengena dengan PRK Kajang? Dengan jangkaan PKR boleh menang Kajang, jika
Anwar dibenarkan bertanding , dia nanti akan menjadi MB. Saya tidak fikir MB
sekarang mahu berdegil nak jadi MB bila ketua partu sudah jadi ADUN Selangor. Sementara
Khalidi kata dia tetap mahu jadi MB , bila tiba masa nya, dia mesti berikan
kerusi tersebut kepada Anwar.
Tapi
pada 7 March , Anwar diihukum bersalah dan tidak boleh bertanding. Plan PKR
rosak. Kerusi sudah kosong. Mahu tidak mahu, mereka mesti cari ganti. Dan Wan
Azizah di pilih. Dia akan menang, tapi plan awal PKR sudah rosak.
Apa
tindakan dan Plan B? Dengan segera, MB mengumumkan bahawa pejabat penasihat
negeri Selangor akan diperluaskan dan diberi lebih otoriti. Ini membuktikan
bahawa sejak awal lagi, memang PRK Kajang ini mempunyai agenda meletakkan Anwar
pada tempat yang powerful.
Perubahan
calun merupakan temporary setback. Tapi dengan Anwar diberi kedudukan yang
lebih formal dan rasmi, dia masih boleh memainkan peranan menstruktur politik
PR dinegeri Selangor. Ini perlu untuk
menyekat tipu muslihat golongan desperate UMNO dan BN.
Apa
yang special sangat sehinnga Anwar mesti diberikan kedudukan yang formal di
Selangor? Mungkin sebab Anwar lebih berpengalaman untuk mengatasi tipu muslihat
UMNO. Pertama dengan memperkasakan tahap kekuatan ekonomi setiap wakil rakyat
PR supaya mereka tidak dikalahkan oleh godaan syaitan puak UMNO. Bila setiap
wakil PR teguh dan tegap, maka tidak adalah alahan kepaa godaan.
Maka,
nilai PRK Kajang ini ialah pertama kepada PR- ia memberi peluang kepada mereka
membetulkan poliik dalaman mereka. Itu sahaja yang kita perlu tahu.
Nilai
lagi satu ialah yang beroperasi sekarang. Iaitu peluang untuk mendapattkan referendum
mengadili dan menyuarakan bantahan yang keras kepada kerajaan federal. Beza nya,
kita tidak perlu nanti 5 tahun. Ia boleh dilakukan melalui satu siri PRK.
Bertoak
dari situ, jika rakyat menyokong PR di Kajang impak nya kepada negeri lain amat
besar. Seluruh rakyat dalam negara ini diingatkan bahawa kuasa ada dalam tangan
mereka untuk melakukan perubahan. Pemerintah yang menang teknikal hari ini, UMNO
dan BN tidak boleh marahkan rakyat sebab 53% dari pengundi dalam PRU13 sudah
tidak menyokong mereka.
Jadi
jangan tanya, adakah Kajang ini perlu ada tidak. Tugas kita ialah memenangkan
Wan Azizah dengan majoriti yang besar. Jika boleh dengan menyebabkan Chew Mei
Fun hilang deposit kerana kekalahan yang demikian membenamkan MCA dan
menyebabkan UMNO hilang akal.
Menyebabkan
kedua kesan ini adalah perbelanjaan yang berbaloi.
KELAB GREENBOC: [LINTAS LANSUNG] Parodi Raja Bomoh Di PRK Kajang -...
KELAB GREENBOC: [LINTAS LANSUNG] Parodi Raja Bomoh Di PRK Kajang -...: Parodi Raja Bomoh Di PRK Kajang - Videonya ada di bawah S ebanyak 15 pusat mengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang dibuka...
Sabtu, 22 Mac 2014
KELAB GREENBOC: CEO MAS Pendusta, Dulu Kata Hanya Manggis, Rupanya...
KELAB GREENBOC: CEO MAS Pendusta, Dulu Kata Hanya Manggis, Rupanya...: S elepas mengeluarkan kenyataan Malaysia Airlines pesawat MH370 tidak mempunyai sebarang kargo bahaya dan hanya membawa beberapa tan manggis...
Selasa, 18 Mac 2014
KELAB GREENBOC: [GEMPAR] Pasangan Suami Isteri Di Bogor Ini Tahu L...
KELAB GREENBOC: [GEMPAR] Pasangan Suami Isteri Di Bogor Ini Tahu L...: B ogor - Sudah lebih dari seminggu sejak pesawat Malaysia Airlines MH370 hilang hubungan pada Sabtu (8/3/2014) lalu. Pencarian pun terus dil...
Khamis, 13 Mac 2014
KELAB GREENBOC: MH370: Media Antarabangsa Lapor Pengguna Media Sos...
KELAB GREENBOC: MH370: Media Antarabangsa Lapor Pengguna Media Sos...: S ebuah laman sesawang antarabangsa International Busines Times (IBTimes) melaporkan pengguna media sosial menggelar Perdana Menteri Datuk S...
Isnin, 10 Mac 2014
Bijak membeli, PM dapat ayam RM1
MH370: Warkah tulus kepada YAB PM dan MAS
- Mar 09, 2014
- MOHD IHSAN FADHLI CHE MIN
Assalamualaykum warahmatullah wabarakatuh
Malaysian Airlines (MAS) dan YAB Datuk Seri Najib Razak.
Malaysia bagaikan jatuh ditimpa tangga. Dua bulan lalu, beberapa negeri dilanda banjir teruk. Dua minggu lalu, Sabah pula diserang banjir sedangkan kemarau, kebakaran, dan jerebu di Semenanjung masih belum berakhir. Kini, kita semua diuji dengan tragedi maha mendukacitakan semua pihak, pesawat mega milik penerbangan kebanggan kita, Malaysia Airlines MH370 hilang tiba-tiba. Peristiwa ini hanya beberapa minggu selepas MAS diumumkan rugi sejumlah bilion ringgit. Ia mengundang sedih dan duka kepada ribuan waris mangsa bahkan seluruh rakyat Malaysia. Bahkan mungkin, seluruh umat dunia sedang meratapi peristiwa malang ini.
YAB Datuk Seri dan MAS yang sangat saya kasih dan cinta.
Saat musibah pastinya tidak kita sukai. Namun musibah dan ujian pasti akan tiba. Kita pasti sedang bingung mencari jalan keluar. Setelah segala aset dan usaha dikerah, buntu masih menjadi penyudah. Klu-klu hanya tinggal klu. Lidah kita juga semakin kelu.
Di dalam Islam, ada jalan keluarnya tatkala buntu melitupi.
Hadis Riwayat Imam Muslim ada menceritakan tentang tiga orang yang terperangkap di dalam gua batu. Mereka tidak ada upaya untuk keluar melainkan dengan kudrat dan izin yang Allah Maha Kuasa. Mereka bertiga akhirnya bertawaasul dengan amal kebaikan masing-masing. Individu pertama dengan amal baik kepada ibu bapanya. Individu kedua dengan imannya meninggalkan zina ketika sekujur tubuh jelita terhidang indah. Individu ketiga dengan amanahnya terhadap hak orang lain. Pintu gua akhirnya terbuka, dan mereka berjaya keluar dari buntu.
MAS dan Datuk Seri, saya yakin, tidak sedikit amal baik yang telah dilakukan oleh YAB Datuk Seri dan MAS. Di samping usaha mencari, menjejak dan menyelamat, memohon doa dan solat hajat, bertawasullah dengan amal-amal itu.
Seterusnya, saya dengan rendah hati, memohon jasa baik MAS dan Datuk Seri selaku ketua kerajaan dan ketua eksekutif Malaysia agar melakukan nazar untuk berhasrat agar MAS tidak lagi menghidangkan minuman keras serta tidak lagi menghalang bahkan menggalakkan kakitangan dan krew kabin agar menutup aurat. Saya yakin, dengan tekad ini, belas ihsan Allah S.W.T mudah menyantuni kita dan memudahkan urusan kita. Orang awam juga boleh turut melakukan nazar dan berpuasa agar tragedi ini berakhir dengan baik. Semoga kerugian dan defisit tidak lagi menghantui MAS dengan berkat dan rahmat Allah.
Satu hadis lain yang sangat inspiratif menceritakan tentang perihal Ummu Salamah yang sedang berduka dan kematian suaminya yang tercinta.
Rasulullah sollallohu 'alayhi wasallam datang kepadanya dan mengurniakan seuntai doa yang berbunyi :
(اللهم أَجِرْنِي مِن مُصِيبَتِي وَخْلُفْنِي خَيرََا مِنها)
Ya Allah, ganjarkan kami (pahala) dengan musibah in dan gantikanlah kehilangan ini dengan sesuatu yang lebih baik darinya.
Ummu Salamah seakan tidak meyakini doa tersebut lantaran Abu Salamah adalah seorang yang sangat baik. Pasti tidak ada pengganti sebaik arwah. Manakala dirinya juga sudah semakin berumur bahkan janda, maka pastinya tidak ada lelaki kacak yang baik akan terpikat dengannya. Namun, berkat doa tersebut, Allah memperkenankan doa Ummu Salamah. Rasulullah sollallohu 'alayhi wasallam meminang Ummu Salmah dan mengahwininya. Siapa yang lebih baik dari Rasulullah sollallohu 'alayhi wasallam?
Semoga musibah ini diganti Allah dengan sesuatu yang lebih baik untuk Malaysia dan dunia.
Semoga hati yang sedang berduka kini ditenangkan oleh Allah yang Maha Pengasih lagi Penyayang.
Semoga isi warkah ini ada manfaatnya kepada kita semua.
Salam Kedamaian.
Ahad, 9 Mac 2014
Kezaliman ini akan percepat tumbangnya BN, insya Allah
- Mar 08, 2014
- TUAN IBRAHIM TUAN MAN
"Kezaliman adalah kegelapan di hari akhirat.”
Itulah amaran Rasulullah S.A.W agar semua pihak menghindari apa jua bentuk kezaliman. Bahkan kezaliman juga adalah dosa besar yang diingatkan oleh Allah agar jangan sesekali kita cenderung untuk menyokong golongan yang zalim, kelak akan disambar oleh api neraka di akhirat.
Terdapat banyak hadis Rasulullah .S.A.W yang memberi amaran agar kita menjauhi perbuatan yang zalim, atau menyokong golongan yang zalim bahkan dilarang berjalan bersama orang yang zalim bagi membantu kezaliman mereka.
Dalam sepotong hadis Rasulullah S.A.W Baginda memberi amaran: "Sesiapa yang berjalan bersama orang yang zalim bagi membantunya (melakukan kezaliman), dalam keadaan dia tahu orang yang bersamanya melakukan kezaliman, maka ia terkeluar dari lingkungan orang Islam.”
Semua peringatan ini adalah peringatan Allah dan Rasul S.A.W bertujuan agar kita menegakkan keadilan, memperjuangkannya dan menyokong sebarang usaha bagi menegakkan keadilan di atas muka bumi.
Bahkan Al Quran menegaskan, “Berlaku adillah kamu, kerana adil itu hampir dengan taqwa.”
Atas landasan inilah PAS bersama Pakatan Rakyat (PR) menggerakkan seluruh tenaga bagi memperjuangkan keadilan berteraskan ajaran Islam, yang bersifat rahmat untuk semua. Perjuangan panjang ini tidak akan berakhir hanya dengan kemenangan beberapa buah negeri, bahkan menguasai Putrajaya sekalipun, kerana ia adalah perjuangan sepanjang zaman dan berterusan.
Tindakan yang dikenakan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim dan ratusan insan lain dalam sejarah perjuangan PAS dan rakyat megara ini, adalah lanjutan kerakusan parti pemerintah untuk menyekat apa jua ruang kebangkitan rakyat.
Tindakan ini berlaku dalam sepanjang sejarah perjuangan umat manusia. Sayangnya pemimpin yang bertindak zalim gagal mengambil pengajaran di atas tindakan zalim mereka kepada rakyat.
Puluhan kerajaan besar tumbang akibat kezaliman mereka kepada rakyat. Kemana berakhirnya rejim Firaun yang membunuh anak-anak kecil kerana bimbang dengan kelahiran seorang lelaki yang bakal menumbangkan kerajaannya.
Demikian juga ke mana perginya Hamam, Qarun, Namruz, Abu Lahab, dan ratusan rejim di zaman kita. Kekuasaan dan keegoan mereka tumbang menyembah bumi dan mereka menerima pembalasan di atas kezaliman mereka.
Kita yakin apa yang berlaku kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim akan lebih mengukuhkan hubungan PR dan menyemarakkan kebangkitan rakyat yang menentang kezaliman ini.
PAS yakin dengan janji Allah bahawa kebatilan tidak akan kekal walau kelihatan teguh dan kukuh, manakala keadilan akan tetap mencapai kemenagan, walau kelihatan ia lemah dan tidak ampuh.
Sempena konvensyen PR kali ini, dalam mana kita menghadapi suasana sedih penganiayaan kepada DSAI, kes Karpal Singh, tragedi pesawat MAS yang terhempas, dan PAS kehilangan beberapa tokoh utama parti, mari kita hadapinya dengan penuh ketabahan, kesabaran, kesepakatan, pengukuhan hubungan PR serta membina gelombang kebangkitan rakyat bagi menumbang kerajaan BN dalam PRU akan datang. Insya Allah.
Allahu akhbar.
Tuan Ibrahim Tuan Man
Naib Presiden PAS
Langgan:
Catatan (Atom)