Surat yang meluahkan
isi hati seorang penyokong tegar UMNO ini asalnya disiarkan oleh sebuah
Blog Pro UMNO yang boleh dianggap sebagai otai dalam UMNO..
Dalam
surat ini penyokong tegar yang juga ahli UMNO sejak berumur 18 tahun
lagi meluahkan kekecewaannya terhadap Najib yang jelas telah memungkiri
janji-janjinya sebelum pilihanraya tempoh hari..
Korang bacalah... sedih oooo....
Assalamualaikum Pak Syed.
Saya mulakan nota ini dengan lafaz keramat Bismillahhirrahmannirrahim,
agar dengannya saya terpandu dan terpimpin untuk menyatakan sesuatu
dengan niat kerana Allah jua. Hidup ini ringkas, singkat.
Saya bimbang jika saya bertangguh, tidak sempat maka saya akan gagal mnjawab di Mahkamah Allah Rabbuljalil.
Saya tidak berpeluang bercakap di Perhimpunan Agung UMNO walaupun saya telah mnjadi ahli UMNO sejak berumur 18 tahun
(Puluhan tahun lalu) Pada ketika itu saya menjadi ahli UMNO kerana
datuk nenek dan ibu bapa saya mahu saya mewarisi mereka. Menjadi ahli
UMNO yang setia sehingga ke akhir hayat.
Setelah sekian
lama,
baru sekarang saya mencatat sesuatu yang lahir daripada sudut hati
saya. Jauh terbenam. Bergelora dan bercampur baur. Sayu, bimbang, kasih,
marah saling kait mengait. Keliru juga sedang ikut sama mengisi secara
serentak perasaan dan pemikiran saya.
Kalau boleh saya ingin
berdiri di puncak gunung. Seluruh saf kepimpinan UMNO duduk bersila di
sekeliling saya, berteleku mendengar saya bercakap meluahkan segala
perasaan dan pemikiran saya dan kemudian saya redha mengadap Tuhan
dengan mata tertutup rapat.
Saya ini orang UMNO. Dulu, kini dan
insyaallah selamanya. Ini amanah datuk nenek saya. Saya genggam erat
amanah ini. Tapi pada masa datuk saya menjadi ahli UMNO, beliau beberapa
kali berjabat salam dengan Almarhum
Tunku Abdul Rahman dan Allahyarham Tun Razak.
Datuk saya adalah ahli UMNO yang tidak memegang jawatan dalam
parti,
bahkan tidak bersekolah tinggi. Masih ada gambar kenangan mereka
bersama tersimpan dalam almari peninggalan nenek. Walaupun telah kabur
tapi ia tetap jelas dan dapat dikenali.
Pada masa itu tiada
slogan
atau ungkapan ' merasa denyut nadi rakyat '. Tetapi memang Presiden
Parti turun ke cawangan cawangan UMNO , bercakap tentang hasrat dan cita
cita parti. Arahala negara ke mana hendak dibawa.
Saya
bertanya kepada rakan rakan Ketua Cawangan di kawasan saya, pernahkah
bersalaman dengan Presiden UMNO? Tidak kata mereka sebab sewaktu
Presiden parti turun ke negeri hanya pemimpin Bahagian dan Negeri yang
berpeluang berdialog bersamanya.
Bahkan saya terkejut apabila
diberitahu ada pemimpin cawangan tidak pernah bersua muka dengan Menteri
Besar , tidak pernah. Maka sayapun mula rasa keliru, adakah benar UMNO
ini parti inklusif atau sekadar pemanis mulut semata mata. UMNO sudah
menjadi elitis dan bangsawan lebih bangsawan dari zaman Allahyarham
ayahanda Tengku dulu.
UMNO mesra rakyat, UMNO pejuang masa
depan melayu, UMNO penyelamat melayu dan 1001 macam lagi retorik dan
hegemoni politik yang berterusan disuapkan dan dimomokkan kedalam kepala
otak orang melayu sehinggakan orang melayu sekarang ini sebegitu takut
untuk berfikir dan bertindak melainkan terus memilih UMNO. Terus percaya
UMNO pejuang dan menjamin survival melayu.
Barangkali
kebenaran ini semua hanya 10 peratus sahaja tetapi yang 90 peratus lagi
adalah bagi menjamin tembolok dan perut pemimpin UMNO terus kenyang dsn
berisi. Hebat politik UMNO ni.
Saya mohon maaf kerana menjangka
nyawa UMNO ini sudah tidak lama. Percayalah. Kunci nyawa UMNO adalah
cawangan cawangan. Saya mula dapat rasakan pemimpin dan ahli di cawangan
cawangan mula rasa seperti 'tidak berguna'.
Pengalaman
menghadapi PRU 13 baru baru ini amat melukakan hati kami di cawangan
cawangan. Tsunami 2008 telah menyebabkan UMNO memulakan gerak kerja
sebaik sahaja keputusan PRU 12 diumumkan. Pusat Daerah Mengundi
ditubuhkan, Bilik Gerakan dimulakan di peringkat Cawangan dan Lokaliti.
Di tempat saya, Ketua Cawangan diberikan peruntukan yang amat minima.
Kerana itu ramai yang menggunakan wang sendiri untuk menjayakan kerja
kerja Jalinan Rakyat, Ceramah dan bengkel. Tiada peruntukan, itulah
alasan yang diberikan oleh Bahagian. Atas nama perjuangan, segala
tanggungjawab dilaksanakan.
Tiba tiba kami terkejut apabila
mendapat tahu, Kampung Baru Cina diberi peruntukan ratusan ribu ringgit.
Hampir setiap minggu diadakan makan malam bertaraf hotel, menelan
belanja puluhan ribu ringgit untuk sekali program. Maaf, saya kedengaran
seperti cemburu, tetapi hakikatnya setiap minggu Ahli Parlimen kami
hadir untuk program program bersama pengundi Cina dan India.
Sewaktu melawat ke kampung kami untuk Solat Jumaat, Ketua Cawangan diberikan tiga ratus ringgit untuk makan tengahari.
Di waktu PRU 13 makin hampir, kami di cawangan semakin tertekan.
Program semakin banyak, peruntukan tidak juga turun sehinggalah Parlimen
dibubarkan. Bayangkan perasaan kami di cawangan cawangan bilamana
diperuntukkan dengan biskut mayat, air mineral dan rokok jenama OK
(Kononnya diimport dari India)
Merokok adalah amalan tidak
sihat, tetapi Pemuda kita di cawangan sebahagiannya merokok. Kata mereka
rokok OK ini, nyamukpun pengsan kerana asapnya.
Pemimpin bercakap tentang perjuangan dan pengorbanan tetapi mereka datang dengan kereta mewah dan menghisap curut luar negara.
Barangkali darah UMNO yang pekat menyebabkan kami terus bekerja dan
alhamdulillah UMNO khasnya di kerusi luar bandar telah menyelamatkan
kerajaan UMNO/BN ini. Perdana Menteri dan Presiden parti seakan amat
menghargai UMNO apabila dengan berani mengisytiharkan Tsunami Cina telah
berlaku.
UMNO menunggu dan menunggu. Apakah pengumuman besar
Perdana Menteri untuk membalas pengorbanan kami selama ini. Sehingga
kini tiada apa sebenarnya, tiada.
Yang diumumkan kenaikan harga
minyak. Yang diumumkan kenaikan harga gula. Yang diumumkan kenaikan
harga rokok. Dan yang diumumkan hari ini kenaikan tarif elektrik. Kami
terkedu, malu. Kami beberapa hari tidak keluar ke kedai kopi kerana
sewaktu kempen PRU13, kami janjikan Kerajaan yang prihatin dan memahami
kesukaran rakyat.
Kami telah gagal mengotakan janji. Kami
menjadi bahan lawak rakan rakan kerana hakikatnya selepas PRU 13, tiada
apa apa yang istimewa untuk kita Orang Melayu yang telah menyelamatkan
kerajaan UMNO/BN.
Kalaulah saya berpeluang bercakap kepada
Perdana Menteri, saya ingin katakan betapa sukarnya menjadi aktivis UMNO
di kampung kampung. Rakan rakan menyatakan Perdana Menteri telah hilang
kawalan. Gagal mengawal segalanya. Saya bukan orang pandai. Bila ada
orang datang dan beritahu orang kampung DS Najib sangat kuat membazir,
mereka datang dengan data. Saya pula hampir percaya kerana Perdana
Menteri tidak pernah menafikannya, bahkan kadang kala sinis bergelak
ketawa.
Saya tak mampu menjawab bahawa DS Najib membazir
apabila untuk ubahsuai rumah sahaja dalam tempoh lima tahun menghampiri
100 juta sedangkan untuk baikpulih rumah fakir miskin di kampung saya
hanya lima ribu diperuntukkan.
Ada orang memberitahu saya,
Datin Rosmah Mansur mempunyai peruntukannya sendiri dan diwartakan dalam
Bajet Negara. Apa agaknya yang patut saya nyatakan. Dalam Parlimenpun
namanya disebut mengguna ' jet peribadi untuk lawan peribadi keluar
negara '.
Anak anak muda di cawangan saya, yang pada PRU13
telah menyokong UMNO hari ini memberitahu saya bahawa di dalam blog dan
face book banyak dinyatakan pembaziran yang Datuk Seri lakukan.
Berbilion ringgit digunakan untuk hanya beberapa orang duduk berbincang
dan memberi cadangan. Sedangkan yang bertungkus lumus memenangkan parti
ialah kami di cawangan cawangan.
Anak anak kami celik maklumat.
Mereka membaca berbagai cerita di dalam blog dan setakat ini tiada
satupun yang dijawab oleh Perdana Menteri. Diam bermakna benar. Kami
diminta untuk berhemah dalam berbelanja sedangkan Perdana Menteri dengan
mudah berbelanja untuk sesuatu yang tidak pasti arah tujuannya.
Saya menerima amanah daripada datuk nenek saya, ibu bapa saya untuk
terus bersama UMNO. Tapi saya berterus terang saya tidak berani meminta
anak anak saya untuk setia bersama UMNO sedangkan saya sendiri mula
meragui kemampuannya mentadbir negara.
Saya cuba berlapang
dada. Namun kenyataannya pada setiap kali Datuk Seri bercakap tentang
kemakmuran dan kemampuan negara, saya sentiasa terfikir kenapa semua
harga barangan dan perkhidmatan naik sedangkan harga getah kami di
kampung kekal rendah ?
Saya tidak fikir, saya mampu lagi untuk
berdepan dengan orang kampung yang susah, anak muda yang menganggur
dengan memberikan janji janji yang baru. Saya bimbang saya akan jadi
orang tua yang tidak dihormati kerana bercakap perkara yang tidak betul.
Beberapa hari lagi UMNO akan mengadakan Perhimpunan Agung. Saya sudah
dapat bayangkan, ucapan bersemangat Presiden Parti, disusuli sorak sorai
perwakilan. Kemudian akan ada perwakilan mengatakan inilah ucapan
terbaik Presiden Parti.
Perbahasan selepas itu, akan
mengandungi pujian pujian dan lawak jenaka. Akhirnya semua pulang tanpa
sebarang keputusan yang padu untuk membina umat Melayu.
Saya
mula berasa bimbang kerana dalam hati saya sudah ada keraguan. Saya mula
mencari apakah kekuatan DS Najib Razak untuk kita banggakan ? Malangnya
sampai sekarang saya tidak menemui apa apa. Bahkan sebaliknya saya mula
berasa, DS Najib hanya berjaya berjanji tapi gagal menepati janji.
Saya amat bimbang, jika dalam PRU 13, orang Melayu di kampung telah
menangkan UMNO, pada PRU 14, orang Melayu yang berasa tertipu dan
terpedaya tidak akan berikan sokongan yang sama.
Kalaulah saya
boleh bercakap dengan DS Najib, saya ingin katakan barangkali masanya
telah sampai untuk beliau berundur kerana beliau telah gagal dan UMNO
perlukan orang yang lebih ' gagah berani' untuk mencapai kejayaan di
masa depan. Konsultan dan penasihat penasihat DS Najib lebih teruk dari
bebudak tingkat 4 sebelum ini. DS Najib sebenarnye lebih teruk dari PM
sebelum dia. DS Najib harus baca rintihan dan suara dari blog blog
popular untuk sedar diri dan mengetahui rating dia sebagai PM sekarang
ini. DS Najib jangan hanya tertumpu kepada Utusan dan jangan hanya
dengar Omar Ong.
Perletakan jawatan Tun M sebagai penasihat
Petronas mesti dilihat sebagai satu indikasi yang serius tentang tahap
pemerintahan DS Najib.
Percaya saya, ramai orang Melayu tidak
pandai bercakap tetapi semuanya mempunyai perasaan yang sudah semakin
meluat dengan kepimpinan negara. Khalayak yang marhain ini sudah mulai
muak dengan muka dan retorik PM sekarang.
PM nak jaga semua penasihat dan konsultan dia, jagalah!
Kalau kami rakyat yang setia ini tidak dipeduli, tidak didengari, tidak
diendakan maka tunggulah PRU14 ini akan kami pastikan undi kami kepada
"syaitan yang telah kami kenali" kerana selama ini, baru kami sedar,
kami semua dibohongi oleh "malaikat yang tidak kami kenali"
Sumber surat dari
SINI Sedihnyaaaaaa.... kah.. kah.. kah...
Dah kena kencing tunggu apa lagi?.. Jangan biarkan diri anda terus menjadi mangsa pembodohan pemimpin UMNO...
Tulisan di atas diambil daripada blog Anak Sungai Derhaka.