Jumaat, 30 Disember 2011
Ibnu Hasyim: Keretapi Emas: Khadam Raja Saudi Berlagak Tuan
Ibnu Hasyim: Keretapi Emas: Khadam Raja Saudi Berlagak Tuan: 29 Dis 11: Menurut Weblog ' Petunjuk Zaman' ... Satu : Akhbar theguardian melapurkan bahawa Raja Abdullah pemerintah Saudi Arabia ...
Khamis, 29 Disember 2011
Rabu, 28 Disember 2011
Isnin, 26 Disember 2011
Khamis, 22 Disember 2011
Selasa, 20 Disember 2011
Isnin, 19 Disember 2011
Ahad, 18 Disember 2011
Sabtu, 17 Disember 2011
Khamis, 15 Disember 2011
Rabu, 14 Disember 2011
Selasa, 13 Disember 2011
Isnin, 12 Disember 2011
Ibnu Hasyim: Tolong! Tolong! Bagaimana Menolong Dia..
Ibnu Hasyim: Tolong! Tolong! Bagaimana Menolong Dia..: CATATAN PERJALANAN siri 4 SEWAKTU saya melalui depan sebuah hotel, untuk ke hotel yang saya tumpangi, tiba-tiba saya lihat seorang lelaki...
Ahad, 11 Disember 2011
Sabtu, 10 Disember 2011
Khamis, 8 Disember 2011
Selasa, 6 Disember 2011
Ibnu Hasyim: Bahtera Nuh, Cuba Buktikan Secara Ilmiah..
Ibnu Hasyim: Bahtera Nuh, Cuba Buktikan Secara Ilmiah..: AL-QURAN, telah merakamkan banyak kisah-kisah sejarah lalu, antaranya ialah kisah Nabi Nuh AS dan bahteranya. Umatnya ditenggelamkan Alla...
Isnin, 5 Disember 2011
Ahad, 4 Disember 2011
Jumaat, 2 Disember 2011
Khamis, 1 Disember 2011
Ibnu Hasyim: Wanita Bermotosikal, Awas Teknik Rogol Kamu..
Ibnu Hasyim: Wanita Bermotosikal, Awas Teknik Rogol Kamu..: PENGGUNA Gambar hiasan, polis wanita di Aceh KAJANG: Hanya dengan memberi alasan tayar motosikalnya goyang, seorang remaja perempuan nyar...
Selasa, 29 November 2011
Surat kedua tentang Gaddafi
Hishamuddin Rais 12:55PM Nov 12, 2011 |
Tuan yang saya hormati,
Surat pertama saya minggu dahulu tentang Muammar Gaddafi telah mendapat pelbagai reaksi. Ada yang bersetuju. Dan ramai juga yang tidak bersetuju dengan pandangan saya itu. Kepada mereka yang bersetuju saya meminta mereka untuk terus membaca dan mengkaji. Kepada mereka yang tidak bersetuju maka saya arahkan surat kedua saya ini kepada mereka.
Untuk memulakan surah biar saya nyatakan di sini tentang dua patah perkataan. Dua perkataan ini adalah jampi dan mantra geopolitik hari ini. Dua perkataan ini adalah realpolitik yang sedang berlaku di hadapan mata kita. Jika kita memiliki makrifat tentang dua perkataan ini maka kita akan memahami apa yang sedang berlaku dalam dunia hari ini.
Pertama, minyak. Kedua, China. Dua perkataan ini adalah kunci untuk kita memahami makrifat politik dunia. Memahami politik dunia akan membantu kita untuk memahami politik dalaman Malaysia. Gagal memahami minyak dan China, maka kita akan gagal dalam menganalisa situasi politik. Analisa politik yang tidak tepat akan membuatkan kita memilih taktik dan strategi yang salah dalam pejuangan untuk menumpaskan kezaliman, untuk mendirikan keadilan.
Tuan yang saya muliakan,
Pasti tuan akan bertanya apa hubungan minyak dan China dengan wafatnya Muammar Gadaffi?
Tuan yang saya muliakan, dalam surat saya yang lalu telah saya nyatakan bahawa banyak syarikat minyak antarabangsa tidak dibenarkan menjarah minyak di Libya. Libya bukan macam Kuwait atau Brunei di mana Shell, BP, Cheveron, Esso atau Exxon bebas untuk menjarah harta kekayaan negara. Gadaffi melarang syarikat antrabangsa ini masuk dengan sewenang-wenangnya.
Apakah tuan tidak percaya dengan surah saya ini? Biar saya bawa tuan kembali untuk mengingati sejarah pada 5 April 1986. Pada malam itu sebuah bom telah meletup di dalam sebuah kelab malam di Berlin. Tiga soldadu Amerika gugur. Rumah Putih di bawah Ronald Reagan ketika itu mengambil tindakan balas dengan mengebom Libya pada 14 April. Sasaran pertama ialah rumah kediaman Gadaffi sendiri. Seramai 50 orang warga Libya gugur termasuk anak perempuan Gadaffi sendiri.
Tindakan Ronald Reagan ini berdasarkan kenyataan seorang saksi yang bernama Mushad Eter. Tetapi dari stesen televisyen Jerman ZDR yang menyiarkan program siasatan pada 28 Ogos 1998, didapati bahawa Mushad Eter ini ajen CIA. Dan orang yang bertanggungjawab meletakkan bom ke dalam kelab malam itu ialah Mahammed Aamir, seorang ajen Mossad dari Israel.
Apa yang ingin saya nyatakan di sini ialah rancangan untuk membunuh Gadaffi ini telah lama berjalan. Fail "mesti bunuh Gadaffi" telah ada di meja CIA semenjak tahun 70-an lagi. Jika tuan masih tidak yakin dengan surah ini biar saya buka satu lagi surah. Kali ini saya adalah perawi sahih kerana ketika pesawat udara Pan Am Flight 103 meletup di Lockerbie pada 21 Disember 1988, saya masih lagi tinggal di kota London. Saya mengikuti - membaca dan menonton - dengan rapi sekali kes ini.
Trajedi udara di Lokerbie telah menewaskan 270 penumpang. Dengan serta merta Ronald Reagan telah menuduh Gadaffi dan Libya di sebalikany. Kerajaan British bawah Magaret Thatcher amat bersedia untuk mengikut telunjuk Ronald Reagan. Majlis Keselamatan PBB telah mengambil langkah membuat sekatan keatas Libya. Dua warga Libya Abdel Basset Al Megrahi dan Al Amin Khalifa telah ditangkap dan didapati bersalah. Tetapi kaum keluarga yang gugur merasa tidak puas hati dan mereka membuka kes ini sekali lagi.
Pada bulan Ogos 2005 ketua pendakwa raya mahkamah Scotland telah membuat kenyataan bahawa bukti baru telah ditemui. Bom jangka dalam kapalterbang tidak dipasang oleh warga Libya tetapi dipasang oleh ajen CIA. Saksi utama seorang penjual kain baju di Malta telah mengaku bahawa dia telah dibayar sebanyak 2 juta dolar oleh CIA untuk memberi keterangan palsu dan mengkaitkan Libya.
Memasang bom dan kemudian menuduh orang lain melakukannya bukan satu taktik yang baru. Kita pernah mendengar bagaimana orang bercakap tentang polis meletakan dadah atau parang sebagai bahan bukti.
Di Malaysia sendiri kita semua telah melihat bagaimana Mahathir Muhamad dikaitkan dengan rancangan kes rampasan senjata di Sauk pada 31 Ogos 2000. Dikatakan tiga buah Pajero telah berjaya mengambil senjata seberat tiga tan dalam masa 15 minit. Mahathir telah menuduh kumpulan silat Al-Maunah. Sebenarnya perkara ini dianggap sesetengah pihak sebagai persediaan Mahathir untuk menggunakan ISA terhadap gerakan reformasi. Ini terbukti sahih: Pada 10 April 2001 seramai sepuluh orang aktivis reformasi telah ditangkap bawah ISA.
Letupan bom di Berlin dan kapal terbang di udara Lockerbie terbukti kerja jahat CIA. Kenapa semua ini dilakukan? Jawapannya cukup senang. Minyak. Minyak. Minyak. Gadaffi tidak membenarkan syarikat minyak antarabangsa menjarah Libya. Justeru Gadaffi wajib dilupuskan.
Tuan yang saya muliakan,
Saya telah banyak menulis untuk menerangkan bahawa tamadun moden hari ini adalah tamadun minyak. Kalau dulu manusia telah melintasi Zaman Batu, Zaman Gangsa, Zaman Wap, hari ini saya namakan tamadun Zaman Minyak. Ini kerana asas ekonomi dunia kapitalis hari ini ialah minyak. Tanpa bahan bakar petrol dunia kapitalis dan sistem ekonomi kapitalis akan runtuh. Justeru kita semua wajib menerima hakikat bahawa bahan bakar petrol ini adalah kunci sistem ekonomi kapitalis.
Kuasa kolonial Eropah - Jerman, British, Itali, Perancis , Belanda, Belgium - semuanya ada memiliki tanah jajahan di Afrika. Sesudah biji durian dimakan kulitnya dibuang. Inilah sikap penjajah. Negara kolonial Barat telah meninggalkan Afrika tempang, mundur dan miskin. Afrika tidak lagi menjadi wilayah yang menarik untuk kaum kapitalis melabur seperti di Siam, Malaysia atau Korea. Di sini negara China - negara kapitalis yang baru bangun - tanpa segan silu telah masuk ke Afrika untuk melabur.
Libya menjadi bagitu penting untuk China kerana kedudukan Libya betul-betul di tengah-tengah benua Afrika. Di Selatan Libya terbentang padang pasir yang membuka benua Afrika manakala di utara ialah Laut Tengah. Ketika Libya diserang Nato ada lebih kurang 75 buah syarikat China dengan 36,000 tenaga kerja. Mereka sedang membina bangunan, lebuh raya dan mendirikan infrastruktur pembangunan.
Tiga syarikat minyak China - CNOC, Sinopec Group dan CNOOC beroperasi mencarigali di Libya. Ketika diserang oleh Nato, Libya membekalkan China 150,00 tong minyak sehari. Ini adalah 3 peratus dari keseluruhan keperluan China dan ia hanyalah 1/10 eksport minyak Libya. Secara nisbah Libya menjadi negara pembekal minyak yang amat penting untuk China.
Hari ini ekonomi China adalah ekonomi kapitalis yang kedua terbesar di dunia sesudah Amerika Syarikat. Tidak berapa lama lagi kekuatan ekonomi Amerika akan diambil alih oleh ekonomi China. Kekuatan ekonomi Amerika Syarikat akan menjadi sejarah. Fakta ini diketahui oleh CIA, diketahui oleh Rumah Putih, diketahui oleh Israel. Apabila kuasa ekonomi merudum, bermakan kuasa politik akan merudum sama. Ini makrifat realpolitik.
Untuk ekonomi China berkembang dan terus bergerak, bahan bakar petrol amat diperlukan. China memerlukan minyak mentah bukan sahaja dari Afrika malah dari mana sahaja. Justeru, China telah melabur di Sudan, di Dafur, di Chad. Fakta ini bukan satu rahsia.
Kalau membuka kembali sejarah terdekat kita akan membaca bagaimana syarikat minyak China telah diketepikan di Iraq oleh pentabiran Amerika sesudah Saddam dibunuh. Perjanjian carigali antara syarikat China dengan Iraq lupus. Wilayah carigali yang telah diberikan kepada China diambil alih oleh syarikat minyak Amerika - yang selama ini tidak dibenarkan masuk ke Iraq oleh Saddam. Perkara yang sama akan berlaku di Libya.
Tuan yang saya hormati,
Apa yang ingin saya katakan di sini ialah wujudnya persaingan yang maha hebat antara Amerika dengan China. Sayugia diingatkan dari strategi ketenteraan , China adalah musuh Amerika. China dianggap berpotensi untuk bangun, malah berkemungkinan mengalahkan Amerika. Justeru dari awal lagi strategi ketenteraan Amerika ialah merancang untuk mengepong China. Amerika merancang untuk memastikan China tidak akan dapat membangunkan ekonominya secara terancang dan berkemungkinan menggugat ekonomi Amerika.
Tuan yang saya hormati,
Dalam persaingan dua kuasa gergasi ini - dalam percaturan real politik Amerika dan China - Saddam, Gadaffi, Mahathir, Anwar Ibrahim, Najib Razak - hanyalah pak pacak yang dijemput menayangkan muka atau ditendang keluar apabila tidak diperlukan lagi. Tuan pasti menganggap bunyinya amat kasar. Sahih, memang kasar, tetapi dalam dunia kapitalis yang halus hanya kuasa bala tentera. Kuasa ini bertujuan untuk mencari keuntungan. Justeru, Gadaffi di Libya dianggap sebagai penghalang untuk penerusan strategi politik, ekonomi dan ketenteraan Amerika.
Saya berharap tuan pernah membaca atau sekurang-kurangnya mendengar tentang AFRICOM - Africa Command - yang diwujudkan pada tahun 2007. Ini adalah perjanjian ketenteraan antara Amerika Syarikat dengan negara-negara Afrika. Amerika mahu 54 buah negara Afrika membuat perjanjian ketenteraan bawah AFRICOM. Ini samalah seperti Five Power Defense Arrangements (FPDA) antara Malaysia, Singapura, Australia, New Zealand dan Britain. Perjanjian ini untuk memastikan Malaysia akan terus berada bawah telunjuk Britain.
Biar saya beritahu di sini bahawa Libya bawah Gadaffi bukan sahaja tidak mahu menyertai AFRICOM malah telah menjalankan aktiviti melawan AFRICOM. Lembaga ini bercadang untuk menubuhkan satu bala tentera Afrika yang bersatu bawah perintah tentera Amerika. Opps, hampir saya terlupa, walau pun namanya AFRICOM, ia beribu pejabat di Stuggart, Jerman!
Gaddafi sebagai anak terbaik dari benua Afrika, sebagai anak terbaik dunia Arab telah menyusun strategi untuk menentang AFRICOM. Pada persidangan African Union Febuari 2008 satu ketetapan diambil untuk menolak AFRICOM. Ini satu tamparan keatas kuasa imperialis Anglo-Amerika. Gaddafi menentang kuasa bala tentera imperialis Anglo- Amerika. Justeru, Gaddafi wajib dibunuh.
Hampir saya terlupa - sebelum Raja Idris dijatuhkan oleh Gaddafi pada tahun 1969 - Amerika Syarikat memiliki sebuah lapangan terbang tentera yang terbesar di dunia - Wheelus Air Base. Apabila Gadaffi mengambil alih Libya, lapangan terbang ini ditutup. Satu lagi jenayah Gaddafi.
Tuan yang saya muliakan,
Semua yang saya tulis ini tidak dapat dibaca dalam media antarabangsa. Ini kerana mereka berkepentingan untuk menjatuhkan Gaddafi. Manakala penulis media tempatan, mungkin kerana malas atau kerana mereka tidak mengambil Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris - maka mereka tidak berkeupayan untuk menulis.

Isnin, 28 November 2011
Ibnu Hasyim: Budaya Tak Bermoral Mula Meracun Wanita Afgan..
Ibnu Hasyim: Budaya Tak Bermoral Mula Meracun Wanita Afgan..: PENYANYI Farhad Darya (tengah) beraksi semasa mengadakan konsert di Kabul pada 24 November lalu. - AFP HALAMAN HIBURAN BERITA ini membukt...
Ahad, 27 November 2011
Ibnu Hasyim: Hijrah Tukar Kerajaan, Dari BN Kpd Pakatan Rakyat....
Ibnu Hasyim: Hijrah Tukar Kerajaan, Dari BN Kpd Pakatan Rakyat....: HIJRAH dalam kontek masa ini, di negara ini, dan politik Malayisa hari ini, ialah pindah atau tukar dari kezaliman kerajaan Barisan Nasiona...

Ibnu Hasyim: Ini Pakaian Pasukan Bola Sepak Wanita, Tetapi..
Ibnu Hasyim: Ini Pakaian Pasukan Bola Sepak Wanita, Tetapi..: SUKAN Gambar-gambar pasukan bolasepak wanita Iran yang diharamkan FIFA MEDIA massa Barat menonjolkan bagaimana air mata dan sujud p...
Ibnu Hasyim: Atasi Masalah Monyet Banyak,. Ini Cara Terbaik?
Ibnu Hasyim: Atasi Masalah Monyet Banyak,. Ini Cara Terbaik?: Ganjaran tangkap monyet SEEKOR monyet melihat beberapa ekor haiwan itu dalam kurungan di bandar Shimla pada 13 November lalu. SHIMLA, ...
Ibnu Hasyim: Roller Coaster RM5J Tersadai, Siapa Punya Kerja?
Ibnu Hasyim: Roller Coaster RM5J Tersadai, Siapa Punya Kerja?: BEGINILAH keadaan roller coaster yang telah siap dibina sejak dua tahun lalu tetapi masih belum beroperasi berhampiran Sungai Melak...
Ibnu Hasyim: 3 Tempat Menarik, Pesta Kuih Bulan Di China.
Ibnu Hasyim: 3 Tempat Menarik, Pesta Kuih Bulan Di China.: Kota Purba Fenghuang PESTA Kuih Bulan jatuh pada 12 September setiap tahun. Pesta ini merupakan pesta tradisional China. Pada hari itu...
Ibnu Hasyim: Trend Baru, Akademi/Universiti Penari Bogel Pula
Ibnu Hasyim: Trend Baru, Akademi/Universiti Penari Bogel Pula: Makin banyak akademi tarian tiang di AS BEBERAPA pelajar belajar tarian tiang di Universiti Penari Bogel Las Vegas di Las Vegas pada 11 N...
Ibnu Hasyim: Demi Ibadah Guna Sampan.. Banjir Bertambah Baik.
Ibnu Hasyim: Demi Ibadah Guna Sampan.. Banjir Bertambah Baik.: Demi ibadah.. penduduk menggunakan sampan... Sampan yang mengangkut jemaah menunaikan solat Jumaat di Masjid Mukim Simpangan ...
Ibnu Hasyim: Pakatan Tak Sokong 'PM Hanya Untuk Melayu'
Ibnu Hasyim: Pakatan Tak Sokong 'PM Hanya Untuk Melayu': Dari kiri: Lim Kit Siang, Saifuddin Nasution, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datin Seri Wan Azizah Ismail, Mohamed Azmin Ali and Abd Hadi Awa...
Sabtu, 26 November 2011
Jumaat, 25 November 2011
Selasa, 22 November 2011
Ibnu Hasyim: Demo Dataran Tahrir, 22 Terbunuh, 324 Cedera
Ibnu Hasyim: Demo Dataran Tahrir, 22 Terbunuh, 324 Cedera: SEKUMPULAN penunjuk perasaan membantu seorang wartawan yang cedera, Maher Malak di Dataran Tahrir, Kaherah semalam. SUASANA Dataran Tahrir...
Isnin, 21 November 2011
Ibnu Hasyim: Hukum Paksa Jalan Bogel Depan Umum -Tv America
Ibnu Hasyim: Hukum Paksa Jalan Bogel Depan Umum -Tv America: Dibelasah, Paksa Jalan Bogel Selepas Ditangkap Mencuri. Nov 11: Sekumpulan pemandu teksi yang berang di bandar Huancayo, Lima, ...
Ibnu Hasyim: Nik Aziz Jawab Utusan: Air K'tan Basuh Najis Lembu...
Ibnu Hasyim: Nik Aziz Jawab Utusan: Air K'tan Basuh Najis Lembu...: KL, 21 Nov 11: Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata akhbar milik Umno, Mingguan Malaysia mem...
Ahad, 20 November 2011
Ibnu Hasyim: YB Chan Ming Kai Takbir Raya Rumah Ke Rumah
Ibnu Hasyim: YB Chan Ming Kai Takbir Raya Rumah Ke Rumah: Oleh bumiperak
IPOH 1 Syawal 1432 ADUN Simpang Pulai YB Chan Ming Kai (gambar beliau berbaju Melayu biru bersongkok) turut serta dala...

Ibnu Hasyim: Pinjaman Islamik, 'Senarai hitam bank' Pun Boleh?
Ibnu Hasyim: Pinjaman Islamik, 'Senarai hitam bank' Pun Boleh?: Iklan along yang menawarkan pinjaman Islamik. SUNGAI BULOH 8 DIS 10: Bosan dengan taktik promosi pinjaman lama, peminj...
Ibnu Hasyim: Hamadi Jebali Keluar Penjara Dipilih PM Tunisia..
Ibnu Hasyim: Hamadi Jebali Keluar Penjara Dipilih PM Tunisia..: Hamadi Jebali TUNIS: Hamadi Jebali daripada parti Islam Ennahda akan menjadi Perdana Menteri Tunisia, di bawah perjanjian yang dimeterai a...
Ibnu Hasyim: Gadis Muslim Tak Salah Sertai Ratu Cantik, Undilah...
Ibnu Hasyim: Gadis Muslim Tak Salah Sertai Ratu Cantik, Undilah...: Gadis Islam serai ratu cantik KUCHING: Meskipun sudah diberi nasihat dan teguran, lima peserta beragama Islam Rantu Cantik Borneo (MBB) 20...
Ibnu Hasyim: Presiden Yaman Janji Serah Kuasa Kpd Tentera.
Ibnu Hasyim: Presiden Yaman Janji Serah Kuasa Kpd Tentera.: Presiden Ali Abdullah Saleh. Pemuda Yaman isyaratkan tanda kemenangan semasa saat tunjuk perasaan menunt...
Ibnu Hasyim: Lagi Mangsa Cinta Internet. Awas Lelaki Luar Negar...
Ibnu Hasyim: Lagi Mangsa Cinta Internet. Awas Lelaki Luar Negar...: IPOH: Sindiket penipuan menggunakan Facebook yang didalangi warga Afrika bukan hanya menipu warga tempatan, malah turut menyamar sebagai ...
Ibnu Hasyim: UMNO: Masalah Cari Pemimpin, Dibayangi Korup.. -D...
Ibnu Hasyim: UMNO: Masalah Cari Pemimpin, Dibayangi Korup.. -D...: KL, 19 Nov 11: Sementara Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib Razak sedang bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya umum ke-...
Sabtu, 19 November 2011
Ibnu Hasyim: 'Sang Pencerah', Filem Pengasas Muhammadiyyah
Ibnu Hasyim: 'Sang Pencerah', Filem Pengasas Muhammadiyyah: By Shahmuzir HALAMAN HIBURAN ALHAMDULILLAH, saya baru selesai menonton filem Sang Pencerah . Filem ini mengisahkan ringkasan kisah hidup ...
Ibnu Hasyim: Kurangkan Seks, Lebihkan Cegah. Itu Bukan Cara Kit...
Ibnu Hasyim: Kurangkan Seks, Lebihkan Cegah. Itu Bukan Cara Kit...: Ramai, anara ciri-ciri keluarga bahagia.. WASHINGTON: Kadar kelahiran di kalangan wanita muda dan remaja di Amerika Syarikat mencatat keja...
Hendaklah Tuhan di tiap tabir ilmu
Hendaklah Tuhan di tiap tabir ilmu
Dr Mohd Asri Zainul Abidin 8:16AM Nov 19, 2011 |
Alangkah
baiknya jika kita memiliki bandar seperti Oxford ini. Sebuah Bandar
yang penuh dengan pusat-pusat pengajian. Hampir setiap manusia yang
bergerak di bandar ini mempunyai kaitan dengan pengajian.
Pelbagai tajuk yang pelik dan aneh dikaji. BBC Oxford juga ada kelainannya. Isu-isu yang dibincangkan sesuai dengan taraf keilmuan di bandar ini.
Seminar itu dan ini begitu banyak dalam pelbagai cabang ilmu pengetahuan. Hampir semuanya percuma. Mereka biasanya tidak memperuntukkan tempat yang canggih dan anggun untuk berseminar. Cukup dengan satu ruang dalam pepustakaan ataupun selainnya yang boleh memuatkan beberapa puluh orang.
Kebanyakannya tiada pembesar suara. Hanya kerusi, meja dan pembicara. Sebahagian seminar hanya beberapa belas orang. Ia tetap berlangsung dengan penuh diskusi pengetahuan. Saya sendiri cuba hadir dalam banyak seminar setiap minggu, samada yang ada kaitan secara langsung atau tidak langsung dengan bidang saya.
Beberapa seminar di School of Anthropology umpamanya memberikan saya pengetahuan baru di luar bidang. Semalam di Muslim-Christian Studies, ada pembentangan oleh Martin Whittingham, seorang Kristian dengan tajuk: Ezra as the Corrupter of the Old Testament Text? Ibn Hazm and the Long History of an idea.
Seorang Kristian yang memperkatakan tentang idea al-Imam Ibn Hazm. Ya, banyak yang boleh dimanfaatkan jika kita ingin mencari pengetahuan di sini. Jika kita buru pengetahuan memang hidup akan sibuk. Sehingga saya kadang-kala terfikir untuk berhenti menulis setiap minggu yang sentiasa menekan waktu saya sejak hampir lima tahun lalu.
Dahulu ketika di Mingguan Malaysia, deadline saya pada hari sabtu amat mendesak. Sekarang di Sinar Harian deadline saya pada hari khamis untuk edisi Jumaat. Waktu Malaysia pula awal lapan jam dari UK.
Namun, oleh kerana tulisan menghubungkan saya dengan ramai manusia, di akhbar dan internet maka saya teruskan. Dengan harapan ada kebaikan yang mendatangkan pahala di sebalik setiap artikel yang dikeluarkan.
Ilmu untuk apa?
Di sebalik kesibukan manusia memburu ilmu di bandar seperti Cambridge dan Oxford ini, saya tertanya ke manakah ilmu pengetahuan yang penuh sarat ini akan membawa manusia? Apakah tujuan ilmu? Apakah ilmu untuk ilmu, atau ilmu hanya jambatan kepada satu tujuan lain yang lebih murni.
Apakah cukup seorang insan memegang gelaran ilmu kemudian hidup dalam lingkungan sendiri tanpa menjadikan pengetahuannya memberikan sumbangan kepada pembangunan insan? Lebih buruk lagi, apabila apa yang dianggap ‘ilmu' itu menyumbang kepada kemusnahan kehidupan manusia.
Sebelum saya pergi lebih jauh, saya teringat hari pertama saya sampai di bilik penginapan, saya bertanya arah kiblat kepada jiran bilik saya yang juga seorang ilmuwan muslim. Beliau berkata beliau tidak tahu. Saya terdiam dan berfikir apakah peranan ilmu dalam kehidupan seorang individu Muslim?
Apakah makna bagi sebuah perbahasan agama yang kononnya mencapai ketinggian falsafah sehingga ke langit tinggi jika pembahasnya gagal untuk meletakkan dahi ke bumi untuk sujud kepada Tuhan Maha Tinggi? Ilmu itu ada ruh dan tuntutannya.
Kita tidak menafikan betapa malunya dunia Islam yang ketinggalan dalam pembangunan ilmu. Sedangkan dahulu, dunia Islam telah ke hadapan dalam hal ini. Museum History Science di Oxford yang bersebelahan dengan tempat tinggal saya ini, mengiktiraf sumbangan dunia Islam terhadap perkembangan sains serta mengakui bahawa Barat mengambil manfaat dari kaum Muslimin.
Barat yang pada mulanya mengambil ilmu dari dunia Muslim lalu mengembangkannya sehingga mereka maju ke hadapan dalam pelbagai bidang kehidupan. Kita pula ketinggalan, bahkan ramai yang hidup dalam kejumudan. Ada memusuhi ilmu pengetahuan dengan menganggap pengajian selain ilmu-ilmu langsung berkaitan agama hanyalah sia-sia.
Bahkan ada yang melarang menuntut ilmu dengan orang kafir atau di ‘negara kafir'. Golongan literalist ini melupai bahawa sebahagian kemudahan beragama adalah hasil sumbangan ilmu dalam pelbagai bidang.
Perkara asas dalam kehidupan seperti jam untuk solat, kompas untuk arah kiblat, kenderaan untuk ke Mekah, pembesar suara, mesin cetak, internet dan pelbagai lagi yang membolehkan Islam tersebar adalah hasil sumbangan ilmu dalam pelbagai bidang yang secara zahirnya tidak kelihatan berkaitan agama. Namun, ramai manusia kembali kepada Tuhan hasil perantaraan ilmu dari bidang yang lain.
Permasalahan utama para penuntut ilmu di Barat ataupun Timur adalah mereka gagal menghubungkan ilmu pengetahuan dengan Tuhan semesta alam. Apabila mereka terlupa, ataupun syaitan melupakan mereka bahawa segala falsafah dan penemuan dalam pembukaan ilmu hanyalah usaha menemui rahsia ciptaan Tuhan di alam maya ini.
Umpamanya, kehairanan saintis tentang ‘black holes' yang akan menelan kehidupan maya pada ini, tidak dapat dirungkaikan tanpa menyelak lembaran-lembaran tentang kiamat dan kehidupan baru selepas kemusnahan alam.
Islam tidak pernah memusuhi ilmu. Walaupun ada pandangan-pandangan jumud seperti konservatif agama dahulu di Indonesia dan Malaya yang menentang Kiyai Ahmad Dahlan dan ‘Kaum Muda', atau golongan literalis hari ini yang menentang pengajian falsafah, namun sejarah umat Islam tidaklah seburuk Kristian yang membakar hidup ribuan ilmuan dalam rekod sejarah mereka.
Dalam dunia Islam, walaupun ada kezaliman disebabkan aliran mazhab dan school of thought yang berbeza, tetapi ruang ilmu tetap luas. Al-Ghazali, Ibn Rusyd, Ibn Taimiyyah dan selain mereka yang berbahas tentang falsafah Greek dan Yunan secara pro dan kontra, kesemua mereka mendalami ilmu tersebut secara masak dan dalam.
Mereka bukan terus mengharamkan tanpa berkenalan. Dalam apa sahaja bidang, tidak sama orang yang mengetahui dengan yang tidak mengetahui (maksudnya):
"Katakanlah: apakah sama orang yang mengetahui dengan yang tidak mengetahui?" (Al-Zumar: 9)
Tuntutan ilmu
Apa yang Islam tuntut agar ilmu sentiasa dikaitkan dengan kebesaran Allah, Tuhan pencipta alam. Allah itu di sebalik segala ilmu pengetahuan. Apa yang manusia temui hanya cebisan dari penciptaan alam yang maha luas.
Samada penemuan dalam bentuk kebendaan ataupun pemikiran dan falsafah kehidupan, semuanya hanyalah debu dari ilmu Tuhan yang tiada tepiannya.
Inilah yang Allah nyatakan (maksudnya): "Tidaklah kamu semua diberikan ilmu melainkan sedikit" (Al-Isra: 85).
Dengan ilmu yang sedikit itulah manusia berjaya menghasilkan pelbagai kemajuan yang mengkagumkan. Dengan ilmu yang sedikit itulah manusia berbangga antara satu sama lain. Dengan ilmu yang sedikit itu juga manusia boleh menzalimi antara satu sama lain.
Namun, dengan ilmu yang sedikit itulah satu-satunya jalan untuk manusia mengenali Tuhan dan tunduk kepada-ya. Justeru, Allah mengajar manusia manusia sejak awal penurunan wahyu agar ilmu pengetahuan dibaca dengan nama-Nya Yang Maha Pemurah yang mengurniakan ilmu kepada insan.
Firman Allah (maksudnya): "Bacalah dengan nama Tuhanmu Yang Menciptakan (segalanya). Dia menciptakan insan dari ‘alaq. Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah . Yang mengajar dengan pena. Dia mengajarkan insan apa yang tidak diketahuinya" (Al-‘Alaq :1-5).
Demikian sejak hari awal penurunan wahyu kepada Nabi SAW, asas ini telah dipasak. Tuhan itu berada di setiap tabir ilmu. Kesimpulan seorang pengkaji ilmu akan kembali kepada kebesaran Tuhan. Apa sahaja ilmu yang dikaji, Tuhan jua yang akan ditemuinya.
Jika dia berjaya atau gagal, dia hanya berjaya atau gagal membongkar rahsia ciptaan Tuhan. Namun dia tetap akur, segala ilmu hakiki berada di sisi Tuhan. Apa yang ditemui, hanya debuan dari kebesaranNya. Maka ilmu akan membawa insan mengenali Ilahi. Mengenali Tuhan menerusi ilmu membawa kepada cinta yang hakiki. Cinta itu pula membawa kepada kebahagiaan nurani.
Ilmuan yang berpaksikan Tuhan sentiasa akan menyimpulkan jawapan akhir bagi segala pencarian iaitu "Hanyalah Allah Yang Mengetahui hakikat setiap perkara".
Apa yang manusia bahas dan bincangkan hanyalah zahir ilmu, batinnya tetap dalam pengetahuan Tuhan. Benar dan salah, hanya tafsiran dan takwilan fakta dan nas; hakikatnya Tuhan jua yang mengetahui.
Manusia yang memburu ilmu dengan penuh kejujuran, menemui Tuhan di setiap penjuru ilmu. Firman Allah (maksudnya):
"Tidakkah engkau melihat bahawa Allah menurunkan hujan dari langit, lalu Kami keluarkan dengan air hujan itu buah-buahan yang berlainan warnanya; dan di antara gunung-ganang pula ada yang mempunyai jalur-jalur putih dan Merah, yang berlainan warnanya dan ada juga yang hitam legam.
"Dan demikian pula antara manusia dan binatang-binatang yang melata serta binatang-binatang ternak, ada yang berlainan jenis dan warnanya? sebenarnya yang takutkan Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu (ulama). Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun" (Fatir: 27-28).
Ayat ini sering dijadikan dalil bahawa golongan ulama yang paling takutkan Allah. Lalu, ditonjol ulama yang berserban dan berjubah, atau ahli fekah, lebai atau ustaz sebagai golongan yang takutkan Allah.
Namun, jika kita perhatikan ayat ini ia membicarakan tentang mereka yang memerhati kejadian alam dengan segala keajaiban, selepas itulah diikuti dengan penegasan "yang takutkan Allah dari kalangan hamba-hamba-Nya hanyalah orang-orang yang berilmu (ulama)".
Jika berserban dan jubah tanpa meneroka rahsia alam, atau menelaah penemuan keajaiban ciptaan Tuhan tidak akan menimbulkan rasa kegerunan. Maka, tidak salah untuk kita katakan bahawa saintis itulah yang paling dimaksudkan mereka yang takutkan Allah.
Saintis itulah ulama dalam konteks ayat ini. Sesiapa mengkaji alam dalam segala bidang kebendaan dan pemikiran, merekalah ulama dalam bidang mereka. Adapun yang mendaftarkan diri dalam persatuan ulama, atau badan ulama belum tentu terangkum dalam ayat ini.
Apapun, dalam apa pengetahuan perasaan itu tidak akan hadir, jika ilmu dibaca secara berasingan dari nama Tuhan. Hendaklah Tuhan berada di setiap tabir ilmu.
Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin merupakan bekas mufti Perlis dan felo pelawat di Universiti Oxford, United Kingdom.

Taktik pemimpin "bodoh" mencuri duit rakyat siri 2 Kongsi25 BANTAHAN hebat telah disuarakan oleh penduduk Kampung Banggol Donas (Kg Banggol Tuan Muda) berhubung isu membelokkan lebuhraya yang lurus ke arah 22 rumah penduduk kampung. Dalam pendedahan lalu telah ditunjukkan bagaimana kerja pelik "orang gila" ini telah dilakukan, rujuk sini [Pemimpin bodoh]. Pelik tapi benar, lebuhraya yang lurus dipesongkan dan melanggar 22 rumah penduduk kampung. Kalau kambing diajar jadi jurutera jalan, kambeng pun tak sanggup buat kerja gila ini. Maklumat yang didedahkan oleh salah seorang penduduk Kg Banggol Donas, juga mangsa di mana rumahnya turut akan dirobohkan, mendedahkan bahawa rupa-rupanya lebuhraya tersebut dipesongkan agar melanggar sebahagian tanah JKK Umno bernama Ghani B Hitam. Saudara Salleh B Embong, mendedahkan bahawa Ghani telah lebih awal menukar status tanahnya secara senyap-senyap daripada tanah kampung kepada "bangunan" untuk mendapatkan pampasan berlipat kali ganda. Di bawah ini penjelasan saudara Salleh Embong, beliau turut menunjukkan lokasi tanah pemimpin Umno yang dimaksudkan. Selepas ini kita akan dedahkan dokumen bukti bagaimana pejabat tanah turut didakwa bersekongkol untuk mengenyangkan perut pemimpin celaka ini. Malah PM Najib sendiri telah mengetahui hal ini, namun sampai sekarang semua "tidur". ReJaM© " Duit punya pasal 22 rumah orang kampung kena roboh! Jahanam!" Posted by ReJaM© at 8:33 PG title pendedahan, Penyelewengan Comments (5) Sort by: Date Rating Last Activity +2 Tok Raibah's avatar Tok Raibah · 3 hours ago Sesungguhnya bangsa tak akan bantu bangsa .Hanya AGAMA yang mampu menolong bangsa.Apabila wang ringgit beraja di hatI dia tak akan puas hinggalah masuk ke dalam kubur.. Report Reply +2 Tok Raibah's avatar Tok Raibah · 3 hours ago Sesungguhnya bangsa tak akan bantu bangsa .Hanya AGAMA yang mampu menolong bangsa.Apabila wang ringgit beraja di hatI dia tak akan puas hinggalah masuk ke dalam kubur.. Report Reply +2 Anti Politik Sampah's avatar Anti Politik Sampah · 2 hours ago mcm biasalah.ini kan umno kalau tak menipu dan merembat bukanlah umno.dah rembat buat alasan bodoh nak lembukan rakyat.tunggulah nanti ada ORG CERDIK PANDAI yg akan bagi ALASAN KONKRIT kenapa highway tu WAJIB dilencongkan.projek lembu jadi kondo yg terang terang tu pun dia org boleh spin.apa barang dengan kes ni.seribu satu alasan boleh buat beb.rakyat jugak yg bodoh.depa semua pandai. Report Reply 0 Nais's avatar Nais · 1 hour ago boleh land... haih... nk harap balasan kat sana... lama lagi.. maka malaun ni pau habis-habisan sebelum kena pau kat sana.. tul? Report Reply 0 SomebodyInLIZIZ's avatar SomebodyInLIZIZ · 1 hour ago utk pengetahuan, projek ini adalah JV antara Kumpulan Liziz Sdn BHD & MZ (iaitu syarikat yg dimiliki oleh Ketua Pemuda UMNO Terengganu).. Dulu, nilai projek ini adalah dalam RM300 juta, tetapi setelah dilencungkan nilainya menjadi lebih RM600 juta ( 2 kali ganda).. mungkin nilai ini lebih lagi dgn beberapa projek VO yg terlalu mudah diluluskan oleh JKR.. utk pengetahuan juga.. semua pucuk pimpinan UMNO negeri Terengganu lebih2 MB Terengganu & juga pegawai kerajaan adalah terlibat dalam usaha meningkatkan KOS PROJEK ini kpd 2 kali ganda.. dan utk berbuat demikian projek ini perlu lari dpd pelan asal & diubah kpd pelan yg baru... iaitu dilencongkan sebagaimana yg ada sekarang Bagi mengagalkan bantahan org kampung, pihak kontraktor telah diarahkan supaya terus melaksanakan kerja2 pembinaan jalan setakat yg boleh. Mana2 tanah yg boleh dimasuk mereka akan segera membuat kerja2 pembinaan di tanah terbabit walaupun pada pada hakikatnya belum mendpt kelulusan sebagaimana prosedur yg sepatutnya. Tanah2 pengikut UMNO dibayar dgn nilai yg tinggi & yg tidak menyebelahi UMNO dianaktirikan. source: http://milosuam.blogspot.com/2011/11/taktik-pemimpin-bodoh-mencuri-duit.html#ixzz1e7mNpZfo
Ibnu Hasyim: Buktikan 13 Tahanan ISA Pengganas Abu Omar
Ibnu Hasyim: Buktikan 13 Tahanan ISA Pengganas Abu Omar: Najib di Bali rakyat ditahan ISA. Pemimpin rantau Asia Pasifik termasuk Najib Razak dan Barack Obama ketika tiba untu...
Ibnu Hasyim: Bogel Bantah Parti Islam. Lwn PAS Dg Bogel?
Ibnu Hasyim: Bogel Bantah Parti Islam. Lwn PAS Dg Bogel?: KL 19 Nov 11: Lawan Parti Islam dengan berbogel? Berbogel dalam gambar di internet, walaupun sebelumnya berlaku demontrasi 'telanjang ...
Ibnu Hasyim: Kurangkan Seks, Lebihkan Cegah. Itu Bukan Cara Kit...
Ibnu Hasyim: Kurangkan Seks, Lebihkan Cegah. Itu Bukan Cara Kit...: Ramai, anara ciri-ciri keluarga bahagia.. WASHINGTON: Kadar kelahiran di kalangan wanita muda dan remaja di Amerika Syarikat mencatat keja...
Ibnu Hasyim: Kini Tokyo Sky Tree Menara Tertinggi Di Dunia
Ibnu Hasyim: Kini Tokyo Sky Tree Menara Tertinggi Di Dunia: Guinness World Records pada hari Khamis lalu telah mengiktiraf Tokyo Sky Tree berketinggian 634 meter sebagai menara tertinggi di dun...
Jumaat, 18 November 2011
Ezam keluar parti kerana wang
Ezam keluar parti kerana wang
Memoir Syed Husin: Ezam keluar parti kerana wang
3:20PM Nov 18, 2011 |
Dalam bab yang dinamakannya, ‘Alasan Ezam keluar parti’ - ahli politik veteran itu berkata, Ezam pernah memberitahunya sebulan sebelum meletakkan jawatan bahawa beliau kesempitan wang dan malu kerana terpaksa bergantung kepada pendapatan isterinya.
“Doktor, sekarang ini saya tiada pekerjaan dan tidak ada sumber pendapatan. Pendapatan saya sebanyak US$3,000 sebulan di Indonesia sebagai pengarah sudah terhenti sejak syarikat itu tutup.
“Sekarang saya terpaksa bergantung hanya kepada pendapatan isterti saja. Malulah, walaupun gajinya besar juga, kira-kira RM8,000. Saya kena cari peluang untuk mendapatkan satu dua jawatan pengarah. Ini boleh hanya jika ada bukti saya sudah meninggalkan parti,” tulisnya dalam buku itu.
Menurut Syed Husin pendedahan itu dibuat oleh Ezam selepas beliau meminta penjelasan berhubung khabar angin bahawa ketua pemuda PKR itu telah mengemukakan surat peletakan jawatan kepada setiausaha PKR Selangor.
"Doktor. Saya berhenti. Sekarang ini musuh saya bukan lagi Azmin. Musuh saya ialah Anwar. Percayalah saya akan melakukan apa saja untuk memusnahkannya,” Ezam didakwa berkata.
Menceritakan reaksinya, Syed Husin berkata beliau tertanya-tanya jika Ezam yang sekarang ini telah dilantik sebagai senator oleh BN sudah berjaya "dibeli oleh pemimpin Umno".
"Aku teringatkan surat daripada Hishammuddin Rais semasa beliau dalam tahanan dulu.
“Aku terperanjat besar. Aku masih tidak faham mengapa Ezam begitu berterus terang sekali,” tulis Syed Husin lagi.
Bagi pemimpin veteran itu, tindakan Ezam cukup mengecewakannya.
“Aku beranggapan beliau mempunyai potensi untuk memainkan peranan penting dalam parti. Bahkanterlintas juga dalam dalam fikiranku bahawa mungkin beliau boleh dipromosikan untuk menjadi salah seorang calon timbalan presiden pada masa akan datang,” katanya.
- Diplomatik Bebas · Langgan · Pengulas TertinggiLepas EZAM keluar PKR, EZAM di lantik SENATOR!
Persoalannya di sini, adakah PEMERINTAH kita memilih orang2 yang BERJIWA PENGKHIANAT mentadbir negara? Ini juga terjadi terhadap TIGA orang Wakil Rakyat di Perak yang dibeli oleh BN! Habis PERAK tergadai!
Bayangkan NEGARA kita sebenarnya di perintah oleh PENGKHIANAT! Kerana WANG mereka sanggup GADAI PARTI dan TANGGUNGJAWAB yang RAKYAT berikan terhadap MEREKA.
TUMBANGKAN BN pada PRU ke 13!- Ibrahim Tompang · Pengulas Tertinggi
- Kong Bu Fenzi · Pengulas TertinggiPolitik malaysia. bukan sekadar berjuang untuk rakyat.
Politik Malaysia berjuang untuk peket dan kekayaan.
Nak harap melayu umno melindungi masyarakat melayu..karut namanya, nak harap melayu umno membantui rakyat melayu...itu tipu namanya.
Mandat rakyat boleh dijual beli Agama boleh dijualbeli... masing masing menajalankan marketing strategi supaya mengumpan lebih kuasa.- Wroy Yowl · Pengulas Tertinggi · Professional Trader di Professional Forex Trader
- Geena Young · Pengulas Tertinggi
- Wroy Yowl · Pengulas Tertinggi · Professional Trader di Professional Forex Trader
Ibnu Hasyim: Pelik! Lumba Laju Tandas Kereta Kecil Buatan Sendi...
Ibnu Hasyim: Pelik! Lumba Laju Tandas Kereta Kecil Buatan Sendi...: JOM KREATIF EDD CHINA menunggang tandas bergerak di London semalam. Tandas, kereta kecil sertai perlumbaan LONDON - Seorang pencipt...
Ibnu Hasyim: 'Hamba Allah' Derma RM5J Untuk T/Serambi Mekah
Ibnu Hasyim: 'Hamba Allah' Derma RM5J Untuk T/Serambi Mekah: KOTA BHARU, 17 Nov 11: Seseorang dari luar Kelantan telah menyumbang derma peribadi kepada Tabung Amanah Serambi Mekah sebanyak RM5 juta. B...
Ibnu Hasyim: Guru Beronani Dalam Kelas Murid Lari..
Ibnu Hasyim: Guru Beronani Dalam Kelas Murid Lari..: CHICAGO: Seorang guru matematik yang mengaku melakukan onani dalam kelas sejak 10 tahun lalu bakal didakwa di mahkamah selepas dia ditan...
Khamis, 17 November 2011
KEDAI INTERNET KITA: PENAPIS AIR LUAR RUMAH
KEDAI INTERNET KITA: PENAPIS AIR LUAR RUMAH: SISTEM PENAPIS AIR LUAR RUMAH MEMBUATKAN KEHIDUPAN ANDA SEKELUARGA LEBIH MUDAH DAN SIHAT. INSYA ALLAH. SIS...
- KENALI KAMI
- HUBUNGI KAMI
- IKUTI KAMI
Rasmi, amah Indonesia ke Malaysia 1 Disember
7:08AM Nov 17, 2011 |
Indonesia secara rasmi mengumumkan akan menyambung semula penghantaran pembantu rumah ke Malaysia mulai 1 Disember ini.
Keputusan berhubung perkara itu dibuat secara bersama oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono pada mesyuarat dua hala di Nusa Dua malam semalam.
"Saya dan Presiden SBY telah membuat keputusan bersama supaya penghantaran tenaga kerja (sektor tidak formal) dari Indonesia ke Malaysia akan disambung semula mulai 1 Dis yang akan datang ini.
"Sudah tentu berita ini akan disambut dengan begitu baik sekali di Malaysia kerana ini sudah begitu lama sekali dinanti-nantikan dan ini menunjukkan bahawa kesungguhan dan keikhlasan Presiden SBY untuk mencari penyelesaian secara postif untuk apa jua permasalahan yang berbangkit antara kedua-dua negara," kata Najib kepada wartawan Malaysia di Nusa Dua, malam semalam.
Katanya beliau telah menyampaikan penghargaan kerajaan dan rakyat Malaysia atas keputusan itu dengan harapan pelaksanaan keputusan itu akan berjalan lancar sesuai dengan pindaan yang dibuat ke atas memorandum pengambilan dan penempatan tenaga kerja Indonesia yang ditandatangani kedua-dua belah pihak di Bandung pada Mei lalu.
Mesyuarat dua hala itu adalah susulan kepada pertemuan kedua-dua pemimpin itu di Perundingan Tahunan yang diadakan di Lombok, Nusa Tenggara Barat, bulan lalu di mana kedua-dua bersetuju membuat keputusan bersama di Bali berhubung isu itu.
Pada pertemuan di Lombok itu mereka bersetuju untuk melihat laporan Pasukan Petugas Khas Bersama mengenai makanisme pelaksanaan persetujuan-persetujuan pada protokol bagi meminda Memorandum Persefahaman Mengenai Pengambilan dan Penempatan Pembantu Rumah Indonesia 2006.
Semalam, kedua-dua Menteri Sumber Manusia Malaysia Datuk Seri Dr S Subramaniam dan Menteri Tenaga Kerja dan Transmigrasi Indonesia Muhaimin Iskandar telah melaporkan kepada kedua-dua pemimpin mengenai makanisme pelaksanaan persetujuan itu.
Indonesia melaksanakan pembekuan sementara penghantaran pembantu rumah ke Malaysia pada 26 Jun 2009 berikutan beberapa kejadian penderaan terhadap pembantu rumah Indonesia oleh majikan Malaysia.
Berikutan itu, kedua-dua negara berunding sehingga satu kata sepakat dicapai dengan penandatanganan protokol meminda beberapa peruntukan dalam memorandum persefahaman 2006 itu, yang diadakan di Bandung pada 30 Mei lalu.
Bagaimanapun penerapan makanisme yang sesuai bagi pelaksanaan protokol itu berhubung perlindungan kepada pembantu rumah Indonesia dan majikan mereka oleh Pasukan Petugas Khas Bersama, menyebabkan penarikan balik moratorium itu tertangguh sehingga sekarang.
Dr Subramanian ketika menjelaskan mengenai persetujuan itu berkata antara perkara utama yang dipersetujukan ialah mengenai keperluan mengadakan kontrak kerja untuk pembantu rumah, kos pengambilan pembantu rumah Indonesia yang ditetapkan pada kadar RM4,511, wajib kursus selama 200 jam, cuti satu hari seminggu kepada pembantu rumah selain mereka dibenarkan memegang sendiri pasport.
Majikan pula hanya dibenarkan mengambil balik RM1,800 daripada kos yang mereka dahulukan kepada pekerja dengan memotong gaji tidak lebih daripada 50 peratus sebulan daripada pekerja mereka.
Perlindungan kepada majikan ialah mereka berhak mendapat bayaran balik sepenuhnya daripada ejen pekerja jika pembantu rumah mereka melarikan diri dalam tempoh enam bulan, jika mereka tidak mendapat pengganti.
- Bernama

SHARE THIS STORY
RELATED
- Aziz Abdul · Pengulas Tertinggi"Sudah tentu berita ini akan disambut dengan begitu baik sekali di Malaysia kerana ini sudah begitu lama sekali dinanti-nantikan" sapa yang sambut baik, dan sapa yang nanti2kan najib ha?.... lebih baik bagi tawaran kerja amah ni kepada ibu-ibu tunggal dan gajinya mestilah setimpal. anti pendatang.
- Ruzi Ayob · Pengulas Tertinggi · SMM 81-85memberi kebenaran hanya kerana rakyat dia dah byk yg melata.....yg harunya....antara syarat2..pasport mesti amah pegang,gaji setimpal dll..selama ini pasport majikan pegang pun mereka blh bolos!kalau dah ada kat tangan mereka...alamat...gigit jari le majikan2 kat Malaysia selps ini...syarat2 yg tak menjanjikan apa2..waspada lah majikan di Malaysia...ada byk buruk dari baik,masih byk cara utk mengatasi masalah harian kita...selain drp menanggung mereka luar dalam..umpama biawak hidup!kita juga kena jaga suami sentiasa agar tak putih mata apabila cinta sdh beralih arah!....satu bangsa yg hanya pandai mengambil tapi tak pandai memberi.....
- Mohd Rizman Maman · Pengulas Tertinggi · University of Massachusetts Amherst
- Bumiputera Berjaya · Langgan · Pengulas Tertinggi · Managing Editor, JustNews.com di CNN International · 185 subscribersJangan lagi ada kisah menteri rogol amah, didera dan dibelasah oleh majikan yang tidak memiliki hati dan rasa ehsan...amah pula janganlah mencuri dan menculik anak majikannya...cuti satu hari seminggu dengan memegang pasport sendiri.. kelonggaran ini akan memudaratkan majikan...persefahaman ini nampaknya Presiden Susilo Bambang Yudhoyono lebih bijak menangkap menjangkaui masa.
- Kawat Duri · Pengulas Tertinggijaminan dr ejen 6 bulan je ke......kepala bapak ko.kalu sepelas 6 bulan majikan kena tngguang sndiri. lepas 6 bulan bkeja.....pasport indon pegang sendiri.....dah tntu lubang nak cabut besar.ejen pula kroni perlu d lindung.apasal bodo sngt menteri.......ramai rakyat malaysia kerja gaji bawah 450 sebulan.......tak penah d peduli.
CARTOONKINI
BERITA TERKINI MELALUI SMS
|
|
|
© 2011 Malaysiakini. All rights reserved. | English|Malay|ä¸æ–‡ç‰ˆ|தமிà®´் |
Langgan:
Catatan (Atom)