Khamis, 23 Ogos 2012

RESEPI NASI DAGANG


RESEPI NASI DAGANG

Bahan-bahan ( Untuk 25 orang makan )
  • Untuk nasi:
  • 1 gantang(2.7kg) beras wangi (eg: brand Sunwhite) dibasuh dan direndam selama 8 - 9 jam
  • Segenggam bawang merah setelah dimayang ( lebih kurang 12 ulas)
  • 1 - 2 inci halia (dihiris halus-halus panjang)
  • 1 - 2 sudu besar halba
  • Santan dari 3 biji kelapa ( santan pekat satu cetong(lebih kurang 900ml) dan santan cair satu setengah cetong)
  • 1 sudu besar gula
  • segenggam garam
  • Untuk lauk:
  • 4 ekor ikan tongkol yang besar direbus bersama satu keret besar nisan, segenggam asam gelugur dan garam secukup rasa, air rebusan disimpan untuk dimasukkan dalam masakan kuah nanti
  • Untuk Kuah:
  • 1 senduk nasi penuh serbuk ketumbar
  • 1/2 senduk nasi serbuk jintan manis
  • segenggam lengkuas setelah dihiris
  • 1 inci kunyit hidup (atau 1 sudu besar kunyit serbuk)
  • 1 labu bawang putih (yang besar)
  • 2 inci halia
  • 3/4 kilo bawang merah lebih sedikit
  • 1 1/2 bungkus cili boh yang RM1.20 sebungkus
  • kerisik dari 1/2 biji kelapa
  • 4 keret besar nisan
  • santan dari 4 biji kelapa ( kepekatan biasa, jangan cair)
  • 2 inci kulit kayu manis
  • Untuk Acar: 3 biji timun 1 batang karot 3 biji cili merah besar 2 potong nenas 1/4 kobis (setelah dipotong-potong digaul bersama garam gula dan cuka secukup rasa)
  • Telur rebus: 12 - 13 biji
Cara-cara
  1. Cara-cara memasak kuah: semua bahan untuk kuah di'blender' kecuali kerisik, nisan, santan dan kulit kayu manis.
  2. masak santan hingga naik minyak sedikit barulah dicampur bahan-bahan yang diblender, kerisik, nisan dan kulit kayu manis.
  3. masak biar lama (api perlahan) bila santan surut separuh diisi air lagi hingga paras yang pertama, step ini diulang lagi selepas air surut separuh lagi baru letak ikan yang direbus bersama air rebusan dan separuh dari asam gelugur yang diguna untuk rebus ikan, air ditambah lagi sehingga paras pertama dan dimasak api perlahan sehingga kuah pekat dikacau sekali-sekali.( masak kuah makan masa lebih kurang 7 jam, dengan yang demikian kuah menjadi warna gelap dan tulang ikan reput macam sardin di dalam tin)
  4. Cara-cara memasak nasi: beras yang direndam 8 jam dibasuh dan dikukus kosong sehingga masak, kemudian diangkat dan digaul rata dengan santan cair, bawang merah yang dimayang dan halba.
  5. kukus sekali lagi hingga masak dan diangkat dan digaul bersama santan pekat (diperolehi dengan memerah santan menggunakan air masak)yang sudah dicampur gula dan garam. Nasi sudah siap.
  6. Bagi siapa yang kesuntukan masa boleh ikut cara saya memasak kuah, tapi kuahnya tak segelap yang original dan tulang tak sempat menjadi lembut.

















LAKSA KELANTAN.

BAHAN KUAH LAKSA :-)
5 ekor ikan kembong (resipi asal guna ikan selayang), siang, cuci bersih dan toskan*
1/2 camca besar gula*
1/2 camca teh garam*
Gula melaka sebesar ibu jari, dihiris*
2 cawan air*
1 keping asam gelugur*
4 cawan santan dari 1 biji kelapa
3 keping asam gelugor
1 genggam daun kesom (resipi asal tak letak)
Garam dan gula secukup rasa
4 biji bawang merah
1/2 inci halia

BAHAN LAIN :-)
Laksa secukupnya (mat guna laksa segar)
Hirisan halus timun
Taugeh, dibuang ekor
Hirisan bawang besar
Hirisan pucuk daun kesom
Hirisan kacang panjang (mat guna kacang buncis)
Sambal belacan ( 5 biji cili merah + 1 inci belacan + sedikit garam = tumbuk halus)
Belahan limau kasturi

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK KUAH LAKSA :- Rebus ikan kembong tadi bersama2 bahan bertanda (*) hingga ikan masak. Keluarkan ikan dan asingkan isi dari tulang. Kisar tulang ikan tadi bersama air rebusan dan tapis. Kemudian kisar pula isi ikan bersama bawang merah, halia dan 2 cawan santan. Tuang dalam periuk bersama stok ikan, baki santan, asam gelugor dan kacau rata. Bila mendidih, tambah garam secukup rasa dan secubit gula. Masukkan daun kesom dan renih hingga kuah sedikit pekat, kacau sekali sekala. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
  2. UNTUK LAKSA KELANTAN :- Masukkan secukup mee laksa dalam bekas sesuai. Tuang kuah laksa dan letak bahan2 ulam beserta sambal belacan dan belahan limau kasturi. Hidangkan segera....




RESEPI SPAGHETTI DAGING
Bahan
1 paket spaghetti
Air
Cara-cara
1. Panaskan air dalam periuk. Bila mendidih masukkan spaghetti.
2. Spaghetti direbus hingga lembut kemudian toskan dan gaul dengan sedikit minyak zaitun.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgElDM4AMPVePNIenR3xadI_YqcolCiFv5LCiiRHFfXcBN_CJ_wrcOZcSAbAwqRx-VC1ylI41H5mfP4sFvUadXAlrMikSR7t7djvbE6uMCDm3RNWAlVJrIZIVKlmBY3O320TMnsDlzpXfo/s320/DSC06025.JPG
Bahan-bahan
500gm daging kisar
1 tin besar pati tomato (puree)
1 biji bawang besar (sebaiknya yang kuning)
3 biji bawang putih
2 biji tomato yang besar
1 sudu teh oregano
1 sudu teh thyme garam (ikut citarasa masing-masing)
5 sudu makan tomato sos
2 sudu makan sos cili
2-3 sudu makan minyak zaiton/minyak masak/minyak jagung

Cara Untuk Buat Sos
1. Potong dadu bawang besar dan bawang putih.
2. Tomato di mesin dengan sedikit air.
3. Panaskan minyak (akak guna minyak zaiton) dalam 3 sudu makan.
4. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau.
5. Masukkan daging kisar dan kacau sehingga daging masak dan masukkan tomato kisar dan tomato puree bersama-sama 1 tin air. Masukkan garam.
6. Masukkan juga oregano, thyme dan cili sos dan sos tomato dan biarkan mendidih dengan api perlahan.
9. Biarkan sos mendidih sehingga 10-20 minit (pekat) dan rasa dulu (agak-agaklah yer) barulah di padamkan api dan makan bersama spageti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan