Jumaat, 4 Oktober 2013

Pembaziran Sewa Jet: Najib Digesa Ubah Gaya Hidup



Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak digesa menaiki penerbangan kelas pertama Malaysia Airlines System (MAS) bagi tujuan lawatan rasminya ke luar negara.

Ahli Parlimen Taiping (DAP), Nga Kor Ming berkata, Perdana Menteri seharusnya mencontohi rakan sejawatnya, Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong yang menaiki penerbangan Singapore Airlines bagi menjimatkan jutaan ringgit wang rakyat untuk membuat lawatan kerja ke luar negara.

"Kerajaan membelanjakan RM28.8 juta sebagai kos sewa tahunan pesawat Perdana Menteri dan RM5.5 juta untuk menyelenggara pesawat jet VVIP tersebut.

"Selain kos pesawat Perdana Menteri, kerajaan juga menanggung kos RM44.02 juta untuk membiayai kos lawatan luar negara Perdana Menteri sejak 2008," dakwanya kepada pemberita di lobi Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Beliau berkata, demikian ketika mengulas lanjut jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim terhadap soalan bertulis beliau meminta Perdana Menteri menyatakan jumlah kos perbelanjaan yang terlibat untuk pembelian atau penyewaan, penyelenggaraan dan pembaikan kapal terbang jet rasmi Perdana Menteri dalam tempoh 2000 hingga tahun ini.

Menurut Shahidan, dalam tempoh tiga tahun dari 2010, kerajaan telah membelanjakan RM86.4 juta untuk kos sewa pesawat, RM16.515 juta untuk penyelenggaraan dan kos pembaikan jet pula sebanyak RM3.32 juta.

"Dengan kata lain, kerajaan menanggung RM100.47 juta untuk pesawat peribadi PM dalam tempoh tiga tahun sahaja," katanya. -SH

 
 
 
http://www.youtube.com/watch?v=tJEFX0M9S_s&feature=player_embedded

3 comments:
View Comments/Post a Comment

3 comments:

abuamir said...
Paling pelik sekali kata sewa tetapi ada kos baiki pesawat pula. Dah sewa kenapa nak baiki pula? Adakah bila kita sewa kereta kita juga kena baiki kereta bukan tuan punya kereta? Atau rosmah king kong nak letak bath tub dlm kapalterbang utk berendam macam badak?
Andre Irwan said...
Biasa le. Kalau tak mahal, Ros mana mungkin mahu. Not my taste, kata Kak Ros. Jadi untuk menepati taste Abang Jib dan Kak Ros, sudah tentu wang kerajaan @ rakyat perlu digunakan. Kalau tidak, mana mungkin depa mampu. Sebagai rakyat, kita harus "bangga" dan rasa "berterima kasih" dengan tindakan "boros" dan "penyalahgunaan kuasa" mereka. Kalau tidak, sampai bila pun kita tidak akan tahu bahawa negara kita, Malaysia mempunyai PEMIMPIN-PEMIMPIN yang begitu perihatin dan berhemah tinggi dalam pengurusan kewangan negara. Dengan ini, kita boleh "menyangkal" dakwa dan tuduhan dari pihak pembangkang, walaupun disertai dengan statistik dan fakta yang benar.
Lihat saja laporan audit negara sejak dari 2008, apa tindakan kerajaan terhadap penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa dalam pembelian harta kerajaan? Dalam PDRM pun, kenderaan boleh "hilang", ini baru sewa kapal terbang, NO HAL le.
Sedarlah wahai rakyat, kita harus "menyokong" pemimpin yang "berbelanja boros", "tidak berhemah", "tiada integriti", ... Yang telus, berintegriti, berhemah, berwawasan, ... kita "tolak" bulat-bulat. Dengan ini, MalaysiaKu baru boleh menjana kemakmuran yang boleh membawa ke arah kemuflisan.
1.22 TRILION duit negara "lesap" entah ke mana? 732 bilion dari Petronas + 534 bilion hutang negara = 1.266 TRILION (JUTA JUTA). Kalau guna pendapatan dari Petronas untuk bayar hutang pun, kita masih berbaki 198 bilion. Sudah sampai masanya, kita berterima kasih kepada bangsa BN yang telah menjana "kemakmuran" negara dengan memperbanyakkan hutang negara. Terima kasih BN. JasaMu dikenang umpama Harimau mati meninggalkan belang.
HIDUP MALAYSIA. HIDUP MALAYSIA. HIDUP MALAYSIA.
HIDUP BN. HIDUP BN. HIDUP BN.
HARAMJADAH. HARAMJADAH. HARAMJADAH.
Anonymous said...
Biasalah jenis dulu kata orang haram jadah.... Sekarang di adalah BAPA HARAMJADAH & BAPA BOROS MALAYSIA

Semoga balasan Allah disegerakan keatas orang yang menzalimi rakyat.

Apakah Pak Menteri sedar?


.,
Sebagai rakyat Malaysia aku pernah menghadapi;

1. Kereta kena tarik sebab kehabisan minyak

2. Beli minyak RON95 dengan duit syiling

3. Beli susu anak dengan berhutang

4. Tidurkan anak di atas plastik kerana lampin kehabisan

5. Terpaksa makan makanan hampir basi kerana kelaparan.

6. Berjalan kaki ke tempat kerja kerana kenderaan rosak

7. Tidak dapat pulang berhari-raya kerana kekurangan wang dalam perjalanan

8. Bekalan air kena potong sebab bil tertangguh…

9. Pinjam telefon kawan kerana tiada top-up

Apakah pak-pak menteri sedar?

Semua yang tertera di atas adalah sedikit daripada masalah yang aku hadapi kerana kekurang sumber kewangan walaupun kerja macam mau mati, aku kira pelbagai masalah lagi yang serius dihadapi oleh sebahagian rakyat negara ini kerana tekanan hidup disebabkan tidak cukup duit dan kenaikan harga barang. Setiap kali Laporan Ketua Audit didedahkan, setiap kali itu juga kami sebagai rakyat menangis tetapi sebaliknya pak-pak menteri yang diamanahkan jaga wang negara lain pula hujah mereka…Menteri boleh kata “tiada pembaziran berlaku” … Aku sangat kesal dengan apa yang berlaku, Apakah pak-pak menteri sedar?

Aku tidak mampu berkata apa-apa lagi melainkan berdoa, berdoa dan berdoa…
Coretan oleh:
Ahmad Nazri Khamis
Batu Pahat. 4 September 2013

PCA lebih zalim dari ISA - Saari Sungib


Selangorku, 04 Okt 2013
SHAH ALAM: Undang-Undang Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemerluasan) 2013 (PCA) yang diluluskan di Dewan Rakyat kelmarin adalah lebih zalim dari Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang dimansuhkan pada 2011.

Menurut bekas tahanan ISA, Saari Sungib, kuasa yang ada pada Lembaga Pencegahan Jenayah seperti diperuntukkan PCA, menyebabkan lembaga itu mempunyai kuasa mutlak tanpa boleh dicabar di mahkamah.

“Dalam akta ini sesuatu kes tidak dihadapkan di mahkamah tetapi dihadapkan ke Lembaga Pencegahan Jenayah, apa yang berlaku di situ lembaga ini terdiri dari tiga orang, seorang bekas hakim dan dua lagi dilantik oleh menteri dan keputusan lembaga ini adalah muktamad.

“Orang yang dihadapkan tidak diwakili peguam, tidak boleh merujuk kes ke mahkamah, tidak ada semakan penghakiman, jadi macam ISA jugalah,” kata Saari yang juga Adun Hulu Klang.

Menurut Saari lagi, PCA juga terdedah kepada risiko disalahgunakan pihak eksekutif untuk kepentingan politik apabila dua dari tiga panelis dalam Lembaga Pencegahan Jenayah dilantik menteri.

“Apabila ISA diluluskan pada 1 Ogos 1960, ia mempunyai mukadimah cukup panjang dan kabur dan Tun Razak kata untuk tahan komunis tetapi bila diluluskan ISA digunakan untuk ahli politik juga.

“Akta sekarang dipinda ini pun mukadimah yang sama, kabur, terlalu luas bukan sahaja merangkumi pejenayah tetapi semua aktiviti terancang termasuk demontrasi aman, politik boleh ditafsirkan sebagai aktiviti jenayah terancang.

“Katakanlah PAS di sesuatu kawasan merancang dengan baik untuk menang pilihan raya, itu pun boleh dianggap sebagai menggugat keselamatan negara kerana dengan kemenangan PAS didakwa kononnya menimbulkan ketegangan kaum,” ujar Saari lagi.

Saari juga berpendapat PCA digubal bagi jalan pintas atas ketidakcekapan kerajaan menguruskan isu jenayah dengan teratur, sedangkan suruhanjaya khas diwujudkan untuk menaiktaraf dan memperbaiki perkhidmatan polis.

Dimarahi Ustaz Azizan kerana berus jamban


Zulkifli Yahaya, 04 Okt 2013

"KALAU boleh biarlah kemenangan PAS untuk memerintah Kedah bukan berlaku masa ana jadi Pesuruhjaya," itu kata-kata Ustaz Azizan menjelang PRU tahun 2004, sewaktu saya dipanggil ke biliknya untuk mendapat pandangan mengenai calon-calon PAS di kawasan Alor Setar.

'PAS Tawan Kedah 2004' adalah slogan PAS bagi PRU11. Selepas PAS mencatat kejayaan memberangsangkan PRU tahun 1999, maka semua menaruh harapan besar bahawa PAS hampir pasti menawan Kedah pada PRU11.

Apabila Ustaz Azizan bercakap begitu sewaktu semua pihak dalam PAS yakin Kedah dapat ditawan, maka apa yang dapat disimpulkan ialah beliau bukan seorang yang gila jawatan.

Ditakdirkan sewaktu ramai yang tidak meletak harapan tinggi bahawa PAS bersama rakan-rakan pakatan mampu menewaskan BN, dalam PRU berikutnya maka kemenangan pun muncul. Ustaz Azizan diamanahkan oleh PAS Pusat untuk memimpin Kerajaan Negeri Kedah sebagai Menteri Besar.

Sewaktu majlis angkat sumpah Menteri Besar Mac 2008, Datuk Seri Mahdzir Khalid berpelukan dengan Ustaz Azizan. Mahdzir berbisik, "Kami tak sangka BN akan kalah teruk di Kedah." Ustaz Azizan membalas, "Kami pun tak sangka akan menang."

Sebuah kerajaan 'tak sangka' itulah yang dipimpin oleh Ustaz Azizan selama lima tahun.  Ia merakamkan pelbagai catatan pahit manis kepada bekas pensyarah Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia itu.  Lima tahun tidaklah terlalu panjang namun pelbagai cabaran yang datang menguji wibawa Pakatan Rakyat, sekaligus wibawa Ustaz Azizan sendiri selaku penerajunya.

Sama ada ketika beliau masih hidup atau sesudah tiadanya, kita tidak boleh berbohong dalam menceritakan perihal watak istimewa Ustaz Azizan iaitu seorang yang cengil dan tegas. Keramatnya, orang yang nampak cengil ini disukai ramai  hingga mampu bertahan selama lima penggal pilihan raya (1995-2013).  Kadangkala kita hanya mampu memahami kekerasan beliau mempertahankan tindakan setelah satu tempoh berlalu.

Di penghujung tahun 2007, saya menulis di Harakah membelasah kerajaan negeri pimpinan Mahdzir Khalid dengan menganugerahkan 'berus jamban' untuk kerajaan beliau (idea datang dari MB Selangor, Datuk Seri Mohd Khir Toyo yang memberi anugerah penyapu kepada pegawai daerah yang tercorot dalam pungutan hasil negeri).

Tidak terkecuali dalam kritikan saya ialah segelintir pegawai tadbir Kerajaan Negeri Kedah (KCS) yang menyeleweng. Saya sedar bahawa saya telah membelasah segelintir KCS. Walaupun turut memuji sebahagian KCS yang berkhidmat dengan cemerlang - namun pujian itu tenggelam begitu sahaja.

Ustaz Azizan betul-betul marahkan saya kerana tulisan itu. Lebih-lebih lagi apabila Naib Presiden KCS mengugut akan menyaman penulis. Dalam mesyuarat Perhubungan PAS Kedah saya teruk dihentam. Ustaz Azizan meminta Harakah menghentikan kolum tetap saya. Terasa benar sedihnya, kerana apa yang saya lakukan hanyalah satu usaha untuk menjatuhkan kerajaan BN, tidak padan dengan padah yang diterima.

Mujur Phahrolrazi Zawawi (Timbalan Pesuruhjaya ketika itu) memulihkan keyakinan saya. Melalui SMS beliau berpesan, "Jika kita lakukan sesuatu ikhlas kerana Allah maka kita tidak akan kecewa dengan kutukan manusia."

Sebaik Pakatan menawan Kedah 8 Mac 2008, saya meninggalkan negeri ini untuk beberapa hari menuju ke selatan tanah air, tidak ambil tahu apa yang berlaku di Kedah. Saya rasakan hubungan peribadi dengan Ustaz Azizan sudah tidak baik.

pemarah bukan pendendam


Anehnya, sejurus selepas kerajaan negeri meluluskan kewujudan Urusetia Penerangan untuk menggantikan peranan RTM yang hilang 'walak' kepada negeri, Ustaz meminta saya mengetuainya. Saya mengambil masa untuk mempercayai bahawa beliau memilih saya untuk satu tugasan penting.  Oh...  Ustaz Azizan mungkin pemarah tapi bukan pendendam.

Tugasan di Urusetia Penerangan tidak dapat mengelak dari berurusan dengan KCS. Urusan menjadi licin apabila KCS memberi kerjasama dan tergendala jika KCS bersikap sebaliknya. Betul tindakan Ustaz beriya-iya tidak mahu institusi yang tiada kena mengena dengan politik diserang dahulu.

'Ribut dalam cawan' yang berlaku awal tahun 2012 memberi imej negatif terhadap kepimpinan PAS Kedah. Banyak pihak menempelak Dato' Phahrolrazi Zawawi kerana kononnya berkonfrontasi dengan Ustaz Azizan. Phahrolrazi dituduh gila kuasa, walhal beliau hanya mahu mengundur diri dengan baik dari barisan Exco kerana tidak mahu banyak berbeza dengan keputusan Menteri Besar. Niat Phahrolrazi baik namun impak negatifnya tetap besar terhadap imej kerajaan Pakatan yang diterajui PAS.

Apabila Pusat campurtangan, kemelut pun selesai. Dalam mesyuarat perhubungan yang berlaku sejurus selepas itu Ustaz Azizan membuka seluasnya kepada ahli perhubungan untuk mencurahkan isi hati. Ada yang tenang, ada yang rasional dan tak kurang yang emosi. Kebetulan Dato' Phahrolrazi dan Dato' Dr. Ismail Salleh yang dikaitkan dengan konflik tidak hadir. Ramai juga meminta Ustaz mengundurkan Timbalan Pesuruhjaya 1 dan 2. Ada juga yang minta dikekalkan. Sambil tersenyum untuk Azizan menjelaskan pendiriannya pula berserta hujah-hujah yang meyakinkan - Phahrolrazi dan Dr. Ismail dikekalkan jawatan dalam perhubungan! Nah, siapa mahu mengesahkan bahawa Ustaz Azizan seorang pendendam? Hanya orang berjiwa besar dapat melakukan perkara besar.

Watak orang politik biasanya banyak berlakon untuk bertahan dalam politik. Lain ceritanya dengan Ustaz Azizan, mampu bertahan lama dalam politik tanpa lakonan. Pantang beliau disuruh berlakon, sekalipun hanya diminta mengacau bubur lambuk untuk dirakamkan lensa kamera. Apa yang keluar dari mulutnya adalah yang lahir dari hati. Beliau seorang yang tegar jati dirinya, sebagaimana beliau bercakap loghat Kedah pekat walau di mana berada.

Banyak lagi keistimewaan Ustaz Azizan. Ada kesempatan kita cerita lagi.