Rabu, 11 Julai 2012

Rayu keputusan bebas Anwar, pendakwa kemuka 9 alasan

2:10PM Jul 11 2012  
Pihak pendakwaan memohon Mahkamah Rayuan agar mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang melepaskan dan membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada pertuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.
  
Pihak pendakwaan juga memohon supaya Ketua Pembangkang itu disabitkan dengan pertuduhan di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan itu.
  
Katanya ini kerana Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah yang mendengar perbicaraan kes liwat itu terkhilaf dalam memutuskan terdapat keraguan ke atas integriti sampel-sampel DNA yang diperolehi daripada Mohd Saiful.
  
Pihak pendakwaan berkata Mohamad Zabidin telahpun membuat penemuan di akhir kes pendakwaan bahawa "male Y" yang diperolehi dari profil DNA yang dianalisis oleh ahli kimia, Dr Seah Lee Hong adalah dari 'semen extract' (ekstrak air mani) yang mana berpadanan dengan profil DNA yang diperolehi dari sampel-sampel yang diambil dari lokap yang dihuni dan digunakan oleh Anwar.

Ini adalah antara alasan pihak pendakwaan dalam petisyen rayuan yang difailkan petang Isnin lepas di Pejabat Pendaftar Mahkamah Rayuan terhadap pembebasan dan pelepasan Ketua Pembangkang itu daripada tuduhan meliwat Mohd Saiful.
  
Dalam petisyen itu pihak pendakwaan mengemukakan sembilan  alasan.

Pihak pendakwaan berkata Mohamad Zabidin di akhir kes pendakwaan juga telah memutuskan bahawa tidak ada jalan untuk pegawai penyiasat DSP Blacious Judy Pereira menggunakan sampel-sampel DNA yang diperolehi dari sel lokap itu untuk mengusik sampel-sampel DNA yang diambil daripada Mohd Saiful.
  
Ia juga menyatakan bahawa hakim telah bersetuju dengan pihak pendakwaan bahawa dari manakah pegawai penyiasat itu dapat memperolehi sampel air mani yang berpadanan dengan profil DNA yang diperolehi dari sampel-sampel barang-barang yang digunakan oleh Anwar yang diambil dari lokap itu.
  
Pihak pendakwaan juga berkata bahawa hakim itu telah terkhilaf dari segi undang-undang dan fakta apabila mendapati terdapat keraguan terhadap integriti sampel-sampel DNA yang diperolehi daripada Mohd Saiful sedangkan hakim itu telahpun memanggil Anwar membela diri terhadap pertuduhan meliwat itu di akhir
kes pendakwaan.

"Yang arif hakim telah terkhilaf dari segi undang-undang dan fakta apabila gagal memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes melampaui keraguan yang munasabah di akhir kes pembelaan berdasarkan keseluruhan keterangan yang dikemukakan," kata pihak pendakwaan.

Ia juga berkata Mohamad Zabidin telah terkhilaf dari segi undang-undang dan fakta dalam menilai semula keseluruhan keterangan berkaitan dengan pengutipan, pengendalian dan analisis sampel-sampel DNA yang diperolehi daripada Mohd Saiful.
  
Hakim itu telah memberi pertimbangan yang salah kepada keterangan-keterangan saksi-saksi pembelaan iaitu Dr David Wells and Dr Brian Mc Donald, yang menyatakan pendapat mereka yang berdasarkan teori-teori yang tidak lengkap dan tidak menyeluruh tanpa mengambil kira teori-teori-teori dan penulisan-penulisan oleh lain-lain pakar yang telah dikemukakan oleh pihak pendakwaan.

Pihak pendakwaan berkata hakim itu juga telah terkhilaf dari segi undang-undang dan fakta apabila gagal menilai kepakaran dan pengalaman Dr Brian dalam pemeriksaan DNA.
  
Hakim itu juga telah terkhilaf dari segi undang-undang dan fakta apabila gagal menimbangkan bahawa Dr Seah dan ahli kimia Dr Nor Aidora Saedon telah memberikan pendapat mereka berdasarkan pemeriksaan dan analisis yang dibuat oleh mereka sendiri ke atas sampel-sampel DNA tersebut berbanding dengan Dr David and Dr Brian yang memberikan pendapat mereka hanya berdasarkan teori-teori sahaja.
  
"SP5 (Dr Seah) dan (Dr Nor Aidora) SP6 juga telah mengambil kira kemungkinan-kemungkinan yang ditimbulkan oleh saksi-saksi pembelaan semasa membuat pemeriksaan dan analisis ke atas sampel-sampel DNA tersebut," kata pihak pendakwaan lagi.
  
Hakim itu juga telah terkhilaf dari segi undang-undang dan fakta apabila gagal mengambil kira bahawa tidak ada keterangan yang menunjukkan mana-mana bekas-bekas sampel DNA yang telah dimeteri itu telah dikacau ganggu.
 
Ini kerana Dr Seah dan Dr Nor Aidora telah mengesahkan bahawa meteri pada bekas-bekas sampel DNA yang mereka perolehi daripada DSP Judy masih utuh.
  
Pihak pendakwaan berkata hakim telah terkhilaf dari segi undang-undang dan fakta apabila gagal mengambil kira bahawa terdapat lain-lain keterangan yang menyokong keterangan Mohd Saiful sepertimana yang telah dinyatakan oleh hakim itu dalam penemuannya di akhir kes pembelaan.
  
Hakim itu telah terkhilaf dari segi undang-undang dan fakta apabila meletakkan beban pembuktian yang lebih tinggi dari beban pembuktian melampaui keraguan yang munasabah ke atas pihak pendakwaan dalam membuktikan kes mereka.
 
"Oleh yang demikian, perayu memohon kepada mahkamah yang mulia ini supaya keputusan yang arif hakim Mahkamah Tinggi dalam melepaskan dan membebaskan responden (Anwar) diketepikan dan responden dengan itu disabitkan dengan pertuduhan di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan," kata pihak pendakwaan.
  
Pada 2 Julai lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menyerahkan rekod rayuan, termasuk penghakiman bertulis setebal 80 muka surat untuk memudahkan pihak pendakwaan memfailkan rayuan.
  
Dalam penghakiman bertulis itu, Mohamad Zabidin memutuskan bahawa mahkamah tidak boleh 100 peratus pasti tentang integriti sampel DNA yang diambil daripada pengadu Mohd Saiful.
  
Katanya sampel berkenaan boleh diusik sebelum sampai kepada Jabatan Kimia untuk dibuat analisis. Oleh yang demikian adalah tidak selamat bagi mahkamah bergantung kepada keputusan ujian DNA yang dilakukan oleh Dr Seah terhadap sampel berkenaan.
  
Pada 9 Januari, Mohamad melepaskan dan membebaskan Anwar daripada tuduhan meliwat Mohd Saiful, 26, di sebuah unit di Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara di sini antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.
  
Anwar, 65, didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman hingga 20 tahun penjara dan sebat jika disabitkan kesalahan.
  • Raz Ak · Pengulas Tertinggi · Klang
    Teruskan perjuangan membela nasib rakyat DSAI!
    • Sb Purnama · · Pengulas Tertinggi
      Aku benci dengan fitnah ini. Jika hukum ALLAH dilaksanakan dalam negara ini, sudah lama yang membuat fitnah itu dihukum atau tidak berani membuat fitnah jijik seperti ini... Sungguh kotor... Wahai yang terlibat! Tidak takutkah kamu kepada ALLAH???
    • Sakrani Ahmad · Pengulas Tertinggi · Pasir Gudang, Johor, Malaysia
      ALLAH MAHA ADIL.ALLAH MERANCANG MANUSIA MERANCANG ,SESUNGGUHNYA ALLAH LAH YG LEBIH BAIK PERANCANGANNYA.
    • Abdul Halik Mohamed · Pengulas Tertinggi · Ayer Itam
      Raz AK SURUH ANWAR BELA NASIB DIA DULU.NASIB RAAYAT AKAN DIBELA OLEH PAS DAN DAP
  • Raja Mohd Shahrim · · Pengulas Tertinggi
    Sekali lagi Sdr. Anwar akan berhadapan dgn tuduhan demi tuduhan. bila mereka akan puas?? Selagi Anwar bernafas selagi itu mereka berterusan utk mencalitkan arang pada pemimpin PR.. Sdr. Anwar paling banyak diserang kerana beliau yg menyatukan PR.. kerana beliau yg memimpin kebangkitan rakyat dan kerana beliau mengetahui rahsia dan wajah sebenar UMNO..
    • Pisang Madu · Pengulas Tertinggi · Shah Alam, Malaysia
      separuh usia DSAI akan habis dimahkamah dan penjara

      Pisang Madu
      Setelah dipecat dari UMNO.. bermulalah perjuangan sebenar Anwar.. pada mulanya utk membersihkan diri dan maruahnya, perlahan-lahan menjadi perjuangan rakyat bila Anwar mula mendedahkan kepincangan UMNO.. dan mana-mana rakyat yg menentang UMNO, tidak mempunyai pilihan samada menyerang atau diserang...
    • Omar Jais · Pengulas Tertinggi · Bekerja di JKR dan RTM
      Pada diri DSAI ada kekuataan yg ALLAH kurniakan kpdnya,jgn risau hai kawan2, dia ada kyakinan diri berlandaskan,brani krana benar dan takut krana salah...klau sapa2 lihat bgaimana DSAI berjalan,itu ada semacam grakan yg sama dgn pjuang2 islam di medan perang berjuang menegak ugama Allah....cuba perhati!!
  • AamanPeace Aman · Pengulas Tertinggi · International Islamic College Malaysia
    xpuas hati lagi....mcm2 lah fitnah oleh puak2 pencacai UMNO tegar nih, esok bila dh pencen baru nak sedar diri....insaf kononn....apapun tuhan maha kaya..syabass DSAI
  • Rosmadi Abu Bakar · Pengulas Tertinggi
    TIADA KOMEN....TUMBANGkan AMENO PRU 13 ni,, tapi ada can ke? selagi BOS SPR yang AHLI AMENO MENGETUAI SPR..SPR pulak duduk bawah JPM... mmmm tapi PERANGCANGAN ALLAH LEBIH BAIK dari PERANCANGAN MANUSIA..
    • Modem Bodben · Pengulas Tertinggi
      JOOOOOOMMMMMMMM kita Ramai ramai UNDI BN-Bangunkan Negara, Undi PR= Porakporandakn Rakyat!!! Sudah Terbukti!! apalagi.. Tunaikan Kewajipan anda sebagi pengundi dan yg penting sekali Undilah Calon BN! o... YEAAHHHHH..
    • Pakai Otak · Pengulas Tertinggi · Dgn Kawan 2
      Ini hanyalah cabaran DSAI dalam menegakkan keadilan utk rakyat. Sesungguhnya jalan kebenaran itu penuh berliku...,,.,,..,,////

      Modem Bodben ;
      Undi BN=Bangkrap Negara. Undi PR=Pilih Reformasi, Pilihan Rakyat.
  • Bogo Siamo · · Pengulas Tertinggi · Home trade di Seaman
    Kenapa lah mohd saiful lahir kedunia dulu tak mampos bila dah besar menyusahkan org lain....?kita ramai2 berdoa lah agar terkunci mulut nya bila disoal oleh hakim nanti...
    • Zamri Mohd · Pengulas Tertinggi · Politeknik ungku omar
      Bapa dia dah buang dia dulu masa kecil, bagi bapa saudara Saiful jaga, sedangkan bapa dia hilang entah ke mana. Akhir2 sebelum kes Anwar je bapa dia datang berjumpa semula memandangkan dubur Saiful ada potensi memberikan kekayaan buatnya. Jika ditengok hubungan mereka berdua kaku, macam saling tak mengenali, seolah2 bukan bapa dan anak.
    • Nazri Omar · Pengulas Tertinggi · Pasir Gudang, Johor, Malaysia
      lubuk emas, bro....sapa tak mahu.....sedangkan org sanggup mendaki gunung, merentas hutan belantara, terjun laut tuk dapatkan kekayaan...inikan pulak sesuatu yg dpt sokongan dari pihak-pihak tertentu yg pasti lubuk itu dpt memberi habuan yg lumayan.....apa pun kita doakan agar Allah memberi petunjuk ke jalan yg benar, selagi ada nyawa, bertaubatlah...mohon keampunan dari Allah...InyaAllah...

Kirim sebagai Kamisah Esa (Bukan anda?)