Khamis, 7 Jun 2012

FGVH: Peneroka hanya 5.5%, syarikat asing 94.5% | :: cina islam | 2012 ::

FGVH: Peneroka hanya 5.5%, syarikat asing 94.5% | :: cina islam | 2012 ::

Ibnu Hasyim: Selepas Projek Tunjuk Punggung, Tunjuk Cangkul Pul...

Ibnu Hasyim: Selepas Projek Tunjuk Punggung, Tunjuk Cangkul Pul...: ORANG ramai membawa alat pembinaan terpakai seperti kereta sorong, penyodok, cangkul dan beberapa guni pasir untuk diserahkan kepada Nik A...

Ibnu Hasyim: Ternak Lebah Madu Atas Bumbung.. KL?

Ibnu Hasyim: Ternak Lebah Madu Atas Bumbung.. KL?: CHEF Waldorf Astoria, Josh Bierman memeriksa lebah madu yang diternak di atas bumbung hotel berkenaan kelmarin.     JOM KREATIF T e...

Ibnu Hasyim: Wow, Basikal Setinggi Rumah, Apa Faedah?

Ibnu Hasyim: Wow, Basikal Setinggi Rumah, Apa Faedah?: FELIX GUIROLA melambai tangan semasa menunggang basikal setinggi 3.45 meter di Havana pada 18 Mei lalu.  JOM KREATIF Lelaki tung...

Ibnu Hasyim: Bogel Kumpul Wang Tak Apa, Kerana Dia...

Ibnu Hasyim: Bogel Kumpul Wang Tak Apa, Kerana Dia...:  Berbogel untuk kumpul wang ke Sukan Paralimpik TOKYO - Seorang pelari wanita, Maya Nakanish...

Khalid dedah agen BN beli MP Pakatan

Khalid dedah agen BN beli MP Pakatan

KPF: Ismail Sabri salah guna kuasa kecualikan Isa

KPF: Ismail Sabri salah guna kuasa kecualikan Isa

Sekat PTPTN mempercepat kejatuhan BN

Sekat PTPTN mempercepat kejatuhan BN

'Harga petrol RON95 juga harus diturunkan...


'Harga petrol RON95 juga harus diturunkan...'
  • Lau Weng San
  • 10:47AM Jun 7 2012
 
ULASAN Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah mengumumkan bahawa harga petrol RON97 akan diturunkan 10 sen seliter kepada RM2.80 seliter mulai hari ini.

Beliau mengatakan bahawa penurunan harga runcit petrol berkenaan adalah disebabkan harga minyak mentah antarabangsa yang jatuh di bawah paras USD100 setong.
Apa yang mengecewakan rakyat Malaysia ialah harga minyak RON95 tidak diturunkan serentak dengan kejatuhan harga minyak mentah anatarabangsa.

RON97 merupakan bahan api yang ditentukan oleh “sistem apungan terurus”, iaitu  harganya akan turun naik mengikut harga minyak mentah antarabangsa di mana kerajaan persekutuan tidak akan memberi sebarang bentuk subsidi dan pelepasan cukai kepada petrol ini.

Malahan, mulai 1 Ogos 2010, kerajaan persekutuan telah melarang kenderaan asing daripada membeli petrol RON95 kerana petrol ini diberi subsidi oleh kerajaan. Kenderaan asing hanya dibenar mengguna petrol RON97 yang lebih mahal.

Mengikut apa yang dipaparkan di kebanyakan stesen minyak seluruh negara, harga sebenar RON95 termasuk cukai ialah RM3.53 seliter, manakala harga sebenar diesel termasuk cukai ialah RM3.26 seliter.

Harga runcit RON95 dan diesel ialah masing-masing RM1.90 seliter dan RM1.80 seliter, di mana kerajaan memberi pelepasan cukai dan subsidi masing-masing RM1.63 seliter dan RM1.46 untuk RON95 dan diesel.

Masalahnya, adakah harga runcit RON97 dijual betul-betul mengikut harga pasaran antarabangsa? Jika betul RON97 dijual mengikut harga pasaran antarabangsa, mengapakah harga jualannya pada masa sekarang (RM2.80 seliter) jauh lebih murah daripada harga petrol RON95, iaitu RM3.53 seliter?

Malahan harga RON97 yang berada di tahap RM2.80 seliter ini juga jauh lebih rendah daripada harga jualan diesel tanpa subsidi (RM3.26 seliter). Oleh itu, adalah kerajaan persekutuan benar-benar menetapkan harga runcil RON97 mengikut harga pasaran antarabangsa?

Jika ya, mengapakah RON97 boleh dijual dengan harga yang lebih murah daripada RON95 dan diesel?
Jika tidak, apakah jenis “sistem apungan terurus” yang diguna kerajaan persekutuan sehingga RON97 dijual dengan harga yang jauh lebih murah berbanding RON95 dan diesel?

Ataupun kerajaan persekutuan sebenarnya masih memberi subsidi kepada minyak RON97 tetapi ini tidak diterangkan kepada rakyat?
Jika benar, apakah rasionalnya untuk kerajaan persekutuan berbuat demikian kerana rata-ratanya, pengguna minyak RON97 adalah warga asing atau pemilik kereta mewah?

Mengapakah subsidi yang diberi kepada RON97 tidak dihapuskan sama sekali dan diberi kepada RON95 agar harga runcitnya boleh diturunkan lagi? Lebih-lebih lagi, harga RON95 dan diesel seharusnya diturunkan lagi berikutan kejatuhan harga minyak mentah antarabangsa.

Justeru itu, saya mencabar kerajaan persekutuan untuk berterus-terang kepada rakyat dan seterusnya menurunkan harga runcit RON95 berikutan berikutan kejatuhan harga minyak mentah antarabangsa.

LAU WENG SAN adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP KAMPUNG Tunku. Tulisan ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya melambangkan pendirian rasmi Malaysiakini.

Kadir: PAS sekarang seperti Umno zaman Tunku


  • Kadir: PAS sekarang seperti Umno zaman Tunku
    • Abdul Rahim Sabri
    • 5:14PM Jun 7 2012
     
    Presiden penaja Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir memuji PAS dan menyamakannya seperti Umno sewaktu sewaktu kepimpinan perdana menteri pertama Tunku Abdul Rahman.

    Katanya, parti yang menggunakan slogan "PAS untuk Semua" itu tidak mengamalkan rasuah serta menghormati agama dan budaya kaum lain.

    Di samping itu, katanya, PAS menjadikan al-Quran sebagai panduan dan mengambil kira pertimbangan dosa dan pahala dalam tindakan politiknya.

    NONE"(Perjuangan) Umno masa Tunku Abdul Rahman dengan PAS hari ini serupa. Beliau (Tunku) tidak angkuh, kasih kepada kaum Melayu, Cina dan India. PAS pun hormat agama dan budaya semua kaum," katanya.

    Bercakap sewaktu menyampaikan ucapan pelancaran (IKATAN) yang diterajuinya, Kadir bagaimanapun berkata pujian itu tidak bermaksud bahawa parti lain tidak baik, tetapi beliau "tidak sempat untuk mengenalinya".

    Beliau yang juga timbalan presiden Angkatan Amanah Merdeka (AMANAH) berharap IKATAN dapat memberi tumpuan terhadap pembinaan bangsa Malaysia yang bersatu padu, saksama dan bahagia.

    NONEDiminta menjelaskan pujiannya kemudiannya, Kadir berkata beliau memuji PAS kerana parti itu mempunyai "banyak persamaan" dengan Umno sewaktu dipimpin oleh Tunku Abdul Rahman khususnya soal menghormati kaum dan agama lain.

    "Saya boleh masuk PAS tapi kawan-kawan saya tak boleh masuk PAS.

    "Kami percaya untuk membawa rakyat berbilang kaum secara bersama," katanya dalam sidang media selepas menyampaikan ucapannya.

    Sebelum menubuhkan IKATAN, Kadir sebelum ini dispekulasi akan menyertai salah satu parti dalam Pakatan Rakyat, termasuk PAS.

    IKATAN yang baru ditubuhkan, antaranya menjadikan semangat perlembagaan dan amanat kemerdekaan Tunku Abdul Rahman sebagai paksi perjuangannya.
     

     
     
     
    Betui Tu .. Nak Tau Tunku Abd Rahman Jatuh Sebab Apa? Sebab Fitnah Mamak Kutty Mahathir.. Sekarang Mamak Kutty Mahathir Buat Fitnah Yg Sama Kepada PAS seperti Mana dia Buat Kepada Tunku Abd Rahman! Tunku jugak dituduh jadi Agen Cina.. Ikuti Video Pengakuan dari Mulut Tunku Sendiri..
    http://www.youtube.com/watch?v=XyHDBDLTt0A
  • Isme Khairol · Pengulas Tertinggi · UITM
    maknanya PAS dari zaman awal umno lagi dah mmg baik smpai skrg.. cumanya umno jer makin teruk...
  • Mahidi Shahzinan · Pengulas Tertinggi
    Kadir nak minta simpati ka? Kuar UMNO tubuh parti baru.. Kalau benar nak betulkan yang salah tak payah la tubuh parti baru...Pemimpin mcm ni mmg tak boleh percaya..Ala nak kuasa saja ni
    • Ipoh Mali · Pengulas Tertinggi
      Betui Tu .. Nak Tau Tunku Abd Rahman Jatuh Sebab Apa? Sebab Fitnah Mamak Kutty Mahathir.. Sekarang Mamak Kutty Mahathir Buat Fitnah Yg Sama Kepada PAS seperti Mana dia Buat Kepada Tunku Abd Rahman! Tunku jugak dituduh jadi Agen Cina.. Ikuti Video Pengakuan dari Mulut Tunku Sendiri..
      http://www.youtube.com/watch?v=XyHDBDLTt0A
    • Pakai Otak · Pengulas Tertinggi · Dgn Kawan 2
      PAS dah biasa dengan janji dan pujian macam ni..//
    • Azizan Saad · Pengulas Tertinggi
      Tan Sri dah nak betulkan kesalahan UMNO/BN tempoh hari dengan membuka pekung UMNO/BN membeli undi di antara rm200-rm1000. Perkara ini salah ( untuk parti lain je, tapi bagi UMNO/BN tak salah ), Itu baru langkah pertama, masih belum menegur soal rasuah dan mcm2 lagi. Apa reaksi UMNO???? Memang dasar tak boleh ditegur... Nak kata beliau gila kuasa? beliau nak kuasa apa lagi,,, dah hampir 30 tahun dalam barisan kabinet. Sebenarnya, Allah swt dah beri hidayahNya pada beliau supaya keluar daripada parti kotor lagi mengotorkan anggota parti walaupun seorang lulusan al-Azhar ( seperti Dr.Mashitah yg berkata BOLEH melacur diri apabila darurat..kah..kah..kah..kah..hebat ulamak UMNO ni ).
      Tahniah Tan Sri, semoga diberkati Allah swt.
  • Raja Hydar Raja Iskandar · Pengulas Tertinggi · University of Malaya
    Yang penting adil untuk semua kaum dan ikhlas membela nasib rakyat.
  • Hariz Rosdi · Pengulas Tertinggi
    Bagus..taktik yang sangat baik bagi umno/BN pecah..semua yg follow kadir ni org umno /BN..Pakatan Rakyat tetap utuh..
Lihat 24 lagi

Sekat pinjaman PTPTN tindakan politik dendam

Sekat pinjaman PTPTN tindakan politik dendam

PTPTN-Unisel: Satu lagi tragedi kependidikan

PTPTN-Unisel: Satu lagi tragedi kependidikan

‘Terima kasih’ kerana ‘tidak cerdik’ – Nik Aziz

‘Terima kasih’ kerana ‘tidak cerdik’ – Nik Aziz

RTM: Bukan masa kempen pilihan raya sahaja

RTM: Bukan masa kempen pilihan raya sahaja

Malam 1 Jun itu, di Stadium Darul Aman

Malam 1 Jun itu, di Stadium Darul Aman

Apa fatwa tinggal puasa rai Sukan Olimpik

Apa fatwa tinggal puasa rai Sukan Olimpik

Haram jadah: Anak mungkin saman malu Najib

Haram jadah: Anak mungkin saman malu Najib

Kalau banyak salah, liat mahu lepaskan kuasa

Kalau banyak salah, liat mahu lepaskan kuasa

Biar foto berbicara, siapa berkawan rapat dengan Yahudi

Biar foto berbicara, siapa berkawan rapat dengan Yahudi

WWW 1: Nizar serah kepada polis untuk siasat

WWW 1: Nizar serah kepada polis untuk siasat

Henti politik kotor, reformasikan sistem p’raya

Henti politik kotor, reformasikan sistem p’raya

Forex: Apa Najib buat Nor Yakcop habis wang negara

Forex: Apa Najib buat Nor Yakcop habis wang negara

Rumah usahawan Perlis dikait dengan Nik Aziz

Rumah usahawan Perlis dikait dengan Nik Aziz