Jumaat, 11 Mei 2012

PAS bidas tindakan buru peserta perhimpunan

PAS bidas tindakan buru peserta perhimpunan

Najib tak mampu buat salah...hahahaha

Najib tak mampu buat salah...hahahaha

Vena Varikos

Vena Varikos

 Vena Varikos

Pakar Bedah Am Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC) Shah Alam, Dr Jamaludin Yusak, berkata varikos adalah perkataan Latin yang bermakna 'berpintal', yang memberi gambaran bahawa vena yang berpintal dan gelembung. Varikosa boleh berlaku pada beberapa bahagian badan dan jika berlaku pada saluran makanan ia dipanggil 'oesophageal varices' manakala 'varicocele' jika berlaku dalam zakar dan jika berlaku pada dubur pula dipanggil buasir. Vena varikos adalah istilah yang digunakan apabila fenomena ini berlaku pada kaki.


Pada asasnya vena varikos berpunca daripada peningkatan tekanan darah di dalam vena yang terlalu tinggi. Ini menyebabkan kerosakan pada sistem injap vena dan melemahkan dinding vena hingga menghasilkan vena yang gelembung dan berpintal.

Biasanya, vena varikos berlaku pada sistem vena luaran (saphenous vein) sama ada di sebelah atau kedua-dua belah kaki. Ia kelihatan seperti gerombolan urat yang membonjol pada paha dan kaki atau pangkal paha hingga ke buku lali. Ada juga vena varikos berlaku pada vena kecil di bawah kulit dan ia menyerupai kaki labah-labah berwarna merah atau biru. Ini dipanggil 'telangectasis'.



Punca dan risiko berikut boleh menyebabkan peningkatan tekanan dalam vena:

* Keturunan: Keadaan semula jadi di mana terdapat kekurangan injap atau kelemahan pada injap dan dinding vena.

*Umur: Mengikut kajian, vena varikos kerap berlaku di kalangan umur antara 40 hingga 49 tahun. Ini mungkin disebabkan kerosakan pada injap dan dinding vena yang berpunca daripada pelbagai sebab dalam kehidupan harian.

*Berdiri terlalu lama: Ini berlaku di kalangan mereka yang kerap berdiri terlalu lama seperti tentera, polis, pekerja kilang, jururawat dan sebagainya.

*Gemuk berlebihan: Perut yang boroi menyebabkan halangan pada aliran darah dalam vena ke jantung.

*Kehamilan: Vena varikos berlaku masa kehamilan akibat daripada tekanan rahim yang membesar menghalang aliran darah dalam vena ke jantung serta kesan hormon oestrogen dan progesteron yang melemahkan dinding vena.

*Trauma kecederaan: Membabitkan vena, terutama pada kaki.

*Darah beku dalam vena: Ini kerap berlaku di kalangan mereka yang terbaring lama akibat penyakit dan sebagainya.

*Penyakit - Penyakit lain yang menyebabkan naiknya tekanan dalam vena. Ini termasuk penyakit hati, lemah jantung dan masalah air dalam perut (ascitis)

Kebanyakan daripada pengidap vena varikos tidak berasa sebarang masalah walaupun pada kaki mereka ada vena varikos. Malah, sebahagian mereka yang mengidap vena varokos mempunyai simpton berikut:

1. Bengkak kaki

2. Kaki terasa berat, tidak selesa, berdenyut dan hangat.

3. Kerap terkena kejang otot.

4. Rasa gatal di sekitar vena yang terbabit.

5. Perubahan warna kulit yang bertambah gelap terutama berhampiran buku lali.

6. Kudis pada buku lali yang sukar baik.

Penyakit vena varikos biasanya tidak banyak mendatangkan mudarat sekiranya ia diberikan rawatan yang sepatutnya. Apabila diabaikan, tekanan darah dalam vena akan bertambah tinggi sehingga menyebabkan darah mendak di kaki dan aliran darah lembap. Keadaan ini akan menyebabkan kaki bengkak dan pesakit susah untuk berjalan.

Darah yang mendak ini mengandungi aras karbon dioksida dan racun produk yang tinggi daripada metabilisma tisu dan aras oksigen yang rendah. Untuk jangka pendek ia menyebabkan pesakit kerap berasa kekejangan otot dan gatal pada kulit.

Oleh kerana aliran darah yang amat perlahan pada bahagian kaki, banyak sel darah yang akan pecah menyebabkan zat besi (ferrum) meresap ke dalam tisu mengakibatkan warna kulit bertukar lebih gelap atau kehitaman. Apabila resapan ini bertambah teruk, darah tidak dapat mengalir ke bahagian kulit menyebabkan terjadinya kudis atau ulser yang kronik. Ulser ini tidak mudah disembuhkan, jika masalah vena varikos tidak diatasi lebih dahulu.

Sekiranya ulser ini diabaikan, ada kemungkinan ia bertukar menjadi 'squamous cell carcinoma', iaitu sejenis kanser kulit.

Prosedur mengesan vena varikos

Buat permulaan, doktor akan membuat pemeriksaan fizikal pada pesakit dalam keadaan berdiri. Walaupun tidak sukar untuk mengenalpasti penyakit ini, doktor perlu membuat beberapa lagi ujian fizikal untuk memastikan kedudukan injap yang rosak.

a) Pemeriksaan doppler. Ujian ini membolehkan pakar bedah mendengar aliran darah dalam vena kaki. Ia juga dapat mengesan sebarang kerosakan pada injap dan boleh memastikan sistem vena dalaman berfungsi dengan baik sekiranya pembedahan hendak dilakukan pada vena luaran.

b) Venografi. Kaedah ini menggunakan imbasan x-ray selepas vena kaki dimasukkan cecair kontras. Kaedah ini jarang digunakan sekarang kerana ia boleh menimbulkan komplikasi seperti darah beku.


Rawatan Vena Varikos


Tidak semua pesakit vena varikos memerlukan rawatan agresif seperti pembedahan, terutama jika ia vena varikos yang kecil. Tujuan rawatan untuk mengurangkan simptom dan juga mengelakkan komplikasi.

Rawatan permulaan selalunya berbentuk konservatif dan ia memerlukan kerjasama pesakit untuk menjayakan rawatan agar vena varikos yang kecil tidak bertambah teruk dan berkomplikasi.

Sambung Baca: http://anizyn.blogspot.com/2009/09/vena-varikos.html#ixzz1uUQa361K

Apa yang dimaksud dg penyakit vertigo ?

Apa yang dimaksud dg penyakit vertigo ?



Dalam berbagai pembahasan, vertigo diterangkan dengan batasan yang berbeda-beda.
Namun, umumnya vertigo dijelaskan sebagai adanya ketidakseimbangan atau gangguan keseimbangan. Vertigo berasal dari bahasa Yunani yang berarti memutar. Rasa sakit pada vertigo juga berputar-putar atau yang sering disebut dengan pusing tujuh keliling.

Vertigo kadang disertai rasa terhuyung seakan mau jatuh dan dengan bunyi berdengung pada telinga. Namun, vertigo dapat muncul akibat gangguan mata atau leher. Ukuran lensa, misalnya, antara mata kiri dan kanan berbeda jauh, atau terjadi gangguan pada sumbu mata sehingga menyebabkan penglihatan menjadi rangkap dan kabur.

Pada dasarnya vertigo adalah gangguan keseimbangan pada susunan saraf yang penyebabnya secara pasti kurang dapat dipastikan. Berbagai penyakit di bagian tubuh lain maupun di sekitar otak juga menimbulkan vertigo. Rasa sakit vertigo kadang dibarengi dengan mual, pucat, keringat dingin, muntah, perubahan denyut nadi, tekanan darah, dan diare.

Vertigo merupakan gejala suatu penyakit. Sederet penyebab dapat disebutkan antara lain adanya benturan akibat kecelakaan, stres, gangguan pada telinga bagian dalam, obat-obatan, terlalu sedikit atau terlalu banyak aliran darah ke otak, dll. Vertigo juga berdampak rasa terhuyung jika berdiri di ketinggian atau bingung berada di tempat yang ramai dan asing.

Terhuyung atau sempoyongan biasanya dihubungkan dengan gangguan pada sistem keseimbangan. Gangguan keseimbangan ini beragam sehingga penderita sulit mengemukakan keluhannya secara rinci dan tepat.

Gangguan keseimbangan pada vertigo ada yang muncul saat berbaring pada posisi tertentu, saat tengadah, atau perpindahan gerak dari posisi satu ke posisi yang lain. Setelah mengalami selama beberapa hari, terhuyung dapat mereda. Namun, kadang penderita masih diganggu oleh rasa tidak stabil seperti berada di atas kapal yang diombang-ambingkan ombak.

Vertigo dapat muncul setiap kali berada di keramaian atau saat berada di tengah lapangan luas yang kurang penerangan. Vertigo juga banyak dialami oleh para penyelam yang belum berpengalaman. Mereka umumnya kehilangan orientasi sehingga merasa cemas bercampur bingung.

Seorang dokter ahli syarat menyatakan penyebab vertigo terbanyak adalah ganggunan pada leher. Gangguan leher ini ditimbulkan adanya pengapuran pada tulang leher yang menyebabkan vertigo. Tulang leher sebagai penyangga kepala ketika mengalami gangguan menyebabkan rasa terhuyung atau sempoyongan.

Gangguan leher terjadi umumnya akibat pola hidup atau pola kerja tidak seimbang. Stres atau tekanan akibat pola kerja tak seimbang ini memungkinkan tidak adanya kesempatan berolahraga maupun relaksasi. Pekerjaan mengetik dengan posisi layar monitor komputer terlalu tinggi pun bisa menyebabkan vertigo --sebagai akibat ketegangan pada leher. Apalagi jika kebiasaan ini dilakukan selama bertahun-tahun.

Vertigo karena gangguan leher, selain diatasi dengan obat, juga dengan fisioterapi berupa latihan relaksasi untuk daerah leher. Jika perlu dilakukan traksi atau otot-otot yang kaku ditarik agar ruas yang menyempit bisa dipulihkan.

Vertigo dapat dihubungkan dengan gejala stroke. Selain akibat cedera pada kepala bagian belakang, vertigo bisa terjadi karena suplai darah ke otak berkurang atau tidak lancar. Apabila aliran darah ke otak kecil kurang maka seseorang akan mengalami vertigo, Jika tidak segera ditindaklanjuti bisa menimbulkan stroke.

Vertigo bukan akibat benturan disusul dengan gangguan wicara, misalnya mulai sulit menyebutkan apa yang dimaksud, patut dicurigai sebagai awal dari serangan stroke. Pada kondisi ini, perlu segera dilakukan perawatan. Apalagi bila gejala itu disertai hipertensi dan kadar kolesterol tinggi.

Untuk mengatasai vertigo ini pemeriksaan MRI (magnetic resonance imaging) dapat dimanfaatkan untuk mengungkap apakah mengalami gangguan pada pembuluh darah otak. Memang, dengan obat pelancar aliran darah gangguan akan segera teratasi sambil terus dipantau apakah gangguan masih kambuh.

Vertigo paling berat jika disebabkan adanya tumor pada otak kecil atau dekat organ telinga. Vertigo yang dirasakan sesuai dengan pertumbuhan tumor. Semakin besar tumor semakin berat rasa sakitnya. Adakalanya diikuti dengan gejala telinga mendengung. Sebagai upaya penanggulangan satu-satunya cara operasi dan penyinaran untuk menyingkirkan tumor.

Namun, adakalanya vertigo hanya disebabkan oleh stres. Meski penderita mengalami gejala kepala berputar tujuh keliling dan bahkan sampai muntah-muntah, namun begitu stres dapat ditanggulangi vertigo pun menghilang. Vertigo pada umumnya bukan gangguan kesehatan serius. Akan tetapi semakin dini penanganannya vertigo akan semakin cepat dapat diatasi.

3000 peneroka saman FELDA RM483,000 seorang

PETALING JAYA: Walaupun semua peneroka dijanji `durian runtuh’ RM15,000 sekeluarga, lebih 3,000 peneroka di Pahang membuat tuntutan saman RM483,000 seorang terhadap Felda.

Mereka ialah 1, 086 peneroka dari Jengka; 800 (Keratong); 770 (Chini), 800 (Mempaga)  dan 500 (Bera), kata Pengerusi Biro Felda dan Orang Asal PKR, Suhaimi Said.

Peneroka Jengka, Bera dan Mempaga memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Temerloh, manakala peneroka Chini dan Keratong di Mahkamah Tinggi Kuantan.

  “Pertama, peneroka menuntut geran tanah dikembalikan setelah mereka membayar semua hutang kepada Felda. Ada yang terpaksa menunggu 10, 15 dan 20 tahun tetapi geran tanah belum dikembalikan.

“Kedua,  dana tanaman semula berjumlah RM17, 000 setiap seorang peneroka, kerana ramai lagi yang tidak mendapat dana tersebut.

“Ketiga, berhubung kadar perahan gred (KPG) kerana Felda membayar tidak mengikut KPG yang menyebabkan peneroka kerugian kerana ditipu dari segi kadar sebenar.

“Sebagai contoh, mengikut pasaran KPG ialah 25 – 27 peratus tetapi Felda membayar 17-20 peratus sahaja. Kalau secara kasar 5 peratus, peneroka rugi RM1, 200 setahun. “KPG ini sepatutnya enam tahun sahaja tetapi Felda mengambilnya sehingga 15 tahun. Ini pecah tanah,” kata Suhaimi.

Beliau berkata, tuntutan peneroka itu lebih munasabah jika kerajaan benar-benar ingin membantu peneroka. Katanya, ia tidak boleh dibantu sekali sahaja seperti bantuan RM15, 000 sebagaimana diumumkan Datuk Seri Najib Tun Razak, Selasa lalu.

 ReJaM© "Peneroka bijak ambik duit RM15,000 untuk belanja saman FELDA..."

source: http://milosuam.blogspot.com/2012/05/3000-peneroka-saman-felda-rm483000.html#ixzz1uU6IiGPb

Ibnu Hasyim: Halang Penulis Pro-Lesbian Irshad Manji... -P/PAS

Ibnu Hasyim: Halang Penulis Pro-Lesbian Irshad Manji... -P/PAS: KL 10 Mei 12: Dewan Pemuda PAS menggesa kerajaan supaya segera menghalang seorang penulis pro-lesbian, Irshad Manji daripada meng...

Ibnu Hasyim: Siapa Syarip Dol Samseng Felda? -Tuan Ibrahim

Ibnu Hasyim: Siapa Syarip Dol Samseng Felda? -Tuan Ibrahim: Oleh Tuan Ibrahim Tuan Man  Cerita Syarip Dol, samseng Kampung Dusun Syarip Dol memang terkenal sebagai samseng Kampung Du...