Selasa, 14 Mei 2013

Ibnu Hasyim: Saya Umpama Tuan Punya Restoran -N/Aziz

Ibnu Hasyim: Saya Umpama Tuan Punya Restoran -N/Aziz: KUALA LUMPUR: Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, banyak pihak menyebut jasa-jasanya di Kelantan, sedangkan beliau sendiri...

Saya Umpama Tuan Punya Restoran -N/Aziz



KUALA LUMPUR: Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, banyak pihak menyebut jasa-jasanya di Kelantan, sedangkan beliau sendiri tidak terasa banyaknya jasa itu.

"Ramai pihak menyebut jasa-jasa saya di Kelantan, sedangkan saya sendiri tidak terasa banyaknya jasa saya, yang banyak membantu saya ialah para exco dan pegawai-pegawai kerajaan,” ujarnya pada Majlis Jasamu Dikenang bertempat di Dewan Jamuan Utama, Kota Darulnaim, Kota Bharu hari ini.

Dipetik daripada Facebooknya, bekas Menteri Besar Kelantan itu menambah, beliau umpama tuan punya restoran, jika masakannya baik, tuan restoran mendapat pujian sedangkan yang memasaknya ialah tukang masak.

“Saya umpama tuan punya restoran, jika masakannya baik, tuan restoran mendapat pujian sedangkan yang memasaknya ialah tukang masak, yang membeli lauk pauknya ialah pekerja dan yang menyediakan hidangan pun ialah pekerja, tetapi akhirnya yang dipuji ialah tuan restoran,” ujar beliau lagi.

‘Apa lagi yang Cina mahu?’

‘Apa lagi yang Cina mahu?’

TG Nik Aziz berjaya tumpulkan keris nasionalis

TG Nik Aziz berjaya tumpulkan keris nasionalis

Sebungkus nasi lemak, karipap dan susu cultured

Sebungkus nasi lemak, karipap dan susu cultured

Najib bertambah seksa selepas menang

Najib bertambah seksa selepas menang