Ahad, 18 Mac 2012

Tuan Ibrahim Islamkan pemuda Tionghua

Tuan Ibrahim Islamkan pemuda Tionghua

Lynas: PSC gambar kelemahan Najib

Lynas: PSC gambar kelemahan Najib

Bertaruh RM15,000 kalau Brahim dapat laluan BN

Bertaruh RM15,000 kalau Brahim dapat laluan BN

Pelajari ilmu secara 'tafaqquh' - Presiden PAS

Pelajari ilmu secara 'tafaqquh' - Presiden PAS

KE ARAH KESATUAN GERAKAN ISLAM : Oleh Ustaz Fathi Yakan



 
 Kearah Kesatuan Gerakan Islam___________________________________________________________________________  Fathi Yakan
1

KE ARAH KESATUANGERAKAN ISLAM

Oleh Ustaz Fathi Yakan
http://htmlimg4.scribdassets.com/1q9mbh7w0035ovg/images/1-b5c1a65ff5.jpg
 
 Kearah Kesatuan Gerakan Islam___________________________________________________________________________  Fathi Yakan
2
PENGANTAR PENTERJEMAH
Alhamdulillah dengan izin Allah, risalah kecil ini dapat disiapkan terjemahannya. Mudah-mudahandengan izin Allah, risalah ini dapat berperanan membuka jalan ke arah kesatuan amal dan gerakan Islam, untukberdepan dengan musuh-musuh Islam.Al Ustaz Fathi Yakan, memulakan buku ini dengan melihat kelemahan-kelemahan beberapa jama ‘ahIslam dengan tujuan mengambil pengajaran dan mengelakkan dan kesilapan-kesilapan yang sama, jika ada danseterusnya menjadi panduan melengkapkan harakah Islam kini dan akan datang. Kemudian barulah Ustaz Fathimenerangkan tentang ciri-ciri harakah Islamiyyah ‘alamiyyah yang dicadangkan.Semoga Allah sentiasa memberi taufik kepada kita dan memberkati amal Islam kita.Insya Allah.Mohd. Kamil Abdul MajidAkademi Islam, Universiti Malaya, Ramadhan 1404
KEWAJIPAN MEMBENTUK HARAKAH ISLAMIYYAH‘ALAMIYYAH YANG TUNGGAL
Berbagai-bagai cabang amal Islam yang terdapat di zaman moden ini menimbulkan ketakutan dan kegelisahanbahawa ianya akan memberikan gambaran yang buruk kepada tabiat dan ciri-ciri amal Islam yang betul dan asli.Berikutnya, ia akan melemahkan kekuatan dan kekerasan Islam dalam pertarungan dan persaingan di antara puakIslam dan jahiliyyah. Bukan setakat ianya tidak menolong Islam malah saya berpendapat ia membawa kekacauanpada akal manusia dan akibatnya mereka akan menjauhkan diri dan amal Islam itu tadi dan menjadikan merekaitu berada di pihak yang menentang Islam. Dan alangkah banyaknya keadaan sedemikian berlaku pada hari ini.Pertentangan yang berlaku mutakhir ini, selain daripada ianya menjadi tuntutan syara’ dan Islam, kedua-duanya berkehendakan kesatuan kekuatan tenaga Islam dalam satu saf untuk menghadapi jahiliyyah danmenegakkan daulah yang berhukumkan syari’at Allah.
Alasan-alasan kebangkitan sebuah harakah Islamiyyah ‘alamiyyah yang satu
Alasan-alasan yang memestikan terdirinya sebuah harakah Islamiyyah Alamiyyah yang tunggal amatbanyak dan lebih daripada hanya untuk dijadikan bahan perbincangan penting. Para pekerja, atau petugas dalambidang amal Islam yang mengkaji dan menganalisa sehingga amal dan usaha untuk mewujudkan harakahIs!amiyyah yang dicita-citakan terbentuk, hendaklah melaksanakannya berdasarkan kepada iman dan keyakinan.Bukan berdasarkan kepada emosi dan semangat yang sementara.Islam pada masa ini menghadapi cabaran yang berat. Cabaran yang dihadapi datang Iebih dansatu pihak. Hukum hukum Islam dan undang-undang yang terpancar dan syari’at Islam tidak dilaksanakan walaudi mana sekalipun pelusuk watan Islam. Malah, hukum taghut, sistem-sistem dan pemikiran materialisma ciptaanmanusia yang bertentangan dengan Islam, yang berdendam dengan Islam dan bercanggah dan segi falsafah danprinsip akhlak, itulah yang sedang berperanan. Pemikiran materialisma dan falsafah atheisma merosakkan intelekgenerasi muda. Keadaan moral menurun hingga ke tahap yang paling rendah. Kezaliman sistem yang memerintahdan undang-undang yang berjalan, serta kurangnya keadilan, kebebasan dan persamaan membolehkan fahamanMarxisma yang menafikan keujudan Allah men yerang umat Islam atas nama melaksanakan keadilan, membelamereka yang terzalim dan meningkat taraf hidup golongan miskin proletariat (yang tertindas).Peperangan yang berlaku pada hari ini diantara Islam dan jahiliyyah bukan setakat perbincangan ilmiahsemata mata atau dalam batas-batas perbincangan ideologi sahaja tetapi sampai ke peringkat berdarah yang ganas. Jahiliyyah hari ini dalam serangannya terhadap Islam dan para pendakwah menggunakan segala senjatayang menghancurkan, senjata dalam bentuk pembunuhan, pengurungan, penyiksaan atau pembuangan. Fitnah,khianat, tashkik usaha untuk timbulkan keraguan) dan tuduhan dalam berbagai bentuk dan rupa adalah di antaracara-cara yang dilakukan oleh jahiliyyah moden untuk memukul Islam dan menghapuskna para pendakwah disetiap tempat.Seluruh dunia hidup dalam kesesatan, sedang menggigil di bawah tapak kaki penyelewengan.kekosongan dan tidak normal.
 
 Kearah Kesatuan Gerakan Islam___________________________________________________________________________  Fathi Yakan
3
Dunia yang dibalut dengan gejala ketamadunan moden, dibakar oleh api revolusi sex dan diancam olehpertentangan gejala kebinatangan telah mengancam keujudan, akhlak dan pemikiran manusia.Satu lagi alasan yang memerlukan keujudan sebuah harakah Islam Alamiyyah (antarabangsa) yang satu,iaitu cabaran-cabaran yang dihadapi oleh Islam dan gerakan antarabangsa umpamanya gerakan zionisma,freemason, komunisma dan missionary Kristian dan gerakan-gerakan lain yang seumpamanya; gerakan-gerakanyang mempunyai kemampuan, kemudahan, tenaga manusia dan kebendaan juga teknikal yang tidak mungkin,malah tidak harus dihadapi kecuali dengan kemampuan pada peringkat yang sama.Alasan-alasan ini dan lain-lain alasan membuktikan tanpa syak lagi bahawa perlu wujudnya sebuahharakah Islamiyyah ‘Alamiyyah yang mempunyai peringkatpersediaan yang sama dalam pertembungan denganmusuh Islam dan segi pemikiran, organisasi, perencanaan dan persediaan. Firman Allah s.w.t.:
ﻢØ¢ÙˆدÙˆ 

ﷲاÙˆﺪﻋﺪﻋ

ﻪﺑ 

Ù†ï»®ﺒÙ‡ﺮﺗ 

ﻞï»´ﺨﻟا

Ø· 

ﺎﺑر 

ﻦﻣÙˆ 

Ø©ï»®ï»— 

ﻦﻣ 

ﻢﺘﻌﻄﺘﺳا

ﻢﻬﻟاÙˆﺪﻋØ£Ùˆ 

Pengalaman-Pengalaman Dalam Skop Amal Islam
Sebelum dibincangkan ciri-ciri umum dan asas yang perlu ada pada sesebuah gerakan Islam, perlulahdibentangkan pengalaman-pengalaman yang telah dilalui dalam amal Islam pada zaman moden ini sebagaimengambil pengajaran, semoga Allah membeni petunjuk pada jalan yang betul.
1. Cara nasihat (pengalaman Jama’ah Tabligh)
Uslub ini digunakan oleh para pendakwah secara individu atau secara jamaah dalam satu jamaah tabligh. Jama’ah Tabligh mewajibkan para pengikutnya mengorbankan waktu tertentu bagi menunaikan tanggugjawab ini,satu jam dalam seminggu, sehari dalam sebulan atau sebulan dalam setahun, di mana mereka berdakwah diseluruh watan Islam. Jama’ah Targhib mempunyai semangat dakwah pada Allah dengan keikhlasan dan kebersihan hati tetapimereka sebenarnya tidak mampu memerangi jahiliyyah yang ganas jika cara dakwah ini masih berterusan hinggake masa hadapan atau menjadi polisi yang berterusan dalam setiap peringkat amal dan dalam setiap keadaan.a) Uslub atau cara ini tidak membawa natijah terdirinya satu kumpulan harakah (pergerakan) yangtersusun yang mampu menghadapi jahiliyyah dan cabaran yang semakin bertambah, apa lagimewujudkan satu masyarakat Islam atau negara Islam.b) Cara seumpama ini akan terus mengekalkan skop amalnya yang sempit dan akan terkurung di Masjid-Masjid dan khusus kepada pengunjung-pengunjungnya. Dengan lain perkataan kesannya tidakmenjangkau kepada orang lain yang merupakan majoriti manusia dan tidak kepada kelompok-kelompokyang berbagai ragam.c) Cara ini tidák membolehkan ia menghadapi cabaran serta menolak pemikiran dan falsafah materialismakerana ia perlu mengambil cara uslub nasihat secara emosional yang berkesan. Uslub targhib dan tarhib(dorongan dan ancaman) ini tidak akan berkesan kepada orang orang yang asalnya tidak beragama.d) Dan cara zahir uslub ini tidak dijalankan secara berencana (wallah hualam), mengawasi benih yangditabur, sehingga ia berkembang dan menjadi pokok untuk melahirkan buah. Kadangkala ia menyerupaiuslub yang digunakan oleh Tahir al-Jazairy dan Jamaludin al-Afghani di mana Afghani pernahmengatakan “katalah kalimah kami dan pergi”. Cara ini tiada terjamin hasil natijahnya selain daripadaianya lambat berkesan dan sedikit buahnya.Ustaz Abul A’!a Al-Maududi, amir Jama’ah Islamiyyah Pakistan pernah mengatakan tentang mandul ataukurang berhasilnya cara nasihat ini: “Adalah menjadi sia-sia menjalan kan dakwah mengikut cara missionaryKristian. Walaupun dicetak berjuta-juta sebaran yang mengajak ke arah berperang atas nama Islam menjeritsupaya manusia bertakwa kepada Allah pagi dan petang tetapi ianya mempunyai faedah yang boleh disebut.Langkah yang praktikal untuk membuktikan bahawa Islam itu sesuai untuk semua masa dan tempat serta banyakfaedah dan keistimewaannya bukan hanya melalui pena dan ucapan semata-mata tetapi keperluan hari inimenuntut supaya keistimewaan ini dilahirkan secara praktikal dalam alam realiti. Problem dunia materialismatidak boleh diselesaikan dengan semata-mata mengatakan bahawa Islam mampu menyelesaikannya. Nilai Islamyang sebenar semestinya dilahirkan ke alam nyata dalam bentuk satu sistem yang praktikal yang mana kesannyadapat dirasai dan buahnya dapat dinikmati oleh manusia. Kita hari ini hidup di alam pertentangan danperjuangan. Syarahan dan nasihat sahaja tidak mungkin berjaya mengubah arus. Tetapi perjuangan yangberbentuk revolusi sahaja yang mampu mengubah arus. (Rujuk Risalah Penyakit Umat Islam dan Ubatnya,halaman 15)
ii. Cara kekerasan atau revolusi bersenjata
 
 Kearah Kesatuan Gerakan Islam___________________________________________________________________________  Fathi Yakan
4
Di zaman moden ini telah berlaku beberapa percubaan dalam skop amal Islam yang berbentuk revolusidan menjadikan kekuatan sebagai satu asas bagi menghadapi cabaran dan memulakan kebangkitan Islam.Antara pengalaman-pengalaman ini ialah pengalaman Al-Syahid Ahmad bin Irfan di India yang disokongoleh ramai orang-orang Islam pada masa itu. Beliau telah mengepalai mereka itu mengangkat bendera jihad danmereka telah mampu mengasaskan sebuah negara Islam di bandar Pesyawar di Utara India. Tetapi Inggeris telahmenipu mereka dengan jahatnya dan mengadu domba antara pemimpin kabilah untuk menentang beliau.Akibatnya, berlakulah peperangan yang sengit di antara dua pihak yang menyebabkan beliau dan sahabat-sahabatnya yang rapat terbunuh pada tahun 1246H.Antara lain ia!ah pengalaman Al-Shahid ‘Izzudin Al Qassam yang merasa malu kepada Allah bila iamengajar murid-muridnya mengenai jihad sedangkan beliau sendiri tidak bersama mereka yang cuba mengambilalih bumi Palestin yang sedang dijajah pada masa itu. Beliau te!ah mengumpu!kan pengikut-pengikutnya danmelatih mereka berperang lalu mengisytiharkanjihad ke atas musuli Allah sehingga beliau gugur syahid padatahun 1936.Bukanlah maksud kita untuk membincang us!ub yang digunakan o!eh gerakan-gerakan ini melawanseteru-seterunya. Tetapi kita ingin menyatakan menurut logik zaman, logik pertentangan dan logik Islam,wa!aupun ia mementingkan kekuatan tetapi ia hanya merupakan satu bahagian daripada strategi, bukanlahstrategi keseluruhannya.Kita ingin menunjukkan bagaimana penggunaan kekuatan dalam skop amal Islam seperti yang dikatakanoleh Hassan Al-Banna; “Ramai orang bertanya adakah Ikhwan Muslimin herazam untuk menggunakan kekerasanbagi mencapai tujuan mereka dan untuk sampai kepada matlamat mereka? Adakah Ikhwan Muslimin sedangbersedia mengadakan persiapan revolusi ke atas sistem politik dan sosial? Saya tidaklah ingin meninggalkanmereka yang tertanya-tanya itu dalam kehairanan, tetapi sukalah saya mengambil peluang ini untuk memberi jawapan terus terang; bahawa kekuatan itu menjadi satu daripada syiar Islam dalam setiap sistem danperundangannya. Al-Quran al-Karim dengan terang menyebut;
ﻢØ¢ÙˆدÙˆ 

ﷲاÙˆﺪﻋﺪﻋ

ﻪﺑ 

Ù†ï»®ﺒÙ‡ﺮﺗ 

ﻞï»´ﺨﻟا

Ø· 

ﺎﺑر 

ﻦﻣÙˆ 

Ø©ï»®ï»— 

ﻦﻣ 

ﻢﺘﻌﻄﺘﺳا

ﻢﻬﻟاÙˆﺪﻋØ£Ùˆ 

“Hendaklah kamu mempersiapkan kekuatan semampu bOleh, begitu juga tentera berkuda. Yang bolehmenggerunkan musuh-musuh Allah dan musuh-musuh kamu “.Tetapi Ikhwan Muslimin lebih mendalam pemikiran dan lebih jauh pandangan mereka dan menyukaikerja kerja dan pemikiran yang dangkal, pemikiran yang tidak berdasarkan kepada kefahaman yang mendalamdan pertimbangan matlamat dan natijah yang waras. Mereka dan awal-awal lagi, meyakini bahawa kekuatan yanghakiki bergantung kepada kekuatan ‘aqidah dan Iman. Berikutnya ialah kekuatan penyatuan dan ikatan,kemudian barulah kekuatan tenaga dan persenjataan. Sesebuah jama’ah tidak dapat disifatkan sebagai Jama’ahyang kuat. selagi tiga faktor kekuatan ini tidak terbentuk. Kalau dipergunakan kekuatan tenaga dan persenjataan.pada hal hubungan sesama mereka kacau bilau, peraturan Jama’ah mereka tidak kemas, atau aqidah merekalemah dan kosong, maka masa hadapan mereka akan berakhir dengan kebinasaan dan kehancuran.Dilihat dan sudut yang lain, satu persoalan boleh ditimbulkan. laitu adakah Islam yangditegakkan di atas asas kekuatan itu tadi sepatutnya menggunakan kekuatan pada setiap masa dan tempat? Atauadakah kita akan menentukan batas batas dan syarat-syarat penggunaan kekuatan itu’? Malah, adakah kekuatanitu sebagai ubat pertama atau ubat terakhir sekali? Islam juga mewajibkan supaya dibandingkan antara natijah-natijah penggunaan kekuatan yang bermanfaat dengan kesan buruk yang akan timbul daripada penggunaankekuatan itu. (Sila lihat, Risalah Muktamar Yang Ke 5, Tahun 135H).
iii. CARA REVOLUSI PEMIKIRAN (ATAU PENGALAM AN HIZBUL TAHRIR)
Hizbul Tahrir percaya operasi melepaskan umat dan penyakit mereka ialah dengan mengembalikanmereka percaya kepada kebenaran pemikiran dan hukum-hukum Islam. Caranya ialah dengan melalui revolusipemikiran politik yang dapat menghancurkan pemikiran batil dan hukuman yang safah. Oleh itu parti ini telahmenerbitkan buku-buku dan risalah-risalah dalam berbagai tajuk, serta sebaran-sebaran pemikiran dan politik danmasa ke semasa, samada menerangkan hukum Islam dalam satu-satu masalah atau menentukan sikap partitersebut dalam kes-kes dan isu-isu tertentu.Pandangan golongan Islam terhadap Hizbul Tahrir adalah berbagai ragam. Ada yang meragui tentangasas penubuhan parti tersebut, serta meragui matlamat dan tujuannya. Di mana mereka menganggap tertubuhnyaparti itu bertujuan untuk mengacau fikiran orang ramai dan meragukan mereka terhadap gerakan-gerakan Islamyang mendahuluinya, atau sekurang-kurangnya menimbulkan keraguan tentang peribadi peribadi dalamgerakan-gerakan terdahulu.
 
 Kearah Kesatuan Gerakan Islam___________________________________________________________________________  Fathi Yakan
5
Alasan golongan Islam itu terhadap Hizbul Tahrir ialah kesamaran yang melindungi gerakan tersebut danpimpinannya, tetapi juga tentang isi pendahuluan risalah “al-Takattul al-Hizbi” yang menganggap segalaperkumpulan dan harakah yang mendahuluinya merupakan perkumpulan-perkumpulan yang gagal danbertentangan antara satu sama lain dan masing-masing diasaskan atas asas yang salah belaka. Mereka jugaberpegang kepada alasan bahawa Hizbul Tahrir cuba mempengaruhi golongan yang telah bekerja untuk Islam(bukannya mengambil keahlian golongan baharu). Usaha ini dibuat dengan menanamkan keraguan terhadapperjalanan jama’ah-jama’ah lain, melalui usaha melemahkan fikrah fikrahnya dan membesar-besarkan perbezaan-perbezaan fikrah ini hingga tidak ada penyatuan yang akhirnya menyebabkan kegagalan harakah-harakah Islamitu untuk menegakkan Negara Islam dalam beberapa tahun. Sebaliknya Hizbul Tahrir menarik elemen-elementersebut dengan kekuatan parti dan kemampuan luarbiasa mereka untuk menegakkan negara Islam dengan cepat,malah dikhayalkan kepada mereka negara Islam telah pun tertegak.Mereka menyatakan tertegaknya negara Islam tidak perlu yang lain kecuali pengisytiharan tertubuhnyanegara tersebut. Kesan psikologi yang ditujui dan cara ini ialah untuk menghancurkan golongan yang telahtertarik dengan psikologi Hizbul Tahrir ini sejak lama tetapi masih ragu ragu samada Hizbul Tahrir inimendatangkan lebih mudharat dan manfaatnya kepada Islam, atau elemen yang kacau fikiran mereka akibatrealiti yang pahit menimpa mereka.Ada pula golongan yang menganggap Hizbul Tahrir merupakan suatu pengalaman yang telah dilaluidalam amal Islam dan akan terus dilalui, iaitu pengalaman yang ada baik dan buruknya. Pengalaman yangmenunjukkan kegagalan mereka untuk sampai kepada matlamat secara cepat mengikut mereka tetapkan sendiri.Malah menjadi alasan kepada perkumpulan perkumpulan yang diserangnya itu untuk berhujah.“Tidak adanya kesan uslub Hizbul Tahrir ini kepada orang ramai dan segi fikrah Islamiyyah yang asas,bukanlah timbul dan hasil kesilapan mereka dalam cara bergerak, atau kerana kesalahan dalam praktiknya, ataukerana penyelewengan; tetapi sifat uslub itu sendiri yang menyebab kan ianya tidak mendatangkan kesan secaracepat, dan keadaan pemikiran masyarakat terutama masyarakat zaman mutakhir yang memerlukan jangka masayang panjang dan ubat yang kuat untuk terubah pemikiran mereka.Saya tidaklah bertujuan membentang secara terperinci segala pandangan orang lain terhadap HizbulTahrir. Tujuan saya ialah untuk mengambil pelajaran dan kajian ke atas Hizbul Tahrir ini sebagai suatupengalaman dan pengalaman- pengalaman Amal Islam di zaman moden tanpa terpengaruh dengan sikap oranglain. Lebih-lebih lagi jika diperhatikan bahawa tiada satu dalil pun yang dapat disahkan terhadap khabar anginyang dilemparkan kepada Hizbul Tahrir. Di kalangan gerakan Islam sepatutnya tidaklah berlaku kata mengata,tetapi segala kritikan hendaklah secara objektif dan logik dengan matlamat untuk memperbaiki, dan inilah saja jalan yang betul supaya terbentuk sebuah harakah Islamiyyah yang layak memimpin.Berikut sebahagian daripada kesalahan Hizbul Tahrir sebagai satu pengalaman dan pengalaman-pengalaman umat Islam dan sebagai rang bagi penubuhan sebuah harakah Islam antarabangsa yang tunggal: —1. Ia hanya menjadikan pemikiran sebagai satu satunya jalan bagi pembinaan Syaksiyyah Islamiyyah. SedangkanIkhwan Muslimin yang dipandang salah oleh Hizbul Tahrir, dalam waktu yang sama menggunakan caraTarbiyyah dan takwin rohani dan akhlak dengan tidak mencuaikan aspek pemikiran.Cara uslub Rasulullah s.a.w adalah jelas ber dasarkan kepada kesedaran pemikiran, Tarbiyyah rohaniyyah, akhlakdan jihad dalam pembinaan syaksiyyah Islamiyyah.2. Ia menggunakan konsep melompat dan peringkat “pengetahuan” keperingkat “operasi”. Di sini Hizbul Tahrirtelah terjun ke peringkat operasi sebelum melalui peringkat pembmaan dan dalam. Dalam ertikata lain ia berusahamenentang pemikiran dan segala bentuk Jahiliyyah bagaikan orang yang ingin melewati ke satu perlembahantanpa jambatan. Peringkat atau fasa “Tatqif”, parti Hizbul tidak cukup untuk menghadapi cabaran Jahiliyyahsekaligus. Ia jugà tidak memberikan kemampuan kepada anggota-anggota parti supaya dapat menghadapicabaran yang ganas itu. Hizbul Tahrir seharusnya mempengaruhi orang ramai selangkah dan membina rakizah-rakizah serta mengadakan pengawalan-pengawalan yang sempurna terhadap mereka. Hijrah Rasulullah s.a.wboleh dijadikan contoh dalam hal ini ianya satu contoh yang kemas kalau dilihat dan sudut operasi ketenteraan.3. Ia menjadikan golongan luar atau dalam Istilah mereka “mendapatkan nasrah” sebagai cara untuk sampaikepada matlamat memerintah. Hizbul Tahrir memandang bahawa menggunakan kekuatan merupakan sebagai jalan untuk mencapai kuasa dan memulakan kehidupan secara Islam. Dalam waktu yang sama merekamemandang penting memiliki kekuatan itu.Dalam satu sebarannya bertajuk “Soal Jawab”, Hizbul Tahrir telah meminta pertolongan di Syria untukmembolehkan ia memikul tanggungjawab dakwah seterusnya kekuasaan pemerintahan. Keadaan demikianberterusan sehingga awal tahun 1964 tanpa ada mereka yang menyahut seruannya. Menurut sebaran itu lagi,

Kearah Kesatuan Gerakan Islam___________________________________________________________________________  Fathi Yakan
6
untuk memohon pertolongan dan seorang ketua negara mereka memerlukan satu rombongan atau seorangpemuda sahaja. Begitu juga untuk memohon pertolongan dan ketua kumpulan, pemimpin satu jama’ah,pemimpin Kabilah atau dan seorang duta atau Seumpamanya, memerlukan hanya beberapa orang sahaja.Anihnya, logik “memohon pertolongan” ini bagi Hizbul Tahrir sepatutnya ditolak awal-awal lagi, keranaIa satu permohonan yang tidak akan diterima oleh sesiapa pun. Harakah sepatutnya bergantung kepada kekuatansendiri,. dan elemen-elemen harakah itu sepatutnya dapat menguasai tempat-tempat strategik. Ini merupakanuslub yang lebih tepat dan selamat dalam usaha mencapai matlamatnya, apa lagi dalam suasana buruk sepertisekarang di mana dunia Islam sekarang berada di bawah kawalan perisik-perisik dalam dan luar negeri.Adalah satu pandangan yang menyeleweng dan tidak masuk akal bagi menjadikan uslub mengharapkanpertolongan puak luar ini sebagai jalan untuk melaksanakan perubahan Islam dan mendapat kekuasaan.Natijahnya nanti perubahan Islam yang dicita-cita itu akan tinggal menjadi suatu laungan sahaja atau suatuhembusan dalam debu.4. Kesalahan Hizbul Tahrir seterusnya ialah apabila ia berpegang kepada fikrah “membangunkan hukum danpemikiran secara umum”. Fikrah ini mempercayai bahawa setiap soalan itu perlu dijawab dan setiap satupersoalan ada satu jawapan. Perkara ini pada zahirnya baik terutama kepada para pemuda yang terhadpengetahuan Islam mereka. Tetapi natijah jangka panjangnya. ia memupuskan pengetahuan dan menyempitkanpemikiran Islam. Dalam buku buku yang diterbitkan oleh Hizhul Tahrir tidak kedapatan pengetahuan danpemikiran Islam ini dibicarakan secara meluas.Fikrah yang mengambil satu pendapat dalam persoalan khilafiah dalam hal yang hersangkut paut denganharakah dan politik adalah satu hal yang baik dan berfaedah, tetapi jika ianya diperluaskan bagi mencakupi semuahal perundangan, natijah yang buruk dan menakutkan akan dapat dirasai.Sukalah saya menukilkan satu perenggan dan buku Maalim FiT-Tariq’ — Petunjuk sepanjang Sepanjang Jalan — di mana Syed Qutb telah menyatakan “sebahagian golongan yang ikhlas tetapi gopoh gapah, yang tidakmemandang akan tabiat agama ini manhajnya yang rabbani lagi betul; yang diasaskan atas hikmat Allah YangMaha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. Allah mengetahui akan segala tabiat manusia dan keperluan hidupmereka”.Ada di kalangan umat Islam yang mengkhayalkan bahawa dengan membentangkan asas-asas peraturan,sistem dan perundangan Islam akan memudahkan jalan dan menyebabkan orang mencintai agama ini Merekamenyangka Islam dapat ditegakkan dengan membentangkan Islam dalam bentuk teori atau sebagai suatu sistemperundangan, sedangkan tidak ada dimukabumi suatu masyarakat pun yang benar-benar mahu berhakimkansyari’at Allah serta menolak segala syariat yang lain semudah itu. Orang-orang yang menghendaki dan Islamsegala-galanya ini sebenarnya tidak faham akan tabiat agama ini, tidak faham bagainiana cara Islam berkerjadalam kehidupan manusia, sebagaimana dikehendaki oleh Allah.”Sesungguhnya, pada masa akhir-akhir ini telah jelas bahawa Hizbul Tahrir telah terjebak dalam kesalahan-kesalahan dan segi politik dan fekah hasil dan menyempit-nyempitkan perbincangan. Sebagai contohnya, merekatelah meragukan kewujudan jama’ah Islam di Pakistan. Kedua: mereka mengharuskan ‘kucupan’
1
sewaktumengucapkan selamat tinggal atau memulakan musafir. Ini merupakan satu kesilapan besar. Ini disebarkan dalamsebaran parti itu.Cukuplah setakat ini pembentangan kesilapan-kesilapan Hizbul Tahrir sepanjang pengalaman yangdilaluinya.
iv. CARA IMAN YANG MENDALAM, PEMBENTUKKAN YANG RAPI DAN KERJA YANGBERTERUSAN (ATAU PENGALAMAN IKHWAN AL-MUSLIMIN).
Gerakan Ikhwan Muslimin buat masa ini merupakan sebuah gerakan yang berpengaruh di seluruhpelusuk dunia Islam, walaupun sehingga kini ia belum merupakan sebuah harakah yang satu dan segiperencanaan dan penyusunan. Imam Hassan al-Banna, pengasas harakah telah menjelaskan sejak awal lagi cara-cara dakwah, uslub dan wasilahnya:“Wahai Ikhwan, Allah telah menghendaki untuk kita mewarisi pusaka yang amat berattanggungjawabnya, maka cahaya dakwah kita hendaklah menerangi di tengah-tengah kegelapan ini, dan kamuakan disediakan untuk meninggikan agama Allah, menzahirkan syari’atNya dan menegakkan semula NegaraIslam”.
1

 Kucupan yang diharuskan oleh Hizbul Tahrir di sini ialah kucupan di antara lelaki dan perempuan yang sah kahwin dimana hukum sebenarnya ialah tidak harus sama sekali — editor.

http://htmlimg1.scribdassets.com/1q9mbh7w0035ovg/images/6-01fe776318.jpg
 
 Kearah Kesatuan Gerakan Islam___________________________________________________________________________  Fathi Yakan
7
Adapun persoalan yang akan timbul ialah, bagaimana kita bekerja untuk mencapai tujuan ini.Sesungguhnya, syarahan, ceramah, tulisan, pengajian, menentukan penyakit dan ubat; kesemuanya itu tidakmendatangkan manfaat dan tidak akan mencapai tujuannya sebelum kita memahami bahawa dakwah itumempunyai jalan-jalan (wasilah) yang mesti diamalkan di mana wasilah umum yang tidak berubah ialah:1. Iman yang mendalam.2. Takwin (pembentukan) yang rapi.3. Aman yang berterusan.Para Ikhwan,“Kamu semua bukanlah sebuah persatuan kebajikan, bukan juga parti politik
2
tidaklah sebuah pertubuhanyang ditubuh bagi tujuan yang sempit. Tetapi kamu merupakan semangat baru yang mengalir dalam jantungumat ini; yang menghidupkan umat dengan al-Qu’ran. Kamu adalah cahaya yang memancar, yangmenghapuskan kegelapan malam dengan ma’rifat Allah. Kamu juga adalah suara nyaring yang berkumandangmengulangi dakwah Rasullullah s.a.w. Oleh itu kamu hendaklah merasakan bahawa diri kamu memikultanggungjawab yang berat itu setelah semua orang menyisihkannya”.Maka jika dikatakan, ke manakah dakwah kamu? Maka jawablah, dakwah kami ialah dakwah kepadaIslam yang dibawa oleh Muhammad s.a.w. Di mana pemerintahan (kerajaan) adalah sebahagian daripadanya,kebebasan adalah satu kefardhuan dan kewajipan-kewajipannya. Jika ini dikatakan politik! Jawablah: Inilah Islam dan kami tidak mengenal pembahagian pembahagian seperti itu. Jika dikatakankamu pendakwah revolusioner, jawablah: Kami pendakwah kebenaran danKeselamatan yang kami beriman dan merasa bangga dengannya. Jika kamu semua melawan kami, danmenyekat dakwah ini ditengah jalan, maka sampailah masanya kami mempertahan diri kami dan kamulahrevolusioner yang zalim”. Jika dikatakan lagi, kamu memohon pertolongan dengan individu-individu dan pertubuhan-pertubuhan, jawablah: kami beriman dengan Allah yang Esa, kami kufur dengan apa yang kamu syirikkan itu Kalaulah merekameneruskan perseteruan mereka katakanlah: Selawat sejahtera ke atas kamu, kami tidak mengingini orangorangyang jahilDan pembentangan di atas, ternyata gerakan lkhwan Muslimin berbeza secara umumnya dengan seluruhgerakan gerakan lain; Ia adalah dakwah dan segi fikrah kerana ia mengajak supaya beriltizam dengan fikrah Islamdan hukum hukum syari’at Islam, bahkan mengajak supaya meninggalkan kesemuanya selain daripada Islam baikdan segi pemikiran, perundangan, prinsip, falsafah dan sebagainya, (semata-mata untuk membentuk pemikiranatau rasional secara Islam).Ia juga dakwah tarbiyyah (pendidikan) kerana ia menyeru supaya beriltizam dengan akhlak Islam, adab-adabnya dan supaya menyucikan diri serta meningkatkannya dalam menuju tangga rabbaniah (semata-matauntuk membentuk kejiwaan secara Islam).Ia juga adalah dakwah jihad yang menyeru ke arab persiapan jihad dengan segala jalan dan sebab-sebabnya. Sehinggalah kebenaran itu mempunyai kekuatan yang dapat mengawalnya. dan sehinggamembolehkan dakwah menghadapi cabaran cabarannya.Imam Hassan Al-Banna dalam risalah Ke Arab Mana Kita Menyeru, telah mengisytiharkan:“Alangkah baiknya orang yang mengatakan: Kekuatan adalah jaminan yang paling baik untukmembenarkan “kebenaran”. Alangkah indahnya pula apabila kekuatan dan kebenaran itu berjalan seiring. Inilah jihad dalam menyebarkan dakwah Islam, selain daripada kewajipan mempertahankan tempat tempat suci Islam;kewajipan yang telah difardukan Allah ke atas umat Islam, sebagaimana juga mereka difardhukan sembahyang,puasa, zakat dan haji, berbuat baik dan meninggalkan keburukan. Tidak seorang pun terlepas dan tanggungjawab jihad ini mengikut kemampuan masing-masing. Al-Qur’an menegaskan:
ﷲا

ﻞï»´ﺒﺳ 

ﻲﻓ 

ﻢﻜﺴﻘﻧØ£Ùˆ 

ﻢﻜﻟï»®ﻣﺄﺑاÙˆﺪﻬﺟÙˆ 

ï»»ﺎﻘﺛÙˆﺎï»—ﺎﻘﺥارï»®ﻘﻧا

“Pergilah kamu sama ada ringan atau berat dan berjihadlah dengan harta dan jiwa kamu pada jalan Allah”
2

Maksudnya gerakan Ikhwan Muslimin tidak menjadi sebuah pertubuhan yang hanya menitikberatkan aspek-aspek tertentu sahaja, iaitu Ikhwan Muslim ini bukanya pertubuhan kebajikan atau politik semata-mata tetapi sebuah gerakan yang menepatikehendak Islam yang Syumul, di mana kebajikan & politik menjadi sebahagian darinya — editor 

http://htmlimg2.scribdassets.com/1q9mbh7w0035ovg/images/7-4f54a90b10.jpg
 
 Kearah Kesatuan Gerakan Islam___________________________________________________________________________  Fathi Yakan
8
Imam Hassan al-Banna telah mengukuhkan pengertian jihad ini dalam kebanyakkan ucapan-ucapan,kerana kebenaran yang tersisih tidak akan mencapai apa-apa dan tidak sampai ke mana-mana tanpa jihad. Keranatidak ada nilai kebenaran yang tidak didokong oleh kekuatan. Pemusatan demikian jelas dalam ucapannya dalamMuktamar kelima Ikhwan Muslimin dalam tahun 1358H.“Dalam waktu di mana kamu — wahai para Ikhwan — 300 katibah yang telah dipersiapkan dirinyadengan iman dan ‘aqidah dan segi kerohanian, dengan ilmu dan pengetahuan dan segi pemikiran, dan denganlatihan dan kesukanan dan segi jasmani, pada waktu itu kamu meminta aku mengharungi lautan atau meredahangkasa tinggi, atau memerangi setiap yang angkuh dan sombong, sesungguhnya aku akan berbuat, insya-Allah.Benarlah sabda Rasullullah s.a.w., Tidak akan kalah 12,000 dan kumpulan yang sedikit”.
HARAKAH ISLAMIYYAH DAN SITUASI KAWASAN SERTA LOGIK PERTENTANGAN
Sepatutnya gerakan Ikhwan Muslimin telah berjaya dan mencapai matlamat kewujudannya setelah iaditerima di seluruh dunia, kalaulah tidak kerana dipukul bertubi-tubi dan semua sudut atau dibuat pakatan jahatoleh kuasa-kuasa penjajah dan semua pihak. Pukulan demi pukulan dan ujian demi ujian telah berlaku. Bermuladan kesyahidan pengasasnya Almarhum Hassan Al-Banna pada tahun 1948 dan kemudiannya diikuti olehsebilangan besar pemimpin serta tokoh-tokoh gerakan itu yang merangkumi mereka di peringkat daerah danantara bangsa.Natijahnya, gerakan Ikhwan merosot dalam pertarungan politik walaupun masih kekal kewujudannyadan segi aqidah dan fikrah. Ujian-ujian yang menimpa gerakan Islam telah menjadikan sistem-sistem kufurmenguasai negeri-negeri kaum Muslimin dan fahaman marxisma beroperasi merosakan akal dan fikiran manusia.Dengan itu kawasan negeri Arab yang dulunya mengamalkan kehidupan demokrasi yang mengizinkan kebebasanberpolitik telah hapus tanpa kembali lagi.Sistem-sistem yang wujud di kawasan negeri Arab telah dipakaikan dengan pakaian dendam kesumatterhadap Islam dan kaum Muslimin.Pertentangan parti-parti politik bukan lagi sekadar perbincangan dan dialog ideologi tetapi sudahmemasuki tahap pertumpahan darah.Itu semua faktor-faktor yang telah membekukan gerakan Islam dan menyekat perjalanannya. Berikutnyatimbullah fenomena kesempurnaan dan kerosakan dalam hidup gerakan Islam. Selain daripada itu, kebanyakanharakah Islamiyyah di beberapa tempat telah surut ke belakang bila berhadapan dengan gelombang materialisma,yang membolehkan pula kuasa-kuasa Jahiliyyah di negara kaum Muslimin mengambil tempat dan memudahkanmereka sampai ke mercu kekuasaan. Kekuasaan yang dirampas itu dipergunakan untuk menyerang Islam secaraumumnya dan untuk memukul gerakan Islam berleluasa sebagaimana yang telah berlaku.Sukalah saya berhenti sekejap untuk membincangkan sebab-sebab timbulnya gejala-gejala kesempurnaandan kerosakan dalam kehidupan harakah Islamiyyah semasa.Dimaksudkan dengan kesempurnaan dan kerosakan di sini pengalaman-pengalaman yang berlaku dalamskop amal Islam yang hampir sampai kepada kesempurnaan kemudian mula rosak; atau segala potensi yanghampir terkumpul kemudian mula berkurangan sebelum tercapai kepada matlamat asasi kewujudannya untukmenegakkan masyarakat Islam dan memula kehidupan Islam.
RAWATAN PENGESANAN PENYAKIT
Para petugas dalam bidang amal Islam yang menerima kewujudan fenomena ini mengambil penilaianyang berbeza beza terhadap sebab-sebab tumbuhnya penyakit kepada gerakan Islam.Ada setengah kalangan beranggapan bahawa kemerosotan kebaikan dan penguasaan kejahatan terhadapdiri sebagai satu perkara tabi’e dan natijah yang pasti. Juga mereka menganggap bahawa ‘kedagangan’ Islam danpara pendakwahnya di akhir zaman sebagai suatu kemestian. Mereka membawa dalil-dalil dengan hadithRasulullah s.a.w.
ﺮﻤﺠﻟا

ﻲï» ﻋ

ﺾﺑﺎﻘﻟﺎØ¢ 

ﻪﻨÛŒد 

ﻲï» ﻋ

ﻢﻬï»´ï»—ﺮﺑ 

ﺎﺼﻟا

Ù†ﺎﻣز 

سﺎﻨﻟا

ﻲï» ﻋ

ﻲﻧﺄﺑ 


Kes Scorpene akhirnya ke mahkamah Paris

Kes Scorpene akhirnya ke mahkamah Paris
Kes yang dibawa oleh NGO hak asasi manusia Malaysia, Suaram, terhadap syarikat gergasi pembuat kapal Perancis, DCNS,  akhirnya akan dibicarakan di mahkamah setelah tiga tahun menunggu.

NONEPengarah Suaram, Cynthia Gabriel mengesahkan kes itu akan didengar
Idi mahkamah Paris, tetapi hanya akan mendedahkan maklumat lanjut mengenainya dalam sidang akhbar esok.

"Masanya sudah tiba. Kes ini akan dibicarakan di Perancis. Kami amat teruja," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Ia telah tertangguh disebabkan oleh perkembangan politik di Perancis dan Malaysia kerana ia dianggap sebagai kes berprofil tinggi.

Syarikat Perancis yang membekalkan dua kapal selam Scorpene kepada Malaysia itu, dituduh membayar berjuta-juta ringgit sogokan kepada pegawai tertinggi Malaysia yang terlibat dalam pembelian.

Di bawah undang-undang Perancis, apa-apa bayaran atau komisen itu dianggap sebagai haram.

NONEMelibatkan pembelian sebanyak RM7.3 bilion untuk dua kapal selam
kelas Scorpene pada tahun 2002 oleh kerajaan Malaysia, skandal itu berlaku ketika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi menteri pertahanan.

Cynthia (kiri) berkata kes itu terlewat sebelum ini kerana kedua-dua negara berdepan dengan kemungkinan menghadapi pilihan raya, dan kesannya adalah tinggi terhadap ahli-ahli politik yang didakwa terlibat dalam pemerolehan itu.

[Baca berita penuh]
PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Hadi: Boleh kerjasama, berniaga dengan Yahudi, bukan Zionis

Hadi: Boleh kerjasama, berniaga dengan Yahudi, bukan Zionis
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata kerjasama dengan bangsa Yahudi, terutama dalam bidang perniagaan adalah dibenarkan tetapi ia adalah terhad kepada kaum itu sahaja dan bukannya dengan fahaman Zionis.
  
"Pendekatan kita (ialah) boleh bekerjasama dan berniaga dengan bukan Islam (termasuk Yahudi) tetapi ia mestilah terhad kepada kaum itu sahaja dan bukannya dengan fahaman Zionis ," katanya dalam sesi-soal jawab di majlis makan malam bersama Pemimpin PAS anjuran Dewan Muslimat PAS Malaysia di Shah Alam malam tadi.
  
Turut hadir Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga menteri besar Kelantan.
     
Abdul Hadi berkata demikian ketika menjawab soalan yang dikemukakan oleh seorang pimpinan PAS yang mengajukan soalan berhubung proses perhubungan antara kerajaan PAS ataupun pakatan pembangkang untuk memisahkan hubungan perniagaan dengan bangsa Yahudi sekiranya menguasai kerajaan persekutuan suatu hari nanti.
  
Dalam perkembangan lain, Abdul Hadi berkata PAS akan menukar minda orang Melayu supaya memperkasakan diri mereka dengan ajaran Islam.

"Melayu sahaja tanpa Islam akan menjadi bangsa hina," katanya.
  
Abdul Hadi berkata parti itu bersedia meletakkan calon yang terdiri daripada seniman ataupun artis pada pilihan raya umum akan datang, sekiranya ada permintaan sedemikian daripada mana-mana cawangan ataupun kawasannya.
  
Terdahulu, Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Dr Siti Mariah Mahmud dalam ucapannya pada majlis itu berkata Dewan Muslimat telahpun mengemukakan senarai nama calon untuk bertanding pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) kepada PAS Pusat.
  
Beliau berkata, lebih 30 muslimat dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak telah dicalonkan untuk bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri dan Parlimen.

- Bernama

Jangan gadai masa depan sokong pembangkang. kata PM, ya ke ni?

PM: Jangan gadai masa depan sokong pembangkang
Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan rakyat supaya tidak menggadai masa depan mereka dengan terpengaruh kepada pelbagai dakwaan, tohmahan dan janji pembangkang kerana telah terbukti selama ini kerajaan BN dapat memastikan kesejahteraan negara dan rakyat terpelihara.
  
Perdana Menteri berkata BN sudah melakukan pelbagai perkara untuk kesejahteraan rakyat termasuk menyalurkan pelbagai bantuan kerana BN mampu mengurus tadbir negara dengan cekap dan berkesan.
  
"Tidak boleh pakai cerita pembangkang ini sebab mereka tidak mempunyai kemampuan untuk urus tadbir negara kita dengan baik. Sehari dua ini pun sudah nampak bercelaru. Jadi tak usah dengar kalau mereka (pembangkang) datang. Dengar, tapi masuk telinga kanan, keluar telinga kiri," katanya ketika berucap pada program "Sepagi Bersama Perdana Menteri" di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Changkat Beruas hari ini.
  
Najib yang dalam lawatan kerja sehari ke Perak berkata kerajaan juga telah dapat mengurangkan jumlah hutang dan menambah hasil negara, meskipun pelbagai bantuan disalurkan kepada rakyat.
  
"Ini disebabkan kita dapat mengurus tadbir negara kita dengan baik, menguruskan perjalanan ekonomi negara dengan cekap. Menentukan ekonomi negara dapat terus berkembang, hasil negara bertambah, apabila kita capai kejayaan sedemikian kita pulangkan hasil kekayaan itu balik kepada rakyat," katanya.

Menyentuh mengenai pelbagai bantuan yang diberikan kerajaan BN kepada rakyat, Najib berkata kerajaan hanya memulangkan kepada rakyat hasil negara.

"Adakah itu menjadi kita sebagai kerajaan tidak bertanggungjawab? Tentunya jika kita kembalikan hasil negara kepada rakyat, ianya bermakna kerajaan mendahulukan rakyat. Seperti mana yang saya janjikan selama ini (dimana) selama tiga tahun gagasan tersebut (1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan) kita praktikkan," katanya.
  
Najib berkata oleh itu, jika pembangkang menuduh kerajaan BN tidak bertanggungjawab, tuduhan itu tidak benar.
  
Sebuah kerajaan yang tidak bertanggungjawab adalah kerajaan yang menghabiskan wang negara, dan pada masa menambah hutang negara semata-mata untuk meraih sokongan rakyat, katanya.
  
"Sudah nak dekat pilihan raya, kita baru nak beri bantuan semata-mata nak dapatkan undi tanpa uruskan ekonomi negara dengan baik. Itu namanya kerajaan tidak bertanggungjawab dan tidak fikir masa depan negara," katanya.
  
- Bernama
PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Pasai apa SPR selalu nak sorok dari pembangkang?

Pasai apa SPR selalu nak sorok dari pembangkang?

Anak muda pasti kecewa dengan keputusan ini

Anak muda pasti kecewa dengan keputusan ini

Kuasa beli rakyat Kelantan antara tertinggi di Asia

Kuasa beli rakyat Kelantan antara tertinggi di Asia