Rabu, 11 April 2012

Ibnu Hasyim: Junjung Kasih & Tahniah Kpd YD Agung Ke 14 -IH

Ibnu Hasyim: Junjung Kasih & Tahniah Kpd YD Agung Ke 14 -IH: Weblog Ibnu Hayim menjunjung kasih dan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Almu`tasimu Billahi M...

Ibnu Hasyim: Kerjasama K'tan-Cina, Tingkatkan Hasil Getah..

Ibnu Hasyim: Kerjasama K'tan-Cina, Tingkatkan Hasil Getah..: Klik di sini.. China bantu Kelantan tingkatkan hasil getah

Ibnu Hasyim: PKR: Hapuskan Pinjam PTPTN. Gantinya...

Ibnu Hasyim: PKR: Hapuskan Pinjam PTPTN. Gantinya...: P KR akhirnya membentangkan kaedah untuk menghapuskan pinjaman melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang dijanjika...

Ibnu Hasyim: PRU13: Husam Tanding P'men, Siap Tadbir Putrajaya

Ibnu Hasyim: PRU13: Husam Tanding P'men, Siap Tadbir Putrajaya: KL 11 Apr 12: Ramai memperkatakan Pengerusi Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Datuk Husam Musa akan bertanding kerusi parlimen d...

Mansuhkan PTPTN, tuntut pendidikan percuma

Mansuhkan PTPTN, tuntut pendidikan percuma

Jangan persulitkan beri tauliah untuk Ustaz Azhar

Jangan persulitkan beri tauliah untuk Ustaz Azhar

Tampung hutang PTPTN bidang kuasa pusat


Rafizi: Tampung hutang PTPTN bidang kuasa pusat
Pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli berkata kerajaan PKR tidak boleh menampung hutang peminjam PTPTN daripada kalangan anak Selangor kerana ia tertakluk bawah tanggungjawab dan bidang kuasa kerajaan pusat.

Katanya, pembiayaan pendidikan oleh negeri tidak boleh dibuat sewenang-wenangnya kerana ia terikat kepada akta tertentu, seperti akta pinjaman dan akta pencegahan pengubahan wang haram.

Bagaimanapun, tambahnya, jika dibincangkan daripada aspek kemampuan, ia boleh dilakukan di Selangor dengan syarat pusat membuat pengagihan peruntukan secara adil.

“Saya pasti, kalau nak, Selangor boleh biaya (pendidikan pelajarnya). Tapi pusat mesti adil dalam mengagihkan peruntukan," katanya dalam dialog dengan sekumpulan pelajar di Shah Alam malam tadi.

“Cukai yang dikutip di Selangor menyumbang 30 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) seluruh negara, tetapi yang (dipulangkan kepada Selangor) berapa sahaja,” kata bekas pegawai di Petronas itu lagi.
Mengulas lanjut isu tersebut, Rafizi berkata universiti seperti Unisel dan Kolej Universiti Insaniah (Kuin) sebenarnya merupakan sebuah institusi pendidikan tinggi swasta (IPTS) walau dikatakan sebagai “universiti negeri.”

Rafizi berkata demikian apabila ditanya kenapa Selangor tidak menghapuskan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bermula di Universiti Industri Selangor (Unisel) miliknya.

Soalan itu juga menjadi cabaran yang kerap diulang-ulang oleh pemimpin dan penyokong kerajaan termasuk Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Khaled Nordin dan juga naib canselor Universiti Teknologi Mara, (UiTM), Tan Sri Ibrahim Abu Shah.

Ibrahim sebelum ini juga mendakwa, yuran di Unisel telah dinaikkan apabila Selangor berada di bawah Pakatan Rakyat, sedangkan UiTm kekal sebagai kampus yang mengenakan yuran termurah.

Dalam majlis itu juga, Rafizi turut menekankan soal keperluan memantapkan kualiti dan menambahkan bilangan universiti awam dalam tempoh sepuluh tahun akan datang di samping menggalakkan penggabungan IPTS yang tumbuh bagai cendawan.

Katanya, kekayaan negeri lebih baik dilabur kepada pelajarnya yang menuntut di pelbagai universiti berkualiti baik daripada disumbangkan untuk pembangunan sebuah 'universiti negeri' sahaja.

Menurutnya, beliau percaya kualiti universiti dapat dijamin apabila ia diuruskan oleh pakar dan ahli akademik dan bukannya kerajaan negeri atau pihak swasta yang bermotifkan keuntungan.

“Duit itu lebih baik guna untuk hantar pelajar ke Oxford atau Harvard. Kalau UM (Universiti Malaya) lebih baik, patut bawa dia ke UM,” katanya yang juga bertugas sebagai ketua eksekutif di pejabat penasihat ekonomi Selangor.

PRU: Najib dicadang Hadiah Nobel jika....

PRU: Najib dicadang Hadiah Nobel jika....

Buruknya rekod alam sekitar Terengganu

Buruknya rekod alam sekitar Terengganu

Najib perlu jelas 44 isu

Najib perlu jelas 44 isu

Amaran tsunami: Penduduk Aceh diarahkan berpindah

Amaran tsunami: Penduduk Aceh diarahkan berpindah

Gempa bumi 8.7 di Aceh, CNN ramal tsunami

Gempa bumi 8.7 di Aceh, CNN ramal tsunami

Barang Hamidah sedang beredar

Barang Hamidah sedang beredar

Ku Li nyata sokongan perhimpunan Bersih 3.0

Ku Li nyata sokongan perhimpunan Bersih 3.0

Retorik Bersih 2.0 akan berulang

Retorik Bersih 2.0 akan berulang