Rabu, 16 November 2011

Sabarnya PAS pelihara jodoh dengan DAP, PKR
ULASAN Sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula perkahwinan politik. Selain kebijaksanaan berstrategi, usaha memelihara keharmonian jodoh politik perlukan kesabaran tahap paling tinggi.
Ini kerana syak wasangka dan kecurigaan adalah asam garam politik. Justeru hayat hubungan akhirnya ditentukan oleh keikhlasan parti-parti yang mahu menjalin kerjasama untuk berkuasa.
pakatan leaders parliament pc 220609 0Dalam hubungan ini satu perkara yang harus dipuji ialah tahap kesabaran yang ditunjukkan oleh pemimpin-pemimpin PAS. Demi menjamin kelangsungan dan mempertahankan jodoh politik dengan DAP, kesabaran PAS memang amat luar biasa tingginya.
Sejak pertalian keluarga politik mula terjalin menjelang Mac 2008, PAS memang mempamerkan sifat sabar dan tolak ansur atau tasamuh yang luar biasa.
PAS sanggup menggugurkan slogan perjuangannya demi menumbangkan musuh lebih besarnya – Umno dan BN.
PAS cukup taat pada prinsip setiakawan dalam pergaulan politik ini.
Jika memufarakahkan konsep menubuhkan negara Islam boleh membantu Pakatan Rakyat menjangkau hasrat menawan Putrajaya, PAS sanggup berbuat demikian.
NONEWalaupun kekok pada peringkat awalnya, namun pemimpin-pemimpin PAS bijak menguruskan emosi dan semangat perjuangan Islam pengikut-pengikutnya supaya akur bahawa tindakan itu adalah satu ikhtiar untuk mencapai cita-cita lebih besar.
Bersilang tangan
Maka PAS pun bersilang tangan dengan PKR yang dipimpin oleh Anwar Ibrahim untuk belajar  kaedah hidup dengan sebuah pergerakan politik yang jelas tiada ruang pemikiran agama dalam perjuangannya.
Buat masa itu, PAS lebih cenderung dan  bersedia mencari titik persamaan dengan DAP dan mengenepikan soal perbezaan. Ini dilakukan atas nama memperjuangkan hak asasi manusia.
NONEMaka fokus PAS ialah untuk turut bersama PKR dan DAP membentangkan bukti dan dalil betapa mungkarnya amalan politik BN terutama yang dipamerkan Umno. Pendekatan “PAS for all” atau PASUntuk Semua diterima dengan penuh takzim oleh rakyat bukan Melayu dan juga pengundi bukan Islam.
Maka terserlahlah keakraban PAS dengan DAP yang suatu masa lalu tidak boleh berlaga angin sama sekali.
Yang jadi perhatian ialah 'amalan rasuah’ kebobrokan nilai politik Umno dan BN; salah guna kuasa parti pemerintah serta perangai pilih kasihnya. Gegak gempita sambutan rakyat.
abdullah badawi leaving palaceJika tidak kerana Tun Abdullah Badawi agak terburu-buru membubarkan parlimen untuk mengadakan pilihanraya umum ke-12 pada Mac 2008, mungkin keakraban PAS, DAP dan PKR akan lebih mesra dan berkesan lagi. Dan, sambutan rakyat yang diterima oleh ketiga-tiga parti yang baru menjalin hubungan kerjasama politik itu mungkin akan lebih besar lagi.
Terlalu yakin
Namun sikap terlalu yakin Abdullah, pemimpin Umno-BN ketika itu yang membidik sejarah gemilangnya pada pililhanraya 2004 hingga dapat menggerhanakan pencapaian Tun Dr Mahathir Mohamad, akan berulang, secara langsung atau tidak, menggencatkan laba besar yang mungkin diraih oleh ketiga-tiga parti itu.
PAS dan rakan-rakan Pakatan mungkin boleh mengatur strategi yang lebih ampuh dan menawan Putrajaya.
azlanBagaimanapun Pakatan masih mampu menafikan Umno-BN majoriti  dua pertiga; buat pertama kalinya dalam sejarah politik Malaysia. PAS amat menghargai pencapaian itu. Sekaligus ia menghunjamkan keyakinan yang makin menebal bahawa pencapaian lebih gemilang boleh ditempa dalam PRU ke-13 melalui Pakatan!
Malangnya, langit tidak selalu cerah bagi Pakatan yang PAS anggotai. Mutawif politik Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan PKR pun diuji dan diuja dengan pelbagai cara.
Anwar diserang dari pelbagai sudut. Dari soal kelemahan peribadi  hingga kelemahan pengurusan serta kepemimpinan, beliau diasak oleh lawan Pakatan demi mencacatkan wibawanya.
NONEPAS hanya mampu melihat dari jauh. Setiakawan mendorongnya untuk enggan melayan sebarang terjahan Umno-BN terhadap Anwar dan PKR. PAS mencelah sesekali apabila pandangan dan firasatnya disapa. Ia cuma boleh menasihatkan Anwar supaya cekal dan tekal dalam perjuangan.
Adalah jelas PAS yakin pada platform politik Pakatan. Ia tidak mahu ada sebarang unsur melemah apatah lagi menghancurkannya. Ini kerana PAS memang mempunyai banyak pengalaman dalam soal jodoh politik.
Tulang rusuk Umno
Dulu PAS ibarat tulang rusuk Umno. Namun atas nama prinsip perjuangan, PAS meloloskan diri dari jasad politik yang kurang Islami. Sebilangan besar pemikir dan pemimpin Umno yang berjiwa Islam keluar parti dan menubuhkan PAS.
Kemudian peristiwa malang menimpa negara. Dirasuk faham assabiyah dan perkauman, tercetus peristiwa berdarah 13 Mei 1969.
may 13 generic may13 riot racial race communal 190507Ada pihak yang terlalu ghairah hampir berjaya menumbangkan Umno dan Parti Perikatan tidak dapat mengawal perasaan dalam menyambut kemenangan besar pilihanraya umum 1969. Ini menyinggung perasaan orang Melayu-Islam khususnya.
PAS rasa terpanggil untuk mententeramkan keadaan dan menyelamatkan umat Melayu-Islam. PAS bersetuju menyertai BN yang digagaskan oleh Tun Abdul Razak Hussein. Maka pulihlah semangat politik orang Melayu seketika.
Namun jodoh PAS bersama BN tidak panjang. Oleh kerana kurang sabar dan ingin terus berpegang pada prinsip perjuangan politik Islam, PAS meninggalkan BN pada 1978.
Kesabaran PAS ada hadnya.
Satu dekad kemudian pegangan PAS pada konsep perpaduan Melayu-Islam untuk menumbang dan sekaligus membunuh kebobrokan dan kemungkaran Umno dan BN membuat PAS bersedia bekerjasama dengan serpihan Umno – Semangat 46 dan menobatkan Gagasan Rakyat.
tengku razaleigh ku li umno 190309Jodoh politik ini juga tidak panjang. Sekali lagi ia soal prinsip. Maka PAS meninggalkan gagasan politik pimpinan Tengku Razaleigh Hamzah. Namun PAS sempat meraih dividen dalam perkahwinan politik dengan Semangat 46. Ia berjaya menakluki Kelantan pada 1990 dan memerintah hingga kini.
Pemecatan Anwar
Satu dekad berselang. Anwar ditendang keluar Umno; dilemparkan pelbagai fitnah. PAS menunjuk simpati. Pertunangan politik longgar dijalin dengan gerakan reformasi yang didorong oleh pemecatan dan penghinaan terhadap Anwar.
Rakyat, khususnya pengundi Melayu-Islam menggandakan sokongan kepada PAS. Pada pilihanraya 1999 PAS menawan Terengganu dan hampir membolot Kedah.
azlanMenurut pengalaman PAS, perkahwinan politik memang ada untungnya. Maka menjelang pilihanraya ke-12 pada 2008, PAS sanggup menjalin satu lagi ikatan politik yang romantis. Kali ini diuja dengan kepemimpinan Anwar secara langsung, PAS setuju dijodohkan dengan sebuah entiti bukan Islam – DAP.
Natijahnya PAS turut melakar sejarah menafikan Umno-BN meluluskan undang-undang seenak rasanya sahaja.
Namun selepas tiga tahun bermain mata dengan DAP,  kini perkongsian politik PAS dengan Pakatan diuji lagi. Kali ini bukan sangat dari Umno-BN. Sebaliknya yang sering mengacu-acu cabaran ialah jodoh politik bukan Islamnya, DAP!
PAS terus dicabar
Sabtu lalu, DAP mencabar PAS  lagi. Menurut pengerusinya, Karpal Singh jika PAS tidak berhenti melaungkan keinginan melaksanakan hukum hudud, Pakatan akan kehilangan sokongan dalam PRU ke-13 kelak.
hududBagi DAP, PAS silap masa dan tidak wajar menimbulkan soal hudud. DAP seolah menyindir PAS tidak faham politik pelbagai kaum dan agama. Maka, PAS harus berubah atau mengubah pendirian.
Bagaimanapun hingga hari ini PAS masih bersabar. Mungkin ini kerana sudah terlalu kerap jodoh politiknya gagal membawa PAS mengecapi kejayaan memerintah atau berkongsi kuasa untuk memerintah Malaysia.
Mungkin PAS tidak mahu jodohnya dengan DAP dan PKR kali ini gagal pula sebelum ia memasuki gerbang kuasa di Putrajaya.
PAS memang banyak bersabar. Sebab itu perjuangannya sentiasa ceria. Pemimpin PAS selalu mengingatkan ahlinya – PAS tidak takut kalah.
Setiap kali kalah dan pilihanraya selesai, PAS akan menumbangkan lembu dan berkenduri untuk melancarkan kempen pilihanraya yang akan datang. Yang penting prinsip – kepimpinan ulama dan negara Islam.
NONENamun anehnya kali ini, PAS seolah-olah tidak mahu berkenduri berseorangan. Pemimpin-pemimpinnya seperti masih terus berimbang kuasa dengan DAP jodoh yang bukan Islam dan PKR yang sekerat Islam. PAS masih mahu jadi parti “PAS for All”.
Mungkin gamitan Putrajaya terlalu menguja sehingga soal dakwah terhadap pasangan politiknya – DAP dan PKR –diletakkan sebagai keutamaan kedua.
Mungkinkah Datuk Seri Hadi Awang dan rakan-rakannya berfikir, selepas berkuasa, barulah strategi dakwah untuk Karpal, Lim Kit Siang dan Surendran boleh disusun?

ULASAN ini adalah pendapat peribadi penulis/penyumbang dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.

Zainal Salleh adalah bekas penjawat awam dan aktif dengan aktiviti kebudayaan dan kesenian. Beliau sekarang menjadi seorang penulis 

























Perogol, peliwat kena pancung | :: cina islam | 2011 ::

Perogol, peliwat kena pancung | :: cina islam | 2011 ::

Kembalikan Cikgu Maarof ke sekolah asal

Kembalikan Cikgu Maarof ke sekolah asal

Boleh guna dakwat kekal

Boleh guna dakwat kekal

Ibnu Hasyim: Tanpa UMNO, Mel/Islam Hilang Naungan? -Tuan Ibrah...

Ibnu Hasyim: Tanpa UMNO, Mel/Islam Hilang Naungan? -Tuan Ibrah...: KL 15 Nov 11: 'Tanpa UMNO, Rakyat Melayu-Islam hilang tempat bernaung? Inilah slogan propaganda yang menakut-nakutkan orang Melayu sup...

Ibnu Hasyim: M'sia Masih Tidak Aman Dg Along, Sampai Bila?

Ibnu Hasyim: M'sia Masih Tidak Aman Dg Along, Sampai Bila?: HO (kanan) dan Michael menunjukkan gambar Keng Hong kepada pemberita pada sidang media di Kuala Lumpur baru-baru ini. KL 16 Sept 11...

Ibnu Hasyim: Peniaga Kreatif, Jual Barang Pelik Di Musim Banjir...

Ibnu Hasyim: Peniaga Kreatif, Jual Barang Pelik Di Musim Banjir...: JOM KREATIF DUA remaja menjual but dan seluar kalis air di Bangkok pada 2 November lalu Peralatan pelik musim banjir laris di Bangkok BANGKO...

Ibnu Hasyim: Berbunuhan Rebut Tumbuhan Kuatkan Seks

Ibnu Hasyim: Berbunuhan Rebut Tumbuhan Kuatkan Seks: GAMBAR menunjukkan tiga tumbuhan Yarshagumba di Kathmandu, Nepal. Dipenjara kerana bunuh petani semasa rebut Viagra Himalaya ...