Sabtu, 21 Disember 2013

Makmal kos sara hidup langkah terbalik Najib

Ekoran rungutan berterusan orangramai mengenai kos sara hidup yang kian meningkat berikutan berlakunya siri kenaikan harga barang dan perkhidmatan, Najib Razak semalam mengumumkan penubuhan Makmal Mengenai Kos Sara Hidup di bawah Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan atau Pemandu bagi mengkaji dan merangka langkah-langkah susulan menangani masalah itu.

Menulis di laman sosial Facebooknya, Perdana Menteri berkata, beliau sentiasa mendengar keluh-kesah rakyat berkenaan kenaikan kos sara hidup dan sedang mencari formula sesuai untuk menjaga kebajikan dan kesejahteraan rakyat.

Disebabkan itu, katanya, kerajaan bersetuju menubuhkan makmal tersebut yang diletakkan di bawah Pemandu.

Respons Najib ini adalah jelas untuk menunjukkan beliau tetap seorang pemimpin yang prihatin kepada kesejahteraan rakyat berikutan pelbagai kenaikan yang berlaku sejak selepas PRU13 lalu lebih memperlihatkan beliau seolah-olah bukan lagi Perdana Menteri yang mendahulukan rakyat serta tidak mempedulikan rungutan yang kian meningkat.

Najib dilihat memilih cara mudah untuk menambah pendapatan negara iaitu dengan cuba mengambil lebih banyak wang daripada poket rakyat melalui kenaikan cukai dan menghapuskan subsidi serta dalam masa yang diminta berkorban dan berjimat-cermat.

Namun yang menjadi persoalan ialah kenapa baru sekarang beliau tergerak hati mahu menubuhkan makmal mengenai kos sara hidup itu. Apakah sebelum menaikkan harga barang, beliau tidak pernah memikirkan kos sara hidup rakyat? Makmal ini sepatutnya ditubuhkan sebelum sebarang kenaikan dilakukan dan bukannya selepas banyak kenaikan dilakukan.

Benarlah kata orang, kehidupan sebagai anak bangsawan menyebabkan beliau tidak dapat memahami derita rakyat miskin. Kehidupan serba mewah sejak lahir menyebabkannya tidak pernah merasai denyut nadi rakyat bawahan dan pemahamannya mengenai kemiskinan hanyalah sekadar memandang melalui jendela dari sebuah rumah banglo.

Dengan menubuhkan makmal hanya setelah melakukan pelbagai kenaikan dan meletakkan rakyat dalam kehidupan hampir "nyawa-nyawa ikan", menunjukkan Najib seorang yang tidak memandang ke hadapan, tiada perancangan konkrit dalam mengurus negara dan menjaga kebajikan rakyat. Semua urusan negara seolah-olah dilakukan berdasarkan pendekatan "ad-hoc" dan konsep "trial and error" saja.

Apa yang berlaku sekarang memperlihatkan Najib sedang mengamalkan pendekatan terbalik dalam mengurus negara dan kerajaan iaitu dengan melakukan sesuatu terlebih dahulu, kemudian barulah membuat kajian sedangkan sepatutnya kajian dan fikiran mendalam dilakukan terlebih dahulu sebelum sesuatu keputusan mahu dibuat.

Sekiranya makmal ini ditubuhkan sebelum pelbagai kenaikan dilakukan, Najib pasti mendapat lebih maklumat mengenai kesan kenaikan harga barang dan perkhidmatan kepada kehidupan rakyat dan tidak menjadikan dirinya pemungkir janji paling zalim di mata rakyat.

Selain itu, dengan meletakkan makmal ini di bawah Pemandu, persoalan yang timbul ialah apa sudah jadi dengan jentera kerajaan sedia ada? Apakah Najib tidak mempercayai lagi pelbagai jentera dan agensi kerajaan untuk melakukan kajian yang melibatkan kehidupan rakyat ini?

Untuk mendapat maklumat mengenai kos sara hidup ini, Najib juga boleh mendapatkannya melalui UMNO dan parti-parti komponen BN yang rangkaiannya lebih menyeluruh dan mempunyai cawangan di serata tempat. Pemimpin peringkat cawangan, bahagian, penghulu dan ketua kampung sebenarnya boleh mendapatkan maklumat dan kajian lebih tepat mengenai kos sara hidup ini kerana mereka lebih bergaul dengan pelbagai jenis kelompok rakyat.

Kenapa Pemandu juga yang dipilih oleh Najib sedangkan untuk mendapatkan maklumat mengenai kenaikan kos sara hidup bukanlah suatu kerja yang susah sangat?

Dengan menyerahkan kepada Pemandu untuk menjalankan makmal ini, persoalan yang timbul juga ialah berapa juta lagi kos yang mahu dikeluarkan oleh kerajaan mengenainya. Sudah tentu Pemandu tidak punya kakitangan dan dan upaya untuk melakukan kajian ini, sebaliknya akan menyerahkannya kepada perunding luar untuk melakukan kajian bagi pihaknya.

Jika sebelum ini Parlimen sudah diberitahu bahawa sepanjang lima tahun Najib menjadi Perdana Menteri, beliau sudah membelanjakan RM7.2 bilion untuk mengupah perunding atau konsultan luar bagi melakukan pelbagai tugas sehingga mereka ini layak digelar con-sultan atau con-setan, dengan adanya makmal mengenai kos sara hidup ini tentunya sekali lagi duit rakyat akan dirobek bagi tujan itu.

Mungkin puluhan juta terpaksa dibelanjakan bagi mengupah perunding luar ini sedngkan hasil kajiannya belum pasti membuahkan sesuatu yang menggembirakan kepada rakyat.

Persoalan lain yang timbul ialah berapa lamakah makmal ini diberikan masa untuk menjalan tugasnya. Jika contohnya enam bulan baru hasil kajian itu dapat diperolehi, apakah sepanjang tempoh enam bulan itu rakyat hanya dibiarkan saja menanggung beban derita kehidupan mereka?

Isu kenaikan kos sara hidup adalah isu kritikal ketika ini. Majoriti rakyat terbeban kehidupannya. Najib seharusnya mengambil langkah lebih pantas untuk menanganinya. Sekarang bukanlah lagi masa untuk beretorik dan melakukan kejian dengan menubuhkan makmal atau seumpamanya. Sekarang adalah masa untuk beliau bertindak segera.

Menubuhkan makmal kajian yang akan memakan masa beberapa bulan, hanyalah bertujuan melengahkan masa untuk bertindak dalam membantu rakyat. Ingatlah bahawa rakyat sudah lama terbeban kehidupannya dan kajian demi kajian tidak akan merubah apa-apa.

Mengaku mendengar keluh-kesah rakyat saja tidak lagi memadai. Mendengar mesti disusuli dengan tindakan yang segera dan pantas. Di ketika ini, Najib mesti berfikir seperti seorang doktor untuk mengubati penyakit dan bukannya seperti seorang peguam yang suka melengah-lengahkan masa. - http://shahbudindotcom.blogspot.com/

Tahniah Reezal, anda tidak mudah lupa seperti Najib

Melayu mudah lupa, ini ungkapan bekas Perdana Menteri kerajaan BN Tun Mahathir satu ketika dahulu sewaktu masih memegang jawatan PM. Ungkapan ini dihambur beliau melalui sajaknya diakhir ucapan di Perhimpunan Agung UMNO pada tahun 2001.

Beliau menggambarkan kekecewaan kerana orang-orang Melayu mula tidak memberi undi kepada BN dalam pilihanraya umum selepas gerakan reformasi Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Namun, Mahathir sendiri buat-buat lupa kenapa rakyat khususnya orang Melayu ramai meninggalkan BN sewaktu senja pemerintahanya. Inilah sikap pelupa BN. Mereka lupa, tetapi menuduh orang lain lupa kepadanya.

Sikap ini terus diwarisi oleh BN turun temurun sehingga sekarang. BN di bawah pimpinan Datuk Seri Najib suami kepada Kak Rosmah yang terkenal itu telah mula lupa AKUJANJI yang dibuatnya dalam Pilihanraya Umum ke-13 yang lalu. Tidak sampai 8 bulan BN mengeluarkan janji, sekarang janji tinggal janji.

Apakah Akujanji BN? BN melalui manifesto PRU13 di bawah tajuk Pembangunan Infrastruktur Bertaraf Dunia dan Pembangunan Luar Bandar, akan mengurangkan tol antara bandar secara berperingkat.

Anda boleh rujuk muka depan Sinar Harian edisi Kelantan bertarikh 19 Disember 2013 diutarakan oleh ahli parlimen BN sendiri iaitu Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican. Nampaknya Reezal cuba mengingatkan Najib supaya jangan lupa janji itu.

Namun, Najib dalam kenyataan terbarunya mengatakan harga tol tetap akan dinaikkan dengan alasan kerana sebahagian perjanjian dengan syarikat konsesi. Inilah sikap pelupa BN.

PRU13 baru sahaja berlalu, dan janji BN bagaikan masih terngiang di telinga tetapi mereka tidak malu.

Kalaulah boleh diibaratkan sepasang kekasih yang berjanji sehidup semati dan telah berkahwin, tiba-tiba tak sampai 8 bulan pasangan dah buat onar, sudah tentu mereka tidak ikhlas dengan janji-janjinya. Janji yang ditabur adalah palsu sekadar ingin mendapatkan hajat diri.

Begitulah dengan sikap pelupa BN yang mudah menaburkan janji-janji palsu semata-mata untuk menang dalam pilihanraya.

Adakah betul kerajaan tidak boleh menyekat kenaikan kadar tol disebabkan kenaikan merupakan sebahagian perjanjian dengan syarikat konsesi?

Sebenarnya kerajaan BN itu sendiri yang lemah kerana membuat perjanjian yang berat sebelah. Akibatnya, beban ini ingin dihumban ke bahu rakyat.

Siapakah pula pemilik syarikat konsesi tol?

Tiga pemegang konsesi lebuhraya terbesar iaitu Projek Lebuhraya Selatan (PLUS), Prolintas dan Gamuda dimiliki oleh syarikat milik kerajaan GLC. PLUS dikuasai oleh Khazanah dan KWSP manakala Prolintas anak syarikat Permodalan Nasional Berhad (PNB). Tidakkah kerajaan boleh mengelakkan kenaikan kadar tol melalui GLC yang dikuasainya?

Kerajaan boleh merombak dan mengkaji semula perjanjian itu. Kalaulah AES milik swasta kerajaan boleh mengambil alih, inikan pula syarikat yang sudah dimilikinya.

Rakyat seluruhnya wajib bangkit membantah kenaikan harga tol ini kerana ia merupakan pakej lengkap kepada kenaikan-kenaikan yang telah diumumkan oleh PM bermula dengan kenaikan minyak, caj elektrik, diikuti dengan harga tol, kos pengangkutan dan banyak lagi yang akhirnya menyebabkan kenaikan harga barang-barang keperluan.

Bagi masyarakat bandar, bayaran tol yang sedia ada sudah banyak membebankan mereka. Bayangkan mereka perlu berhabis duit tidak kurang RM15 sehari untuk bayaran tol sahaja tak termasuk kos petrol untuk ke tempat kerja. Dengan kenaikan ini, saya kira amat-amat membebankan mereka dan kita akan tempias sama.

Apapun Tahniah kepada Reezal kerana beliau tidak mudah lupa seperti Najib dan pemimpin-pemimpin lain dalam BN.
Penulis ialah Ketua Unit Media Baru, Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan.

GST zalim, bercanggah dengan konsep keadilan Islam

Anwar, Tuan Guru Abdul Hadi dan Kit Siang pada Majlis Pelancaran Kempen Faham GST, Tolak GST di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, malam tadi. (Foto: Mohd Nasir Sudin)
KUALA LUMPUR: Cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang akan dilaksanakan pada April 2015 jelas bersifat zalim dan tidak adil menurut konsep Islam.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, GST ternyata bercanggah dengan konsep adil dalam Islam kerana mengenakan cukai kepada semua orang tanpa mengira kaya atau miskin.

"Perlu difahami konsep adil mengikut Islam (adalah) bukan semua orang kena. Konsep adil mengikut Islam (adalah) mereka yang mampu mengikut kemampuan masing-masing.

"GST ini, yang beli gula satu lori, yang beli gula satu kilogram, semua kena bayar cukai. Ini satu konsep yang salah," kata beliau sewaktu berucap di majlis pelancaran Kempen Faham GST, Tolak GST di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, malam tadi.

Beliau juga menegaskan, kerajaan juga wajib menetapkan harga yang tidak membebankan rakyat jika berlaku cukai yang melibatkan kenaikan harga barang keperluan asas yang diguna oleh semua golongan masyarakat.

"Sekiranya berlaku cukai yang menyebabkan kenaikan barangan keperluan orang ramai, maka kerajaan diwajibkan menetapkan harga yang tidak membebankan rakyat yakni barang-barang keperluan mereka.

"Barang-barang keperluan rukun hidup, makanan harian mesti dikawal, pengangkutan ke sana ke mari mesti dikawal, elektrik yang digunakan semua orang mesti dikawal.

"Bukan barang rukun hidup ini diambil peluang untuk dinaikkan cukainya atas nama adil untuk semua. Ini satu konsep yang zalim mengikut Islam," kata beliau di hadapan kira-kira 500 orang yang hadir.

Ahli Parlimen Marang itu juga berkata, sistem percukaian dalam sesebuah negara boleh dihapuskan apabila sumber negara sudah cukup untuk menampung kehidupan rakyatnya.

"Percukaian dalam Islam yang dikenakan termasuk kepada orang bukan Islam, sekiranya sumber negara sudah cukup maka beberapa cukai dihapuskan.

"Di sinilah Pakatan Rakyat pernah mencadangkan tol dihapuskan. Ini boleh buat.

"Tol dibayar kerana membayar kos pembinaan lebuh raya. Sudah tentu dalam masa puluhan tahun sudah cukup bayarannya.

"Mengapa dinaikkan lagi? Bukan nak bayar kos lebuh raya tapi nak bayar pada kerajaan yang tidak mampu mengendalikan kewangan," tegasnya.

Justeru tegasnya, Pakatan Rakyat meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengadakan sidang khas tergempar Parlimen bagi membincangkan masalah-masalah yang berkait dengan rakyat.

"Malangnya sepatutnya keputusan yang dibuat kerajaan mesti melalui rakyat, melalui wakil-wakil yang dipilih. 51 peratus rakyat memilih Pakatan Rakyat (tetapi) tidak boleh mengalahkan 47 peratus yang menjadi kerajaan.

"Kita melihat demokrasi di negara barat yang sungguh-sungguh mendukung demokrasi. Ahli-ahli prlimen kerajaan boleh bangkang kalau kerajaan buat tidak betul. Apa yang berlaku semua ahli parlimen BN mesti menyokong apa yang dibuat oleh sesiapa sahaja kerajaan dia.

"Atas dasar nak memulihkan demokrasi inilah mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat malam ini meminta Perdana Menteri mengadakan sidang khas parlimen untuk membahaskan masalah-masalah yang berkait dengan rakyat tanpa mengira kerajaan dan pembangkang. Biar ahli-ahli parlimen bebas memberi pandangan mereka. Yang betul kita sokong, yang salah mesti dilawan," katanya.

Turut berucap malam tadi ialah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr. Dzulkefly Ahmad serta wakil-wakil NGO dan aktivis yang menentang pelaksanaan GST.

Semua yang hadir juga sebulat suara untuk menyertai Himpunan Amarah Rakyat di Dataran Merdeka pada 31 Disember ini bagi menyambut tahun baru 2014 yang disifatkan sebagai tahun kesengsaraan rakyat.

Inilah kerja pemimpin Melayu, negara kita

KUALA LUMPUR: Janganlah kita terus menyokong kepimpinan UMNO membabi buta hanya semata mata pemimpinnya sebangsa dengan kita, tulis Ahli Parlimen Raub, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz.

Menurutnya, orang Umno sendiri janganlah taksub memikirkan bahawa hanya DS Najib sahaja yang boleh memimpin parti mereka, atau Muhyidin sahaja yang layak, atau Hishammuddin sahaja atau mana pemimpin yang jadi pak turut sahaja yang boleh memimpin negara.

“Jika pemimpin ini ditukar yang menggantinya tetap juga Melayu. Janganlah orang Melayu memikirkan bahawa Melayu dari perdu ini sahaja yang boleh memerintah dan mentadbir negara dengan lebih baik,” tulis beliau di dalam blognya Sakmongkol Ak47 sebagaimana di bawah.

Hari hari pemimpin UMNO pekik sana dan sini, merekalah pejuang Melayu. PM pun sendiri tidak jemu2 menyebut bahawa dia dengar keluhan rakyat. Kepada pengakuan demikian, kita bolehlah menjawab, orang lain pun mendengar jugak. Soalnya, PM dengar apa dia hendak buat?

Isiu pokok negara kita hari ini ialah kepimpinan. Saya tidak tahu apa lagi yang kita mahu cakapkan - PM yang kita ada ini jadi MP sejak tahun 1976 lagi. Dah jadi timbalan menteri, menteri, duduk di bawah 3 PM, jadi TPM dan akhirnya jadi PM masih tidak membentuk jatidiri kepimpinan yang tersendiri dan kebijaksanaan seorang negarawan. Inilah PM Malaysia yang menyandarkan semua keputusan kepada rumusan consultants. Sejak tahun 2009, kerajaannya belanja RM7.2 billion untuk khidmat pakar runding. Tidak juga ekonomi Malaysia jadi lebih baik.

Kerajaan pimpinan DS Najib menjahanamkan masa depan negara. Habislah harta negara ini dijual. Dan pajakan kerajaan dijadikan cagaran pinjaman. Ini yang disebut oleh YB Rafizi Ramli yang memetik Laporan Bank Dunia: Malaysia Economic Monitor, December 2013 ms 10. Lapuran itu menyebut di bawah kepala tajuk:-
Fiscal and monetary policies still accommodative but shifting to neutral
The Federal government moves more decisively towards fiscal consolidation

15. The government is expected to meet its headline deficit target for 2013 as additional non-tax collections offset higher expenditures on subsidies
.
Despite estimated operating (current) expenditures exceeding their budgeted 2013 allocations by RM 14.3billion (7.1percent) and slightly worse GDP growth compared to the previous year’s forecast, the government reaffirmed its headline deficit target for 2013 (4.0 percent of GDP vs. 4.5 percent in 2012).

This target will be achieved through additional tax revenues(Figure 13). Of the additional RM11.8billion in revenues expected to be raised compared to budgeted estimates, RM7.4billion originated from non-tax sources, including M1.4 billion of proceeds from asset sales and RM4.2 billion from the securitization of government mortgages. Moreover, the government has also continued to underspend on development expenditure.

Harta apakah yang dijual bernilai RM1.4 billion itu? Dan apa mortgages kerajaan yang digadai bernilai RM4.2 billion? RM5.6 billion daripada hasil bukan- cukai RM7.4 billion adalah 2 perkara ini.
Jadi ini rupanya kerja kau orang ya - belakang rakyat, harta kepunyaan negara dijual dan pajakan kepada kerajaan dijadikan gadaian. Depan orang bukan main lagi bersyarah mengenai kepimpinan yang terbaik untuk bangsa Melayu.

Inilah kerajaan yang cakap besar mengenai menepati janji dan belanja berhemah yakni belanja mengikut kemampuan. Mak bapak kita dahulu kalau takde duit jual itik ayam, kerbau lembu dan gadai tanah dan harta benda lain pada chettiar.

Setelah 56 tahun merdeka, kerajaan UMNO pun buat perkara yang lebih kurang sama-menandakan betapa merudum sekali kualiti kepimpinan negara ini.  This is a country with mediocre leadership.

Harta benda rakyat ini dijual kepada negara asing atau kepada rakyat sendiri? Perbuatan ini adakah sah di sisi undang2 atau tidak? Constitutional atau tidak? Penjualan aset negara tidak boleh dilakukan oleh kerajaan DS Najib tanpa melanggar undang2 dan kebenaran mesti diperolehi dari parlimen. Penjualan aset tidak pernah dibentangkan dalam parlimen. Jika demikian, kerajaan telah menyembunyikan penjualan aset negara.

Rupa2 nya kerajaan yang tidak berkualiti kepimpinannya ini dalam senyap2 telah menjual dan bergadai untuk menutup lubang defisit yang mereka sendiri ujudkan.

Bagaimana kita mahu meletakkan masa depan negara dalam tangan kepimpinan mediocre ini? Ini bukan soal cina nak ambil kuasa Melayu, Melayu hilang kuasa atau tidak, raja2 Melayu dinyahkan, atau isiu agama Islam Melayu diancam. Ini ialah isu kepimpinan negara - noktah.

Janganlah kita terus menyokong kepimpinan UMNO membabi buta hanya semata mata pemimpinnya sebangsa dengan kita. Orang UMNO sendiri janganlah taksub memikirkan bahawa hanya DS Najib sahaja yang boleh memimpin parti mereka, atau Muhyiddin sahaja yang layak, atau Hishammuddin sahaja atau mana pemimpin yang jadi pak turut sahaja yang boleh memimpin negara. Jika pemimpn ini ditukar yang mengganti nya tetap juga Melayu. Janganlah orang Melayu memikirkan bahawa Melayu dari perdu ini sahaja yang boleh memerintah dan mentadbir negara dengan lebih baik.