Jumaat, 14 September 2012

Projektor mutlimedia Canon

Projektor mutlimedia Canon

Kertas Peperiksaan Percubaan SPM Bocor Di Facebook | :: cina islam | 2012 ::

Kertas Peperiksaan Percubaan SPM Bocor Di Facebook | :: cina islam | 2012 ::

Pilihan raya berasingan: SPR cari alasan bantah | :: cina islam | 2012 ::

Pilihan raya berasingan: SPR cari alasan bantah | :: cina islam | 2012 ::

Pramugari Mesir Mulai Berjilbab | :: cina islam | 2012 ::

Pramugari Mesir Mulai Berjilbab | :: cina islam | 2012 ::

Anjing Great Dane tertinggi di dunia | :: cina islam | 2012 ::

Anjing Great Dane tertinggi di dunia | :: cina islam | 2012 ::

Hukum puasa sunat pada hari Jumaat | :: cina islam | 2012 ::

Hukum puasa sunat pada hari Jumaat | :: cina islam | 2012 ::

Cerita Nik Aziz yang menyentuh jiwa... | :: cina islam | 2012 ::

Cerita Nik Aziz yang menyentuh jiwa... | :: cina islam | 2012 ::

Johor goyah, Umno takut buat pilihan raya | :: cina islam | 2012 ::

Johor goyah, Umno takut buat pilihan raya | :: cina islam | 2012 ::

Johor goyah, Umno takut buat pilihan raya | :: cina islam | 2012 ::

Johor goyah, Umno takut buat pilihan raya | :: cina islam | 2012 ::

Ibnu Hasyim: Hina Nabi: You Tube Tarik Balik Vdeo, Tapi..

Ibnu Hasyim: Hina Nabi: You Tube Tarik Balik Vdeo, Tapi..:  REUTERS: ORANG ramai melarikan diri apabila polis melepaskan tembakan ke udara bagi menyuraikan protes terhadap filem anti-Islam di lua...

Ibnu Hasyim: Kisah 140 Anak Haram Di Johor... K'jaan BN Gagal

Ibnu Hasyim: Kisah 140 Anak Haram Di Johor... K'jaan BN Gagal:   140 bayi luar nikah diselamatkkan. MUAR - Seramai 140 bayi luar nikah di negeri ini berjaya diselamatkan daripada digugur atau d...

Ibnu Hasyim: Jom Lawat Muzium Seni Lipat Kertas Di Tokyo

Ibnu Hasyim: Jom Lawat Muzium Seni Lipat Kertas Di Tokyo: JOM KREATIF MUZIUM Origami Tokyo terletak di sebuah tempat di lantai 3 dalam Narita Tokyo. Kalau anda ke sana  jangan lupa mengunjungin...

Ibnu Hasyim: Tengok Kaki La.. Malu Yang Berkaki..

Ibnu Hasyim: Tengok Kaki La.. Malu Yang Berkaki..: Daripada Abdullah bin Umar, bahawa pada suatu hari Nabi saw. menyebut tentang solat fardu dan baginda bersabda yang bermaksud:  "...

Ibnu Hasyim: Show Minum Keras, N/Baizura Tak Terlibat.Syabas!

Ibnu Hasyim: Show Minum Keras, N/Baizura Tak Terlibat.Syabas!: HALAMAN HIBURAN Jika Mizz Nina dengan bangganya menyatakan sudah 2 kali berkerjasama dalam menjayakan persembahan pentas yang dianjurkan ...

Ibnu Hasyim: Datuk Bandar Termuda di Dunia Kunjungi Indonesia

Ibnu Hasyim: Datuk Bandar Termuda di Dunia Kunjungi Indonesia: Gambar-gambar Bashaer Othman di Indonesia. Jakarta, BASHAER Othman, 16 tahun, Datuk Bandar Allar, Palestin. Semalam dia menerima...

Bubar asing: Pemuda PAS sokong keputusan PR

Bubar asing: Pemuda PAS sokong keputusan PR

Rakyat dirasuk projek mee segera

Rakyat dirasuk projek mee segera

Memahami harga kereta: Jawapan kepada Mukhriz



Mukhriz tak faham pasaran kereta, kata Pakatan
 
 
  • Koh Jun Lin
  • 12:27PM Sep 14 2012
 
Komen Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Mahathir berhubung permit import (AP) kereta menunjukkan beliau tidak tahu menahu berhubung pasaran kereta, kata Pakatan Rakyat.

NONEBertentangan dengan dakwaan Mukhriz, anggota parlimen Petaling Jaya Tony Pua berkata, pelelongan AP kereta tidak akan menjejaskan harga kereta.

Sebaliknya, katanya, ia akan menyalurkan hasil terus kepada simpanan kerajaan dan tidak kepada pemegang konsesi yang menjadi "rakan baik" dengan kementerian yang menjual AP.

"Ini jelas. Saya tidak fikir beliau faham tentang permit AP dan mekanisme pasaran terbuka," kata Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli (kiri) dalam forum di ibu negara malam tadi.

Mukhriz Mahathir semalam menyindir idea pembangkang bahawa pelelongan AP bagi kereta luar negara akan menurunkan harganya.

Sebaliknya, Mukhriz berkata, bidaan AP itu akan menjadikan harga kereta menjadi lebih tinggi.

[Baca berita penuh]




Memahami harga kereta: Jawapan kepada Mukhriz
  • Rafizi Ramli
  • 4:19PM Sep 14 2012
 
ULASAN Saya mengalu-alukan maklum balas Datuk Mukhriz Mahathir berkenaan cadangan #turunkanhargakereta memandangkan beliaulah yang bertanggungjawab menggubal dasar automotif negara.

Beliau juga dijangka akan memenangi persaingan ketua Pemuda Umno yang akan datang, jadi pandangan beliau mengenai isu-isu yang ada kesan besar kepada orang muda bakal memberi gambaran nasib orang muda kelak jika BN menang pilihan raya akan datang.

NONEDalam banyak-banyak kepayahan ekonomi yang dialami orang muda, satu daripada isu paling hangat adalah harga kereta yang terlalu mahal.

Mukhriz (kiri) bertanya satu soalan mudah kepada saya: Bagaimana mungkin harga kereta boleh turun jika permit import kereta (AP) dilelong kepada pembida yang menawarkan harga tertinggi?

Soalan itu begitu mudah hinggakan mula-mula saya mengesyaki beliau ada muslihat politik besar untuk memerangkap saya, bukannya kerana beliau mahu memahami kaedah menurunkan harga kereta yang kami cadangkan.

Bila beliau terus sahaja mengulangi soalan ini dalam sidang media dan di laman Twitter, maka saya mula menyedari bahawa beliau betul-betul tidak faham.

ap aproved permits imported carsOleh itu, saya berlapang dada akan cuba menerangkan kaedahnya kepada seorang timbalan menteri yang bertanggungjawab menggubal dasar automotif negara.

Untuk memahami apa langkah yang wajar diambil untuk menurunkan harga kereta, kita perlu memahami terlebih dahulu apakah komponen-komponen kos yang dibayar oleh rakyat apabila dia membeli sebuah kereta.

Bagi kereta yang dikilang oleh syarikat automotif nasional atau kereta jenama asing yang dipasang di Malaysia, ada dua kos komponen yang dibayar rakyat:

(1) kos kereta (termasuklah keuntungan kepada pengilang/syarikat automotif) dan (2) cukai yang dikenakan kerajaan.

Manipulasi AP

Bawah sistem cukai sekarang, cukai separuh dari harga kereta yang dibayar rakyat - maknanya jika anda membeli kereta pada harga RM50,000, sebanyak RM25,000 daripada harga tersebut bayaran cukai kepada kerajaan.

Kereta yang diimport dari luar negara juga mempunyai struktur kos yang sama, tetapi harganya lebih tinggi kerana ada dua komponen kos tambahan.

Setiap kereta yang diimport dikenakan cukai import 30 peratus dan harga jualan kereta import melonjak gara-gara lesen AP yang diperlukan untuk mengimport.

imported cars 161203Sebelum ini, lesen AP diberikan kepada individu/syarikat tertentu yang rapat dengan pemerintah.

Oleh kerana tekanan dari rakyat yang berterusan, akhirnya sejak tahun 2009 kerajaan BN mula mengutip bayaran RM10,000 bagi setiap AP.

Namun, kos lesen AP telah dimanipulasi dan digunakan untuk mengaut untung berlebihan yang mengakibatkan harga kereta import melambung tinggi.

Untuk memahami perkara ini, saya mengambil contoh pengalaman Tony Pua membeli kereta import.

Beliau membayar hanya RM100,000 untuk mengimport kereta Nissan Juke menggunakan lesen AP yang beliau peroleh sebagai seorang ahli parlimen.

Jumlah RM45,000 adalah harga sebenar kereta dan bayaran penghantaran melalui kapal.

Baki RM55,000 adalah bayaran kepada kerajaan akibat duti eksais pada kadar 85 peratus, cukai jualan 10 peratus dan duti import sebanyak 30 peratus.

Pua bernasib baik kerana beliau hanya perlu membayar RM100,000 untuk kereta itu. Jika beliau membeli kereta yang sama dari pengedar kereta tempatan, harganya ialah RM160,000.

Herotan harga kereta

Beza harga sebanyak RM60,000 adalah kesan sistem AP yang tidak telus hingga menyebabkan harga kereta naik melambung kerana pemegang lesen AP boleh sahaja mengaut keuntungan atas angin berlipat kali ganda.

Bagaimana pun, sebab sebenar yang menyebabkan harga kereta terlalu mahal dan menghambakan rakyat Malaysia dengan cukai kereta adalah cukai melampaui batas yang dikenakan ke atas kereta.

Lagi pun, hanya 10 peratus kereta yang dijual setiap tahun diimport menggunakan AP; bakinya kereta yang dikilang/dipasang di Malaysia yang tidak dipengaruhi sistem AP tetapi terbeban dengan cukai yang tinggi.

NONEJusteru, satu-satunya cara untuk menghapuskan herotan harga kereta dan menghentikan kesengsaraan rakyat ialah dengan membatalkan cukai ini secara berperingkat agar harga kereta Malaysia berpatutan jika dibandingkan dengan harga di negara lain.

Oleh kerana duti eksais dikenakan ke atas semua kereta, sudah tentu pembatalannya akan memberi kesan besar kepada harga semua kereta baik yang dipasang di Malaysia atau diimport.

Untuk memahami perkara ini dengan lebih mudah, kita perlu kembali kepada contoh Pua membeli keretanya.

Jika dia mengimport keretanya selepas dasar pembatalan cukai kereta dilaksanakan, beliau hanya perlu membayar sejumlah RM50,000 untuk kos kereta, penghantaran dan cukai jualan sebanyak 10 peratus.

Maka, beliau boleh menganggar berapa harga tertinggi yang beliau sanggup bayar kepada kerajaan untuk mendapatkan AP membawa masuk kereta itu.

Oleh kerana Nissan Juke sebuah kereta kecil yang tidak memakan minyak yang besar, kami mencadangkan bidaan untuk AP itu bermula pada harga RM10,000 sahaja (berbanding bidaan untuk AP membawa masuk sebuah Lamborghini yang memakan minyak, harga bidaan bermula dari RM30,000).

Sudah tentu Pua akan membuat bidaan dengan mengambil kira kos keseluruhan yang perlu ditanggung dalam membeli keretanya itu.

Memalukan diri sendiri

Jika belia sanggup membayar setakat RM90,000 bagi kereta tersebut, bidaannya bagi mendapatkan AP boleh mencecah RM40,000 memandangkan kos kereta hanyalah RM50,000 apabila cukai sudah dibatalkan.

Inilah bahagian Datuk Mukhriz nampaknya tidak faham hingga beliau mengeluarkan kenyataan yang memalukan diri sendiri dan kementerian.

Melalui sistem bidaan terbuka untuk AP, kerajaan akan mendapat hasil yang meningkat kerana bayaran AP dibuat terus kepada kerajaan, bukannya tersekat di tangan orang tengah.

azlanHasil ini akan digunakan untuk menampung kos menghapuskan cukai kereta yang menyebabkan harga kereta terlalu tinggi di Malaysia.
Apabila cukai kereta dihapuskan, secara automatik harga kereta akan jatuh sekurang-kurangnya 50 peratus walaupun harga AP ditentukan secara bidaan terbuka.

Sekarang pun setiap AP dijual pada harga RM40,000 hingga RM60,000 (sama dengan harga AP bila dibuat secara bidaan terbuka).

Bezanya, sekarang ini hasil dari AP masuk poket orang yang berkepentingan dan menidakkan hak rakyat untuk membeli kereta pada harga yang rendah jika hasil itu digunakan untuk menghapuskan cukai kereta.

Ringkasnya, penurunan cukai kereta akan menghapuskan satu komponen kos paling besar yang menyebabkan harga kereta di Malaysia terlalu tinggi.

Saya harap penerangan ini boleh difahami dengan mudah oleh Mukhriz kerana jika perkara semudah ini pun beliau tidak memahami, apatah lagi perkara-perkara yang lebih rumit yang melibatkan industri dan perdagangan antarabangsa.

NONERAFIZI RAMLI pengarah strategi PKR. Beliau pernah mengaudit berapa syarikat kereta. Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian rasmi Malaysiakini.

Amerika...! Henti hina Nabi kami



Amerika...! Henti hina Nabi kami

Nazri, Faeez, Izwan, Sabri, 14 Sep 2012
KUALA LUMPUR: Seluruh negara hari ini bergema dengan laungan kecaman terhadap kebiadaban seorang penerbit filem berbangsa Yahudi Amerika yang menghina Rsulullah melalui filem terbarunya yang berjudul "Innocence of Muslims".

Filem tersebut telah dihasilkan sepenuhnya oleh Sam Bacile dan trailer filem tersebut juga telah dimuat naik di dalam laman youtube pada 2 Julai 2012 yang lalu sekaligus menimbulkan kemarahan umat Islam seluruh dunia.

Kandungannya telah menghina Baginda Nabi SAW dengan mewatakkan baginda sebagai seorang lelaki yang kejam dan ‘gila perempuan’.

Bukan itu sahaja, bahkan individu yang terlibat dalam menghasilkan video ini turut menghina al-Quran dan para sahabat.

Di Kuala Lumpur dan Selangor, himpunan berlangsung di perkarangan Masjid Amaniah, Batu Caves.

Antara pimpinan PAS yang hadir termasuklah Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat Khairul Faizi Ahmad Kamil, Ketua Penerangan Ustaz Ridhuan Mohamad Nor, Yang Dipertua PAS Gombak Ustaz Salahudin Nasir serta Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Kamaruzaman Mohamad.

Hampir 300 orang turut menyertai himpunan itu sambil menyatakan kecaman terhadap kebiadaban penerbit Amerika itu.

Sambil melaungkan "hancur Amerika", "Hidup Islam" mereka juga membawa sepanduk bertulis "Kami sanggup mati keranamu ya Rasulullah".

Berucap pada himpunan itu, Khairul Faizi berkata, Dewan Pemuda PAS mendesak Presiden Amerika Barack Obama mengambil tindakan tegas terhadap pernerbit filem itu.

"Kalau dia mahu bertindak tegas terhadap penyerang Duta Besar Amerika ke Libya dan tiga pegawai pejabat konsul di Benghazi sehingga maut itu, kita juga dia bertindak sama kepada penerbit filem ini," katanya.

Ridhuan dalam ucapannya pula memberi amaran kepada mana-mana pihak yang menghina Rasullah agar menghentikan segera perbuatan itu.

"Kita memberi amaran bahawa pemuda Islam akan bangkit dengan nyawa dan darah demi mempertahan maruah Nabi Muhammad SAW," katanya.

Beliau turut mengumumkankan satu himpunan besar-besaran akan diadakan di Kedutaan Amerika pada Jumaat, 21 September ini.

Amaran sama turut dinyatakan Kamaruzaman yang mahu Amerika menarik balik serta merta filem tersebut.

Ustaz Salahudin Nasir dalam ucapannya pula mendakwa, tindakan penerbitan filem ini adalah usaha menjatuhkan Islam di saat Islam sedang bangkit di seluruh dunia.

Di Ipoh Perak, ratusan umat Islam berkumpul di Masjid Negeri Ipoh selepas Solat Jumaat diketuai oleh Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss.

Turut hadir bagi menyatakan bantahan terhadap penghinaan Rasulullah itu ialah pelakon dan selebriti, Abby Abadi.

Raja Ahmad dalam ucapannya menggesa penerbit filem tersebut memohon maaf kepada seluruh umat Islam di seluruh dunia.

“Kami mengutuk sekeras-kerasnya penerbitan filem ini yang membangkitkan kemarahan Umat Islam di seluruh dunia,” katanya.

Beliau juga mempersoalkan dimanakah kelibat badan bukan kerajaan (NGO) seperti Perkasa yang senyap dalam isu ini.

“Dimanakah NGO seperti Perkasa yang beria-ria dalam isu lain seperti politik tetapi dalam isu ini mereka senyap,” ujar beliau lagi.

Dalam nada yang sama, Abby Abby melahirkan kekesalan terhadap penerbitan filem tersebut yang disifatnya sangat melampau dan keterlaluan.

Katanya, sebagai seorang umat Islam, beliau sedih kerana seluruh umat Islam tidak bersatu untuk menyatakan bantahan kepada penghinaan ini.

“Kita sepatutnya bersatu menentang penghinaan ini dengan mengetepikan perbedeaan ideologi,” katanya dalam nada kesal.

Hadir sama ialah Ketua Penerangan PAS Perak, Ustaz Akmal Kamaruddin; Setiausaha Pemuda PAS Perak, Salman Saleh; Ketua Penerangan Dewan Ulama’ PAS Perak; Ustaz Norazli Musa dan wakil NGO.

Di Kedah, himpunan berlangsung di dua tempat iaitu di Masjid Padang Temusu Sungai Petani dan di Masjid Al-Ihsan Kampung Teoyong Langkawi.

Di Masjid Padang Temusu hampir 300 orang umat Islam menyertainya dari pelbagai peringkat umur dan kaum termasuk warga Bangladesh dan Pakistan.

Bantahan diketuai Timbalan Ketua Pemuda PAS Kedah, Muhammad Sanusi Md Noor yang juga Setiausaha Politik Menteri Besar Kedah.

Antara pimpinan yang hadir sama ialah Setiausaha Pemuda PAS Kedah, Ustaz Mohd Rosli Azmi; Ketua Penerangan Pemuda PAS Kedah, Ustaz Mohd Nasir Zakaria; Yang DiPertua PAS Kawasan Sungai Petani, Abdullah Jusoh dan Timbalan Pengerusi PKR Kedah, Ir Zamri Yusuf.

“Kami sedia berikan nyawa demi mempertahankan Rasulullah SAW!” demikian antara ungkapan jihad para hadirin.

Mohd Nasir yang juga Ahli Parlimen Padang Terap ketika dihubungi berkata, antara desak yang dibuat termasuklah meminta Amerika mengambil langkah segera atau berdepan himpunan besar-besaran 21 Septrmber ini.

"Kita juga mendesak agar kerajaan Malaysia membuat satu tindakan mengecam tindakan tersebut," katanya.

Di Langkawi, Bantahan di masjid Al Ehsan, Temoyong, diketuai Timbalan Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kedah, Ustaz Ahmad Tirmizi, Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Langkawi Ustaz Sazuri Saad serta Ustaz Nasir Awang.

Hampir 200 orang menyertai himpunan itu hari ini dengan membawa pelbagai poster mengecam tindakan biadap penerbit filem itu.

Di Pulau Pinang, kira-kira 1000 orang masyarakat Islam berhimpun di hadapan Masjid Jamek Permatang Janggus, Permatang Pauh.

Demontrasi  aman yang berlangsung 45 minit itu diketuai oleh Pesuruhjaya PAS Negeri, Dato' Ustaz Saleh Man bersama kepimpinan Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang.

Antara yang hadir dan memberikan ucapan bersemangat ialah Setiausaha PAS Negeri, Saudara Mohd Nor Harun, Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri, Norazman Ishak, Setiausaha Dewan Pemuda PAS Negeri, Ustaz Hafnan Hamimi Taib Azamudeen, Yang Dipertua PAS Permatang Pauh, Haji Omar Hasan dan Pengerusi Lajnah Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Negeri, Mohd Radwan Ramli.

Dato' Ustaz Saleh Man ketika ditemui menambah, semua pihak kena peka terhadap isu yang timbul kerana ia melibatkan maruah agama.

Pihak zionis katanya, sering memperdayakan Umat Islam yang lalai  semata-mata untuk memastikan kebangkitan Umat Islam tidak ke mana.

"Kerajaan mesti menunjukan kepekaan yang tinggi kerana ia bukan soal politik sebaliknya maruah agama.  Jangan berpeluk tubuh bila agama dan Nabi yang kita sayangi dihina sebegitu rupa, " jelasnya ketika ditemui.

Sementara itu, Setiausaha Dewan Pemuda PAS Negeri, Ustaz Afnan Hamimi Taib Azmuden pula menyifatkan, tidakan zionis tersebut harus diajar bukan berpeluk tubuh melihat isu yang sengaja dibangkitkan.

Ini bukan kali pertama Israel dan sekutunya melaksanakan program yang boleh meningkatkan kemarahan masyarakat Islam.  Sepatutnya usaha jahat mereke perlu ajar dengan menghentikan terus semua hubungan dagang dengan negara terbabit.

Inilah masa yang paing sesuai untuk Malaysia memperkenalkan produk sendiri dengan menghukum negara yang berani menghina agama Islam, katanya.

[Lanjut menyusul]

Pilihan raya berasingan: SPR cari alasan bantah

Pilihan raya berasingan: SPR cari alasan bantah

Petanda jelas BN sudah nak jatuh, apa dia

Petanda jelas BN sudah nak jatuh, apa dia

Majlis Raya: MCA tak faham akhlak orang Islam

Majlis Raya: MCA tak faham akhlak orang Islam