Jumaat, 14 Disember 2012

Pemimpin Umno rosakkan nama negara di mata dunia, bukan rakyat

Pemimpin Umno rosakkan nama negara di mata dunia, bukan rakyat

http://pemudatitiwangsa.blogspot.com, 14 Dis 2012

Yang rosakkan nama Negara di mata dunia ialah pemimpin Umno, bukan rakyat

Umno seringkali menuduh rakyat merosakkan nama negara di mata dunia. Contohnya dalam isu himpunan rakyat Bersih bagi menuntut pilihanraya yang bersih dan adil. Demi menutup kerosakan yang telah dibuat kepada Negara, pemimpin Umno cuba meletakkan kesalahan ke atas bahu rakyat.
Keratan akhbar di bawah ini jelas menunjukkan bagaimana pemimpin Umno bertaraf Menteri lah yang sebenarnya merosakkan dan mencemarkan imej Negara. Seluruh dunia menumpukan perhatian kepada kebodohan dan penyelewengan yang dilakukan oleh pemimpin Umno dan Barisan Nasional.

Malaysian Insider
Dalam isu logo dan lagu sambutan Kemerdekaan ke-55, hanya kerana kepentingan politik dan kerja bodek ampu orang atas, Negara menanggung malu dan menjadi bahan hinaan di seluruh dunia dengan kualiti sambutan kemerdekaan Negara yang hambar. Pertama kali dalam sejarah Negara, seluruh rakyat mengutuk kerajaan dalam sambutan kemerdekaan. Pakatan Rakyat dengan bantuan Sasterawan Rakyat, A. Samad Said terpaksa mengambil peranan menghasilkan tema dan logo berkualiti serta lagu yang memenuhi aspirasi rakyat Malaysia. Kerja siapa lagi jika bukan kerja Menteri Rais Yatim.
Siapakah yang mencemarkan nama Negara jika bukan pemimpin Umno?


Defense Industry Daily
Sejak memegang jawatan Perdana Menteri, Najib sudah menghancurkan imej Negara di mata dunia. Dikelilingi oleh skandal masa lampau, terpalit dengan isu 'Queen Control' Rosmah Mansur, terkini beliau terkial-kial untuk menyelesaikan skandal pembunuhan Altantuya dan isu pembelian kapal selam Scorpene. Seluruh dunia memandang hina Negara Malaysia kerana dipimpin oleh Perdana Menteri yang korup. Berita korupsi Najib dilaporkan dalam akhbar-akhbar utama di seluruh dunia.
Siapakan yang mencemarkan nama Negara jika bukan pemimpin Umno?


Malaysian Insider

Isu yang sedang hangat diperkatakan. Zainuddin Maidin yang suatu ketika dahulu pernah meracau kepada wartawan Al-Jazeera dalam isu Bersih, sehingga beliau menyalahkan media antarabangsa itu. Terkini, Zainuddin Maidin sekali lagi memalukan Negara apabila beliau menghina bekas Presiden Indonesia, BJ Habibie. Malang sekali Umno memiliki pemimpin dan bekas Menteri yang singkat akal dan tidak mampu menjernihkan hubungan antarabangsa Negara kita dengan Negara lain.


Siapakan yang mencemarkan nama Negara jika bukan pemimpin Umno?


Malaysiakini


Di Sabah, Ketua Menteri Musa Aman didakwa terpalit dengan skandal penyeludupan wang haram RM40 juta yang melibatkan pihak berkuasa Hong Kong. Kemungkinan besar, Hong Kong akan mengambil tindakan undang-undang ke atas Musa Aman kerana terdapat unsur-unsur korupsi. Malangnya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia belum mengambil apa-apa tindakan dan membiarkan sahaja penyelewengan yang boleh menggugat masa depan Negara ini berlaku.
Siapakan yang mencemarkan nama Negara jika bukan pemimpin Umno?
Rakyat sentiasa mahukan Negara ini aman dan diberikan hak mereka. Malangnya Umno menuduh rakyat mencemarkan nama Negara. Walhal, pemimpin Umno lah yang korup dan merosakkan nama Negara di mata dunia!

# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.

Ibnu Hasyim: Tahniah Singkir Lawak Lucah. Ganti Lawak Islamik?

Ibnu Hasyim: Tahniah Singkir Lawak Lucah. Ganti Lawak Islamik?: DADIDU kumpulan paling veteran bertanding turut tersingkir di minggu keempat.  HALAMAN HIBURAN SELEPAS tiga minggu tiada penyingkira...

Musuh Najib yang sebenar ada di dalam Umno

Musuh Najib yang sebenar ada di dalam Umno

Aspan Alias, 13 Dis 2012
BN sedang menghadapi zaman getirnya. Lagi hampir pilihanraya sampai, lagi banyak masalah yang timbul. Dalam ingin memenangi pilihanraya UMNO mempunyai masalah berpuak-puak yang berusaha untuk memenangi puak yang mereka sokong untuk ke hadapan. Dalam masa yang sama Najib sedang menghadapi masalah peribadi yang besar hasil dari pembongkaran oleh mereka yang rapat dengan beliau (Najib) dahulu tentang banyak perkara. Isu Altantuya dengan akuan sumpah Bala Subramaniam dan kenyataan-kenyataan Musa Hassan merupakan isu yang mencengkam pemikiran Najib dan keluarga sekarang ini.
Masalah yang dihadapi Najib ini tidak pula mendapat sokongan dari dalam UMNO sendiri kerana terlalu ramai dalam UMNO sendiri mahukan Najib berundur selepas keputusan pilihanraya yang dijangka buruk diumumkan. Ramai di dalam UMNO mahukan UMNO dan BN hanya memenangi jumlah kerusi yang kurang dari apa yang didapati dalam pilihanraya yang lalu. Jika ini berlaku maka mudahlah bagi ‘Raja Muda’ UMNO mengambilalih jawatan yang disandang oleh Najib sekarang ini.

Najib nampaknya kesaorangan kerana dalam UMNO sendiri terlalu ramai yang berkeyakinan UMNO akan tumpas dan jika mendapat kemenangan pun UMNO akan hanya mendapat kemenangan tipis. Dalam kedua-dua situasi ini Najib terpaksa berundur dan melepaskan semua jawatan dalam parti dan kerajaan. Bagaimana situasi ini boleh berlaku, ia merupakan ulangan sejarah dalam UMNO kerana perkara seperti ini sememangnya biasa berlaku dalam parti itu.

Hanya kali ini perpecahan yang berlaku akan menjahanamkan UMNO buat selama-lamanya kerana kekuatan Pakatan Rakyat yang menonjol dan jelas mendapat dukungan rakyat berbilang kaum sekarang ini. Najib sebagaimana yang saya sebutkan selalu, mempunyai musuh yang lebih ramai di dalam UMNO itu sendiri daripada musuh di luar parti itu.. Najib sedang berhadapan dengan musuh di hadapan beliau iaitu pihak pembangkang dan musuh yang lebih merbahaya sekali, iaitu musuh beliau yang berada di dalam UMNO itu sendiri.

Ramai di dalam UMNO itu sendiri sudah merasakan yang UMNO itu sudah menjadi parti yang semakin hari semakin kurang mendapat  keyakinan dari ahli-ahlinya sendiri. Elemen yang akan menjatuhkan UMNO itu bukannya disebabkan kekuatan pembangkang semata-mata, tetapi yang akan menjadikan UMNO itu kecundang ialah kerana kekurangan keyakinan di kalangan ahli-ahlinya sendiri.

Persoalan yang mesti kita bertanya kenapa UMNO itu semakin hari semakin tidak diyakini oleh ahli-ahlinya sendiri?

Salah satu dari sebabnya ialah kerana pucuk pimpinannya yang mempunyai terlalu besar masalah yang terpaksa memikul ‘baggage’ nya yang terlalu berat. Ahli-ahli UMNO yang pada asasnya tidak mempunyai daya juang yang kuat akan mudah merasa rendah diri apabila mereka melihat kemaraan Pakatan Rakyat yang semakain kuat dan di sebelah diri masing-masing melihat masalah peribadi pucuk pimpinan mereka yang terlalu besar.

Apa yang menjadi masalah lagi ialah, tidak ramai pimpinan UMNO itu sendiri yang bingkas mempertahankan Presidennya sendiri kerana di dalam hati mereka yakin yang isu-isu serta tuduhan  terhadap Presidennya itu ada asasnya dan mereka merasakan mempertahankan Najib itu akan mencederakan kredibiliti mereka sendiri. Malahan ramai di antara mereka tidak mahu di‘associate’kan dengan Datuk Najib dan lebih mempunyai kecenderungan untuk mengaku untuk berpihak kepada Muhyiddin Yassin.

Di belakang tabir ramai di kalangan ahli-ahli UMNO sendiri mahukan banyak kerusi dimenangi oleh pembangkang kerana mereka tidak mempunyai keyakinan yang Najib mampu memulihkan imej UMNO sebagai parti yang mempunyai kredibiliti. Ramai juga di kalangan pemimpin UMNO yang menangguk di air yang keroh untuk kepentingan peribadi mereka.

Menikam pimpinan dari belakang ini merupakan kemahiran ramai pimpinan UMNO. Sekarang sejarah berulang sekali lagi. Datuk Hussein Onn terpaksa mengumumkan tidak mempertahankan jawatan sebagai Presiden UMNO pada Perhimpunan Agung 1981 selepas beliau di tandingi oleh Sulaiman Palestin pada tahun 1978 dahulu. Sulaiman Palestin telah menandingi jawatan Presiden UMNO pada tahun 1978 di atas permainan “Raja Muda’ UMNO semasa itu untuk menekan Hussein berundur bagi ‘Raja Muda’ itu mengambil alih jawatan Presiden UMNO dan Perdana Menteri.

Usaha ‘Raja Muda’ UMNO itu berjaya dan kejayaannya membaling batu sembunyi tangan itu menempatkan beliau menjadi Presiden UMNO secara percuma dalam tahun 1981 dan beliau telah mula memecahkan UMNO dengan melagakan Tengku Razaleigh dan Musa Hitam dalam pertandingan jawatan Timbalan Presiden UMNO dan inilah cara pemimpin yang saya selalu sebutkan namanya di dalam blog ini bermain politik. Secara sistematik beliau telah menghapuskan semua pemimpin yang berpengaruh dan mempunyai ‘consequence’ kepada negara dalam tempuh kurang dari sepuluh tahun. Tiada siapa yang beliau was-was dan cemburui akan selamat di bawah pimpinan orang ini.

Dalam permainan politik intra UMNO sekarang ini pun, beliau adalah pemain utamanya dan jika diikutkan kehendak hatinya beliau mahukan Najib berhenti dan memberikan kuasa kepada Muhyiddin. Itulah sebabnya saya selalu berkata UMNO tidak perlu berdepan dengan pembangkang untuk tumpas, tetapi UMNO wajar berperang sesama sendiri terlebih dahulu sebelum berhadapan dengan pembangkang.

Dalam pada Najib terdesak dengan permainan ini beliau terpaksa tunduk juga kepada pengaruh orang ini dan beliau (Najib) telah mengikut telunjuk dan kerenah orang ini sehinggakan banyak kesempatan diambil oleh keluaraga orang ini untuk mendapatkan peluang perniagaan secara monopolistik dalam negara ini.

Selagi orang ini masih bercakap politik dan bercakap pasal UMNO selagi itulah politik negara kita akan berkecamuk kerana keadaan berkecamuk inilah yang di kehendaki beliau kerana situasi berpecah belah UMNO itu akan meletakkan beliau sebagai orang penting kepada semua pihak.

Mungkin UMNO akan selamat apabila beliau berhenti bercakap politik yang membingungkan ramai orang itu. Tetapi apa pun samada beliau masih bercakap politik atau tidak UMNO sudah tidak bermaya lagi untuk maju dan eloklah begitu. Biarkan pihak lain pula yang mentadbir kita. Tidak ada salahnya jika kita lakukan secara serius untuk perubahan itu, kerana demokrasi membenarkannya. - http://aspanaliasnet.blogspot.com/

terowong Jepun di PALEKBANG Kelantan

Misteri 'terowong Jepun' Palekbang akan didedah

Rizal Tahir, 13 Dis 2012
KOTA BHARU: Misteri penemuan barangan bersejarah yang didakwa 'terowong zaman Jepun' di tepi Sungai Kelantan kawasan Palekbang, Tumpat akan didedah dalam tempoh terdekat.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Kelantan, Datuk Husam Musa, berkata sehingga kini kajian sedang dijalankan dan hasil rumusan kajian itu akan didedahkan kepada umum.

Pencarian setakat ini katanya, berhasil menemui beberapa artifak antaranya syiling lama yang menunjukkan zaman pentadbiran kerajaan silam Kelantan.

Syiling itu katanya dipercayai dari Timur Tengah dan memberi gambaran kemungkinan Palekbang merupakan pelabuhan yang terkenal di zaman dahulu.

“Bagaimanapun ianya masih dalam kajian untuk mengetahui tahun sebenar ianya dikeluarkan,”ujarnya kepada media selepas mesyuarat exco di sini semalam.

Beliau bagaimanapun berkata, kajian lanjut sedang dilakukan di kawasan itu khususnya terhadap artifak yang berkemungkinan dari tiga zaman, iaitu zaman Melayu lama, zaman British dan Jepun.

Sebelum ini, seluruh Kelantan gempar dengan penemuan misteri terowong yang didakwa peninggalan Jepun ketika perang dunia kedua di Kampung Palekbang berdekatan Pangkalan Pasir Haji Manaf di negeri itu.

Ekoran itu, mula tersebar cerita mengatakan terowong bawah tanah itu panjangnya 100 kilometer bersambung sehingga ke Takbai, Thailand dan mempunyai lapangan terbang bawah tanah hingga ke Lalang Luas, Machang.

Dikatakan juga di bawah tanah itu terdapat kubu Jepun, landasan kereta api dan juga ada hasil bumi.

Beberapa buah telaga yang dijumpai di kawasan tersebut didakwa lubang untuk turun ke terowong panjang terbabit.

Bagaimanapun ada pihak telah menafikan kewujudan terowong itu, malah lubang yang ditemui itu hanya telaga dan di bawahnya ada saluran air yang tembus ke Sungai Kelantan.

Mengulas lanjut Husam berkata, telaga yang ditemui di situ besar kemungkinan ianya di zaman British dan bukannya sewaktu kedatangan Jepun.

“Saya yakin kawasan ini akan menjadi pusat pelancongan baru yang bakal menarik perhatian masyarakat dalam dan luar negara apabila ianya dijayakan sepenuhnya,”ujarnya.