Ahad, 29 Januari 2012

Ibnu Hasyim: Bali: Wanita Islam Boleh Berkahwin Lelaki Hindu?

Ibnu Hasyim: Bali: Wanita Islam Boleh Berkahwin Lelaki Hindu?: CATATAN PERJALANAN siri 18 Warung sederetan dengan tempatku minum teh. "KAMU menginap di rumah kampung Hindu ini?" Tanya seorang wanita a...

Pensyarah Korea bimbang tulisan jawi semakin dilupakan | :: cina islam | 2011 ::

Pensyarah Korea bimbang tulisan jawi semakin dilupakan | :: cina islam | 2011 ::

Kucing dapat lutut palsu

Kucing dapat lutut palsu



5 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -


CYRANO duduk di atas meja pada satu sidang akhbar di Universiti Negeri Carolina Utara di Raleigh, Carolina Utara Rabu lepas.

RALEIGH, Amerika Syarikat - Kerana Cyrano memiliki berat lebih 9 kilogram, ia akan lumpuh jika satu kakinya yang lemah akibat kanser dipotong.
Cyrano atau nama penuhnya, Cyrano L. Catte II menjalani rawatan Universiti Colorado pada tahun lalu selepas satu kaki belakangnya diserang kanser. Cyrano semakin sembuh selepas dirawat tetapi kaki tersebut hampir tidak dapat berfungsi.
Justeru, pemilik kucing jantan itu, Sandra Lerner dan pasangannya, Len Bosack merayu bantuan sekumpulan doktor dan jurutera Universiti Carolina Utara supaya haiwan kesayangan mereka dapat bergerak kembali.
Pada Khamis lalu, kucing berusia 10 tahun itu yang tinggal di sebuah rumah agam di sini menerima implan lutut prosthetik kucing pertama di AS.
"Ini adalah lutut palsu paling sukar yang pernah dibina di negeri ini," kata pakar bedah haiwan, Denis Marcellin-Little.
Kucing berkenaan kini semakin sihat selepas menjalani pembedahan untuk memasukkan implan sepanjang 5 sentimeter diperbuat daripada plastik dan aloi itu pada kos sekitar AS$20,000 (RM60,820). - Agensi


Responses

1 Respones to "Kucing dapat lutut palsu"
Tanpa Nama berkata...
Kalau dah sayang apa pun sanggup dilakukan... Terbaik..!!

1/29/2012 10:25 AM

Kenapa Melayu tak lagi takutkan DAP | :: cina islam | 2011 ::

Kenapa Melayu tak lagi takutkan DAP | :: cina islam | 2011 ::

Debat Anwar-Najib, suparmarket cuai terhangat minggu ke-4

Debat Anwar-Najib, suparmarket cuai terhangat minggu ke-4

Harakahdaily, 29 Jan 2012
KUALA LUMPUR, 29 Jan: Sepucuk surat mengadu kecuaian sebuah supermarket terkenal dan tawaran debat berat sebelah oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengungguli 10 artikel terhangat Facebook dan Twitter Harakahdaily bagi minggu lepas.
Surat daripada seorang bapa, Wong Kok Onn yang mengadu kepada Harakahdaily akan kecuaian keselamatan di kawasan permainan kanak-kanak yang dipanggil Molly Fantasy Wonders Park di dalam Jusco Bukit Tinggi yang menyebabkan anaknya  Adrianna Wong cedera telah menjadi artikel yang paling menarik perhatian para pengikut Facebook dan Twitter Harakahdaily.
Tawaran debat Anwar yang berat sebelah memihak kepada Najib – 40 minit kepada Presiden Umno dan 20 minit kepada beliau mendapat tempat kedua di hati pembaca minggu lalu.
Sementara itu, artikel yang melibatkan isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor terus mengungguli carta artikel terhangat Harakahdaily. Kali ini ulasan karangan wartawan Wan Nordin Wan Yaakob samada Rosmah mengganggu persiapan PRU-13 Najib mendapat tempat ketiga.
Berikut ialah 10 artikel terhangat Facebook dan Twitter Harakahdaily bagi minggu ke 4, 22 hingga 28 Januari, 2012.
1
Kecuaian sebabkan kecederaan di Jusco Bukit Tinggi
2
Dia cakap 40 minit, saya 20 minit sudah - Anwar
3
Rosmah jejas persiapan PRU-13 Najib?
4
Nana teruja dijemput buat persembahan di Kelantan
5
Rosmah dakwa jadi mangsa sudah dijangka
6
Serang Azizan Razak tidak bijak
7
Rosmah, Najib dicabar saman akhbar Australia
8
Pastikan keselamatan Datuk Shamsubahrin - PKR
9
Laporan Utusan tidak benar dan tersasar - Teras
10
Pemimpin Umno berjuang untuk diri bukan bangsa