Sabtu, 1 Jun 2013

Analisis kenapa PR tak menang. -Surat Pembaca.




Gua nak bagi satu analisis merapu kenapa PR tak menang tapi dapat undi popular.

1- terdapat 2 versi senarai daftar pemilih PRU 13. Pertama, versi yg sah
yg dimiliki oleh kebanyakan calon yg bertanding. Kedua, versi yg
ditokok tambah yg bercampur dengan senarai pengundi warga asing
(terlampau byk bukti bergambar dan video mengenai pengundi warga asing
ini).


2-sebagai contoh versi sah mengandungi seramai 13 juta lebih
pengundi,sementara versi tokok tambah mungkin mengandungi pertambahan
sehingga 80 ribu pengundi warga asing.


3-apabila SPR mengumumkan peratusan keluar mengundi dan undi popular,
mereka pasti akan menggunakan versi sah untuk digunapakai dalam
membuat rumusan.


4-ini bagi mengelakkan penipuan SPR itu dapat dikesan oleh pihak yg
kalah kerana jika terdapat kejanggalan atau tidak tally dengan versi
yg sah sudah pasti penipuan SPR ini lebih mudah dikesan (saya percaya
pihak Pakatan juga mempunyai 1 badan gerak kerja untuk mengkaji
peratusan undian PRU 13).


~sketsa~


didalam sebuah bilik darjah, seorang guru sedang menjalankan
pertandingan memilih jawatan ketua kelas diantara anwar dengan najib.
Seramai 23 orang mengangkat tangan menyokong najib menjadi ketua
kelas. Walaubagaimanapun anwar lebih popular apabila seramai 27 orang
menyokongnya untuk dijadikan sebagai ketua kelas. Secara logiknya
tentulah guru tersebut akan mengangkat anwar sebagai ketua kelas!
Dalam kes PRU 13, seramai 5.2 juta menyokong najib, sementara 5.5 juta
menyokong anwar. Tapi yg peliknya najib pulak yg menang! Hahaha lawak

Kopi Boleh Cas Telefon Bimbit

JOM KREATIF

PENNSYLVANIA 12 Feb 13: Anda sering menghadapi masalah kehabisan bateri telefon bimbit ketika saat-saat genting? 

Kini anda tidak perlu bimbang lagi kerana secawan kopi panas atau sejuk sudah mampu menyelesaikan masalah anda yang sering kehabisan bateri telefon bimbit. Sebuah syarikat elektronik beribu pejabat di New Castle, Pennsylvania di Amerika Syarikat, Epiphany Labs telah mencipta prototaip pengecas yang kuasanya dijana menggunakan minuman panas atau sejuk untuk memastikan bateri telefon sentiasa penuh. 

Ciptaan yang dikenali sebagai The Epiphany One Puck mempunyai dua bahagian berwarna merah untuk air panas dan biru bagi air sejuk. Gajet tersebut menggunakan penjana yang dikenali sebagai Stirling untuk menukarkan tenaga haba kepada tenaga elektrik yang kemudiannya disambungkan kepada telefon bimbit melalui kabel USB. 

Buat masa ini, firma Epiphany Labs masih menguji tempoh yang diperlukan gajet itu untuk mengecas telefon bimbit berdasarkan tahap kesejukan atau kepanasan sumber. Pegawai Epiphany Labs, Tim Joseph berkata, pihaknya masih mengumpul dana bagi merealisasikan projek tersebut untuk memasarkan gajet berkenaan secara besar-besaran. 

"Idea menggunakan penjana Stirling bukan perkara baharu, tetapi tiada pihak yang berjaya menghasilkan gajet berguna yang dijual secara meluas di pasaran.
"The Epiphany One Puck dijangka mula dijual pada awal tahun depan dengan harga AS$114 (RM351) seunit," katanya.

Artikel oleh Anak Sungai Derhaka


  • Ustaz Azizan kini bergelar 'Tan Sri'.. TAHNIAH Ustaz!!

    Posted: Sat, 01 Jun 2013 08:31:00 +0000

    Istana Negara hari ini menyaksikan berlangsungnya Istiadat Menghadap dan Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran Persekutuan sempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dalam suasana penuh adat istiadat dan gemilang.

    Majlis dimulakan dengan Tuanku Abdul Halim dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah berkenan berangkat ke upacara memeriksa perbarisan kawalan kehormat utama dengan panji-panji diraja.

    Sebanyak 21 das tembakan meriam kehormat turut dilepaskan pada acara pemeriksaan perbarisan yang diadakan di Dataran Istana, memecahkan kesunyian pagi Istana Negara yang mempunyai 22 kubah kuning itu.

    Perkarangan Istana Negara mula dibanjiri kereta yang membawa penerima darjah-darjah kebesaran, pemimpin negara dan perwakilan negara asing seawal 7.30 pagi.

    Balairong Seri Istana Negara yang terletak di Sayap Rasmi pula dipenuhi tetamu yang berpakaian istiadat, baju Melayu hitam atau bersuit manakala tetamu wanita pula berpakaian tradisional seperti baju kurung lengkap berselendang atau pakaian tradisional kaum masing-masing, mencerminkan semangat muhibah.

    Antara tetamu yang menarik perhatian selain daripada pemimpin-pemimpin negara sudah pasti adalah pelakon tempatan yang pernah mejadi 'Wanita Bond' Datuk Michelle Yeoh yang dianugerahkan Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran Tan Sri.

    Bernama juga melaporkan.. Istiadat pengurniaan seterusnya kepada Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa, yang menerima Darjah Panglima Mangku Negara (PMN) yang membawa gelaran ''Tan Sri''.

    Seramai 45 individu lain dikurniakan Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM)yang turut membawa gelaran ''Tan Sri'' hari ini, antaranya bekas Menteri Penerangan Datuk Seri Dr Rais Yatim, bekas Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Peter Chin Fah Kui, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Mohamad Zabidi Zainal, Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Seri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah dan Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri Datuk Shukry Mohd Salleh.

    Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Abu Kassim Mohamed, Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri Pejabat Perdana Menteri Datuk Seri Ab Aziz Kasim dan Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) Prof Datuk Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar dan Datuk Michelle Yeoh Choo-Kheng turut dikurniakan PSM.

    Langsung tak disebutnya nama YB Dato' Seri DiRaja Azizan bin Abdul Razak, Bekas Menteri Besar Kedah yang turut tersenarai dalam 45 individu yang menerima pingat Darjah Panglima Setia Mahkota itu..

    Semakan dilaman web rasmi Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa menunjukkan nama Ustaz Azizan turut tersenarai sebagai penerima Darjah Panglima Setia Mahkota yang menjadikannya kini bergelar Tan Sri Azizan bin Abdul Razak...

    TAHNIAH Ustaz!!!!
  • Failkan lebih 50 petisyen PRU13, bukti BN juga yakin PRU13 penuh dengan penipuan..

    Posted: Sat, 01 Jun 2013 07:11:00 +0000

    Barisan Nasional (BN) akan memfailkan lebih 50 petisyen membabitkan sekurang-kurangnya 37 kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).

    Petisyen itu bagi mencabar keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) yang memihak kepada pembangkang.

    Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak, berkata semua petisyen itu akan difailkan di Mahkamah Tinggi sebelum tarikh akhir 11 Jun ini, iaitu 21 hari selepas keputusan PRU13 diwartakan.
    Tindakan Barisan Nasional (BN) untuk memfailkan lebih 50 petisyen di kerusi parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) bukti parti itu sendiri tidak percaya kredibiliti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), kata Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

    SaifuddinSecara tidak langsung, ujarnya, tindakan Umno BN itu ibarat ‘meludah ke langit’ kerana mereka sebelum ini bersungguh-sungguh mempertahankan ketelusan SPR.

    “Tetapi sekarang, Umno BN pun tidak percayakan kepada SPR. SPR harus ingat inilah padahnya apabila cuba mengkhianati amanah yang rakyat berikan untuk menikmati proses demokrasi pilihan raya yang bersih dan adil,” ujarnya ketika dihubungi.

    Beliau berkata, tindakan itu juga mengesahkan dakwaan Pakatan Rakyat bahawa memang wujud kelemahan dan kecurangan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) lepas.

    “Ini beban baru SPR yang perlu mereka jawab selepas Pakatan berjaya membuktikan segala kecurangan yang wujud dalam pelbagai segi, seperti senarai daftar pemilih, isu dakwat kekal, blackout semasa pengiraan undi dan sebagainya,” ujar Saifuddin.

    Tegasnya, mana-mana parti politik hanya akan memfailkan petisyen selepas meragui keputusan pilihan raya yang dikendalikan badan seperti SPR.

    “Jadi tindakan Umno BN ini akan memalukan SPR sebagai badan bertanggungjawab yang sebelum ini kerap kali mendakwa melaksanakan amanah dengan telus dan adil baik sebelum, semasa dan selepas pilihan raya,”.

    “Kalau sebelum ini, SPR sekadar mencuci tangan sahaja dengan memberikan pelbagai alasan dangkal apabila Pakatan kemukakan bukti kecurangan, sekarang mereka tidak boleh ambil ringan lagi bukti yang rakyat berikan,” katanya ~ Keadilandaily

    Kalau dah yakin sangat PRU13 tu telus dan bersih kenapa nak buat petisyen?
  • Nik Abduh hentam Yusni Mat Piah?

    Posted: Sat, 01 Jun 2013 04:36:00 +0000

    Sepanjang tempoh berkempen PRU13 di Parlimen Pasir Mas baru-baru ini, saya kerap ditemuramah oleh para wartawan daripada pelbagai akhbar dan penyiaran.

    Antara yang agak eksklusif adalah para pengkaji politik daripada luar negara seperti Singapura dan Australia.

    Antara yang acap ditanya oleh mereka adalah berkaitan keyakinan atau telahan saya mengenai kemenangan PR dalam PRU kali ini. Lebih menarik adalah kekuatan PAS di negeri Kelantan dan kerusi Parlimen Putrajaya yang begitu kuat gema dan hangatnya yang telah berjaya membakar semangat para petugas parti untuk mencipta kejayaan merampas Putrajaya dan membentuk kerajaan baru pilihan rakyat.

    Jawaban saya untuk Kelantan adalah mudah. Sengit tetapi Kelantan akan terus kekal di bawah PAS. Mereka bertanya, mengapa sengit? Saya kata, politik Kelantan tak pernah tak sengit. Rakyat Kelantan celik politik lebih awal mendahului negeri-negeri lain. Apabila rakyat celik politik, maka ahli politik tidak lagi boleh tidur. Kelekaan akan dihukum.

    Jawaban saya untuk Parlimen Putrajaya pula agak berbeza daripada keyakinan para wartawan sendiri yang melihat kilauan PR sepanjang kempen berjalan di sana. Saya kata, kami sedang berlawan dalam pilihan raya umum di seluruh negara kecuali di Parlimen Putrajaya. Bagi saya, ia adalah sebuah pilihanraya kecil dalam sebuah pilihan raya umum.

    Sifat pilihan raya kecil adalah keramaian dan kebisingan. Tetapi yang ramai dan bising hanyalah para penyokong. Mereka memiliki segala kekuatan kecuali satu. Mereka tidak memiliki kertas undi. Adapun para pengundi, kebanyakan mereka berehat di rumah menunggu hari mereka memangkah dan menghukum. Jika di pedalaman, mereka menunggu wang. Di Putrajaya pula, mereka menunggu gaji kerajaan memerintah. PR tak bayar mereka gaji.

    Maka saya beritahu wartawan, untuk 'pilihanraya kecil Putrajaya', saya kira sukar buat PAS.

    Adapun untuk kemenangan PR dalam PRU13, saya gagal untuk memberi jawaban walaupun sekadar telahan. Saya hanya kata, saya tak tahu nak kata. Saya berikan mereka beberapa sebab;

    Pertama, pergerakan undi kepada PR tidak menyeluruh di kalangan orang Melayu. Ia hanya diyakini bergerak di kalangan masyarakat bermaklumat di bandar dan kalangan anak muda. Oleh kerana PAS bertanding di banyak kawasan majoriti Melayu, manakala kemenangan PR pula banyak bergantung kepada kepada pertambahan kerusi PAS, maka agak sukar untuk saya membuat telahan kemenangan atau kekalahan bagi PR kali ini.

    Kedua, jika pun PAS menang lebih baik di kerusi-kerusi majoriti Melayu yang ditandingi, kemenangan PR masih terlalu bergantung kepada lonjakan besar di Sabah dan Sarawak. Oleh kerana PAS, apatah lagi saya sendiri kurang maklumat lengkap mengenai pergerakan undi sebenar di Sabah dan Sarawak, selain hanya bergantung harap kepada kemenangan PKR dan DAP yang bertanding di banyak kawasan di sana, maka saya katakan kepada rakan-rakan dan wartawan, saya tak boleh nak kata apa-apa mengenai keputusan PRU13. Tunggu 5 haribulan nanti. Dalam menunggu, kita buat kerja termampu.

    Keputusan yang diperolehi pada 5 haribulan adalah tidak mengejutkan saya. Saya mudah menerima takdir Allah dalam PRU kali ini berbanding kejutan takdir Allah dalam PRU 2004 yang begitu menggegar bahtera perjuangan PAS.

    PAS menang lagi di Kelantan. Ia agak sengit kerana BN hanya memerlukan lagi 3 kerusi untuk menafikan majoriti dua pertiga PAS mentadbir Kelantan. Saya gembira menumpang kegembiraan rakyat Pasir Mas berjaya melunaskan nekad mereka untuk mengalahkan calon yang telah mengkhianati mereka pada 2008. Kuntuman bunga raya bertaburan di kuburan politik khianat dan rasis.

    PAS kalah lagi di Putrajaya. Ia agak sukar diterima para penyokong yang begitu kuat bekerja. Tetapi tidak saya dan tidak bagi mereka yang melihat seperti saya lihat. Tetapi adakah kota Putrajaya tidak akan runtuh? Saya kata, Putrajaya adalah kota hijau. PAS akan tiba di sana pada PRU14 nanti. Go Green..

    Keputusan PRU13 adalah kemenangan buat BN dan kekalahan buat PR. PAS melalui presidennya menyeru rakyat menerima kekalahan. Ia adalah takdir Allah. Dalam bahasa yang lebih lunak dan menjinakkan hati yang beriman, kita menerima takdir Allah bahawa kita kalah PRU13 melalui penipuan dan manipulasi undi oleh BN. Kita menerima takdir Allah bahawa perjuangan membersihkan SPR belum tamat.

    Tinggal dulu perihal penipuan oleh BN. Kita bicara kemudian, atau anda boleh membacanya segera di dalam banyak artikel pendedahan dan pembongkaran.

    PAS gagal memikat undi orang-orang Melayu di seluruh negara. Di Kelantan sendiri, PAS gagal membantu PKR mengekalkan kemenangan di 3 kerusi Parlimen yang dimenangi mereka pada 2008.

    Ia adalah ketakutan yang dijangkakan walaupun tidak diharapkan berlaku. walaupun begitu, PR seperti diyakini, telah berjaya mengasak rapat BN di seluruh semenanjung Malaysia. PR menambahkan kerusi di DUN dan Parlimen semenanjung.

    Adapun di Sabah dan Sarawak, PR tumbang. Sabah dan Sarawak melenyapkan harapan PR memenangi Putrajaya. BN Sarawak memenangi 25 daripada 31 kerusi, manakala di Sabah, BN menang 22 daripada 25 kerusi yang dipertandingkan.

    Hakikatnya, janji DSAI perihal Sabah dan Sarawak hancur berkecai. Jika ia berdasarkan culaan dan makrifat yang kukuh dan berwibawa, maka ia membayangkan betapa lemahnya jentera DSAI mencula dan memakrifatkan. Jika ia sekadar janji manis menakluk harapan, maka lihatlah betapa ramai penyokong PR yang menjadi mangsa kencing manis akibat janji manis bergula DSAI.

    Saya tidak faham politik janji manis dan harapan meranap gunung. Sepanjang saya berguru politik dengan dengan TGNA, TGHH dan guru-guru politik dalam PAS, saya tidak pula diajar begitu selain berkata benar dan tegas.

    Ya, DSAI bukan PAS dan beliau tidak perlu mengguna pakai kaedah PAS. Tetapi saya jadi keliru melihat sebahagian mangsa adalah ahli dan pendukung PAS. Sesetengah sukar memahami maksud 'menerima takdir Allah' yang dianjur presiden PAS sehingga menganggapnya sebagai menyerah kepada kezaliman BN yang mempergunakan SPR. Saya sukar memahami sesetengah ahli PAS tidak memahami maksud beriman kepada takdir Ilahi.

    Samada saya menyalahkan DSAI atau menyalahkan ahli dan pendukung PAS sendiri yang terlalu kemaruk janji manis DSAI, saya tangguhkan buat sementara. Kerana mungkin juga kedua-duanyalah yang bersalah.

    Pada sekitar 2010, Dewan Pemuda PAS Malaysia merumuskan melalui dapatan yang dihasilkan kajian yang menyeluruh, bahawa PAS mestilah menumpukan usaha memikat hati orang Melayu yang masih liat untuk berubah. Pemuda mengingatkan semua jentera parti agar menjaga hati orang-orang Melayu agar PAS dilihat mampu menggantikan UMNO.

    PAS perlu bertegas dengan isu orang-orang Melayu sebagaimana UMNO dilihat begitu. Bezanya, PAS hanya perlu menampilkan penyelesaian cara Islam yang adil dan bersifat memakmurkan hubungan antara kaum tanpa faham rasis UMNO. Justeru ia akan menambah undi Melayu selain mengekalkan undi bukan Melayu kepada PAS.

    Justeru Dewan Pemuda PAS Malaysia telah berusaha menjuarai isu-isu Melayu dan Islam. Saya yakin kami telah memperolehi hasil yang agak positif.

    Sebelum PRU13 berlangsung, saya bertanya kenalan yang akses sumber BN. Dia yakin BN kekal dengan kemenangan lebih 140 kerusi. Saya cuba menolak dengan beberapa hujah. Tetapi beliau selamba menjawab, BN yakin menang besar di Sabah dan Sarawak. PAS akan hilang banyak kerusi, tak akan menambah di semenanjung. Saya senyap dalam keliru.

    Bila PAS hilang hanya satu kerusi, saya terus menadah syukur. PAS tidak sebagaimana cula BN. Bila PR kalah teruk di Sabah dan Sarawak, saya terima takdir bahawa cula BN lebih berjaya dan cula kita hanya janji manis.

    Pada tuan presiden, saya percaya. Pemuda PAS berjuang bersama di barisan hadapan.

    Sumber dari SINI

    Ada ke Nik Abduh hentam Yusni Mat Piah yang dah khianat perjuangan Pakatan Rakyat tu?.. Tak ada.. sebab apa agaknya?
  • Patutpun depa marah.. AMK digelar Angkatan Pondan rupanya..

    Posted: Fri, 31 May 2013 17:00:00 +0000

    Petang tadi ada seorang sahabat mengadu kat aku, katanya dia dah bergaduh dengan seseorang yang terasa pedih dengan artikel ini..

    Ini artikelnya...
    Tsunami Malaysia yang melanda tanah air baru-baru ini telah melonjak 53 peratus undi popular kepada Pakatan Rakyat.

    Datuk Seri Najib Tun Razak akhirnya dikenali sebagai 'perdana menteri minoriti'.

    Gelora perubahan itu paling kuat memukul pantai Pulau Pinang apabila Pakatan Rakyat mendapat undi popular paling tinggi berbanding negeri-negeri lain.

    Hasil bah besar itu sedikit banyaknya mengubah landskap kepemimpinan Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

    Ada Adun digugur sebagai Exco. Ada muka-muka baru diberi kepercayaan sebagai Exco bagi mengukuh kepemimpinan Ketua Menteri, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng.

    Haji Rashid Hasnon berjaya mempertahan kemenangan bagi kawasan DUN Pantai Jerejak yang pernah disandang Sim Tze Tzin (kini Ahli Parlimen Bayan Baru) dipinang sebagai Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang yang baru.

    Ini lumrah alam. Pukulan ombak perubahan yang besar di tengah laut sekalipun pasti akan mengubah garis pantai.

    Rupa-rupanya apabila langit mencerah, tidak reda juga gelora laut.

    PKR melakukan penyalinan hampir seluruh Ahli Majlis bagi kedua-dua pihak berkuasa tempatan (PBT) - Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP).

    Orang dalam parti memberitahu ini 'kerja buat' Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman dan Datuk Mustafa Kamal Mohd. Yusoff (bekas Senator merangkap Setiausaha PKR Negeri).

    Kata mereka, apa yang dilakukan oleh dua pemimpin itu adalah langkah terbaik demi mengukuh lagi kepemimpinan parti pasca PRU13.

    Kalau PKR itu umpama sebuah bahtera di tengah-tengah gelora laut yang maha dahsyat, tentunya memerlukan kelasi serta anak kapal yang jitu.

    Jika itu rasionalnya, sepatutnya Muhammad Farid Arshad dan Amir Ghazali (Ketua AMK Pulau Pinang) pun tidak digugurkan daripada senarai Ahli Majlis MPSP.

    Ini bukan anak kapal. Ini kelasi kapal yang luar biasa.

    Dalam musim tengkujuh PRU13 di Permatang Pauh, khususnya di Penanti dan Seberang Jaya, inilah wira-wiranya.

    Dr Afif Bahardin yang memenangi kawasan DUN Seberang Jaya lalu dilantik sebagai Exco Kerajaan Negeri tentu melihat kewibawaan kedua-dua hulubalang laut itu.

    Dr Norlela Ariffin yang menang di Penanti juga patut perasan dengan hakikat dua susuk tubuh itu.

    Dr Norlela dan Dr Afif akan melayar bahtera masing-masing paling lama pun lima tahun mendatang.

    Selama tempoh itu, akan ada musim cerah dan akan ada musim tengkujuh. Diharap, tiada 'Tsunami Pulau Pinang' pula dalam tempoh itu.

    Justeru, mereka pun perlu mempunyai pendirian yang lebih jelas sama ada untuk pertahan Farid dan Amir sebagai pasukannya atau menyerah pada takdir politik kuasawan di atas sana.

    Di sini lah, ribut bertiup dalam cangkir politik PKR Pulau Pinang lebih menderas dari ribut laut Tsunami Malaysia di luar sana.

    Sudah ada aktivis politik di gigi kekuasaan Komtar mencebik bahawa pemilihan Ahli Majlis dalam kuota PKR tidak lagi mengikut lunas mesyuarat parti.

    PKR bukan lagi angkat semangat rakyat, tapi, ikut telunjuk dua orang itu, kata seorang pagi tadi di Komtar, George Town.

    Pemimpin muda AMK Cabang itu bagaimanapun tidak menjelaskan siapa dua kuasawan haloba itu.

    "Baik tak payah mesyuarat (cabang) kalau dua orang ini sudah membuat keputusan untuk singkir aktivis parti (sebagai Ahli Majlis) diganti dengan kroni," tegas beliau.

    Cakap-cakap itu bagaikan anak puting beliung yang tidak lama lagi, kalau tidak mengkaram kapal sekalipun, takut menyadai bahtera PKR di Pulau Buta.

    Maka, tidak ada cara lain, melainkan anak-anak kapal itu sendiri perlu berdayung dan bersauh dari dalam bahtera supaya gelora angin perubahan yang memukul laut tidak sampai menguris walau dinding badan kapal sekalipun.

    Kalau perlu beri kata dua, kata dua diberikan. Kalau perlu tukar dua kelasi kapal yang nyata membahayakan bahtera parti dalam meniti onak perubahan, tukarkan sahaja.

    Tiada guna digelar sebagai Angkatan Muda Keadilan (AMK) kalau ketua sendiripun dicincang mati depan mata, tiada siapa berani menghalang.

    Elok AMK ditukar pada APL yang bunyinya Angkatan Pondan Laut dan biar pondan lain menjadi kuasawan bangsat untuk berpeluk tubuh membiarkan Amir dan Farid ini dilemaskan dalam kolam politik PKR sendiri.

    Di luar kapal PKR ini masih ada kapal-kapal yang lain yang sedia menganjak 'Tsunami Malaysia' untuk tenggelam dua kelasi serta anak-anak kroninya yang pondan-pondan itu jika itu yang didesak ~ Faqar

    Ada yang betul.. ada yang tak betul dalam artikel oleh Faqar di atas ni.. aku tak mahu ulas pasal artikel ni..

    Yang pasti sudah ada yang marah sebab kena batang hidung sendiri..

    Tapi bagi aku.. AMK Pulau Pinang ni lebih baik dari Pemuda PAS Pulau Pinang.. sebab dalam AMK tak ada pengkhianat perjuangan Pakatan Rakyat seperti yang ada dalam Pemuda PAS Pulau Pinang.

    Walaupun nama anggota mereka dikeluarkan dari senarai calon pada saat-saat akhir.. mereka tidak menentang arahan pihak pimpinan dengan turut bertanding di tempat yang mereka diarahkan untuk turun padang sebelum PRU13..

    Dalam Pemuda PAS Pulau Pinang ada.. malah hingga kini langsung tak disentuh oleh Pimpinan PAS Pulau Pinang.. Nak tahu siapa pengkhianat itu sila baca di SINI
  • Sejuta Laporan Polis pun tidak akan mengubah keputusan Pilihan Raya kata Timbalan Pengerusi SPR ?

    Posted: Fri, 31 May 2013 09:27:00 +0000

    Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata laporan polis mengenai dakwat kekal tidak akan cukup untuk mempertikaikan keputusan pilihan raya umum ke-13, kerana dakwat itu hanya satu elemen tambahan untuk proses pilihan raya.

    Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata demikian bagi mengulas laporan polis Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai dakwat kekal yang dibuat dalam tempoh tiga minggu selepas hari mengundi pada 5 Mei.

    "Dia menggunakan isu dakwat kekal kerana Pakatan Rakyat kehabisan idea.

    "Dakwaan Pakatan bahawa lebih 45,000 warga Bangladesh adalah pengundi hantu telah menjadi satu bahan ketawa kerana ia tidak masuk akal sama sekali," kata Wan Ahmad berkata seperti yang dilaporkan oleh portal berita, The Mole.

    "Anwar membuat laporan polis dan mengarahkan penyokong-penyokongnya untuk melakukan perkara yang sama hanya kerana mereka mahu memastikan petisyen mereka akan disokong oleh sebab yang kukuh.

    "SPR mengakui bahawa terdapat kes-kes di beberapa kawasan yang pekerja kita mempunyai beberapa masalah dengan dakwat. Tetapi seperti yang kita kata banyak kali, dakwat kekal digunakan sebagai satu elemen ditambah bagi mengelak pengundian berganda, "

    Wan Ahmad juga berkata tidak ada cara untuk pengundi untuk membuang undi mereka dua kali kerana nama mereka akan diperiksa dan dipotong oleh kakitangan SPR dan ejen parti politik.

    Ini laporan asal...
    PETALING JAYA: The Election Commission (EC) said police reports on the indelible ink would not be enough to dispute the results of the 13th general election, as the ink was only an additional element to the electoral process.

    EC deputy chairman Datuk Wan Ahmad Wan Omar was responding to Opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim's police report on the indelible ink, made over three weeks after polling day on May 5.

    “He continues to harp on the indelible ink issue because Pakatan Rakyat is running out of ideas.

    “Pakatan's allegation that over 45,000 Bangladeshis were phantom voters has become a laughing stock because it does not make sense at all,” Wan Ahmad said as reported by news portal, The Mole.

    He also described the allegation as “grasping at straws”, adding that there had not been a single report to justify the claims.

    “Anwar made a police report and ordered his supporters to do the same simply because they wanted to ensure their petition would be supported by a strong cause.

    “The EC admits that there were cases in some areas that our workers had some problem with the ink. But as we said so many times, indelible ink was used as an added element to prevent multiple voting,” he said.

    Wan Ahmad also said there was no way for voters to cast their ballot twice as their name would be checked and crossed by EC staff and political party agents.

    The EC has also reportedly set up a special task force to investigate the different quality of the indelible ink.

    “When we tested the sample, the quality was good. But things were different during polling day. So we will investigate this matter,” Wan Ahmad said.

    At a rally last week, Opposition speakers had demanded re-election in constituencies where they claimed cheating had occurred on polling day, calling for EC chairman Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof and his team to resign.

    In response, Wan Ahmad said they had done their duty in accordance with the law, and even if they were willing to step down, the new faces would be subject to the same laws ~ The Star

    Malas nak komen banyak-banyak dah pasal orang tua ni.. gambar di bawah ni mungkin sesuai untuk dia..
  • Mahathir sedih... kesiannya kat dia..

    Posted: Fri, 31 May 2013 04:33:00 +0000

    Saya sedih. Bukanlah saya berharap kerana kesedihan saya akan menarik simpati sesiapa. Hanya saya ingin menyatakan perasaan saya- perasaan apabila melihat kaum bangsa saya, orang Melayu, begitu sekali tidak tahu bersyukur, begitu sekali mudah lupa, begitu sekali mudah dipengaruhi dan diperalat oleh orang lain sehingga sanggup memburukkan bangsa sendiri.

    2. Bagi generasi yang dilahirkan selepas merdeka tentulah mereka tidak merasai sendiri kehinaan yang dialami oleh orang Melayu semasa mereka dijajah dahulu. Tetapi takkanlah mereka tidak baca sejarah bangsa mereka.

    3. Jika mereka sudah lupa, jika mereka tidak dapat memahami pahit maung, pedih perit bangsa yang dijajah, izinkan saya yang biasa dengan tiga penjajahan bercerita sedikit berkenaan orang Melayu semasa dijajah. Rata-rata mereka miskin, tidak berilmu pengetahuan, tidak memiliki apa-apa kecekapan, tidak terdaya mempertahan negeri-negeri mereka. Mereka terpaksa bertuankan orang putih Inggeris yang mereka terima sebagai Tuan mereka di negeri mereka sendiri. Mereka bukan tuan rumah. Mereka sebenarnya hamba rumah yang diduduki orang lain.

    4. Orang putih, secara terbuka menyatakan orang Melayu adalah bodoh dan malas, tidak mampu menyumbang apa-apa kepada pembangunan negeri-negeri mereka. Mereka hanya layak jadi pemandu kereta dan orderly atau budak pejabat atau kerani. Mereka dianggap tidak berkebolehan melaksanakan apa-apa kerja yang dipertanggungjawab kepada mereka. Orang asing dari India dan Cina perlu dibawa masuk untuk mengatasi masalah Melayu malas dan tidak cekap.

    5. Datang Jepun. Orang Melayu hilang jawatan perkeranian dan jawatan-jawatan rendah yang lain. Mereka terpaksa jadi penjual pisang di tepi jalan - kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Jika tidak tunduk serendah mungkin apabila lalu di hadapan askar Jepun, mereka dipaksa tatang ketulan batu yang besar sehingga mereka pening dan jatuh. Mereka diarah panjat pohon kelapa untuk dapat buah kelapa bagi askar Jepun. Jika gagal mereka ditempeleng dan terbongkok-bongkok meminta maaf daripada askar Jepun.

    6. Tanpa bertanya sedikitpun akan pandangan orang Melayu sebagai pemilik negeri-negeri Melayu, Jepun menghadiahkan empat buah negeri Melayu, iaitu Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu kepada Siam, kerana membalas budi Siam.

    7. Di bawah pemerintahan Siam, orang Melayu diarah supaya menghormati lagu kebangsaan Siam dan bendera Siam. Saya lihat sendiri seorang orang tua Melayu yang tidak turun basikalnya semasa lagu kebangsaan Siam dimainkan, ditendang di kepala oleh askar Siam apabila lagu berhenti dan ia jatuh terlentang di atas jalan. Saya dan beberapa Melayu lain tidak berani menolong orang tua yang telah jatuh. Kami bangsa yang dijajah dan boleh ditendang oleh sesiapa yang menjajah bangsa kami. Jangan siapa tolong.

    8. Kemudian, British kembali dan raja-raja Melayu diugut akan diturunkan dari takhta mereka jika tidak tandatangan perjanjian Mac Michael supaya negeri-negeri Melayu diserah secara langsung kepada British. Dan raja Melayu pun tandatangan dan diturunkan pangkat kepada kadi besar negeri mereka.

    9. Cadangan Malayan Union British bertujuan menamatkan negeri-negeri Melayu sebagai Tanah Melayu, milik orang Melayu. Ia akan jadi milik siapa sahaja yang mendapat taraf rakyat Malayan Union milik British. Dalam keadaan orang Melayu begitu miskin, daif dan tidak berilmu pengetahuan, tidak memiliki apa-apa kecekapan, tidak mempunyai senjata, tidak tahu berniaga, sudah tentu mereka akan menjadi kuli dan hamba kepada orang lain yang lebih pintar, lebih cekap dan lebih kaya daripada mereka. Sudah tentu tidak akan ada Tanah Melayu, tanah tumpah darahnya orang Melayu. Mereka akan jadi bangsa yang tidak bernegara, tidak bertanahair. Tidak ada masa depan bagi mereka.

    10. Alhamdulillah. Di saat itu mereka tiba-tiba sedar. Berkat beberapa kerat di antara mereka yang terpelajar yang tahu akan malapetaka yang menanti bangsa mereka, mereka ketepikan sikap kenegerian mereka dan kesetiaan kepada raja masing-masing atau kepada keturunan mereka. Mereka bersatu dan bangun menentang rancangan Malayan Union British. Perpaduan Melayu yang tumpat ini, pendirian mereka yang tidak berbelah-bahagi berkenaan penolakan Malayan Union memaksa British gugurkan rancangan mereka dan kembalikan negeri-negeri Melayu bersama Pulau Pinang dan Melaka yang dimiliki British kepada orang Melayu. Maka terselamatlah orang Melayu dan negeri mereka.

    11. Malangnya sekembalinya sahaja Semenanjung Tanah Melayu ke tangan orang Melayu, maka bermulalah rebutan untuk nikmat yang datang dengan pemerintahan sendiri, khususnya untuk menjadi ahli dalam dewan-dewan negeri dan dewan undangan Persekutuan. Keahlian ini menjanjikan pangkat, elaun dan lain-lain kemudahan.

    12. Untuk bekerja sebagai budak pejabat memerlukan kelulusan tertentu. Tetapi untuk menjadi Yang Berhormat, menteri, bahkan Perdana Menteri tidak memerlukan apa-apa sijil atau kelulusan. Yang kecewa, yang tidak dapat nikmat yang dikejar lupa akan nikmat perpaduan dan mereka tinggalkan UMNO untuk tubuh kesatuan mereka sendiri. Dengan ini mereka akan dapat dicalon oleh parti mereka untuk bertanding dalam pilihan raya yang akan datang.

    13. Kumpulan pertama yang menubuh parti serpihan terdiri daripada ulama dalam UMNO yang kecewa kerana permintaan mereka supaya 10 daripada mereka dicalonkan oleh Tunku Abdul Rahman ditolak olehnya dan hanya satu sahaja yang diberi kepada kumpulan ini.

    14. Tetapi Tuhan Maha Kaya. Rata-rata orang Melayu terus menyokong UMNO yang mana ini memberi kemenangan kepada UMNO dan rakan-rakannya. Demikianlah besarnya sokongan ini sehingga British terpaksa serah kuasa kepada Perikatan ciptaan UMNO. Jika Parti Islam mendapat lebih daripada satu kerusi, nescaya kemerdekaan tidak tercapai pada 1957.

    15. Tanpa merampas hak orang lain, pemerintahan yang bertunggak kepada Melayu berjaya membangunkan negara dan memberi kepada bangsa Melayu dan bumiputera lain pelajaran, latihan dan peluang yang tidak pernah dinikmati oleh mereka semasa dijajah.

    16. Berkat semua ini maka terpulihlah maruah bangsa Melayu. Alhamdulillah. Ramalan bahawa pemerintahan yang dipimpin Melayu ini akan merampas hak dan harta kaum lain tidak menjadi kenyataan. Sebaliknya pimpinan yang diterajui Melayu berjaya memajukan negara sehingga dikagumi dunia.

    17. Semua ini terang dan nyata. Dunia akui kebolehan orang Melayu yang memimpin Malaysia. Tetapi mereka belum sampai ke tahap bersaing dengan kaum lain terutama dalam bidang perniagaan dan perusahaan.

    18. Malangnya kejayaan yang sedikit ini telah menjadikan mereka bongkak dan tamak. Rebutan kuasa antara mereka terus berlaku dan rebutan yang berpunca kepada ketamakan individu tertentu menyebabkan perpecahan dan serpihan daripada parti utama mereka.

    19. Mereka yang kecewa kerana gagal merebut tempat menghasut ahli-ahli dan pemimpin kerdil untuk menyertai mereka, untuk menjayakan hasrat sempit mereka merebut kuasa, terutama untuk menjadi Perdana Menteri. Untuk ini mereka membohong, menyalahtafsir agama, menyokong orang lain yang tidak suka melihat orang Melayu meraih walaupun sedikit kekayaan, kedudukan dan nikmat yang terdapat di negara ini. Hasilnya ialah perpaduan Melayu diganti dengan perpecahan. Orang Melayu yang dahulu digeruni oleh British kerana kukuhnya perpaduan mereka, sekarang berpecah kepada tiga kumpulan kecil yang terpaksa mengemis untuk mendapat sokongan orang lain termasuk mereka yang menentang segala usaha untuk mengimbangkan kedudukan orang Melayu dengan kaum-kaum lain.

    20. Sokongan orang lain ini tidak diberi secara percuma. Jika mana-mana daripada parti Melayu ini memenangi pilihan raya dan mendirikan Kerajaan, tak dapat tidak Kerajaan ini akan terpaksa mengikuti telunjuk orang lain. Melayu tidak lagi akan menjadi tunggak kepada pemerintahan negara yang mereka rela berkongsi dengan orang lain. Mereka akan jadi puak minoriti dalam pakatan yang mereka sertai. Inilah yang akan terjadi hasil perpecahan orang Melayu.

    21. Siapakah yang membawa malapetaka ini. Tak lain tak bukan malapetaka ini dibawa oleh orang Melayu sendiri - orang Melayu yang tamak, orang Melayu yang kurang pintar, orang Melayu yang mudah dipengaruhi nafsu, yang mudah dikuasai oleh perasaan benci apabila dihasut.

    22. Orang Melayu sudah lupa akan betapa hinanya mereka semasa dijajah dahulu. Mereka tidak pun mengakui akan nikmat yang banyak yang dinikmati oleh mereka setelah merdeka dan mereka menerajui Kerajaan - Kerajaan Malaysia merdeka. Oleh kerana lupa dan tidak bersyukur, mereka rela supaya perpaduan yang memberi kekuatan kepada mereka dimusnahkan. Mereka sanggup dipecah dan dipisah daripada kuasa yang sedikit yang ada pada mereka.

    23. Sebab inilah yang saya sedih. Bangsa saya jelas tidak dapat menangani kejayaan. Bangsa saya mudah lupa. Bangsa saya tidak tahu bersyukur. Bangsa saya tidak tahu mengambil iktibar daripada nasib yang menimpa kaum sebangsa yang hari ini tinggal di wilayah yang dikuasai orang lain.

    24. Jangan bersedih dan bersimpati dengan saya. Bersimpatilah dan bersedihlah dengan diri sendiri, dengan anak cucu yang akan alami masa depan yang gelap kerana kita tamak dan begitu benci kepada bangsa dan pemerintahan oleh kita sendiri.

    Aku copy dari SINI

    Sedihnyaaaaa.... tapi aku yakin, bapa kepada Tun Mahathir jika masih hidup sudah tentu lebih sedih lagi kerana anaknya menafikan hakikat bahawa keturunan mereka datangnya dari Karala, India bukannya Indonesia..

    Tak apalah... sebagai menghormati orang yang lebih tua dari kita.. kita anggaplah yang bangsa Melayu ini asalnya dari India bukannya Indonesia...
  • Bung Mokhtar pun tak faham mengapa Nurul Izzah tak dibenar masuk Sabah

    Posted: Fri, 31 May 2013 02:17:00 +0000

    Ahli parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin menyelar tindakan pejabat Ketua Menteri Sabah menghalang Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar memasuki Sabah.

    “Saya tak faham mengapa Nurul tak dibenarkan memasuki Sabah. Kalau ini benar, satu kesilapan dan malapetaka.

    “Saya rasa ini adalah kesilapan yang besar dan perlu diperbetulkan,” kata Bung Mokhtar dalam twitternya.

    Nurul Izzah tidak dibenarkan imigresen Sabah memasuki negeri ini ketia tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA kira-kira jam 7.30 malam semalam.

    “Saya ditahan oleh imigresen Sabah dan diarah pulang oleh pejabat ketua menteri Sabah. Beginilah nasib demokrasi pasca-PRU 13,” kata ahli parlimen Lembah Pantai itu dalam twitternya.

    Beliau juga tidak dibenarkan berjumpa ahli parlimen Penampang, Darell Leiking yang bertindak sebagai peguamnya.

    “Saya tidak dibenarkan berjumpa peguam dan diiringi tiga pegawai yang memaksa saya masuk ke dalam pesawat,” tulisnya.

    Izzah berkata, terdapat ahli parlimen lain yang tidak dibenarkan memasuki Sabah.

    Apabila ditanya nama mereka, pihak imigresen berkata ia adalah rahsia.

    Dalam pada itu Nurul Izzah turut meyampaikan ucapan selamat hari Kaamatan kepada rakyat Sabah yang akan menyambutnya hari ini.

    “Selamat hari Kaamatan Kepada rakyat Sabah. Maaf, tidak dapat bersama kalian. Tapi ingat, hubungan kita sebagai rakyat Malaysia akan lebih kukuh,” kata Nurul dalam twitternya.

    ~ Keadilandaily
  • Tak mahu bayar upah.. Hartawan yang membantu kempen BN Pulau Pinang larikan diri?

    Posted: Thu, 30 May 2013 12:00:00 +0000

    Menjelang PRU13 yang lalu, Pulau Pinang telah dibanjiri puluhan ribu bendera 1Malaysia yang dipasang hingga menyemak mata memandang..

    Oleh kerana bendera tersebut terlalu banyak untuk dipasang ianya telah dipasang secara rapat hingga membuatkannya tidak boleh berkibar malah kucing pun bermasaalah untuk melintasi deretan tiang bendera itu..

    Walaupun ianya memaparkan logo 1Malaysia kebanggaan Najib, ianya dinafikan milik Barisan Nasional oleh Ketua Pemuda Barisan Nasional Pulau Pinang.

    Ada yang mendakwa kerja-kerja memasang bendera itu telah diserah kepada beberapa kumpulan kongsi gelap yang dibiayai kos nya oleh seorang hartawan yang menyokong Barisan Nasional..

    Terjemahan dari laporan oleh Kwong Wah eNews ini membuktikan dakwaan oleh ramai penduduk itu adalah benar rupanya..

    Dan sebagaimana yang biasa dilakukan oleh pemimpin-pemimpin UMNO/BN yang ada iaitu membayar separuh dulu upah untuk kerja-kerja yang dilakukan, bakinya dijanjikan selepas PRU..

    Selepas PRU... maka janji tinggal janji..

    Maka begitulah nasib kumpulan-kumpulan Kongsi Gelap yang mengambil upah memasang bendera itu.. dijanjikan separuh lagi upah selepas PRU13..

    Tapi oleh kerana Barisan Nasional gagal merampas Pulau Pinang dari Pakatan Rakyat.. towkay pun lari.... kah.. kah.. kah..

    Pulau Pinang - Seorang hartawan di sebalik tabir yang membantu Barisan Nasional semasa kempen PRU telah melarikan diri selepas BN Pulau Pinang tewas, menyebabkan kumpulan sindiket perjudian dan kumpulan kongsi gelap yang menjalankan kegiatan menerima wang pertaruhan dan mengikat bendera tidak dapat baki ganjaran yang sepatut mereka terima , ini menyebabkan kumpulan berkenaan mula melaksanakan pencarian dan berikrar akan mencari hingga dapat hartawan berkenaan.

    Selepas Najib mengistiharkan pembubaran parlimen bulan Mac yang lalu , Pulau Pinang telah muncul satu kumpulan kewangan yang “membantu secara rahsia” untuk merampas kuasa pemerintahan Pulau Pinang.

    Menurut sumber, hartawan berkenaan telah menghubungkan kumpulan kewangan berkenaan dengan kumpulan-kumpulan sindiket perjudian dan ketua-ketua kongsi gelap.

    Tambah sumber itu lagi, hartawan berkenaan pada masa itu meminta kumpulan sindiket perjudian meningkatkan kadar kemenangan pertaruhan sebanyak 18 hingga 20 kali ganda , ini membolehkan mereka menggunakan taktik “kalah duit pertaruhan” untuk meningkatkan perluang kemenangan BN di Pulau Pinang, pada masa yang sama kumpulan berkenaan “membiayai” ahli kongsi gelap untuk memasang bendera 1 Malaysia di setiap jalan.

    Dari maklumat yang diberikan , hartawan berkenaan menyatakan bahawa kumpulan kewangan tersebut bersetuju membayar separuh ganjaran terlebih dahulu dan baki akan dibayar selepas PRU kepada kumpulan-kumpulan sindiket perjudian dan geng-geng kongsi gelap, memandangkan ganjaran yang ditawarkan agak menarik , apatah lagi separuh ganjaran akan dibayar terlebih dahulu , maka ketua kumpulan dan geng-geng berkenaan menerima syarat-syarat yang dikemukakan oleh hartawan berkenaan .

    Namun pada hari pengundian , kemenangan telah memihak kepada Pakatan Rakyat , kumpulan kewangan berkenaan telah memungkiri janji, tidak mahu memberi baki ganjaran kepada hartawan tersebut untuk diagihkan kepada kumpulan-kumpulan sindiket perjudian dan kongsi gelap.

    Bimbang drirnya akan dikenakan tindakan oleh kumpulan sindiket perjudian dan kongsi gelap itu, hartawan berkenaan telah melarikan diri keluar dari Pulau Pinang sebelum keputusan diumumkan.

    Menurut maklumat , kini kumpulan sindiket perjudian dan kongsi gelap sedang giat mengesan hartawan berkenaan , tetapi sehingga kini mereka masih gagal menemuinya.

    Diterjemahkan dari Kwong Wah eNews oleh ini kalilah!
  • Khalid Samad hentam 'Din Ayam' dan konco-konconya?

    Posted: Thu, 30 May 2013 09:39:00 +0000

    Timbalan Pesuruhjaya PAS III Selangor Khalid Samad menyalahkan kumpulan 'pembodek' pemimpin PAS yang membolehkan calon parti itu bertanding di DUN Kota Damansara sehingga Pakatan Rakyat gagal mempertahankan kerusi itu dalam pilihan raya umum 5 Mei lalu.

    Mengemukakan empat kesan "tidak baik" sebagai bukti kesilapan PAS bertanding di situ, Khalid yang juga ahli parlimen Shah Alam menegaskan perkara itu perlu diakui oleh semua pihak khususnya pemimpin PAS. 

    Menulis dalam blognya hari ini, Khalid menggariskan empat akibat tindakan ahli PAS itu, antaranya hubungan PKR dan PAS menjadi tegang, hubungan sesama ahli parti terjejas dan komitmen PAS dalam Pakatan dipersoal masyarakat.

    Ini apa yang ditulisnya..
    Oleh kerana banyaknya tulisan yang membincangkan isu Kota Damansara (KD) sedang tersebar melalui blog, komuniti online, laman sosial dan sebagainya; dan sebahagian besar darinya diselitkan fakta dogengan dari penglipur-lara, maka saya rasa terpanggil untuk menulis respon terhadapnya. Ini adalah untuk menyelamatkan sahabat-sahabat yang bersifat lurus dari tertipu dengan fakta-fakta dogengan sehingga memanjang-manjangkan fakta tersebut dan dengan itu mendapat dosa kering. 
    Saya menulis respon oleh kerana mengambil kira dosa yang mungkin akan ditanggung mereka yang lurus ini dan bukan untuk membela diri semata-mata kerana seperti selalu, saya amat berterima kasih atas ‘pahala subsidi’ yang dihasilkan untuk saya oleh golongan-golongan penglipur-lara ini. 
    Dulu ini juga yang saya alami apabila berhadapan dengan bekas Pesuruh Jaya PAS Selangor yang ingin gagalkan PR. Terdapat orang sama juga yang terlibat dan perkara yang sama seolah berulang kembali. Walaubagaimanapun, kesudahan kepada kisah penglipur-lara ini masih belum tamat dan insyaAllah akan dapat kita saksikan bersama. 
    Saya akan keluarkan respon saya secara berperingkat. Pertama berhubung strategi, kedua dari sudut akhlak jamaah Islam; ketiga berhubung 2 kawasan contoh dan keempat kisah dogeng berhubung KD. Harap tunggu semua tersiar, baca kesemuanya, baru respon sekiranya mahu. 
    Pada bahagian keempat penulisan ini saya akan cuba senaraikan fakta dogengan penglipur-lara rekaan golongan ini. Amatlah mendukacitakan apabila dilihat sebahagian dari mereka terdiri dari golongan yang berlatarbelakangkan Agama Islam. Sepatutnya mereka inilah yang menasihati golongan pereka cerita untuk berhenti dari menabur fitnah. 
    1) BERTANDING DI KOTA DAMANSARA DARI SUDUT STRATEGI 
    Ketepatan dan kebijaksanaan di sebalik sesuatu keputusan atau strategi biasanya akan dapat dibaca sebaik sahaja ianya dilaksanakan dari kesan dan natijah yang terhasil. Sebagai contoh mudah, keadaan seorang pemandu yang apabila tiba di simpang tiga tidak tahu hendak ke kiri atau ke kanan. 
    Beliau membuat keputusan untuk ke kanan dan selepas setengah jam memandu mendapati keputusannya tersilap! Dari Kajang nak ke KL tiba-tiba baru disedari menuju ke Seremban! Beliau bukan berada di tempat yang ditujui, malahan semakin jauh. Natijahnya adalah bukti keputusannya silap. 
    Berdasarkan natijah yang tercapai, hakikat bahawa pertandingan tiga penjuru di Kota Damansara adalah satu kesilapan pasti diakui oleh semua yang bersikap objektif dan terbuka, yang melihatnya dari sudut yang tepat, terpisah dari sebarang perkiraan peribadi. 
    Hakikatnya, hasil dari tindakan ahli PAS di Kota Damansara bertanding setelah PKR menurunkan Dr Nasir sebagai calonnya, natijahnya tiada satu pun yang baik. Kecuali, dapat memuaskan nafsu golongan yang teringin sangat bertanding. 
    Mari kita lihat pada natijahnya secara objektif dan jawab sendiri samada tindakan tersebut lebih maslahahnya atau mafsadahnya bagi PAS. Maka apakah natijah-natijahnya? 
    Ianya seperti berikut: 
    i) Kerusi Kota Damansara jatuh pada UMNO/BN.Rakyat ingin menolak UMNO/BN tetapi tindakan PAS menyebabkan pengundi-pengundi Kota Damasara terpaksa menerima UMNO/BN sebagai yang mewakili mereka. Dari sudut ini kita telah khianati kehendak rakyat dan kehendak Pakatan Rakyat sendiri. Sedangkan UMNO adalah saingan utama PAS dan memenangkan UMNO merugikan PAS. 
    ii) Hubungan PKR dan PAS menjadi tegang dengan tersiarnya kenyataan tegur-menegur yang dieksploitasi akhbar. Hubungan di Kota Damansara sendiri sudah pasti rosak dan isu ini mampu juga merosakkan PR sehingga diperingkat seluruh Negara apabila dilihat tindakan PAS menyebabkan PKR kehilangan satu kerusi. 
    iii) Hubungan PAS dengan PAS juga terjejas apabila ahli yang tidak setuju dengan tindakan ‘melanggar janji’ oleh PAS KD dituduh pula sebagai terlalu pro-PKR atau pro PSM! Saya diberitahu Cikgu Pa (SUA) sendiri telah diserahkan borang keahlian PSM oleh ahli-ahli PAS KD pada malam beliau turun ke KD untuk mengesahkan calon PKR sebagai calon PR yang rasmi. 
    iv) Komitmen PAS terhadap PR dipersoalkan masyarakat apabila dilihat PAS sanggup memenangkan calon UMNO di KD. Sepertimana PSM dituduh agen UMNO/BN di Semenyih, kerana sanggup memecahkan undi PR, begitu juga tuduhan sama dilemparkan terhadap PAS hasil tindakan PAS KD. Maka hantu UG dihidupkan kembali oleh musuh musuh PAS yang ingin masyarakat sangsi terhadap PAS! 
    Amat jelas bahawa kesemua 4 natijah di atas yang dihasilkan adalah tidak baik. Lainlah kalau memang terbuku dihati ingin UMNO menang, supaya hubungan PAS/PKR tegang, PAS/PAS bergaduh dan masyarakat sangsi akan komitmen PAS terhadap PR! 
    Oleh itu, amat jelas juga bahawa bertanding di KD tidak berbaloi! Sekiranya tindakan sebaliknya diambil pada masa itu (persimpangan untuk membuat pilihan), kesemua natijah buruk di atas insyaAllah dapat dielakkan. UMNO tersungkur di Kota Damansara, hubungan PAS/PKR dan PAS/PAS serta imej PAS tidak terjejas. 
    Oleh itu dari sudut strategi ianya perlu diakui sebagai satu kesilapan dan ditolak. 
    Apabila diakui sebagai kesilapan dan ditolak, tidak bererti ditolak orang-orang tertentu. Kita semua faham keputusan berhubung strategi itu adalah ijtihad. Dan pemimpin berhak membuat ijtihad. Tetapi sepertimana kita juga tahu, ijtihad itu boleh betul atau tersilap. Ijtihad silap oleh pemimpin atau hakim tetap mendapat satu hasanah selagi ianya dibuat secara ikhlas. 
    Walaupun mendapat satu hasanah, tidak bererti ianya perlu dipertahankan setelah kesilapannya jelas kelihatan. Mempertahankan ijtihad yang salah, setelah sudah jelas kesilapannya adalah kerja-kerja membodek pemimpin yang dikutuk Allah! 
    Ringkaskan cerita, saya di sini ingin isytiharkan, sekiranya tiada siapa yang lain sanggup memberitahu pimpinan bahawa mereka tersilap, biarlah saya seorang menyatakannya!
    Dahulu semasa menyanggah Hassan Ali pun saya seorang diri, maka biarlah kali ini juga saya seorang diri. Yang lain boleh teruskan menyatakan ‘sayang’ mereka terhadap pimpinan dan terus ‘membodek’ mereka. 
    Sedangkan sayang pimpinan bukan isunya di sini. Dan sekiranya benar sayang sekalipun, betulkan mereka apabila mereka tersilap bukan terus membodek mereka. Itu sayang yang sebenar. 
    “AsSidduku amaanah wal kadzibu khiyaanah”, kata-kata Saidina Abu Bakar (RA) kepada ummat Islam sebaik sahaja beliau dipilih menjadi khalifah. Cakap benar (iaitu menegur apabila berlaku kesilapan) adalah amanah dan berdusta (iaitu membodek dan menafikan kesilapan pemimpin) adalah khianat! 
    Saya tidak sanggup khianat.
    Bertandingnya PAS di Kota Damansara merupakan satu kesilapan dan natijahnya adalah bukti dan dalil akan kesilapan itu! 
    Saksikan wahai Allah bahawa saya telah memenuhi tanggung jawab saya pada pimpinan saya! 
    Bersambung... 
     
    WaLlahu 'Alam
    KHALID SAMAD

    Kan aku dah kata.. ada PENGKHIANAT bersama kita.. kalau nak tahu siapa 'Din Ayam' sila baca di SINI

    Itu baru di Selangor.. di Perak, Kedah dan Pulau Pinang pula bagaimana?

    Yusni Mat Piah pulak siapa dalam pimpinan PAS Pulau Pinang nak tegur dia?.. atau dia memang sangat berpengaruh dan hebat dalam PAS Pulau Pinang hinggakan Pesuruhjaya PAS negeri pun takut nak tegur apa yang dia dah buat di Sungai Acheh..

    Apa yang dia dah buat di Sungai Acheh sila baca di SINI
  • Menentang Kerajaan dianggap Penderhaka.. Dr. Maza tanya fatwa ni berapa harganya Harussani ?

    Posted: Thu, 30 May 2013 07:30:00 +0000

    Sabtu lalu, penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin atau CheguBard menyeru rakyat Malaysia menjadi sukarelawan ‘Suara Rakyat 505' untuk menggesa pimpinan SPR meletakkan jawatan.

    Mengulas mengenai pekara itu.. Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, mereka yang tidak berpuas hati sepatutnya guna saluran betul iaitu mahkamah dan bukan melakukan demonstrasi di jalan raya.

    “Sebarang usaha untuk menentang kerajaan yang sah, itu namanya penderhaka. Menentang secara aman pun dianggap sebagai penderhakaan kepada negara.

    “Apatah lagi, jika ada yang mahu melakukannya dengan keganasan. Kalau tidak puas hati, failkan petisyen ke mahkamah. Mengapa mahu tunjuk perasaan?”

    “Kalau sampai mengancam nyawa orang lain, itu sudah tergolong dalam dosa besar. Mereka perlu bertaubat segera,” katanya semalam.

    Menentang secara aman pun dianggap sebagai penderhakaan kepada negara??.. hmmm... fatwa apa pulak ni?? Fatwa demi UMNO ke?

    Tak apa.. kita lihat apa pula ulasan Dr. Maza mengenai fatwa terbaru Tan Sri Harussani ini..

    Berapa harga fatwa tu?.. kah.. kah.. kah..
  • TV3 Kantoi lagi.. kali ini insiden bot karam pula..

    Posted: Thu, 30 May 2013 05:18:00 +0000

    Bila kebanyakkan media menyiarkan laporan mengenai insiden bot karam ini.. mula-mula aku tak peduli sangat, sebab aku hanya melihat gambar diatas yang disiarkan oleh kebanyakkan media tu..

    Aku tak berminat untuk membaca berita yang disiarkan itu, kerana dari gambar aku menyangka tak ada di Malaysia yang dah merdeka lebih 55 tahun ni orang naik bot sampai kena duduk atas bumbung..

    Bila TV3 siarkan laporan mengenainya baru aku berminat nak ambil tahu.. rupa-rupanya insiden ini telah berlaku di Sarawak yang dikatakan sebagai kubu kuat Barisan Nasional bukannya Bangladesh seperti mana yang aku sangka..

    Maka timbullah persoalan.. kenapa negeri yang kaya dengan hasil sumber semula jadi ini dan Ketua Menterinya dibayar paling mahal gajinya (lihat di SINI), sungai masih dijadikan sebagai jalan utama?

    Sepatutnya sebagai kubu kuat.. kemudahan yang ada sudah pasti memuaskan hati rakyat untuk membolehkan mereka kekal menyokong Barisan Nasional..

    Kemana menghilang kekayaan negeri?

    Apa yang TV3 laporkan.. seolah-olah negeri yang menjadi Kubu Kuat atau Fixed Deposit Barisan Nasional itu mempunyai kemudahan jalan darat yang baik.

    Dan tambang yang dikenakan adalah murah hingga menyebabkan penduduk sanggup merisikokan nyawa mereka untuk menggunakan perkhidmatan feri itu.

    Semata-mata untuk mengambarkan kepada keseluruhan rakyat Malaysia kononnya Sarawak telah ditadbir dengan baik oleh Barisan Nasional ini..

    Tetapi laporan oleh TV3 itu tenyata bohong sama sekali bila ada individu dari Sarawak mempertikaikan laporan itu dan memohon TV3 meminta maaf atas laporan yang bersifat bohong itu..
    Sumber SINI

    Dan pembohongan oleh TV3 itu telah disahkan secara tidak langsung oleh Utusan yang juga merupakan lidah rasmi UMNO dengan menyiarkan laporan di bawah ini..
    "Jalan darat yang ada terlalu teruk keadaannya dan kami tiada pilihan selain menaiki bot ekspres."

    Demikian jawapan penduduk di daerah ini semasa ditanya mengapa perkhidmatan bot ekspres menjadi pilihan utama mereka untuk keluar ke bandar terdekat walaupun tambangnya agak tinggi.

    Rata-rata penduduk yang ditemui Utusan Malaysia berkata, tambang perkhidmatan pengangkutan air itu tidak semurah yang disangka, sebaliknya agak membebankan terutama kepada mereka yang mempunyai keluarga besar.

    Seorang surirumah yang hanya ingin dikenali sebagai Sonia, 31, memberitahu, tambang bot ekspres dari Belaga ke Kapit dan Sibu masing-masing mencecah RM35 dan RM55 bagi setiap penumpang dan adakalanya lebih mahal pada musim perayaan.

    Beliau berkata, dia dan suami perlu mengeluarkan belanja besar untuk menampung kos mereka dan tiga anak setiap kali mahu pulang ke kampung halamannya yang terletak di Kapit.

    "Tiada jalan darat ke Kapit dan jalan sedia ada cuma menghubungkan Belaga dengan Bintulu dan itu pun sekadar jalan balak yang kerap terputus hubungan akibat tanah runtuh terutama jika hujan.

    "Sebuah lagi jalan darat berturap yang turut menghubungkan Belaga dengan Bintulu sudah siap dibina pihak tentera namun tiada jambatan. Jadi kami menggunakan bot ekspres walaupun mahal dan mengambil masa sehingga empat atau lima jam," katanya.

    Kakitangan awam, Katijah Abdullah, 33, pula berkata, perkhidmatan bot ekspres yang melalui daerah tersebut hanya dua kali sehari, iaitu laluan Bakun-Belaga-Kapit-Sibu pada sebelah pagi serta laluan Sibu-Kapit-Belaga-Bakun pada sebelah petang.

    Jika terlepas perkhidmatan tersebut, katanya, mereka terpaksa menunggu keesokan hari atau memilih pengangkutan darat menggunakan kenderaan pacuan empat roda (4WD) yang dipanggil 'prebet' dengan bayaran RM50 setiap penumpang.

    Sampai bila TV3 nak perbodohkan rakyat Malaysia ni agaknya??

    Bagaimanapun tentang insiden yang berlaku di Sarawak itu.. sebagai rakyat Malaysia selain bersimpati dengan mangsa dan keluarga mangsa, kita juga perlu hormati pilihan mereka..

    Mereka telah memilih untuk terus hidup mundur begitu di bawah pentadbiran yang korup.. itu hak mereka.. jadi raikanlah!!
  • Letak Jawatan?.. Ini Video jawapan Timbalan Pengerusi SPR buat penyokong Pakatan Rakyat..

    Posted: Wed, 29 May 2013 14:59:00 +0000

    Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata, sama ada beliau mahupun Pengerusi Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof tidak boleh sewenang-wenangnya meletak jawatan memandangkan mereka telah dilantik olah Yang DiPertuan Agong dan Majlis Raja-Raja.

    Justeru Wan Ahmad meminta penyokong pembangkang untuk menyemak semula undang-undang dan menghormatinya dengan tidak melakukan sebarang kekecohan yang menggangu-gugat ketenteraman negara.

    "Kita tak bersalah, kita buat pilihan raya dan pilihan raya dah selesai. Ada yang menang ada yang kalah, dan kita buat pilihan raya mengikut segala peraturan dan undang-undang semua," katanya.

    "Kita dilantik oleh Yang DiPertuan Agong, dan oleh Majlis Raja-Raja di bawah Perkara 114 Perlembagaan dan kalau Yang DiPertuan Agong bertitah sedemikian maka baru kena pada tempatnya suruh SPR letak jawatan," jelas beliau.

    Pembangkang telah mengadakan siri perhimpunan haram di beberapa buah negeri seluruh negara mengumpulkan ribuan penyokong yang rata-ratanya masyarakat kaum Cina menunjukkan bantahan terhadap keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

    BN berjaya membentuk kerajaan dengan majoriti mudah apabila menang 133 kerusi daripada 222 kerusi parlimen, manakala Pakatan Rakyat hanya memperolehi 89 kerusi.

    Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucapannya mendakwa kemenangan Pakatan Rakyat 'dirompak' oleh Barisan Nasional (BN) selain menuduh SPR mengkhianati amanah rakyat dengan memberi kemenangan kepada BN.

    Antara tuduhan yang dilemparkan terhadap SPR termasuk isu dakwat kekal, pengundi hantu, keraguan jumlah kertas undi dan 'lampu padam' di pusat pengiraan undi.

    Wan Ahmad dalam pada itu turut menyindir pembangkang yang kononya menolak keputusan SPR sedangkan dalam masa sama mengangkat sumpah sebagai menteri besar dan melantik barisan kepimpinan negeri di Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan.

    "Negeri-negeri pun telah angkat sumpah semua, sebagai exco dan sebagai menteri besar termasuk Pulau Pinang dan Selangor mengesahkan menerima keputusan pilihan raya, ada segelintir yang tidak menerima keputusan pilihan raya.

    "Bila menang pilihan raya dia ikut undang-undang, bila dia kalah pilihan raya dia tak mahu ikut undang-undang beginilah keadaannya nak melayan kerenah pembangkang," katanya lagi.

     


  • "I LOVE PM".. Ianya meloyakan kata bekas Ketua Pengarang Utusan

    Posted: Wed, 29 May 2013 04:06:00 +0000

    Sebelum PRU13 yang lalu Bekas Menteri yang datangnya dari UMNO Tan Sri Zainuddin Maidin telah menjadi sasaran kritikan dari pemimpin dan juga Blogger Pro Pakatan Rakyat kerana beliau mengkritik mantan Presiden Indonesia ketiga, Bacharuddin Jusuf Habibie atau BJ Habibie melalui penulisannya dalam Utusan Malaysia..

    Zainuddin Maidin yang juga bekas Ketua Pengarang Utusan Melayu telah mendakwa Habibie sebagai penyebab berlakunya perpecahan rakyat Indonesia kepada 48 parti politik yang mengakibatkan keadaan politik negara itu dalam porak-peranda hingga kini.

    Habibie menjadi gunting dalam lipatan terhadap Presiden Indonesia Suharto walaupun Suharto yang membawanya kembali dari Jerman untuk kemudiannya menjadi wakil Presiden dan demikian juga yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim terhadap Tun Dr. Mahahtir Mohamad ketika beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri setelah ‘dipungut’ daripada ABIM.

    Diakhir artikelnya Zainuddin menulis Pada hakikatnya mereka berdua tidak lebih daripada “The Dog Of Imperialism.. sila baca artikel itu di SINI

    Baru-baru ini beliau sekali lagi menjadi sasaran kritikan tetapi bukanlah dari Blogger Pro Pakatan Rakyat tetapi dari Blogger Pro UMNO pula..

    Ini berikutan beliau mengesyorkan agar DAP menyertai Barisan Nasional bagi menggantikan MCA yang jelas kini semakin dipinggirkan oleh masyarakat Tiong Hua..

    Malah ada yang mengatakan "Barangkali kekalahannya pada tahun 2008 lalu, telah meninggalkan kesan lekuk dalam otaknya sehingga dia tidak nampak realiti sebenar.".. tulis The Flying Kick di SINI.

    Nampaknya sekali lagi Zainuddin Maidin ini bakal menjadi mangsa serangan Blogger Pro UMNO kerana dalam artikelnya yang terbaru dalam Blog milik beliau Zamkata, beliau menyerang Presiden UMNO pula..

    Ini artikelnya yang bertajuk.. "I LOVE PM". IT IS DISGUSTING

    Dalam masa kempen PU 13, Perdana Menteri Datuk Seri Najib ditunjukan minum makan bersama rakyat di kedai-kedai lepak rakyat biasa di sana sini, di gerai, di cafe di kedai mamak dan sebagainya.

    Penasihatnya berfikir bahawa gambar ini akan menunjukan Najib yang elitis dari keluarga bangsawan hidup seperti rakyat biasa tetapi kepada rakyat adalah "luar biasa" kerana tidak pernah mereka terserempak dengan Najib di tempat-tempat begini.

    Lebih luar biasa apabila diiringi oleh pengawal dan pembantu peribadi. Nampaklah kepura-puraan.

    Kata mantan Menteri Kewangan Daim Zainuddin, Anwar Ibahrim adalah clown (lebih tepat dipanggil Raja Lawak). Kata saya Najib adalah imitator. Penasihatnya berkepala di awan tanpa kaki mencecah daratan. Inilah penasihat yang patut disingkirkan.

    IT LOOKS AWFUL

    Memang hal ini sudah lama terasa di hati, terfikir di kepala, tertusuk di mata tetapi tidak terkata.

    Seorang kawan dalam dunia korporat mengirim pesanan ringkas menepati cita rasa zamkata:

    Katanya, On Daim's remark I agree fully. Najib dosen't need to compete with Anwar and try to imitate his style. It looks awful. Please tell them to stop showig the banner "I Love PM" It is disgusting. Najib Should present himself as a serious statesman not as a student leader style.

    UMNO DALAM KEADAAN PANIK

    Negara belum keluar dari keruncingan politik; keselamatan diancam oleh communist surrogate, tiap hari ada tunjuk perasaan cina baju hitam cemarkan pilihan raya yang sah, berbagai laporan palsu polis dibuat; blackout, dakwat padam, The Star dramatised berita light got out during black 505 rally in Tapah selama 10 minit seolah-olah baru berlaku dan benar-benar berlaku, cuma atas dakwaan pembangkang tanpa pengesahan sesiapapun. Hebat sekali Journalisme The Star.

    Blackout di kawasan sekolah di Sedim Kedah pada hari yang sama juga 10 minit. Semakin banyak laporan sama dibuat semakin ramai orang percaya. Ini strategi mereka.

    Dalam keadaan menghadapi pelbagai cabaran dari raja lawak dan kepala cauvanisme Cina, tiba-tiba muncul pula cerita hendak jadikan BN sebagai satu parti tunggal pelbagai kaum dengan membubarkan semua parti komponen.

    Sesuatu cadangan yang serius patut dikemukakan dalam keadaan tenang bukan dalam keadaan masih ribut. Tidakkah ini menunjukan pemimpin-pemimpin UMNO berada dalam keadaan panik.

    Nak test the ground pun bukanlah masa sekarang ini.

    SUARA PEMBANGKANG SEKEJAP HALAL SEKEJAP HARAM

    Kedua-dua suara cetak parti pembangkang iaitu Harakah dan Suara Keadilan yang telah dibiarkan dijual kepada umum walaupun untuk hanya pengedaran kepada ahli sejak sebelum PU 2008 tiba-tiba diharamkan setelah PU13. Tindakan merampas jualannya telah dibuat.

    Perkara ini lucu, pelek dan ajaib. Apakah ianya haram kerana sekarang KDN di bawah Zahid Hamidi dan halal kerana di bawah Hishamuddin Hussein sedangkan hukumannya memang haram. Atau ada pegawai-pegawai KDN yang pro pembangkang yang memejamkan mata atau kerana sukar untuk mengawal.

    Penjelasan perlu diberikan kepada rakyat supaya mereka tidak terkejut apabila dihalalkan semula jualannya kepada umum. Rupa-rupanya ada undang-undang kerajaan yang boleh sekejap halal sekejap haram.

    Tindakan ini meyakinkan rakyat terhadap kecacatan demokrasi kerana telah sekian lama mereka bebas membeli yang haram.

  • Kalaulah insiden ini berlaku di Kelantan....

    Posted: Wed, 29 May 2013 01:37:00 +0000

    Yang pastinya kalau insiden kekecohan atau rusuhan ini berlaku di negeri Kelantan, sudah pasti macai-macai UMNO dan juga media tunganggan UMNO akan cuba mengaitkannya dengan penyokong PAS..

    Tetapi oleh kerana ianya tidak berlaku di negeri Kelantan tetapi di negeri Pahang tak adalah cerita macam tu..

    Kekecohan berlaku di Stadium Darul Makmur pada perlawanan separuh akhir Piala FA antara Pahang bertemu Johor Darul Takzim malam ini apabila sebahagian penyokong Johor bertindak memasuki padang kerana tidak berpuas hati perlawanan ditunda.

    Kejadian itu menyebabkan beberapa penyokong Johor cedera kerana terkena balingan objek keras yang dipercayai dari luar stadium.

    Polis bertindak cepat dengan mengawal keadaan supaya tiada kejadian tidak diingini berlaku. Tindakan berkenaan dipercayai akibat tidak berpuas hati kerana pasukan Johor Darul Takzim enggan meneruskan perlawanan walaupun polis sudah memaklumkn keadaan terkawal dan selamat kira-kira jam 10.15 malam.

    Terdahulu perlawanan sepatutnya bermula kira-kira jam 8.45 malam namun ditangguhkan apabila penonton melimpahi ke kawasan trek dan padang sebelum pasukan keselamatan mengarahkan mereka berundur dan memasuki kawasan tempat duduk.

    Keadaan itu memaksa Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah terpaksa turun ke kawasan trek dan padang untuk memujuk penonton beransur-ansur meninggalkan kawasan berkenaan supaya perlawanan dapat dimulakan.


    Orang kata... biasanya FAM akan hanya mengeluarkan tiket bersesuaian dengan kapasiti sesbuah stadium. Kapasiti bagi stadium Darul Makmur adalah 40ribu sahaja dan diberitakan kemasukan peminat kedua-dua pasukan menjangkau 60 ribu.. mengapa jadi begini agaknya?
  • Tian Chua, Haris dan Tamrin ditahan semula dan Safwan Anang turut ditahan.. (Video Inside)

    Posted: Tue, 28 May 2013 16:59:00 +0000

    Naib Presiden PKR Chua Tian Chang, aktivis Haris Ibrahim dan ahli PAS Tamrin Ghafar ditahan semula oleh polis hari ini beberapa hari selepas majistret enggan memberikan perintah reman untuk ketiga-tiga mereka.

    Sementara menurut laporan dari Twitter, aktivis mahasiswa Safwan Anang turut ditahan petang tadi.

    Keempat-empat mereka ditahan di bawah Akta Hasutan 1948 dan Kanun Keseksaan. Bercakap kepada The Malaysian Insider ahli Parlimen Puchong dan peguam Gobind Singh Deo mengatakan:

    "Polis telah mendapatkan waran tangkap dan sekarang mereka ditahan. Kita masih belum mempunyai maklumat lanjut setakat ini tetapi kami percaya mereka ditahan kerana menghasut. Menurut waran mereka perlu dibawa ke mahkamah secepat mungkin iaitu esok pagi.

    "Kami masih cuba mendapatkan butiran di mana dan pukul berapa mereka akan didakwa. Saya tidak faham mengapa mereka perlu ditahan semalaman jika mereka akan didakwa. Mereka boleh dibawa ke mahkamah esok tetapi waran telah dikeluarkan dan kita perlu hormat itu."

    "Ya," kata Chua apabila dihubungi untuk bertanyakan apakah beliau ditahan.

    Apabila ditanya sebab apa beliau ditahan, Chua berkata: "Saya dibawa ke Dang Wangi."

    Menurut peguam Malek Imtiaz Sarwar, keempat-empat yang ditahan akan didakwa di mahkamah Kuala Lumpur pada pukul 9.00 pagi esok

    Pada 24 Mei, Tamrin, Haris dan Chua dibebaskan selepas ditahan semalaman oleh polis.

    Pakatan Rakyat (PR) terdahulu mengatakan penahanan merupakan tindakan keras secara nasional terhadap pemimpin pembangkang persekutuan.

    Ketiga-tiga dipercayai ditahan berhubung pengelibatan mereka dalam satu forum pada 13 Mei mengenai keputusan pilihan raya 5 Mei yang baru berakhir.

    Minggu lalu aktivis mahasiswa Adam Adli Abdul Halim ditahan kerana menghasut - terlibat dalam forum sama, dituduh menghasut rakyat Malaysia ke jalan raya untuk menjatuhkan kerajaan BN.

    Pelajar berumur 24 tahun itu mengaku tidak bersalah dan dibebaskan dengan ikat jamin RM5,000 dan kes akan mula didengar pada 2 Julai.

  • Tahniah Pengkhianat PAS Kedah! Sumbangan anda dihargai BN akhirnya..

    Posted: Tue, 28 May 2013 09:43:00 +0000

    Kata Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar kesediaan Barisan Nasional (BN) Kedah melaksanakan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di negeri itu adalah sebagai hadiah BN kepada rakyat Kedah.

    Tetapi dalam masa yang sama perlu diakui ini juga adalah hadiah atau penghargaan dari Barisan Nasional buat Ahli-ahli PAS yang telah membantu Barisan Nasional merampas Kedah dengan kaedah sabotaj parti.. 

    Oleh itu bersyukurlah.. sumbangan anda kini dihargai oleh Barisan Nasional!!
    ALOR SETAR – Kerajaan Negeri Kedah bersedia melaksanakan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) selepas berjaya merampas semula pentadbiran dari PR pada PRU13. Exco Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja Raya, Datuk Tajul Urus Mat Zain menyokong pelaksanaan AES kerana mahu rakyat mematuhi undang-undang jalan raya. 
    Bagaimanapun, pelaksanaan itu bergantung kepada persetujuan dan perbincangan yang akan diadakan bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kelak. 
    “AES bukan untuk membebankan rakyat tetapi mahu membudayakan pemanduan selamat di samping mengurangkan kadar kemalangan jalan raya di negeri ini. 
    “Kalau kempen jalan raya pun tidak ada kesan, maka kita terpaksa guna kaedah ini supaya pemandu dapat mematuhi had laju di jalan raya,” katanya. 
    Menurutnya, pelaksanaan AES bukan bertujuan memerangkap kelajuan pemandu secara tersembunyi, sebaliknya mahu pemandu lebih berhati-hati. 
    “Kita akan pasang AES di kawasan yang selalu berlaku kemalangan. Kita tidak menganiayai pengguna, malah akan letak papan tanda amaran tiga kilometer lebih awal dari kamera supaya pemandu dapat memperlahankan kenderaan masing-masing,” katanya. 
    Ditanya masa yang sesuai menguatkuasaan AES, Tajul berkata, pihaknya masih belum membuat sebarang keputusan dan perlu perbincangan lanjut. 
    “Kita tidak tahu lagi bila akan pasang di Kedah tetapi kemungkinan besar kita akan pasang,” katanya.

    Sebelum ini, Kerajaan negeri di bawah PR yang diterajui Pas, membuat keputusan menangguhkan terlebih dahulu pelaksanaan AES kerana didakwa membebankan rakyat. 
    Penangguhan itu turut dipersetujui tiga negeri lain yang ditadbir PR iaitu Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan ~ Sinar Harian

    Menurut Mahfuz, selain bersifat hadiah kepada rakyat Kedah ia turut membuktikan Exco Kerajaan Kedah tidak mengetahui langsung apa yang berlaku di sebalik pelaksanaan AES yang menyebabkan Pakatan Rakyat khususnya PAS mendesak agar AES dihapuskan.

    "Mungkin Tajul tidak mengetahui kenapa kita mendesak agar membatalkan terus pelaksanaan AES dan saya rasakan beliau hanya mengetahui AES ini hanya melalui media-media masa milik mereka. sebab itu beliau bersetuju untuk pelaksanaan.

    "Saya yakin jika beliau telitikan kelemahan perjanjian di sebalik pelaksanaan AES tentu beliau akan berfikir dua kali untuk memberi kebenaran pelaksanaanya di Kedah," kata Naib Presiden PAS itu kepada Harakahdaily

    Disini ada contoh bagaimana pengkhianatan dalam Pakatan Rakyat dilakukan.. sila baca di SINI
  • Setelah cubaannya memperbodohkan rakyat Kantoi.. Ini dalih Timbalan Pengerusi SPR

    Posted: Tue, 28 May 2013 06:00:00 +0000

    Siasatan awal Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan sekeping gambar dimuatkan di internet menunjukkan kononnya berlaku insiden lampu padam semasa pengiraan undi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) 5 Mei lalu adalah fitnah dan lakonan itu dirakamkan sebelum PRU13 lagi.

    "Mereka telah melakonkan perkara ini sebelum pilihan raya lagi untuk disebarkan di internet sebagai helah bagi menunjukkan kononnya berlaku kejadian lampu padam, sedangkan ini semua cerita karut.

    "Pada gambar tersebut ditunjukkan kononnya petugas SPR sedang mengira kertas undi dan terpaksa menggunakan lampu bantuan kerana lampu padam sedangkan petugas itu langsung tidak memakai baju SPR,"

    Beliau berkata bukti paling nyata apabila gambar tersebut menunjukkan terdapat ramai pemberita dan jurugambar berada di dalam tempat pengiraan undi sedangkan hakikatnya tidak ada sesiapa yang boleh berada di tempat tersebut melainkan petugas SPR dan ejen calon.

    "Prosedur Operasi Standard (SOP) dan tatacara kerja seperti yang ditunjukkan oleh gambar itu langsung tidak betul... mereka sudah terlupa, hendak menipu tetapi tidak faham tatacara kerja dan tidak matang. 

    "Malah dulang yang digunakan untuk meletak kertas undi juga bukan dulang SPR, bahan dan saiznya berbeza.. banyak perkara dalam gambar tidak ikut SOP SPR," katanya.

    Wan Ahmad berkata sehingga kini tiada sebarang laporan polis dibuat berkaitan dakwaan lampu padam dan itu membuktikan bahawa ia ternyata fitnah pembohongan yang direka-reka dan tidak berasas.

    "Kalau ada lampu padam, tentulah ada ejen-ejen parti membuat laporan polis, mereka mewakili calon, mereka ada di tempat mengira undi, jika lampu padam dia yang akan mula-mula sekali berlari buat laporan polis, tetapi tidak.

    "Malah pada malam pengiraan undi itu juga, saya apabila mendapat 'tweet' mengatakan lampu padam oleh 'cybertrooper' yang tidak bertanggungjawab, kita terus semak kawasan mana, kita semak dengan pengarah negeri kita, Pegawai Pengurus dan saluran sekolah yang dituduh tetapi ternyata tdak ada apa-apa," katanya.

    Itu adalah kata-kata Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad yang dilaporkan oleh Bernama Jumaat lalu.. kononnya kesimpulan itu dibuat hasil penelitian beliau bersama pegawai-pegawainya.

    Bagaimanapun setelah pembohongannya itu disangkal oleh ADUN Seri Serdang (baca di SINI ) dan Rafizi Ramli pula mendedahkan laporan Polis yang telah dibuat mengenai insiden Black-out di Kulim (lihat di SINI ).. Ini pula dalihnya...

    Tanpa sebarang rasa bersalah kerana telah memfitnah penyokong Pakatan Rakyat yang telah bertugas pada hari pengundian itu.. beliau berkata..
    “Baguslah kalau ada bukti kukuh dengan laporan polis dan sebagainya. Saya sedia berjumpa mereka yang mempunyai bukti ini, mendengar masalah yang mungkin terjadi.  
    “Dengan cara ini (bersemuka) lebih elok, kita dapat elak prasangka buruk kerana SPR sememangnya ikhlas untuk laksanakan tanggungjawab yang diamanahkan,” katanya kepada Sinar Harian semalam.  
    Mengulas mengenai tindakan jawatankuasa #siasatPRU13 yang mengemukakan bukti laporan polis yang dibuat pada 9 Mei lalu berhubung kejadian ‘lampu padam’ di Parlimen Kulim Bandar Baharu, Wan Ahmad berkata, pihaknya sedia memberi kerjasama kepada pihak polis bagi menyiasat perkara itu.  
    “Eloklah ada laporan polis biar polis siasat dan kita sentiasa bersedia untuk beri sebarang kerjasama dalam mengetahui keadaan sebenar. Kita ada 26,000 pusat mengundi dan ribuan petugas yang mungkin berlaku kecualian tidak dilaporkan di pihak petugas SPR sendiri,” katanya.  
    Bagaimanapun, beliau berkata, kenyataannya sebelum ini adalah berdasarkan laporan 24 jam yang diterima selepas hari pengundian.  
    “Sebarang kenyataan saya sebelum ini adalah berlandaskan laporan selepas hari pengundian berlaku, kita hubungi petugas kita, polis dan Tenaga Nasional Berhad (TNB), dan tiada laporan (lampu padam) diterima.

    “Kalau bukan pada sumber ini, kepada siapa kita mahu percaya. Jadi bila ada laporan polis kita minta polis siasat,” katanya ~ Sinar Harian..

    Sudah-sudahlah jangan nak spin dan perbodohkan rakyat lagi.. macai UMNO bolehlah diperbodohkan sebab mereka memang bodoh...

    Letak jawatan adalah cara paling baik..
  • Pengurangan harga kereta berperingkat hingga 2017.. sebab PRU14 tahun 2018 ke?

    Posted: Tue, 28 May 2013 03:31:00 +0000

    Semalam aku siarkan.. firma penyelidikan, JF Apex Securities mendedahkan Kerajaan mungkin mengambil masa yang lebih lama untuk menurunkan harga kereta memandangkan langkah itu boleh menjejaskan penguasaan pasaran Proton..

    Dalam nota yang disiarkan oleh Bernama ( SINI ), firma penyelidikan itu berkata kajian daya maju perlu dilakukan untuk melihat impak keseluruhan bagi mengelak gangguan ke atas ekosistem automotif negara..

    Hari ini kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan kementerian itu dan agensi-agensi di bawahnya di Kuala Lumpur, kadar pengurangan harga kereta akan dibuat secara berperingkat-peringkat sehingga 2017.
    Kadar pengurangan harga kereta akan dibuat secara berperingkat-peringkat sehingga 2017, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.

    Katanya, bersandarkan manifesto kerajaan yang telah dibuat pada pilihan raya umum lalu, kerajaan berjanji akan mengurangkan harga kereta antara 20 hingga 30 peratus dalam tempoh lima tahun.

    "Malah, sejak Oktober tahun lepas, harga 10 model kereta popular di negara ini telah menurun secara purata 7.3 peratus," katanya.

    Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan kementerian itu dan agensi-agensi di bawahnya di Kuala Lumpur hari ini ~ Bernama

    Kadar pengurangan harga kereta akan dibuat secara berperingkat-peringkat sehingga 2017.. satu langkah bijak untuk memperbodohkan rakyat sekali lagi..

    2017 tahun yang sangat sesuai kerana 2018 ialah tahun PRU ke 14 bakal diadakan.. oleh itu ianya merupakan tahun akhir bagi UMNO/BN untuk menunjukkan kepada rakyat mereka menepati janji..

    Jika ianya boleh dilaksanakan secara berperingkat mengapa perlu berakhir pada tahun 2017?.. Nak dijadikan manifesto PRU14 pulak ke?
  • Turun harga kereta perlukan masa lebih lama, bukan dalam tempoh lima tahun?

    Posted: Mon, 27 May 2013 16:09:00 +0000

    Antara manifesto Barisan Nasional yang dikemukakan menjelang PRU13 yang lalu ialah menurunkan harga kereta antara 20 hingga 30% secara berperingkat..

    Menariknya apabila Najib mengumumkan manifesto yang diciplak tersebut, pemimpin-pemimpin UMNO/BN yang mengkritik idea menurunkan harga kereta oleh Pakatan Rakyat itu, tiba-tiba menyokong pula idea itu..

    Manifesto yang diciplak dari manifesto Pakatan Rakyat itu tidak menjelaskan berapa lamakah masa yang akan diambil untuk melaksanakannya..

    Namun begitu dakwa Mukhriz "Janji BN untuk menurunkan harga kereta antara 20 hingga 30 peratus dalam tempoh lima tahun adalah realistik dan mampu dilaksanakan.".. lagi sila baca di SINI

    Itu janji sebelum PRU13, tetapi setelah PRU13 berlalu..

    Hari ini firma penyelidikan, JF Apex Securities mendedahkan Kerajaan mungkin mengambil masa yang lebih lama untuk menurunkan harga kereta memandangkan langkah itu boleh menjejaskan penguasaan pasaran Proton..

    Dalam nota hari ini, firma penyelidikan itu berkata kajian daya maju perlu dilakukan untuk melihat impak keseluruhan bagi mengelak gangguan ke atas ekosistem automotif negara.
    KUALA LUMPUR - Kerajaan mungkin mengambil masa yang lebih lama untuk menurunkan harga kereta memandangkan langkah itu boleh menjejaskan penguasaan pasaran Proton, kata JF Apex Securities.

    Dalam nota hari ini, firma penyelidikan itu berkata kajian daya maju perlu dilakukan untuk melihat impak keseluruhan bagi mengelak gangguan ke atas ekosistem automotif negara.

    "Kami tidak menjangkakan perubahan dalam tempoh beberapa bulan akan datang, sementara menunggu perkembangan terkini semakan ke atas Dasar Automotif Negara," kata JF Apex.

    Kerajaan berjanji menurunkan harga kereta antara 20 peratus dan 30 peratus sebelum Pilihan Raya Umum ke-13.

    JF Apex berkata pasaran kereta terpakai akan teruk terjejas jika harga kereta dikurangkan antara 20 peratus dan 30 peratus menerusi pengurangan duti eksais antara 75 peratus dan 105 peratus, yang menyumbang kepada sebahagian besar harga kereta.

    "Pengurangan harga kereta akan mengurangkan insentif untuk menjual kereta terpakai memandangkan nilai kereta terpakai jatuh teruk," katanya.

    Pada masa yang sama, kata firma penyelidikan itu motivasi untuk membeli kereta baharu adalah lebih tinggi memandangkan harga yang murah terutama bagi pembeli kali pertama Model Segmen B.

    Bagaimanapun, minat tidak akan sama bagi pemilik kereta sedia ada yang mahu menjual kereta lama untuk membiayai kereta baharu.

    "Namun impak pasaran kereta terpakai terkawal, memandangkan kerajaan tidak akan membenarkan perubahan drastik dalam sekelip mata kerana ini akan memberi kesan kepada industri automotif secara keseluruhan," kata JF Apex.

    JF Apex juga berkata minat pembeli juga akan terarah untuk membeli kereta import dalam jangka panjang jika pengurangan duti eksais dilaksanakan, dengan pengurangan 30 peratus merupakan penjimatan yang besar.

    "Atas sebab ini, jika pengurangan 30 peratus dilaksanakan, kami menjangkakan permintaan untuk kereta mewah akan meningkat, yang semestinya memberi manfaat kepada pembuat/pengedar seperti UMW (Lexus) dan DRB-Hicom (Volkswagen, Mercedes Benz).

    "Ini akan mengorbankan Proton dan Perodua memandangkan hampir semua komponen kereta berkenaan dipasang dalam negara dan tidak dikenakan duti eksais," katanya. - Bernama 

    Kesimpulan dari hasil penyelidikan  JF Apex ini ialah.. masa yang lebih lama diperlukan untuk menurunkan harga kereta..

    Lebih lama itu mungkin empat tahun lagi atau lebih iaitu ketika menghampiri PRU14 nanti..

    Selain itu untuk mengelakkan Proton dan Perodua yang dikuasai kroni UMNO/BN terkorban dengan penurunan cukai kereta itu adalah lebih baik rakyat diperah untuk membayar cukai itu..

    Ini kerana..'Melayu mudah lupa....' bila tiba PRU14 nanti ramai yang dah lupa manifesto UMNO/BN ini terutama sekali macai-macai UMNO..

    Kalau nak mencekik rakyat dengan GST mereka kata kita perlu mencontohi negara maju untuk turut maju.. tapi pasal apa harga kereta ni tak boleh diikut apa yang negara maju amalkan?

    Tak cukupkah lagi 27 tahun Proton dilindungi oleh Kerajaan?
  • Selain dari Serdang, Black out juga berlaku di Kulim.. Ini laporan Polis nya..

    Posted: Mon, 27 May 2013 15:28:00 +0000

    Kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh Timbalan Pengerusi SPR, Dato’ Wan Ahmad Wan Omar yang memperlekehkan aduan berlakunya kejadian terputus bekalan elektrik semasa pengiraan undi (black-out) amatlah dikesali.

    Beliau juga mempersendakan aduan-aduan ini, kononnya dilakonkan terlebih dahulu dan mencabar sekiranya benar ada kejadian begini berlaku agar laporan polis dikemukakan kepada SPR.

    Semalam, wakil rakyat Sri Serdang Puan Noor Hanim Ismail telah tampil menjelaskan bahawa gambar di internet yang berlegar benar-benar berlaku di dalam kawasan yang beliau tandingi.

    Dengan kenyataan balas YB Noor Hanim Ismail itu, Dato’ Wan Ahmad Wan Omar wajarlah mengemukakan asas bagaimana beliau boleh mempersendakan satu aduan serius yang dibuat mengenai kepincangan perjalanan pilihanraya, tanpa usul periksa terlebih dahulu.

    Hari ini, saya tampilkan satu lagi bukti untuk menunjukkan bahawa Dato’ Wan Ahmad Wan Omar tidak pernah ikhlas untuk menangani aduan kepincangan perjalanan pilihanraya secara ikhlas.

    Beliau mencabar agar ditunjukkan laporan polis sekiranya benar berlaku black-out di mana-mana tempat pengiraan undi dalam PRU13.

    #siasatpru13 berjaya menjejaki satu lagi insiden black-out di Parlimen Kulim Bandar Baharu yang disertakan dengan laporan polis.

    Laporan menyebut:

    “Pada 5/5/2013 jam lebih kurang 0715 malam bekalan letrik terputus di dalam kawasan Sekolah Sri Lindungan Raja, Sedim, Karangan, Kedah. Saya sebagai ketua unit peti undi Kampung Tebuan, Sedim bagi PRU13 N35, P18 dan sebagai agen wakil calon PKR ditempat kiraan undi di sekolah tersebut. Kejadian ini mendatangkan kecurigaan kepada pihak saya berdasarkan perkara ini saya mendapat maklumat daripada pihak TNB dan tiada sebarang bekalan elektrik terputus di kawasan Sedim. Perkara ini disahkan oleh pihak TNB. Pada 5/5/2013 jam 0725 malam bekalan elektrik puih semula berdasarkan perkara ini juga pihak saya merasakan terdapat unsur penyelewengan. Kejadian ini berlaku hanya pada bangunan sekolah sahaja sedangkan saksi-saksi bagi pihak saya melihat kawasan di luar sekolah tiada terputus bekalan elektrik. Sekian repot saya.”

    Dengan adanya saksi dan laporan polis sebegini, secara langsung menjawab cabaran Dato’ Wan Ahmad Wan Omar yang mahu melihat laporan polis yang dibuat.

    Kini, menjadi tanggungjawab beliau untuk menerangkan bagaimana kejadian terputus bekalan elektrik hanya di tempat mengira undi pada ketika undi sedang dikira boleh berlaku, sedangkan TNB menyatakan bahawa tiada sebarang gangguan bekalan eletrik.


    RAFIZI RAMLI
    Pengarah Strategi KEADILAN

    27 MEI 2013
  • Dakwat Kekal Tak Kekal : Anwar & Azizah buat laporan polis terhadap SPR

    Posted: Mon, 27 May 2013 07:44:00 +0000

    Berikutan dakwat kekal yang tak kekal.. Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail membuat laporan polis terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), hari ini.

    Laporan dibuat di balai polis Tropicana berhubung kegagalan SPR melaksanakan penggunaan dakwat kekal pada pilihan raya umum ke-13 lalu.

    “Saya Anwar Bin Ibrahim telah mengundi di dalam PRU ke-13 pada 5/5/2013 di Daerah Mengundi Kubang Semang Parlimen Permatang Pauh pada jam 9.30 pagi.

    “Saya basuh jari yang tercalit dakwat kekal pada jam 5 petang hari yang sama dan mendapati semua dakwat yang dicalitkan pada jari saya telah habis tertanggal.

    “Saya membuat laporan ini untuk menyatakan dakwat itu tidak kekal. Ini bertentangan dengan kenyataan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia yang menyatakan dakwat itu kekal seperti peruntukan Undang-Undang Pilihan Raya.

    “Ini adalah satu penipuan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya,” tulis Anwar dalam laporannya.

    Laporan diterima oleh pegawai bertugas, Koperal Mohd Haswanto Ruslan kira-kira jam 12.45 tengah hari tadi.. ~ Keadilandaily

    Ini pula adalah laporan Polis mengenai perkara yang sama oleh Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail..

    
    Sila klik pada image untuk paparan lebih jelas..
    
  • Himpunan 'Black 505': Empat lagi didakwa

    Posted: Mon, 27 May 2013 04:24:00 +0000

    Empat pemimpin Pakatan, dua di Perak dan masing-masing satu di Negeri Sembilan dan Pulau Pinang, didakwa di mahkamah mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012 berhubung dakwaan penglibatan mereka dalam perhimpunan 'Blackout 505'.

    Setiausaha Pakatan negeri Ong Eu Leong yang didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth mengaku tidak bersalah mengikut Seksyen 9 (1) akta berkenaan kerana didakwa gagal memaklumkan polis dalam tempoh 10 hari sebelum menganjurkan perhimpunan di Batu Kawan pada 11 Mei.

    Di Mahkamah Sesyen Ipoh, MP DAP Ipoh Timor Thomas Su juga mengaku tidak bersalah apabila pendakwaan sama dibacakan ke atasnya behrubung perhimpunan di Dewan Wisma Chin Woo, Ipoh pada 9 Mei. Sementara itu, pemimpin PKR Perak Mohammad Anuar Zakaria juga didakwa mengikut sama berhubung satu lagi perhimpunan di Ipoh pada 11 Mei.

    Di Negeri Sembilan, ketua AMK negeri Nazree Yunus didakwa di Mahkamah Sesyen Seremban mengikut peruntukan sama berhuung perhimpunan di Seremban pada 17 Mei.

    Nazree, seperti juga tiga yang lain, meminta dibicarakan atas dakwaan tersebut.

    Dalam kes Su dan Anuar, mahkamah menetapkan jaminan sebanyak RM4,000 untuk setiap tertuduh, dengan seorang penjamin, dan menetapkan 19 Julai untuk sebutan kes.

    Di Mahkamah Sesyen Butterworh, Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi menetapkan tarikh 27 Jun untuk sebutan kes.

    Timbalan pendakwa raya Amer Hamzah Othman sebelum itu memohon agar mahkamah menetapkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin.

    Ia dibantah peguam Ong, RSN Rayer yang berkata tiada peruntukan untuk mengenakan jaminan ke atas anak guamnya itu, memandangkan Ong diminta hadir ke mahkamah dan bukannya ditahan.

    Katanya, Ong telahpun memenuhi permintaan tersebut dengan hadir ke mahkamah hari ini.

    Ong (gambar atas) diwakili enam lagi peguam, Ong Chin Wen, N Murali, Murali Ram, Lim Boon Beng, Jason Khor dan Ong Yiu Shin.

    ~ Malaysiakini
  • Perkasa dakwa penyokong Pakatan menipu PRU13 sebab itu majoriti besar..

    Posted: Mon, 27 May 2013 01:44:00 +0000

    Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mencadangkan penyokong Pakatan Rakyat (PR) melakukan penipuan dalam Pilihan Raya 2013 dengan mengundi dua kali dan menggesa agar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melakukan siasatan.

    Menurut Perkasa, mereka curiga dengan kemenangan besar parti PR DAP, PKR dan PAS di beberapa kerusi Parlimen.

    "SPR perlu siasat penyokong PR yang mendakwa dapat dua kali kertas undi," kata Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali dalam satu kenyataan.

    "Ini dakwaan serius. Jika benar, bermakna ramailah penyokong PR mengundi dua kali dan sebab itulah PR menambah kerusi Parlimen dari PRU 2008," tambah beliau lagi.

    Menurut Syed Hassan lagi, gesaan Perkasa berdasarkan kepada kenyataan penyokong PR sendiri.

    "Gesaan Perkasa ini adalah merujuk kepada kenyataan penyokong PR yang mendakwa dia berjaya masuk ke Pusat mengundi dan mendapat kerja undi kedua setelah berjaya menghilangkan dakwat dijarinya setelah selesai mengundi ditempat yang sama.

    "Terutamanya di Parlimen Batu Pahat, Bukit Katil, Pasir Mas, Shah Alam, Sepang, Pokok Sena dan lebih 70 kerusi parlimen lain yg dimenangi calon Pakatan Rakyat," katanya.

    Dalam Pilihan Raya 2013, dua calon Perkasa Datuk Ibrahim Ali dan Datuk Zulkifli Noordin bertanding di kerusi Parlimen Pasir Mas dan Shah Alam.

    Walau bagaimanapun, kedua-duanya kalah di kawasan masing-masing.

    PR menyalahkan penipuan pilihan raya menyebabkan mereka tidak menjadi kerajaan walaupun menang undi popular dalam Pilihan Raya 2013. Mereka menang 89 kerusi Parlimen berbanding Barisan Nasional (BN) yang mendapat 133 kerusi daripada 222 kerusi Parlimen.

    Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam perhimpunan sama semalam turut menegaskan beliau menolak idea untuk bekerjasama dengan SPR dan menyokong desakan untuk pesuruhjaya SPR meletakkan jawatan serta merta.

    "Kita tidak akan bekerjasama atau bekerja atau melibatkan diri dengan Suruhanjaya Pilihan Raya yang menipu," kata ketua umum PKR dan menambah "kata dua" akan dikeluarkan jika mereka tidak meletak jawatan.

    Dalam perhimpunan semalam, rakyat membanjiri perhimpunan itu bermula 5.00 petang dan sampai ke kemuncaknya pada 9.00 malam dengan jalan sesak dilaporkan berhampiran Lebuhraya Persekutuan. NGO menganjurkan perhimpunan itu sebagai kesinambungan kempen PR yang bermula dua minggu lalu.

    Disebalik amaran polis, mengatakan perhimpunan digelar "Himpunan SuaraRakyat505" adalah perhimpunan haram, rakyat membanjiri dengan pakaian hitam sebagai simbolik penentangan mereka dan pulang secara aman.

    ~ The Malaysian Insider
  • Ustaz Azhar Idrus (UAI) Kahwin seorang lagi... Selamat pengantin baru dan Tahniah diucapkan..

    Posted: Sun, 26 May 2013 07:47:00 +0000

    Ni tak ada kena mengena dengan politik.. tapi kalau korang nak politikkan pun ikut suka korangla..

    Kira-kira dua jam yang lalu Admin PemudaGombak.Com telah melaporkan bahawa penceramah popular tanah air Ustaz Azhar Idrus (UAI)telah selamat diijabkabulkan dengan anak saudara Tuan Haji Omar bin Tahar, Ketua PAS Cawangan Keramat Permai AU 1, Hulu Klang, Gombak.

    Rentetan itu Ketua Pemuda PAS Gombak, Syarhan Humaizi Abdul Halim mengucapkan Selamat pengantin baru buat Ustaz Azhar Idrus serta mengucapkan Selamat datang ke Gombak buat Ustaz Azhar.

    "Mudah-mudahan kedatangan UAI ke Gombak dapat menyebarluaskan lagi dakwah Islamiyah di bumi bertuah Gombak."

    "Selamat datang ke Gombak dan menyertai kami di Gombak! Kami bertuah menerima ahli baru"..

    Yang menarik pada majlis perkahwinanan Ustaz Azhar Idrus pada kali ini ialah semua madu madu sama meraikan majlis itu.

    Berikut adalah beberapa keping gambar dari majlis perkahwinan itu..

    Ni khas buat Ustaz Azhar Idrus


    Sumber Info PemudaGombak.com dan Akakdisebalikpintu

    Lagi gambar sila lihat di SINI
  • Ketua Pemuda PAS Gombak pula belasah Shamsul Iskandar..

    Posted: Sun, 26 May 2013 07:05:00 +0000

    PAS mengambil sikap terbuka dan menerima kritikan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Mohd Akin berhubung isu pertindihan kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Damansara dan Sungai Acheh.

    “Kenapa nak terasa (dengan AMK) kerana perkara yang tak sepatutnya berlaku sudah berlaku. Mereka ada hak untuk buat aduan dan kritikan.

    “Kalau PAS bertanding dikerusi sendiri tiba-tiba PKR nak juga sudah tentu PAS sakit hati, begitu juga (jika terjadi dengan) DAP,” kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor Khalid Samad ketika ditemui di Kongres PKR ke-9 di Majlid Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

    Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam berkata PAS Selangor sudah selesai membuat siasatan mengenai isu kerusi DUN Kota Damansara dan sudah menyerahkan laporan kepada Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali.

    “Perlu ada siasatan dan bagi orang yang bertindak salah kalau ada kesalahan maka tindakan perlu diambil.

    “Apa yang ditimbulkan Shamsul dalam konteks nak jaga setia kawan dalam PAS, PKR, DAP untuk memperkukuh Pakatan dan PAS mampu menerimanya dengan baik,” katanya lapor Free Malaysia Today.

    Tapi lain pula pendapat Ketua Pemuda PAS Gombak..
    Merujuk kepada laporan media Malaysian Insider yang bertajuk "AMK Selar Presiden PAS kerana mencerca calon PKR semasa kempen PRU13", kami menyelar sikap Ketua AMK Shamsul Iskandar Mat Akin memburuk-burukkan Presiden PAS di hadapan media. Jika seminggu dua lalu Timbalan Presiden PKR mengkritik Presiden PAS rentetan ketidakpuasan hati prestasi PKR Selangor yang ada kena mengena dengan jawatan MB Selangor, hari ini Ketua AMKnya pula mencontohi sikap tersebut.

    Kami tidak kisah untuk AMK mengkritik mana-mana pimpinan PAS, tapi kita ada saluran dalaman yang menjadi amalan kita selama ini. Jika tidak, media Umno/BN akan melaga-lagakannya.

    Jika ia datang dari macai dan media Umno/BN, kami langsung tidak hiraukan namun kali ini AMK pula menjadi penyambung lidah macai Umno/BN yang menghentam Presiden PAS secara terbuka.
    Sahabat Pemuda AMK!
    AMK patut mencelikkan mata untuk membuat penilain terhadap sebahagian calon-calon pilihanraya dan YB-YB PKR supaya tragedi Perak tidak berulang lagi. Inilah perkara yang ditegaskan oleh Tuan Guru Presiden PAS kepada semua rakan-rakan PR sepanjang perundingan kerusi PRU.

    Namun, PKR sambil lewa sahaja mengambil nasihat ini di beberapa kerusi. Presiden PAS tidak mencerca secara spesifik mana-mana calon walapun mempunyai maklumat.Sebagai ingatan, mungkin AMK lupa, sejarah telah menyaksikan sebahagian YB-YB PKR yang diambil secara serkap jarang semata-mata untuk menghadapi pilihanraya sehingga menyebabkan kejatuhan kerajaan PR Perak pada 2008.Bukan itu sahaja, malah sejak PRU 2008 PR dimalukan dengan insiden-insiden YB-YB PKR keluar parti seperti spt di Parlimen Bayan Baru, Parlimen Nibong Tebal, Parlimen Wangsa Maju, Parlimen Bagan Serai dan Parlimen Kulim-Bandar Baru.

    Ini bukan sahaja pengkhianatan kepada rakan-rakan Pakatan Rakyat, malah pengkhianatan besar terhadap mandat rakyat. Perkara ini disentuh dan ditegur oleh pimpinan PAS dalam pertemuan tertutup tanpa melibatkan media seperti yang dilakukan oleh Ketua AMK kali ini.Puncanya tidak lain tidak bukan kerana PKR mengambil sebahagian calon tangkap muat dan berpotensi untuk lompat parti jika menang PRU dengan hanya diumpan dengan wang ringgit.Inilah pengkhianatan yang teramat besar iaitu mereka gagal memilih dan menapis calon yang berwibawa dan berkredibliti untuk berkhidmat sebagai wakil rakyat.

    Inilah yang PAS dan DAP tidak mahu, kemenangan yang separuh jalan sebagaimana berlaku di Perak tempohhari. Tidak cukup dengan itu, PKR bermain kayu tiga membuat rundingan dengan PSM yang tidak pernah menjadi rakan sekutu PR dan perkara ini didedahkan sendiri oleh Setiausaha Agung PSM S Arutchelvan yg juga calon PSM di Semenyih.Ini satu lagi bentuk pengkhianatan yang tidak boleh dimaafkan oleh rakyat.Sahabat Pemuda AMK!AMK sepatutnya sedar dan insaf tentang kekangan serta ketandusan petugas pilihanraya mereka. Ini bukan kata-kata angkuh tetapi sekadar peringatan bersama serta realiti yang berlaku.

    Buktinya, lihatlah di mana-mana sebahagian besar kawasan pilihanraya, petugas-petugas AMK dan PKR hanya pandai bercakap dan tidak cukup untuk menghadapi pilihanraya dan akhirnya ia dibantu oleh jentera Pemuda PAS.Ini suatu hakikat. Ia dilihat oleh rakyat, yang akhirnya menyaksikan ada beberapa calon PKR ditolak di peringkat parlimen sedangkan calon PAS di peringkat DUN menang besar.

    PAS berusaha melahirkan jentera dan petugas yang istiqamah,namun kami bukan macai calon-calon PKR yang hanya nampak muka sehari dua dalam keadaan tiada petugas sendiri.Buat sahabat AMK dan ketuanya, jika ada sebarang ketidakpuasan hati, eloklah dibawa ke perbincangan dalaman PR bukan di media.Jika di media, tambahan pula menghentam Presiden kami maka kami selaku Pemuda Pas sukar menerima kenyataan tersebut dan tidak akan berdiam diri.

    Sedang kami Pemuda Pas boleh menghormati DSAI selaku Ketua PKR sekalipun ada banyak perkara yg mungkin kami tidak bersetuju, jadi molek kiranya AMK pun belajar beradab sebelum kemungkinan ada pula pimpinan yang lain mencerca DSAI di khalayak ramai disebabkan perbuatan tidak beradab itu.Sahabat Pemuda AMK!Ini adalah teguran dan peringatan pada semua sebagai pemuda PR yang ada akhlak dan adabnya.


    Syarhan Humaizi Abdul Halim,
    Ketua Pemuda PAS Gombak.

    Berbeza pendapat tu tak salah.. tapi kalau boleh gunakanlah saluran yang sesuai..kalau berterusan macam ni.. UMNO tentu gembira..

    Siapa yang kurang cerdik dalam hal ini?.. Seorang mengkritik secara terbuka.. manakala seorang lagi pula membalas kritikan itu tanpa usul periksa nampaknya...