Selasa, 28 Ogos 2012

Janji Ditepati: Tak perlu arah penjawat awam hadir

Janji Ditepati: Tak perlu arah penjawat awam hadir

Kompilasi air Pahang, teruknya negeri Najib

Kompilasi air Pahang, teruknya negeri Najib

Adun Umno sertai rumah terbuka Saleh Man

Adun Umno sertai rumah terbuka Saleh Man

Hormati bakal jamaah haji yang sudah tunggu lama

Hormati bakal jamaah haji yang sudah tunggu lama

Umat Islam terkujat setempat? (ISLAM DALAM PUSINGAN BABAK SEJARAH)


Umat Islam terkujat setempat?
  • Rahmat Haron
  • 12:44PM Ogos 13 2012
 
Minggu lalu saya membaca ulasan Profesor Tariq Ramadhan, cucu kepada pengasas gerakan Ikhwan Muslimin (Persaudaraan Umat Islam) Hassan Al Bana di Mesir. Baru-baru ini, Tariq telah hadir melawat Malaysia.

NONEDalam tulisan berjudul, "Being Muslim in the age of Globalisation" terbit di Gulf News, pada 6 Ogos yang lalu, beliau menekankan kepentingan umat Islam untuk membebaskan diri daripada mentaliti mangsa serta berusaha melobi bagi merubah salah tanggapan terhadap Islam dengan menggunakan perkakas alatan moden bagi memperjelas, mendidik dan melibatkan diri dengan dialog.

Ia tentunya suatu saranan yang wajar waras dan memberi pencerahan baru, penyuluh yang menerangi kegelapan terhadap nasib yang menimpa umat Islam, khususnya dan lebih penting umat manusia keseluruhannya.

Cahaya yang terhasil daripada ledakan api ataupun letupan kemusnahan daripada dunia Islam yang tersudut atau disudutkan sebelum dan selepas peristiwa serangan 11 September di Amerika Syarikat.

Islam dalam wacana media antarabangsa Barat telah menjadi sama seperti komunisme di era perang dingin yang lalu. Islam yang kaya dengan ragam amalan budaya dan keilmuannya, dalam sejarahnya yang rumit juga, telah dikotakkan dalam bingkai ideologi sempit.

september 11 2001 wtc attack 911Kenyataannya hari ini, di mana-mana pun juga di dunia, umat Islam memang menjadi mangsa. Di Palestin, Rohingya di Burma, di Kashmir, di Pattani, di Iraq, di Afghanistan.

Ia sepertimana yang didongengkan oleh para penulis seperti Samuel P Huntington dalam The Clash of Civilization.

Di sini ideologi bukanlah tidak menyelidiki masalah yang nyata ada. Ideologi menumpukan terhadap masalah yang benar-benar wujud tetapi ideologi memitoskan kenyataan tersebut menjadi dogma tunggal keyakinan.

Sebagaimana Islam - yang ditanggapi sebagai ideologi - cepat mensejagat dalam apa yang disebut sebagai "lambakan globalisasi maklumat" yang di pacu kepantasan teknologi dan kecepatan pergerakan, atau lebih tepat lagi pergerakan modal kapitalisme.

Kemudiannya di banyak bahagian dunia Islam, di timur tengah sedang berlaku perubahan politik yang memberi pengaruh besar terhadap dunia hari ini. Ini kerana timbul aliran baru yang memecahkan dogma pertembungan tamadun Islam-Barat, apabila bangun gerakan pendemokrasian di dunia Islam.

Di sisi ini, kita dapat melihat nasib umat Islam yang dimangsakan oleh elit pemerintah Islam itu sendiri, seperti di Mesir, Tunisia, Bahrain dan bahkan di Malaysia juga dulu dan kini.

Terjerat dalam selirat Internet
Persoalannya, bagaimana untuk menyeimbangkan yang lokal dan global lantas menjadi glokal di sebalik latar permasalahan ini? Lucu kedengarannya. Apatah lagi di saat sebahagian besar umat manusia di Malaysia menginginkan perubahan pemerintahan dan reformasi politik.

Misalannya bagaimana sikap umat Islam terhadap demokrasi dan hak asasi manusia, khususnya hak-hak minoriti. Kerana umat Islam di Malaysia, sebagai majoriti dapat menikmati hak-hak asasinya, seperti hak untuk mengerjakan ibadat serta tuntutan-tuntutan keagamaan.

Bagaimana pula layanan, dasar dan perundangan kita terhadap umat manusia minoriti di Malaysia pula, yang mana umat Islam menjadi majoritinya pula?

earthUmat Islam di Malaysia atas pengaruh globalisasi maklumat terpaksa atau perlu ambil tahu akan permasalahan umat-umat Islam di belahan dunia lainnya.

Di Xinjiang, umat Islam minoriti Uighur tidak dapat menunaikan ibadah puasa, rukun Islam ketiga atas larangan pihak berkuasa Parti Komunis China.

Manakala, di Thailand dan Burma pula melibatkan umat Islam minoriti di negara majoriti penganut ajaran Buddha. Di Filipina, majoriti penganut Katolik dan minoriti Islam di Mindanoa, Selatan Filipina.

Sebenarnya di dalam setiap permasalahan yang dihadapi oleh umat Islam hari ini, ia sering berbalik kepada sistem pemerintahan, agihan kekayaan, kekuasaan negara tempat mereka bermaustatin, berbudaya dan berkehidupan.

Benar, kita mahukan dunia setempat yang lebih mensejagat. Kita mahukan cahaya matahari dan udara bersih segar masuk ke dalam rumah kita yang gelap. Bermakna kita perlu membuka pintu dan tingkap.

Yang penting kita perlu bersedia, kerana di luar sana terbentang dunia terbuka yang cukup luas dengan segala buruk dan baiknya.

Pada era globalisasi ini, kita semakin jauh meninggalkan politics of disinformation (era maklumat disekat/terhad) dan sedang meniti politics of misinformation (era lambakan maklumat, langit terbuka, pengetahuan tanpa batasan).

Kita di dalam peralihan, barangkali jalan yang belum lagi terbina atau tujuan yang masih jauh. Tetapi di alam maya kita telah terhubung dan bersambung, ada juga yang terjerat dalam selirat laman-laman sesawang di Internet.

Mercu sejarah Mekah dimusnahkan

Kadangkala kita hanya ingin mencari satu jawapan, tetapi carian enjin Google menemukan kita dengan jutaan jawapan terhadap satu pertanyaan.

Beberapa tahun yang lalu kita di kejutkan dengan kontroversi pelakon Rosnah Mat Aris berhubung kenyataannya terhadap isteri Nabi Muhammad SAW, Siti Khadijah.

Pelakon itu bagaimanapun dilaporkan memohon maaf.

Pendapat awam umat Islam Malaysia seperti yang tercermin pada laporan serta perbincangan di dalam media-media tempatan menunjukkan kemarahan yang meluap-luap.

Kini, apakah maklum balas umat Islam Malaysia apabila diuji fikrah pemikiran, keyakinan dan pegangannya, terhadap perkembangan-perkembangan yang berlaku di serata dunia.

al marwa tower part of the abraj al bait towers complex mekah mecca 250209 03Katakanlah apa yang terjadi di Mekah, Arab Saudi. Bulan September tahun 2011, akhbar The Independent, melaporkan mercu tanda bersejarah Islam di kota suci Mekah dimusnahkan bagi memberi laluan pembinaan hotel-hotel gah dan gedung beli-belah mewah. Ia masih tentang Siti Khadijah.

Dalam laporan tersebut, wartawan Jerome Taylor menulis, "The house of the Prophet's first wife Khadijah has been turned into a toilet block."

Manakala makam Khadijah dan datuk Nabi SAW, Shaybah Ibn Hashem Ibn ‘Abd Al-Manaaf di Tanah Perkuburan Al-Ma'ala, juga telah diroboh musnahkan. Pada tahun 1998 dulu, makam ibu Nabi SAW, Aminah binti Wahab juga telah dirobohkan.

Jikalau globalisasi modal menerobos masuk ke kota suci Baitul Maqdis dengan industri persenjataan dan ketenteraannya.

Di Mekah pula, globalisasi modal, kapitalisme dan konsumerisme subur berkembang hasil limpahan rezeki petroleum, lantas bermegah membangunkan kota moden dengan merobohkan warisan sejarah ketamadunan Islam yang amat penting di kota kelahirannya itu.

Bukan pemujaan yang ingin diungkapkan di sini. Tetapi ia sekadar persoalan menguji diri kita sendiri, bagaimana agaknya hendak menjadi umat Islam di Malaysia dan di dunia dalam era globalisasi.

Terutamanya hal bersangkutan pensejagatan modal yang rakus dan dalam masa yang sama cuba menyantuni konsep warisan sejarah silam ketamadunan manusia setempat.

Misalnya Kota A Formosa, di Melaka, meski ia simbol kekuasaan penjajahan Portugis zaman lampau, kita cukup berbangga, melestari dan mengangkatnya sebagai warisan sejarah tanah air dan merupakan salah satu tarikan utama pelancongan negara.

Romantis ideolois berhubung hak asasi

Dalam konteks ini, mampukah umat Islam Malaysia, mengulang sentimen yang bersifat ideologikal dalam nada kemarahan serta kutukan yang sama terhadap pelakon Rosnah Mat Aris, di dalam kes perobohan makam Siti Khadijah serta ratusan tapak-tapak warisan tamadun Islam di Makkah.

Keengganan pemerintah Arab Saudi untuk membolehkan Unesco mengisyhtiharkan tapak-tapak warisan tersebut sebagai tapak warisan dunia, cukup menyedihkan.

Apakah kita benar-benar berupaya untuk keluar daripada kepompong ideologikal dalam mengemukakan sesuatu permasalahan dan mengakui hakikat kewujudan kita - berdiri sama tinggi, duduk sama rendah - atau kerdil, atau jaguh gagah perkasa - di persada antarabangsa, di seluruh jagat raya ini.

Sepertimana yang pernah terungkap dalam gagasan Negara-negara Berkecuali, di Persidangan Afro Afrika, pada suatu lembaran sejarah silam.

NONEAtau benarkah umat Islam Malaysia, lebih kecil lagi orang-orang Melayu - atau orang Umno saja - hanya tertarik dengan isu setempat semata-mata seperti isu DAP kafir harbi atau haram undi DAP?

Pada tahap-tahap tertentu, barangkali saya juga telah jatuh ke tahap romantis ideologis berhubung hak asasi manusia dan demokrasi.

Kerana saya fikir mekanisme hak asasi manusia dan demokrasi, dalam kesemua cacat cela dan kekurangannya, masih tetap dapat kita tanggapi sebagai kunci laluan perhubungan kemasyarakatan- perkakas perundangan dan skema piawaian antarabangsa - alat pertimbangan budaya dan keilmuan masa kini.

Ia agar umat Islam dapat hidup mensejagat, boleh berwujud dan merdeka untuk mengamalkan hak-hak keagamaannya, dalam masa yang sama, turut sama mempertahan, menghormati dan menikmati hak asasi manusia keseluruhannya.

Saya kira hak asasi manusia dan demokrasi dapat menjadi salah suatu jawapan terhadap seruan Tariq Ramadhan:

"Our commitment must be individual, local, national and worldwide. The dynamics that today have made Islam a problem have also transformed it into a question: it is the responsibility of Muslim women and Muslim men to step forward with confident answers."


Agar kita benar-benar menjadi warga setempat dan warga alam semesta (kosmopolitan) yang bermartabat. Maaf Zahir Batin. Selamat Hari Raya.


RAHMAT HARON adalah seorang penyair, penulis dan seniman antara disiplin sepenuh masa. Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya melambangkan pendirian rasmi Malaysiakini.
PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


Kirim sebagai Mohd Najman Yusoff (Bukan anda?)
 
  • Nmr Nik Soh · Pengulas Tertinggi
    semalam dalam program bicara tv9..Fathul Bari berkata 'kita tak boleh juga salahkan Arab Saudi' sekiranya memberi tapak kpd tentera Amerika/Britain or etc..etc untuk menyerang negara2 islam kerna terikat kpd PERJANJIAN(alasan beliau kerana Nabi Muhammad saw juga PATUH kpd PERJANJIAN semasa ingin tunaikan Haji n Baginda membatalkan Hasrat Baginda kerana menghormati PERJAnJIAN) adakah ini alasan yang Relevan kerana Situasi yang dihadapi umat islam sekarang 'berbeza'...bagi Aku perjanjian Baginda kerana mahu MENGELAKKAN pertumpahan darah n Kesusahan pada umatnya akan datang tapi PERJANJIAN GOVT. Arab Saudi dgn negara tersebut itu BOLEH menyebabkan umat islam Menderita n Teraniaya..jadi adakah alasan Fathul Bari itu Relevan?? aku tidak setuju sama sekali..ANDA??
    • Bangsal Mukabuku · Pengulas Tertinggi
      aku cadangkan kau jgn sgt dengar UFB 2... aku bkn xsuka ulamak tp UFB 2 aku tgk mcm xbetul la...hehehe
    • Ahmad Tarmizi · Pengulas Tertinggi · Open International University
      apa sahaja yang saudi buat, UFB akan kata betul jer.
    • Pakai Otak · Pengulas Tertinggi · Dgn Kawan 2
      Akupun tak setuju perjanjian utk menumpahkan darah sperti membiarkan tentera Amerika utk menyerang penduduk awam di Iraq, Iran atau Syria.
  • Hermansyah Abd Rahim Syah · Pengulas Tertinggi · Pengurus Pemasaran dan Pembangunan Korporat NAKHODA CONSTRUCTION SDN BHD di HS PIAU MARKETING
    ISLAM DALAM PUSINGAN BABAK SEJARAH

    Kesan dari perang dunia ke 2 itu amat besar dalam Tata Dunia Baru. 61 Juta meliter, dan orang awam mewarnai perang yang di mulakan dari Rantau Balkan hingga Stalin Gate. Pemain Sejarahnya Jerman dan Tentera Bersekutu yang
    terdiri dari Amerika, Britain, Perancis , Rusia. Jepun juga menaggung akibat yang besar kesan dari perang ini. Pada 6 Ogos 1945 - 9 Ogos 1945 menenggelamkam bumi Hiroshima dan Nagasaki.

    Akhbar Asahi Shimbun Jepun menganggarkan 237,000 jiwa terkorban di Hiroshima dan 135.000 di Nagasaki. Demikian berakhirnya babak sejarah
    Jepun kalah dan menyerah. Tentera Amerika yang menggunakan bom nukler itu menyebabkan Jepun gulung tikar menyerah kalah. Sejak tumbangnya
    Jerman sebagai kuasa Eropah tahun 1945, dan pada tahun itu juga kuasa
    terkuat Asia Jepun ranap dan tunduk sebagai n
    egara yang kalah dalam perang
    antara isi kandungan surat yang di tandatangani Jepun ialah melarang Jepun
    melengkapkan diri dengan senjata Nukler.

    Kesan busuknya perang dunia ini jika dinilaipun Amerika, Britain, Perancis, Rusia
    dalam tentera bersekutu ada kuasa Veto di PBB sebagai prisai. Oleh sebab itu
    kuasa Veto ini undemokratik, tapi siapa berani menerobosnya ? Sebab itu Negara Palestin dengan mudah di hadiahkan tentera bersekutu melalui PBB
    kepada Zionis Yahudi. Itulah kesan penyusunan Tata Dunia Baru

    Buatlah seibu dialog, sejuta ketetapan mengutuk Israel kuasa Veto milik tentera bersekutu yang di biayai pemodal elit Yahudi pada perang dunia ke
    2 itu tetap mempertahankan Israel. Yaser Arafat berapa kali ditipu dalam
    perjanjian dan dialog Palestin masih macam tu juga.

    Bukan saya anti demokrasi, tapi kita harus melihat dengan jiwa yang merdeka bagaimana hakikat persekitaran demokrasi di Amerika tersebut. Siapa yang menentukan siapa yang berkuasa di Rumah Putih. Sejak berdirinya negara
    Zionis 1948 hingga kini, berapa orang Presiden Amerika, dasar luar Amerika
    tentera bersekutu , Nato tetap memihak pada Israel. Lalu seluruh Yahudi
    dari seluruh Eropah, Amerika pulang ke Palestin.

    Jika demikian bermulanya sejarah licik penumbuhannya , maka ummat islam
    terus menjadi mangsa tentera Amerika, Britain dan Nato. Dalam apa jua peperangan mereka saling membantu. Di Irak, Afghaistan , Sekarang Syria dan menuju Iran hasil dari munculnya kekuatan baru Amerika, Britain dan Nato
    grombolan penjajah baru ini bergabung dengan pemodal elit Yahudi menyerbu
    tanah air dunia islam, tujuannya mengawal, mengikut keperluan keperkuan
    yang menawungi pemenang perang dunia ke 2 itu.

    PERLUKAH DIALOG ANTARA TAMADDUN ? Mereka yang cenderung untuk
    mencari jalan penyelesaian ini akan dapat melihat realiti sejarah. Negara negara Arab dunia islam tidak setuju di dirikan negara Israel di Palestin tetapi
    PBB menutup matahatinya. Dengan menggunakan kuasa PBB menolak keingianan negara negara akibatnya, Perang rantau arab tercetus dari dulu hingga kini belum reda Israel masih utuh sebab tentera Bersekutu melindunginya hingga kini. Merekalah pemilik kuasa Veto di PBB apa perlunya
    dialog kata Osama ! Lalu Bom di Balas dengan Bom

    Hari ini dunia dipaksa masuk kedalam Frame demokrasi, andai sahaja Arab
    Spring Hosni Mubarak masih goyang kaki di Mesir, Amerika tutup mata apa yang regim ini buat pada gerakan Islam. Tunisia, Yamen, Libya merupakan sahabat tentera bersekutu. Libya di naungi Rusia. Demikianlah kisah pahit ummat islam
    dalam siri dialog kesatu dialog masalah yang melingkari ummat islam masih kukuh tanpa dapat di rungkai.

    Ada setengah ummat islam melihat kitab suci demokrasi melalui pilihan raya
    dan kuasa undi itu begitu suci tanpa berani menilainya, dengan neraca Al Quran dan Hadis. Kalau kita berani melihat rekod hak asasi yang di promosikan
    Amerika dan Tentera bersekutu Nato pada perang Dunia ke 2 itu berapa juta
    manusia terkorban. Apa hebabtnya rekod hak Asasi mereka ? Sehingga
    orang tak berdosa jadi mangsa perang ?

    Belum Puas, di Iraq, Afghanistan, Somalia, Sekarang menuju area Arab Spring Syria dan Iran. Apakah dunia akan puas kalau ummat Islam di bumi hanguskan
    di tanah air mereka yang berdaulat ? Kecuaian regim regim lama Mesir, Tunisia, Lybia, Yamen memang ada. Tidak amanah dan meninggalkan islam yang telah
    membawa kemuliaan bangsa nereka.

    Oleh sebab dari itu kita jangan terlalu optimis dengan apa yang sedang berlaku
    tanpa melihat jalan panjang yang berliku dalam percaturan tamaddun baru ini.
    Menerut hemat saya, dunia islam harus keluar dari frame ekonomi barat. Bagaimana ? Usaha usaha Saudi melalui Bank Islam berpusat di Jeddah itu sebenarnya ada kaitan menyusun semula saingan ekonomi berasaskan
    Riba dan Sistim kewanngah berdasarkan Syariah Islam.

    Dunia Islam harus berkongsi maklumat penyelidikan, pengembangan ilmu
    ilmu baru dari segenap bidang supaya mengurangkan ketergantungan dunia
    Iislam pada barat. Islam tidak menolak ilmu ilmu baru, Islam hanya menolak
    menyalahkan gunakan ilmu seperti nukler untuk kemusnahan jiwa orang yang tak berdosa, sperti 61 juta nyawa perang tentera bersekutu dengan Jerman
    hampur 400.000 nyawa melayang di Hirishima dan Nagasaki. Sejarah tamaddun ini dibangu amat buruk, sebab itu peduli apa mereka dengan nyawa ummat
    islam di Afghanistan, Iraq, Syria, Iran dan sebagainya. Mereka telah melukis
    sejarah perang dunia dengan buruk, dan jangan mahu mengatakan kami
    jaguh hak asasi. Sejarah adalah dokumen yang sah bukan cerita penglipurlara
    memujuk hati.

    Saya melihat tamaddun islam paling seimbang, bagaimana memelihara hubungan antara manusia, berlainan agama dan latar belakang sosial.
    Contoh paling bersih Khalifah Omar ketika menawan Palestin tiada membumi hanguskan Kristain, Yahudi . Bersih itu sebabnya Yahudi masih wujut di
    Palestin hingga kini. Dalam sistem kewangan kita ada keseimbangan. Tidak melahirkan manusia kapitalis sebagaimana dunia barat kini.

    Dalam Sistem Sosial dan Etika perang Islam ada batas batasnya, Bukan
    seperti Rusia menyerbu Afghanistan menabur Bom. Begitu juga Amerika , Britain dan Nato menyerbu Afghanistan. Tanyalah Hamid Karzai apa pengajaran yang ia dapat ? Tanyalah Najibullah yang akhir digantung
    oleh rakyatnya macam ikan kering.

    Sebahagian dari isi kandungan Al Quran adalah sejarah jatuh bangunanya
    tamaddun manusia. Silih berganti amat malang kalau ummat islam tidak memahami urutan peristiwa ini. Maka menyeibangakan realiti politik masa kini
    dengan kenyataan sejarah itu penting sebab, supaya kita jangan sampai
    ditipu musuh berkali kali kali. Belajarlah dari Rasulullah bagaimana ia membangun Islam dari Mekah, Madinah dimana situasi politik ketika itu juga dari tiga penjuru Regim Qurais, Pemodal elit Yahudi Mekah dan Madinah. Dalam
    situasi itu Islam dibangunkan hingan sampai Afrika, Eropah, Asia Tenggara, Tengah , Amerika ia masih dalam frame permainan. Menghadapi realiti
    politik global masa kini, kita perlu memahaminya dengan garis garis dasar
    wahyu. Itulah keutamaan ummat Islam kini, LA TAKHOFU WALA TAHZAN jangan takut dan jangan sedih. Demikian Allah dan Rasul mengajar kita
  • SirCharlie Verona · Peacemaker di Say no to racism
    "Apakah kita benar-benar berupaya untuk keluar daripada kepompong ideologikal dalam mengemukakan sesuatu permasalahan dan mengakui hakikat kewujudan kita - berdiri sama tinggi, duduk sama rendah - atau kerdil, atau jaguh gagah perkasa - di persada antarabangsa, di seluruh jagat raya ini"

    ~Masih bertungkus-lumus.
Lihat 21 lagi

Felda kawasan Najib tiada air di hari raya

Felda kawasan Najib tiada air di hari raya