Khamis, 7 Jun 2012

Kadir: PAS sekarang seperti Umno zaman Tunku


  • Kadir: PAS sekarang seperti Umno zaman Tunku
    • Abdul Rahim Sabri
    • 5:14PM Jun 7 2012
     
    Presiden penaja Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir memuji PAS dan menyamakannya seperti Umno sewaktu sewaktu kepimpinan perdana menteri pertama Tunku Abdul Rahman.

    Katanya, parti yang menggunakan slogan "PAS untuk Semua" itu tidak mengamalkan rasuah serta menghormati agama dan budaya kaum lain.

    Di samping itu, katanya, PAS menjadikan al-Quran sebagai panduan dan mengambil kira pertimbangan dosa dan pahala dalam tindakan politiknya.

    NONE"(Perjuangan) Umno masa Tunku Abdul Rahman dengan PAS hari ini serupa. Beliau (Tunku) tidak angkuh, kasih kepada kaum Melayu, Cina dan India. PAS pun hormat agama dan budaya semua kaum," katanya.

    Bercakap sewaktu menyampaikan ucapan pelancaran (IKATAN) yang diterajuinya, Kadir bagaimanapun berkata pujian itu tidak bermaksud bahawa parti lain tidak baik, tetapi beliau "tidak sempat untuk mengenalinya".

    Beliau yang juga timbalan presiden Angkatan Amanah Merdeka (AMANAH) berharap IKATAN dapat memberi tumpuan terhadap pembinaan bangsa Malaysia yang bersatu padu, saksama dan bahagia.

    NONEDiminta menjelaskan pujiannya kemudiannya, Kadir berkata beliau memuji PAS kerana parti itu mempunyai "banyak persamaan" dengan Umno sewaktu dipimpin oleh Tunku Abdul Rahman khususnya soal menghormati kaum dan agama lain.

    "Saya boleh masuk PAS tapi kawan-kawan saya tak boleh masuk PAS.

    "Kami percaya untuk membawa rakyat berbilang kaum secara bersama," katanya dalam sidang media selepas menyampaikan ucapannya.

    Sebelum menubuhkan IKATAN, Kadir sebelum ini dispekulasi akan menyertai salah satu parti dalam Pakatan Rakyat, termasuk PAS.

    IKATAN yang baru ditubuhkan, antaranya menjadikan semangat perlembagaan dan amanat kemerdekaan Tunku Abdul Rahman sebagai paksi perjuangannya.
     

     
     
     
    Betui Tu .. Nak Tau Tunku Abd Rahman Jatuh Sebab Apa? Sebab Fitnah Mamak Kutty Mahathir.. Sekarang Mamak Kutty Mahathir Buat Fitnah Yg Sama Kepada PAS seperti Mana dia Buat Kepada Tunku Abd Rahman! Tunku jugak dituduh jadi Agen Cina.. Ikuti Video Pengakuan dari Mulut Tunku Sendiri..
    http://www.youtube.com/watch?v=XyHDBDLTt0A
  • Isme Khairol · Pengulas Tertinggi · UITM
    maknanya PAS dari zaman awal umno lagi dah mmg baik smpai skrg.. cumanya umno jer makin teruk...
  • Mahidi Shahzinan · Pengulas Tertinggi
    Kadir nak minta simpati ka? Kuar UMNO tubuh parti baru.. Kalau benar nak betulkan yang salah tak payah la tubuh parti baru...Pemimpin mcm ni mmg tak boleh percaya..Ala nak kuasa saja ni
    • Ipoh Mali · Pengulas Tertinggi
      Betui Tu .. Nak Tau Tunku Abd Rahman Jatuh Sebab Apa? Sebab Fitnah Mamak Kutty Mahathir.. Sekarang Mamak Kutty Mahathir Buat Fitnah Yg Sama Kepada PAS seperti Mana dia Buat Kepada Tunku Abd Rahman! Tunku jugak dituduh jadi Agen Cina.. Ikuti Video Pengakuan dari Mulut Tunku Sendiri..
      http://www.youtube.com/watch?v=XyHDBDLTt0A
    • Pakai Otak · Pengulas Tertinggi · Dgn Kawan 2
      PAS dah biasa dengan janji dan pujian macam ni..//
    • Azizan Saad · Pengulas Tertinggi
      Tan Sri dah nak betulkan kesalahan UMNO/BN tempoh hari dengan membuka pekung UMNO/BN membeli undi di antara rm200-rm1000. Perkara ini salah ( untuk parti lain je, tapi bagi UMNO/BN tak salah ), Itu baru langkah pertama, masih belum menegur soal rasuah dan mcm2 lagi. Apa reaksi UMNO???? Memang dasar tak boleh ditegur... Nak kata beliau gila kuasa? beliau nak kuasa apa lagi,,, dah hampir 30 tahun dalam barisan kabinet. Sebenarnya, Allah swt dah beri hidayahNya pada beliau supaya keluar daripada parti kotor lagi mengotorkan anggota parti walaupun seorang lulusan al-Azhar ( seperti Dr.Mashitah yg berkata BOLEH melacur diri apabila darurat..kah..kah..kah..kah..hebat ulamak UMNO ni ).
      Tahniah Tan Sri, semoga diberkati Allah swt.
  • Raja Hydar Raja Iskandar · Pengulas Tertinggi · University of Malaya
    Yang penting adil untuk semua kaum dan ikhlas membela nasib rakyat.
  • Hariz Rosdi · Pengulas Tertinggi
    Bagus..taktik yang sangat baik bagi umno/BN pecah..semua yg follow kadir ni org umno /BN..Pakatan Rakyat tetap utuh..
Lihat 24 lagi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan