Khamis, 23 Ogos 2012

Nasi Dagang Gulai Darat Ayam

 
Nasi Dagang Gulai Darat Ayam
Nasi_dagang_gulai_darat_ayam_ready



Bahan-bahan ( 4-6 orang )
  • --->Bhn nasi dagang<---
  • ½ kg beras nasi dagang
  • 1 genggam beras pulut
  • 3 ulas bwg merah + 2 ulas bwg putih + 1.5 inci halia + 1btg serai(semua dihiris nipis & kecil2)
  • ¾ cawan pati santan
  • 2sdk halba (fenugreek)

  • --->Bhn gulai ayam masak darat<---
  • ½ ekor ayam (potong ikut saiz disukai)
  • 2 sdb rempah/awas darat
  • 2sdb kerisik (fried grated coconut)
  • * 6-7 ulas bwg kecil
  • * 3-5 ulas bwg putih
  • * 1 – 1.5inci kunyit hidup (turmeric)
  • * 1 – 2 inci lengkuas (galangal)
  • :: semua bhn2 * ditumbuk/kisar halus ::
  • 1½ sdb (atau lebih) cili kering kisar (atau pun cili kering dikisar sekali dgn bhn2 di atas).
  • 1sdk biji ketumbar (coriander -disangai sekejap kemudian ditumbuk halus).
  • Santan kelapa (utk kuah, airnya agak2 supaya ayam semua terendam dalamnya)
  • Cili muda dan/atau merah (belah dua)

  • --->Bhn sambal kelapa (atau dipanggil sambal “nyo”)<---
  • Kelapa parut dalam ½ - ¾ cwn
  • 2 ulas bwg merah + 1 ulas bwg putih + ½ inci halia + 1 batang serai (semua dihiris nipis2).
  • Sedikit manisan(ganti gula melaka jika tiada) & garam
Cara-cara
  1. --->Cara masak nasi dagang<---
  2. Rendam beras nasi dagang + beras pulut semalaman.
  3. Kukus beras hingga empuk/masak (Tiap kali masak lupa nak setkan masa, mgkn dlm 40minit kut).
  4. Bila dah ready, bawa keluar dr kukusan, letak nasi dagang tu dalam mangkuk besar. Arun beras dgn santan, dan bhn2 hiris serta halba. Siap arun, masukkan balik dalam kukusan, kemudian kukus semula dalam 10-15min. Bila siap kukus, angkat dan letak dalam mangkuk.
  5. --->Cara masak gulai darat ayam<---
  6. Dalam periuk/kuali, masukkan dulu rempah/awas darat, bhn2 kisar bertanda *, serbuk cili dan serbuk ketumbar, serta campurkan 3sudu besar santan. Kemudian baru nyalakan api dapur, kacau2kan bhn2 dalam kuali/periuk tadi buat beberapa ketika, bila dah bercampur sebati dan agak2 mendidih sekejap baru masukkan santan ke semuanya. Kemudian masukkan ayam. Gaul rata. Bila ayam 3/4 masak, tambah kerisik, garam & gula secukupnya. Dan tmbh cili muda, then biar kuahnya memekat sikit dan ayam empuk baru angkat.
  7. --->Cara buat sambal kelapa<---
  8. Campurkan kelapa & bhn2 hirisan dlm kuali dan gorengkan tnpa minyak. Dgn api sederhana, kacau2 tanpa henti buat 2-3min.
  9. Kemudian tambah manisan & garam, rasa utk dptkan rasa sambal tu masin2 manis. Kacau2 buat 1-2min dan angkat.
Bila sambal dah kurang panas sket, kisarkan tp skejap aje, jgn smpai halus.
  1. --->Nota: Ni optional, rebus 2-3bj telur, rendamkan skali dalam gulai ayam td.










GULAI IKAN TONGKOL
Bahan utk gulai ikan:
1 ekor ikan tongkol (Ikut citarasa)
1 biji bawang besar dihiris
4 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 1/2 in halia
1 in lengkuas*
1 in kunyit*
2 sudu makan ketumbar*
1 sudu makan jintan manis* (Semua bahan*dikisar halus)
2 sudu makan cili kisar
2 sudu makan rempah kari
4 keping asam gelugur
1 biji timun dibelah potong kecil
5 biji cili api
Santan secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

Caracara:
Tumis bawang besar hingga layu kemudian semua bahan yang dikisar hingga wangi.
Masukkan rempah kari dan cili kisar. Kacau hingga naik minyak.
Masukkan santan, asam gelugur dan ikan.
Masukkan garam dan timun.
Sedia dihidang.


Bahan utk acar:
1 btg timun
1 btg carrot dipotong halus
3 biji cili api dihiris halus
2 sudu makan cuka
Garam dan gula secukupnya







BAHAN KUAH LAKSA :-)
5 ekor ikan kembong (resipi asal guna ikan selayang), siang, cuci bersih dan toskan*
1/2 camca besar gula*
1/2 camca teh garam*
Gula melaka sebesar ibu jari, dihiris*
2 cawan air*
1 keping asam gelugur*
4 cawan santan dari 1 biji kelapa
3 keping asam gelugor
1 genggam daun kesom (resipi asal tak letak)
Garam dan gula secukup rasa
4 biji bawang merah
1/2 inci halia

BAHAN LAIN :-)
Laksa secukupnya (mat guna laksa segar)
Hirisan halus timun
Taugeh, dibuang ekor
Hirisan bawang besar
Hirisan pucuk daun kesom
Hirisan kacang panjang (mat guna kacang buncis)
Sambal belacan ( 5 biji cili merah + 1 inci belacan + sedikit garam = tumbuk halus)
Belahan limau kasturi

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK KUAH LAKSA :- Rebus ikan kembong tadi bersama2 bahan bertanda (*) hingga ikan masak. Keluarkan ikan dan asingkan isi dari tulang. Kisar tulang ikan tadi bersama air rebusan dan tapis. Kemudian kisar pula isi ikan bersama bawang merah, halia dan 2 cawan santan. Tuang dalam periuk bersama stok ikan, baki santan, asam gelugor dan kacau rata. Bila mendidih, tambah garam secukup rasa dan secubit gula. Masukkan daun kesom dan renih hingga kuah sedikit pekat, kacau sekali sekala. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
  2. UNTUK LAKSA KELANTAN :- Masukkan secukup mee laksa dalam bekas sesuai. Tuang kuah laksa dan letak bahan2 ulam beserta sambal belacan dan belahan limau kasturi. Hidangkan segera....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan