Isnin, 19 September 2011

Ini, Bendera2 Pilihan Unt Jadi Bendera Malaya 1949



Bendera-bendera yang termasuk dalam senarai akhir untuk dipilih menjadi bendera Malaya dalam tahun 1949

Malaysia, Siapa Beri Nama? Sempena 31 Ogos..

Lain-lain yang berkaitan...
  • E-Buku IH-17: Fokus Sejarah PAS 1950 Hingga Kini...
  • E-Buku IH-17: Fokus Sejarah PAS 1950 Hingga Kini...

Masalah Mini Skirt & Tidak Tutup Aurat -MUI

Soal rok mini, MUI sepakat dengan Foke JAKARTA 19 Sept 2011: Imbauan Gubernur DKI Fauzi Bowo alias Foke agar penumpang wanita tidak menggunakan pakaian mini saat berada di angkutan umum tak hanya mengundang reaksi negatif.
Dalam hal ini Majelis Ulama Indonesia (MUI) sependapat dengan pandangan Foke. “Itu (tindakan asusila) kan bukan hanya karena pemikiran laki-laki yang kotor, tapi karena ada undangan,” ujar Ketua MUI Amidhan kepada okezone, Senin (19/9/2011).
MUI sendiri, lanjutnya, juga sudah mengeluarkan fatwa soal hal ini. Menurutnya, ada baiknya wanita yang keluar rumah menggunakan pakaian yang menutup aurat, tidak transparan dan tidak ketat hingga menonjolkan bentuk tubuh.
“MUI sendiri kan sudah memiliki fatwa soal ini. Fatwa itu sifatnya anjuran bagi yang mau beriman,” katanya.
Ia melanjutkan, alangkah lebih tepat jika menggunakan pakaian yang terbuka di tempat yang semestinya. “Soal pakaian itu, yang penting menggunakan pakaian sesuai dengan tempatnya. Misalnya di pantai menggunakan bikini, nah kalau di angkot atau tempat umum ya jangan yang terbuka gitu,” tuturnya.
Amidhan mengatakan agar muslimah yang baik selalu menjaga pakaiannya saat keluar rumah. “Dalam Islam, wanita yang keluar rumah harus menutup auratnya itu sesuai dengan surat Al-Ahzab (59) yang berbunyi “Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak akan di ganggu,” terangnya.
Ayat ini, lanjutnya, diturunkan pada zaman Nabi Muhammad untuk membedakan mana wanita baik dan mana wanita yang tidak baik.
“Ayat ini diturunkan pada zaman perbudakan dulu. Ini untuk membedakan mana wanita baik dengan budak dan supaya tidak diganggu orang-orang fasik (orang jahat, red). Turunnya ayat itu supaya tidak memancing nafsu orang lain,” jelasnya. (IH/okz/arrahmah.com)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Diperturunkan di sini, soal jawab mengapa wanita mengaku Islam tapi tidak tutup aurat?
1. Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke ?? > Dik yang pasti, tak tutup aurat, kompom masuk neraka.

2. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok > Dah lalu lalang depan mata, Suka tak suka kene tengok gak. Adakah ko berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?

3. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami. > Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau.

4.Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa. > Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga?

5. Sukahati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain. > Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau.

6. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan. > Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya.

7.Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis) > Sanggup patuh arahan mereka yang hanya manusia daripada patuh suruhan Allah?

8. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru. > Macam ne seru tu. Nasihat yang di beri tu seru ler. Nak seru macam ne lagi.?? Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti.

9. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la.. > Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku.

10. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.> Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam. Ikhlas ke tak Ikhlas lain cite yang penting buat. Hidup di dunia ni kita lebih banyak tidak Ikhlas daripada Ikhlas..
(Sedutan dari - SyAmSuL -: Alasan Paling Popular Wanita Tak Mahu Menutup Aurat)
Ada kaitan..

Misteri Beg Sampah Bergerak. Kembalilah..

SIASAT...anggota Unit K9 memeriksa beg yang ditemui bayi di dalamnya.
SIASAT...anggota Unit K9 memeriksa beg yang ditemui bayi di dalamnya.
GEORGETOWN: “Saya lihat beg di depan taska itu bergerak-gerak dan menyangka ada kucing cuba menggeledah sampah di dalamnya.
“Tergerak hati saya untuk mendekatinya dan terkejut apabila mendapati ada bayi di dalamnya,” kata seorang warga emas yang menemui bayi perempuan dalam sebuah beg mesra alam yang ditinggalkan berdekatan taska berhampiran Lebuhraya Babington di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 6.30 petang petang kelmarin, wanita berusia 64 tahun yang enggan dikenali dan bertugas sebagai penyelia sebuah asrama berhampiran menitiskan air mata melihat keadaan bayi itu. Bagaimanapun, dia bersyukur kerana tergerak hati untuk melihat kandungan beg plastik berkenaan.
“Sebelum itu saya tidak mengendahkannya kerana menyangka ia hanya sampah.
“Nasib baik saya terasa mahu menjenguknya. Memang Tuhan sudah takdirkan umur bayi itu masih panjang dengan menggerakkan hati saya menemui dan menyelamatkannya.

“Kalau saya tak pedulikannya atau tidak lalu kawasan itu, tak tahulah apa nasibnya, mungkin bakal jadi habuan anjing liar,” katanya.
Dia kemudian membawa bayi malang itu ke Hospital Pulau Pinang (HPP) sebelum membuat laporan di Balai Polis Datuk Keramat.
Difahamkan, bayi berkenaan berkulit cerah, cukup sifat, masih bertali pusat serta seberat 3.3 kilogram belum dapat dikenal pasti bangsanya dan dipercayai ditinggalkan di kawasan itu kurang daripada tempoh 24 jam.
Sementara itu Ketua Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Daerah Timur Laut (IPDTL), Deputi Superintendan Shahurinain Jais mengesahkan kejadian itu.
Menurutnya, bayi berkenaan kini ditempatkan di Wad Bersalin HPP buat sementara waktu dan pihaknya turut mengambil keterangan saksi yang menemuinya bagi menjalankan siasatan serta mengesan pihak yang meninggalkannya di kawasan terbabit.
“Unit Anjing Pengesan (K9) dan Unit Forensik turut dihantar ke kawasan bayi itu ditemui bagi menjalankan siasatan.
“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan yang boleh membawa kepada hukuman penjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan,” katanya.
Pihaknya meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi IPDTL di talian 04-2181822 bagi membantu mengesan waris bayi berkenaan.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pulau Pinang, Zulkiffli Ismail berkata, beliau belum menerima laporan mengenai penemuan bayi berkenaan.
Menurutnya, pihaknya akan membantu mendapatkan perintah penjagaan daripada mahkamah sementara polis menjalankan siasatan mengesan warisnya.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Itulah kesan tarbiah UMNO, sejak merdeka sampai sekarang. Kembalilah kepada sistem pendidikan Islam. Kembalilah kepada hukum Allah SWT. Sesat ke hujung jalan, kembalilah ke pangkal jalan.. (IH)

Tak Perlu Tukar Bendera, Tukar Kerajaan. -PAS

Bendera-bendera yang termasuk dalam senarai akhir untuk dipilih menjadi bendera Malaya dalam tahun 1949 (lihat Malaysia, Siapa Beri Nama? Sempena 31 Ogos..)

KL, 19 Sept 11: PAS melahirkan pendirian tiada keperluan untuk menukar Jalur Gemilang sebagaimana didakwa disarankan oleh wakil rakyat DAP Jumaat lalu, sebaliknya menegaskan usaha penting buat masa sekarang ialah mengambil langkah untuk menukar kerajaan Barisan Nasional (BN). “Tiada keperluan untuk menukar bendera negara kerana bendera adalah lambang kedaulatan negara. Disebabkan itu, sebagai rakyat Malaysia, bendera negara perlu dipertahankan, tidak boleh diperlekehkan dan dipersendakan,” kata Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.
Sehubungan itu kata beliau, isu utama kini bukanlah bendera tetapi BN yang memerintah negara khususnya kerajaan pusat sejak lima dekad lalu.
“Slogan Barisan Nasional, 1 Malaysia yang menggunakan lambang bendera Malaysia itu juga bukan isu utama kerana slogan akan sentiasa bertukar.
“Pada zaman Tun Dr Mahathir (Mohamad), berapa banyak slogan yang telah digunakan Barisan Nasional hanya sebagai penyedap kata? Demikian juga zaman Tun Abdullah Badawi dengan Islam Hadharinya dan kini Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan dengan promosi 1 Malaysia yang hebat, namun tetap gagal memahamkan orang sebijak Tun Dr Mahathir mengenai maksud slogan tersebut sehingga kini, apatah lagi rakyat Malaysia,” kata Tuan Ibrahim.
Katanya, “sama-sama Barisan Nasional pun mereka tukar slogan apatah lagi apabila bertukar kerajaan.”
Oleh itu jelas Pesuruhjaya PAS Pahang ini, isu terbaru tidak perlu jadi polemik kerana ia tidak akan menjadi dasar Pakatan Rakyat, dan PAS secara tegas tidak akan sesekali menyokong cadangan sedemikian daripada sesiapa pun.
“Mari kita bekerja keras bagi menumbangkan kerajaan Barisan Nasional dalam pilihan raya umum akan datang.
“Itulah isu yang harus difokuskan oleh semua pemimpin, anggota, penyokong Pakatan Rakyat dan rakyat yang inginkan pembaharuan dan jaminan masa depan yang lebih baik,” kata Tuan Ibrahim.
Dalam reaksinya seamalam, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata hasrat pemimpin Pakatan Rakyat untuk menukar Jalur Gemilang dengan bendera lain sebagai bendera Malaysia adalah bukti pakatan itu tidak menghargai hak dan warisan bangsa yang sudah diterima pakai sejak dahulu lagi.
Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata tindakan itu juga menunjukkan pembangkang terutamanya DAP tidak dapat menerima kejayaan yang dicapai hasil perjuangan BN sehingga semuanya hendak dinafikan dan ditukar.
“Kita tahulah, itu niat Pakatan Rakyat, segala-gala yang sudah diterima sebagai sebahagian daripada warisan kita hendak dibuang. Itu bendera, mungkin banyak lagi mereka nak lakukan, tukar segala-galanya hanya mereka nak kata mereka sudah berkuasa, mudah-mudahan mereka tidak berkuasa.
“Jadi, tidak ada sesuatu penghormatan kepada sejarah dan penghargaan kepada apa yang sudah menjadi kepunyaan rakyat Malaysia tidak dihargai langsung,” katanya.
Jumaat lalu, Adun Kota Alam Shah daripada DAP M Manoharan menegaskan pembangkang akan bertindak menukar Jalur Gemilang jika memperoleh kuasa dalam pilihan raya umum akan datang.
Kenyataan itu didakwa disiarkan Adun terbabit menerusi laman sosial Facebook miliknya. (IH)

PM Hadiri Konsert: Inilah Tarbiah Unt Remaja Islam M'sia

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor hadir ke konsert Suara Kami di Stadium Merdeka, Sabtu. Foto SHAHRUL FAZRY ISMAIL/The Star.
HALAMAN HIBURAN
KL: Seramai 6000 penonton Konsert Suara Kami di Stadium Merdeka telah diberikan kejutan apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak turut serta menyaksikan konsert tersebut, di sini, malam Sabtu.
Ketibaan Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor ke atas pentas konsert anjuran stesen televisyen berbayar, Astro itu mendapat sambutan hangat daripada para penonton yang terdiri daripada golongan muda itu.
Kata Najib, kehadirannya ke konsert itu dapat dimanfaatkan dengan mengenali para remaja yang jarang didekatinya itu dengan lebih dekat.
"Saya mahu menyertai generasi baru kita dan kenal mereka dengan lebih dekat,"ucap beliau yang hadir pada separuh masa konsert tersebut dijalankan. Selepas ucapan ringkas itu, Najib turut merakamkan beberapa gambar para penonton untuk dimuatkan dalam akaun laman Twitter miliknya. Kehadiran Najib pada konsert itu selepas menerima undangan khas daripada pengacara popular negara, Aznil Nawawi, menerusi Twitter.
Suara Kami yang menampilkan penyanyi tempatan dan antarabangsa itu diadakan bersempena dengan ulang tahun Astro yang ke-15 dan sambutan Hari Malaysia. Antara barisan penyanyi tempatan yang membuat persembahan pada konsert tersebut ialah kumpulan Hujan, Yuna, Pop Shuvit, Azlan And The Typewriter, Faizal Tahir, Stacy, Soul Krazy, Ruffneckz dan Psycho Unit. Manakala penyanyi antarabangsa yang turut serta pula ialah Naresh Iyer dan Chinmayi (India), Hins Cheung (Hong Kong), Rania (Korea Selatan) dan Nelly.
Persembahan yang bermula kira-kira pukul 9 malam itu menggamatkan suasana apabila sebilangan besar remaja menjerit-jerit memanggil nama penyanyi pujaan masing-masing. Ternyata gabungan penyanyi-penyanyi tempatan dan antarabangsa telah menggamatkan suasana konsert tersebut.





Komen Weblog Ibnu Hasyim: PM hadiri konsep Suara Kami. Lihat gambar di atas, beginilah corak tarbiah yang dibawa oleh UMNO tunjang BN untuk generasi muda Malaysia. Sesuaikah dengan akhlak Islam? Lihat aurat dan campur 'jantan betina'nya. Ulama-ulama upahan UMNO sila jelaskan atau dakwahkan kepada bos poitiknya kamu!! (IH)

Lihat program ini pula..
Aishah
Sham Kamkaze
'KARNIVAL SELANGORKU'
mempersembahkan
'Malam Bicara Selebriti'
di Padang Astaka Dato' Hormat, Tanjung Karang
pada 3 Oktober 2011.
Orang ramai dijemput hadir.

Artis Ini Bertudung, Langkah Awal Ubah Jadi Baik

HALAMAN REMAJA

SITI NORDIANA atau Nana kini selesa dengan imej baharunya, bertudung.

SEPANJANG bergelar anak seni, kisah mengenai penyanyi Siti Nordiana Alias sering kali menjadi perhatian. Biarpun namanya tidak terlalu gah berbanding beberapa penyanyi yang lain, namun dia mempunyai peminat tersendiri dan masih lagi mampu bertahan sehingga kini. Sudah lumrah menjadi seorang artis, apa sahaja yang dilakukan pastinya akan dinilai oleh peminat. Begitu juga dengan apa yang berlaku terhadap penyanyi yang bergelar ibu tunggal ini. Biarpun jarang terpalit dengan kontroversi hangat, namun namanya pernah sedikit terjejas gara-gara penampilannya ketika hadir pada majlis yang dianjurkan oleh sebuah majalah pada tahun lalu.
Pada majlis berkenaan dia telah mengejutkan ramai pihak apabila tampil dengan gaya yang cukup seksi, sedangkan selama ini dia dikenali sebagai artis yang sering tampil dengan gaya yang sopan. Gambar-gambarnya pada majlis itu telah tersebar di laman-laman blog sehingga mengundang kecaman pelbagai pihak yang seolah-olah tidak dapat menerima imej yang ditampilkannya itu.
Bagaimanapun, berkesempatan menemui penyanyi yang lebih mesra dengan panggilan Nana itu dalam sebuah majlis, sekali lagi mengejutkan ramai pihak terutama yang hadir pada majlis berkenaan. Pada kali ini, penyanyi berkenaan tidak lagi tampil dengan gaya seksi seperti sebelum ini. Sebaliknya, kini Nana lebih kelihatan anggun dan menarik apabila dilihat sudah memakai tudung.
"Sebenarnya saya sudah mula memakai tudung sejak bulan puasa yang lalu. Keputusan saya memakai tudung ini bukanlah disebabkan fesyen semata-mata, tetapi ini adalah imej terkini saya dan berharap ia akan kekal sampai bila-bila.
"Lagipun perubahan imej yang saya lakukan ini adalah satu kesedaran terhadap tanggungjawab sebagai seorang wanita muslim. Malah, ini juga adalah langkah awal untuk saya berubah ke arah menjadi seorang insan yang lebih baik," jelasnya.
Menurutnya lagi, dia sebenarnya sudah lama mempunyai niat untuk bertudung memandangkan anaknya iaitu Mohamad Rayyan Nakhaie semakin membesar. Namun, hanya pada bulan puasa yang lalu hasratnya itu dapat direalisasikan. Sementara itu, ketika ditanya apakah yang membuatkan pintu hatinya terbuka untuk memakai tudung, Nana menjelaskan kesedaran tersebut bermula apabila dia banyak membaca majalah yang berbentuk Islamik.
"Dalam kebanyakan majalah yang dibaca, saya sebenarnya cukup tertarik ketika membaca kisah-kisah mengenai saudara baharu. Walaupun baru memeluk Islam, tetapi saya lihat saudara baru terutama yang perempuan tidak keberatan untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang muslim.
"Selepas itu baharulah timbul kesedaran dalam diri sehingga saya mengambil keputusan untuk bertudung. Saya akui yang saya ini bukanlah terlampau baik, tetapi saya merasakan sudah tiba masanya untuk saya berubah sedikit demi sedikit," ujarnya.
Al-hamdulillah moga-moga Allah SWT akan menghamburkan taufik dan hidayahnya agar menjadi wanita solehah, dan mendapat nikmat kemanisan iman sehingga sanggup mnghadapi segala rintangan, halangan dan cubaan dalam kehidupan ini. (IH)

HAMAS Mahu PBB Iktiraf Wilayah Palestin

PARA aktivis Palestin, Israel dan wanita asing berhimpun di Ramallah, Tebing Barat kelmarin untuk memberi sokongan terhadap penubuhan sebuah negara Palestin.
BANDAR GAZA 18 Sept 11: Pergerakan Hamas yang mentadbir Tebing Barat semalam menyatakan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sepatutnya mengiktiraf sebuah negara Palestin termasuk tanah yang kini menjadi negara Israel.
Desakan itu dibuat selepas Presiden Palestin, Mahmoud Abbas berlepas ke New York untuk mengemukakan permohonan kepada PBB supaya Palestin menjadi sebuah negara berdasarkan sempadan dengan Israel sebelum Perang Enam Hari berlaku pada 1967.
Pemimpin Hamas, Khalil al-Hayya berkata, pihaknya meminta pengiktirafan semua wilayah Palestin sebagai sebuah negara.
Beliau menyatakan demikian pada satu mesyuarat yang dihadiri oleh Perdana Menteri, Ismail Haniyeh yang mentadbir Tebing Barat.
Khalil juga mendesak masyarakat antarabangsa supaya melakukan desakan bagi memastikan pelaksanaan resolusi antarabangsa dipatuhi.
Israel dan Amerika Syarikat menentang usaha untuk mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara. - AFP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan