Isnin, 22 Ogos 2011

BN: Rakyat Kedah sudah tak tahan dengan k'jaan PAS
Ogos 22, 11 1:13pm
Kongsi 119
Bantahan daripada kumpulan yang menuntut hak serta janji-janji kerajaan negeri menunjukkan rakyat kini sudah tidak tahan dengan pemerintahan kerajaan PAS di Kedah.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, apabila kerajaan negeri menabur janji, rakyat akan berharap dan ia harus ditunaikan.

"Hari ini rakyat dah mula tak tahan dan ini menunjukkan kerajaan negeri telah gagal untuk membela nasib rakyat," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan Jabatan Kemajuan Masyarakat (JKM) kepada 60 penerima di dewan Taman Wira Blok D, di Alor Setar hari ini.

Beliau mengulas laporan Bernama semalam mengenai kekecewaan lebih 10,000 pemilik dusun buah-buahan di Padang Terap yang mendakwa kerajaan negeri gagal menunaikan janji bagi memungut hasil tanaman mereka untuk diproses di Pusat Pengumpulan Produk Pertanian di Sungai Petani.

Pada program Mesra Rakyat di Pekan Naka dekat Alor Setar Julai lalu, Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak dikatakan berjanji bahawa kerajaan negeri akan memungut buah-buahan tempatan seperti rambutan untuk ditinkan sebelum dipasarkan.

"Apa yang kerajaan negeri janji, kena buat sebab kalau kita (BN) buat janji macam tu, kita akan buat contohnya kumpul buah-buahan itu melalui Fama.

"Dia (Menteri Besar) mesti buat sesuatu yang meyakinkan rakyat dan penuhi janji, bukan satu aspek seperti pertanian ini saja, tapi juga pembangunan yang lain," katanya.

  • Midnite Hunter · Pengulas Tertinggi
    Hahahahaha.....heran heran....ketua perhubungan buat statement cam nie.....woi mangkuk hayun hangpa 50 thn tak buat apa....YAB Azizan baru cakap bulan lepas je nak terus suruh buat ke.... mesti ada paper work laaa ada prosedure nya....bukan janji nak beli nasi lemak makcik timah laaa....ini pentadbiran sebuah negeri.....50 thn tak boleh nak buat apa nak suruh org buat dlm masa sebulan.....(clik like kalau setuju).
    • Cahaya Bulan · Pengulas Tertinggi · Johore Bharu, Johor, Malaysia
      stuju midnite..ni yg aku nak ckp tdi..IQ puak2 pncacai umno mgalahkan IQ bdak sekolah
    • Hakeem Ismail Al-Masry · Pengulas Tertinggi
      mmg bagus MH... Bn ni taw nk kondem jek...pegi la cermin diri sndiri dulu... ops lupe diorg memey dh xde point pon.kalo cermin pon sure xkn nampak pape pon....saja nk cari isu... PR bru jek perintah dh mcm2 diubah..so kene la sabar nk tunaikan manifesto diorg...x macam BN yg dh berpuluh tahun perintah camtu gak...hg pikiaq la sndiri
    • Ore Kito · Pengulas Tertinggi
      geng2 umno kedah dah naik gila sbb x leh makan rasuah mcm selalu...
  • Nmz Bundle · University of Oxford
    tepat skali..BN tunai jnji rakyat.
    rakyat2 di perbodohkan..pemimpin2 kaya raya..felda begkrap pemimpin UMNo di sanjung.50thn lebih dah pegang malaysia.rakyat dapat ap.semua kosong.
    • Nik Khairul Maa Takaful · Sport secretarist di SMK KUALA REPAS
      X tahan sb set2 BN xlh nk mkn duit...ish3...kesiannn...
    • Agaknya La · Pengulas Tertinggi
      Kenyataan drpd Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, dan bagus juga mmberi nasihat kpd MB Kedah...

      tp bukankah MB baru keluar dr hospital...mungkin akan ditunaikan slps hari ini..

      Kenyataan pengerusi UMNO nih.. spt FAMA dibwh kerajaan pusat BN.. yg bermakna seolah2 FAMA boleh dimanipulasi mrk supaya jgn sekali-kali menolong kerajaan negeri ??..demi utk pancing undi??..
    • Hamzah Mahmod · Pengulas Tertinggi
      Biasalah org UMNO....kalau UMNO memanglah macam tu...kalau macam tu memanglah UMNO....
  • Muhammad Salim Uthman · Pengulas Tertinggi · Friends with Dato Seri Anwar Ibrahim
    Ha ha ha.....yang patut kutip bukan kerajaan negeri, FAMAla...pasal FAMA tak kutip....woiyyy..
    • Kang Razzi Armansur · Pengulas Tertinggi · Suicide Bomber di Suicide Bomberr
      Bukankah kita sedia maklum bahawa puak2 UMNO ni biul dan kaki spin? Tak tahu membezakan antara kerajaan negeri dengan kerajaan pusat
    • Husien Ramlee · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Contractor
      hahaha dangkalnya ulasan ko...tue la mari kita pakat ramai no.. undi BN untuk kesenangan rakyat
    • RanGo BeZick · Pengulas Tertinggi · Friends with Mohd Khairul Ismail
      senng ke rakyat??sama jela bro..apa nk takut...pr ke bn ke..org jugak.sekali skala..naik kete baru plk bro..tak pakai dah kete zaman 50an ni bro..lmbat sgt..minyak makan byk sgt..jalannya mcm siput..kete baru best skit bro..besela rosak sikit2..takde yg perfect..huhuhu
    • Mohd Najman Yusoff · Pengulas Tertinggi · UNIVERSITI ANDALAS PADANG SUMATERA
      kepala hotak ko, undi bn , rakyat pasti terus merana dan makin miskin dan jadi pariah
  • RanGo BeZick · Pengulas Tertinggi · Friends with Mohd Khairul Ismail
    kalau org dah tak tahan ngn kerajaan pas kedah..sjuta kali lagi org tak tahan ngn kerajaan bn...jgn nk bangga dirila..dah bgi pluang 50tahun..knpa tak buat smua..tggu org lain buat jnji..baru nk terhegeh2 nk membela...konon buatla kalau hampa janji..ni terengganu ampa jnji hospital..mana tak dapat2...kencing lebih...
    • Katak Lompat · Pengulas Tertinggi
      DULU BN ADA NAWA IKAN. . PRU 13 NI BN BUNGKUS TERKANGKANG. .HANCUR UMNO
    • Divine Light · Pengulas Tertinggi
      tapi PR kena kerja kears...dulu depa tak snagka...sekarang BeEnd dah defensif dan ofensif
    • Liau Peng Chuan
      umno dewasa ini=MACAM PONDAN TUA TERHEGEH-HEGEH CARI PELANGGAN!
  • Kilok Lampas Gen · Pengulas Tertinggi · SMK TAMAN MALURI
    Janji BN banyak lagi yang belum dikotakan. jaga la tepi kain sendiri.. kuman kat laut nampak, gajah tepi meja x nampak.. apa la..
  • Yusof Omar · Pengulas Tertinggi
    UMNO TONG KOSONG...
    CAKAP BERDEGAR-DEGAR........PUNGKOQ PENUH TAHI....
  • Mohamad Shukri · Pengulas Tertinggi
    Makin banyak bercakap makin bodoh nampak....Kalau Kerajaan Negeri gagal mengutip hasil pertanian kenapa FAMA tak tolong pulak...apa pula tujuan FAMA ditubuhkan...lain kali minta FAMA tolong kutip hasil tu dulu kemudian baru buat ulasan kata Kerajaan negeri tak menunaikan janji..baru orang boleh terima akal...ini tak kita sendiri pun tak buat tapi nak tunjuk hero...siapa yang sokong UMNO lagi aku tak tahu la otak tahap mana...
  • KedahLanie
    Kerajaan negeri janji akan membeli moktan mana2 yg tak laku..nie dah peraih mai dok depan mata sapa suruh tak juai...nie nak jadikan isu saja...

    satu lagi nak tanya awat buat demo kat dewan tengah hari lit-lit.. awat tak pie hingaq di pasar ramadhan pekan naka tuu buat sebelah petang baru syok sikit nak tengok kena booo ka tak kena...
  • Ipoh Mali · Pengulas Tertinggi · Friends with Gerakan Anwar Ibrahim Bebas II
    KALAU RAKYAT KEDAH DAH TAK TAHAN DENGAN PAS... AWAT TAKUT BUAT PRK KOTA SEPUTEH? SIAP BARUAKAN HAKIM LAGI... KOSONG KAN LAH KALAU BERANI SGT.. KALAU ADE TELOR.. KALAU RAKYAT SOKONG HANGPA!
    • Ibrahim Jusoh · Pengulas Tertinggi · Manager di Bahagia World Alor Setar
      Lihatlah macam mana SPR digunakan dan dimanipulasi oleh BN. Mahkamah pada mulanya kata kosong,buat rayuan jadi tak kosong pula. Semasa kosong, Mahyuddin turun ke Kota Siputeh buat tinjauan, tak berani adakan PRK. Maklumat SB, undi tak menyebelahi BN. Itu sebab drag sampai edah 3 tahun,sudah tak boleh adakan PRK. Soalannya mengapa. Nak jaga air muka anak Maharhir, si Mukhriz. Kalau ada PRK, pasti kalah dan pasti malu. Dalam PRU 13 nanti, tengok le, jika Mukhriz bertanding di parlimen Jelun, akan tumbang juga.Orang Jerlun sukakan Mukhriz, tapi orang Jerlun dah tah boleh terima BN
    • Yazid Hashim
      Betul..betul..betul...
  • Ahmad Mus · Pengulas Tertinggi · International Islamic University Malaysia
    TERIMA KASIH kerajaan PAS kedah sbb menghalang muda mudi islam pergi pusat hiburan terutama dlm bulan mulia ni.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan