Isnin, 22 Ogos 2011

b etul kah orang melayu semakin berpecah atau macam mana ?..............


NC UUM: Perpecahan Melayu dilihat semakin parah
Ogos 22, 11 3:13pm
Kongsi 20
Pemimpin Melayu perlu bersatu dan jangan terlalu mementingkan agenda politik jika mahu melihat kemerdekaan mereka berkekalan kerana perpecahan boleh menyebabkan mereka hilang kemerdekaan.

Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM) Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata apa yang sedang berlaku di Malaysia sekarang ini ialah perpecahan masyarakat Melayu dilihat semakin parah kerana terlalu mengejar agenda masing-masing.

"Saya melihat sekarang ini dengan penuh kebimbangan perpecahan yang sedang berlaku dalam masyarakat Melayu sangat parah. Mereka bukan sahaja berpecah daripada kelompok parti politik malah dalam Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) juga berpecah dan dalam organisasi pun turut berpecah.

"Tidak sepakat dalam hal-hal yang menyentuh mengenai kepentingan rakyat...agenda perjuangan kita yang sebenar pun kita sudah lupa," katanya kepada pemberita selepas Majlis Sambutan Bulan Kemerdekaan di Sintok hari ini.

Beliau berkata kalau pemimpin dan orang Melayu masih tidak insaf, mereka terpaksa menerima hakikat bahawa mereka mungkin akan hilang kemerdekaan.

"Merdeka ialah penentuan nasib diri sendiri. Jika kita tidak boleh menentukan nasib diri sendiri dan nasib ditentukan oleh orang lain, apa ertinya kita merdeka. Inilah yang berlaku sekarang.

"Jadi saya harap supaya golongan intelektual Melayu, ahli-ahli politik Melayu dan pemimpin-pemimpin Melayu semua insaf. Kita perlu mula bekerja bersama-sama.

"Jangan sampai kita telah hilang semuanya baru kita nak berpeluk-peluk dan menangis...itu semua buang masa. Jangan sampai nasi menjadi bubur," kata Mohamed Mustafa.

Beliau berkata sehingga kini ahli-ahli politik tidak boleh mengambil pendirian bersama dalam isu-isu yang menyentuh kepentingan agama, bangsa dan negara kerana mereka masing-masing terlalu meterialistik hendak mendapatkan kuasa, ganjaran dan pangkat yang akhirnya mereka lupa apa perjuangan mereka yang sebenar.

"Sesiapa yang memberi pandangan akan terus dikecam sehinggakan jika ada ulama yang menghentam sesuatu perkara akan dikatakan ulama upahan, ulama pengampu...Jangan kita terlalu terdesak sehingga kita sanggup gadai masa depan bangsa dan negara hanya semata-mata untuk kuasa," katanya.

Beliau berkata sempena sambutan kemerdekaan negara tahun ini, masyarakat perlu mengingat kembali kejayaan mengalahkan British dan Malayan Union disebabkan keutuhan perpaduan kerana pada waktu itu orang Melayu mengetepikan perbezaan, semangat kenegerian, keghairahan dan kelompok demi untuk menentang penjajah.

"Kita nak lihat sempena merdeka ini parti-parti di negara ini boleh bersama-sama mengetepikan perbezaan dan menunjukkan mereka patriotik dan bersatu hati untuk membangunkan agenda agama, bangsa dan negara," katanya.

 komen-komen :.....

  • Murad Jaafar · SM Jitra
    sokong kita ajak semua orang umno sokong PAS
    • Azhar Ahmad · Pengulas Tertinggi · Kuala Lumpur, Malaysia
      sokong..
    • Tiara Slam · Pengulas Tertinggi · High school
      melayu sekular saja berpecah melayu islam tetap bersatu.
    • Abg Brutal · Pengulas Tertinggi
      melayu tidak berpecah ... tak de pun kita dengar setiap hari dmelayu bunuh melayu sekian ribu mati ... cuma tak sokong AMNO N BINATANG NASIONAL tu je dah cakap melayu berpecah ... mangkok betul lah mamat pencacai tu
  • Rezx Kdh · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Di rumah aja
    Kenapa tidak ada yg memperjuangkan dengan tajuk... "ISLAM semakin parah..."???
  • Ahmad Tajdid · Pengulas Tertinggi · INSTITUT TEKNOLOGI MARA
    kemerdekaan negara bukan ditentukan umno atau perikatan, tetapi oleh british. sudah menjadi dasar british untuk memberi kemerdekaan kepada tanah-tanah jajahannya selepas tamat perang dunia kedua. british tak ambil peduli tentang para penentang malayan union. yang dipedulikan adalah ancaman komunis. british berhadapan dengan komunis dengan mengisytiharkan darurat (1948-1960). yang dijadikan benteng menentang komunis ialah anak-anak melayu yang diambil bekerja oleh british dalam perkhidmatan polis dan tentera. orang british hanya jadi pegawai dan merancang strategi di bilik-bilik kebal. yang terpaksa berhadapan dengan komunis di medan tempur ialah orang-orang melayu dalam polis dan tentera (sila baca novel TULANG-TULANG BERSERAKAN karya SN Uthman Awang). strategi yang sama dilakukan amerika di bumi iraq dan afghanistan dengan mengambil pengajaran daripada apa yang british lakukan di malaya. umno/perikatan sebenarnya diberi laluan mudah oleh british untuk menang dalam pilihan raya umum 1955 setelah partii melayu berpengaruh, PKMM dan parti-parti sekutunya diharamkan british. british sebenarnya meyakini umno/perikatan boleh menjamin kepentingannya di tanah melayu. SEJARAH PERLU DITULIS SEMULA!
  • Azrul Azamho · Pengulas Tertinggi
    habis takkan nak bersatu menyamun harta negara, bersatu buat CD porno, bersatu merosakkan institusi kehakiman dok gitu? tak mungkin kalau sokong UMnO tu baru dikira bersatu? F!
  • Adam Neuser · Pengulas Tertinggi · Sukabumi
    Ajak intelektual dan politikus berkerja bersama-sama konon.. Awak tu ada ke bagi kerjasama kat kerajaan PAS Kedah?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan