Isnin, 27 Mei 2013

Najib diandai lebih pupular dalam PRU14

Subky Latif, 27 Mei 2013
SEKALIAN penganalisis dari universiti, kecuali Prof. Dr. Agus Yusuf dan Dr.  Hassan Hasbullah, menjangka dengan kejayaan Perdana Menteri Najib  dan UMNO menggagalkan Pakatan Rakyat dan Anwar Ibrahim untuk menawan Putraja, maka ia dijangka tambah cemerlang lagi dalam PRU14 nanti.
Kekuatan UMNO itu memandangkan UMNO saja dari kerabat BN yang mencapai prestasi baik dalam PRU13,  sedang lain-lain komponen BN tidak dapat menunjukkan kupayaannya menghadapi kemaraan Pakatan Rakyat.

Dengan prestasi UMNO, ia mungkin menguasai lain-lain  sekutunya dengan bertanding di lebih banyak kerusi. Mana-mana kerusi yang sukar  dimenangi oleh MCA, Gerakan dan  MIC diandaikan lebih baik diberi  saja kepada UMNO.

Bagi mereka Najib amat popular. Populariti itulah yang membantu UMNO mengekalkan kekuasaan dan ia punca kemenangan BN untuk meneruskan pemerintahan.

Apatah lagi jika dibandingkan pencapaian UMNO dibandingkan dengan  lain-lain parti pembangkang dalam PRU 13 lalu jelaslah UMNO menjadi parti yang paling berjaya pada keseluruhannya. Dibandingkan dengan DAP, BN telah mengumpulkan undi popular 5,237,699 sedang DAP dapat 1,736,267 undi saja. UMNO dapat 88 kerusi sedang DAP dapat 38 saja.

Walaupun PKR dari 2,254,328 undi, tetapi ia dapat 28 kerusi saja, 60 kerusi kurang dari UMNO.

Manakala PAS dapat tempat keempat dengan undi popular 1,633,389 dengan 21 kerusi  saja.

Bukan saja UMNO meninggalkan jauh sekutunya dalam BN, malah  ia meninggalkan parti-parti utama pembangkang.

Memang ulasan seperti ini, menyebut Najib mendahului lain-lain parti meraih undi popular memang menggembirakan UMNO, tetapi apakah ia dapat menyenangkan hati Najib?

Pakatan bercakap atas satu pekej, tidak atas nama parti-parti kerabatnya, ia mendahului undi popular BN dengan 50+ peratus, sedang BN 49- peratus. Kalau dibandingkan Pakatan dengan UMNO, maka peratus UMNO rendah lagi.

Mungkin boleh sangkaan baik kepada UMNO dan Najib itu dapat merangsangnya untuk mengharungi gelombang dan badai lima tahun lagi. Ia mungkin lebih baik dan mungkin juga sebaliknya.

Apapun jika dibandingkan prestasi Najib dengan prestasi Tun Abdullah Badawi tahun 2008 dulu, nyatalah prestasi Najib lebih buruk. Prestasi Abdullah tahun 2008 adalah amat buruk. Najib buat bermcam-macam transformasi, BRIM dan 1Malaysia dan wasatiyahnya, ia jadi lebih buruk dari 2008.

Semua orang bangga dengan pencapaian pertama Tun Abdullah dalam PRU 2004. Pencapaiannya  lebih baik dari pencapaian Tun  Mahathir sebelumnya. Tun Abdullah dari majoriti dua pertingga yang lebilh baik dari dua pertiga Tun Mahathir sebelumnya.

Ia berjaya merampas semula Terengganu dari PAS dan hampir menumbangkan Kelantan. PAS hanya diselamatkan oleh satu kerusi saja. Kedah yang hampir tewas di bawah Mahatir tahun 1999 telah ditebus oleh Dolah Badawi tahun  2004.

Tetapi Dolah Badawi tidak dapat mempertahankan kejayaan besarnya tahun 2004 itu  apabila prestasinya merudum tahun 2008. Ia hilang majoriti dua pertiga di Parlimen  dan gagal merampas Kelantan, malah kalah di Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor.

Kejayaan Abdullah yang cemerlang tahun 2004 itu menjadi rangsangan buat BN membuat kejayaan tahun 2008. Tetapi ia tidak menjamin dominasi UMN0. Abdullah mencatit sejarah kekalahan terburuk UMNO. Ia berakhir dengan UMNO menuntutnya turun.

Najib sekalipun dikatakan dominan sekarang tetapi prestasinya lebih buruk dari Tun Dolah. Maka bagaimana kalau percubaannya kali kedua nanti lebih gelap?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan