Sabtu, 10 November 2012

Apple dengan iPad mini terkini

Apple dengan iPad mini terkini

Kedudukan iPad mini di antara iPhone dan iPad.
SYARIKAT Apple melancarkan iPad mini secara besar-besaran di San Jose, California, Amerika Syarikat (AS) pada 23 Oktober lalu. Apa yang menarik, iPad mini lebih kecil senipis pensil 7.2mm. Ia dilancarkan hanya selepas setengah tahun iPad generasi ketiga dilancarkan.
Menurut jurucakap Apple, iPad mini amat ringan seperti kertas. Harganya pula AS$329 (RM987).
Perbezaannya, skrin iPad mini berukuran 7.9 inci apabila diukur secara diagonal.
Ini menjadikannya lebih lebar berbanding skrin 7 inci Kindle atau Nexus 7 dan sesuai diletakkan di dalam kocek.
Skrin baru ini mempunyai resolusi 1024 x 768 bagi membolehkan semua perisian yang direka sebelum ini untuk iPad digunakan.
Tetapi ia tidak menyokong paparan retina yang terdapat pada generasi terkini yang lain.
Bagaimanapun apa yang pengguna boleh lakukan pada iPad sebelum ini boleh dilakukan pada iPad mini dan sebaliknya.
iPad mini diperbuat daripada aluminium bukan seperti Nexus 7 Google yang diperbuat daripada plastik.
iPad baru ini mempunyai cip dual core A5 selain FaceTime HD dan kamera 5MP iSight.
Apple juga akan menjual versi iPad dengan 32 dan 64 GB manakala versi Wi-Fi akan dijual di AS pada 2 November akan datang.
Menurut jurucakap Apple, iPad mini mempunyai hayat bateri sehingga 10 jam selain 275,000 aplikasi dalam App. Store.
MacBook Pro Pada majlis sama, Apple juga mempamerkan MacBook Pro terbaru dengan ketebalan 0.75 inci dan berat1.6kg.
MacBook Pro ini mempunyai sepasang port Thunderbolt, sambungan MagSafe 2, dua port USB 3, HDMI dan pembaca kad SD.
Paparan retina berukuran 13.3 inci dan skrinnya telah mengurangkan 75 peratus pantulan serta mempunyai kamera definisi tinggi FaceTime.
Apple memperkenalkan kelebihan pada grafik, skrin, bateri sehingga lapan jam serta menggunakan OS x Mountion Lion.
Selain itu terdapat fungsi Power Nap yang membolehkan pengguna mengemas kini kalendar, e-mel, sokongan dan lebih lagi semasa komputer tidak disambung kepada tenaga.
Harganya bermula AS$1,699 (RM5,097) bagi 128 GB..
Komputer Mac mini Apple juga mengumumkan versi baru komputer Mac mini bermula dengan harga AS$599 (RM1,797).
Pada masa komputer mudah alih membentuk pengkomputeran dominan pada hari ini, Apple juga mendedahkan generasi kelapan iMac.
Ia super-nipis hanya 5mm iaitu 80 peratus lebih nipis berbanding generasi sebelumnya, kaca sepenuhnya dan skrin yang cantik, menjadikan generasi sebelumnya nampak kolot.
Bagaimanapun disebabkan komputer ini lebih nipis, pemacu DVD/CD telah dikeluarkan yang mungkin diperlukan oleh sesetengah pengguna. Tapi pengguna masih boleh menggunakan pilihan SuperDrive.
Apple telah menambah apa yang dinamakan Fusion Drive, penyimpanan era baru.
Fusion Drive adalah penyimpanan flash yang boleh ditambah kepada pemacu keras 1-terabyte atau 3-TB yang akan dipadatkan dalam satu volum.
Kedengaran hebat kerana pengguna boleh mendapat ruang penyimpanan lebih luas dan berfungsi lebih cepat.
Harganya bermula AS$1,299 (RM3,897) bagi versi 2.7-GHz Quad-core dan akan berada di pasaran bulan depan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan