Ahad, 7 Oktober 2012

1,000 Unit Amal berjambori di Beserah



1,000 Unit Amal berjambori di Beserah

Harakahdaily, 07 Okt 2012

KUANTAN: Lebih 1,000 anggota Unit Amal menyertai Jambori Amal ke - 19 yang diadakan di Beserah, dekat sini.


(Antara peserta Jambori Amal ke 16 di Beserah)

Mereka menjalankan pelbagi aktiviti khasnya aktiviti kebajikan untuk penduduk di sekitar kawasan perhimpunan mereka kali ini.

Kalau selama ini, anggota Unit Amal dikenali sebagai pasukan paling bersdisiplin dalam Pakatan Rakyat, kini mereka membuat pelbagai kerja amal pula sesuai dengan nama mereka.

Bagi Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi, perhimpunan ini mempunyai serampang dua mata - untuk Unit Amal dan untuk masyarakat.

"Kali ini kita berhimpun di Dun Beserah iaitu salah satu DUN yang akan kita pertahankan dalam pilihan raya umum akan datang ini," kata beliau yang merupakan salah seorang Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang.

Katanya, jambori empat hari itu turut membabitkan semua kawasan di sekitar Dun Beserah termasuk Beserah, Balok,  Sungai Ular, Chendor,  Cherating dan Indera Mahkota.

“Pemuda PAS kini dalam usaha memasyarakatkan Pas untuk bersama penduduk dalam sesi program kemasyarakatan termasuk pemeriksaan kesihatan, bantuan kepada mereka yang memerlukan dan konvoi amal,” katanya.

(Mempersiapkan tapak perkhemahan Amal ke 16 di Pelangi Beach Resort 5 - 7 Oktober)

Nasarudin selepas itu melepaskan Konvoi Amal yang akan melakukan aktiviti kemasyarakatan dan gotong-royong di beberapa lokasi di Balok dan Chendor.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Amal Pahang, Saharudin Muhammad berkata, program itu bukan termasuk dalam agenda politik semata-mata tetapi memberi peluang kepada Pemuda Pas beramal kepada penduduk setempat.

Beliau berkata, kira-kira 1,000 ahlinya hadir dari seluruh negara untuk menyertai Jambori Amal itu.

“Atas kesedaran beramal kepada penduduk setempat, semua ahli hadir dengan inisiatif sendiri dan tiada badan khas yang membiayai program ini,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan