Ahad, 16 September 2012

Nasrudin lancar buku pertamanya



Nasrudin lancar buku pertamanya

zulsulung, 16 Sep 2012
KUALA LUMPUR: Buku terbaru Ketua Pemuda PAS Pusat Ustaz Nasrudin Hassan – ‘Tiada Siapa Kata Perjuangan Islam ini Mudah – Catatan Seorang Pejuang’ telah selamat dilancarkan bersama para pengamal media dan selebriti di majlis Hari Raya Dewan Pemuda PAS Pusat malam Jumaat.


Majlis yang dihadiri kira-kira 70 pengamal media dan selebriti bersama para pimpinan exco DPPM termasuk Nasrudin sendiri, ustaz Nik Abduh dan Ustaz Ridhuan Md Noor itu diadakan di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM) Taman Melewar.

Antara tetamu selebriti yang hadir memeriahkan majlis ialah XPDC, pengarah Adam Hamid dan Khairul Anuar.
Buku kedua terbitan VI Venture ini selepas buku Senyumlah tulisan Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man juga bertujuan untuk mengumpul dana pembinaan Kompleks Tarbiyyah Islamiah Al-Makmur di Kerdau, Pahang.

Minggu lepas, Nasrudin turut berkongsi buku terbaru beliau dengan para pemimpinan DPPM ketika mesyuarat bulanan.

Berikut adalah sinopsis buku yang turut diterima Harakahdaily:

“Perjuangan Islam bukan hanya berdepan musuh yang mahu menggagalkan hasrat kita, tetapi halangan utama kita adalah datangnya dari dalam diri sendiri. Inilah faktor terbesar manusia sering tewas di meda juang sebelum sempat bergelanggang dengan musuh. Buku ini diterbitkan sebagai sumber motivasi dan panduan dalam menghadapi mehnah, rintangan dan jalan berliku untuk mencapai kemenangan sebenar di dunia dan di akhirat.”

Maklumat pembelian boleh didapati di laman Facebook Harakahdaily (https://www.facebook.com/harakahdaily ) dan juga Ustaz Nasrudin Hassan (https://www.facebook.com/pages/Nasrudin-Hassan/303331692311)
Iklan Teks

Tiada ulasan:

Catat Ulasan