Sabtu, 19 Mei 2012

'Allah, Kebebasan dan Cinta' berjaya dilancarkan


'Allah, Kebebasan dan Cinta' berjaya dilancarkan
  • Ahmad Fadli KC
  • 4:36PM Mei 19 2012
 
Walaupun menghadapi pelbagai halangan dan kontroversi, buku Allah, Kebebasan dan Cinta berjaya dilancarkan secara sederhana di Kuala Lumpur hari ini.

Kira-kira 70 orang hadir dalam pelancaran buku penulis Kanada Irshad Manji yang diadakan di Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur dekat ibu negara awal petang ini.

irshad manji book launch 2Dalam ucapan ringkasnya, Irshad membincangkan konsep 'politik identiti' yang menurutnya cuba menyeragamkan Muslim dengan label tertentu dan kemudian bertukar menjadi ajaran yang tidak boleh dibantah dan diterima bulat-bulat.

Justeru, beliau mengajak peminatnya yang hadir untuk hidup dengan penuh integriti, dan bukan berdasarkan label, kerana menurutnya ia akan memperbaiki hubungan antara manusia dan Tuhan.

"Apabila anda hidup dengan penuh integriti dan menggabung jalin siapa diri anda secara keseluruhan, dan bukan sebahagian sahaja, anda akan mengeratkan hubungan anda dengan Yang Maha Esa," katanya.

'Manusia cipta mesin, Tuhan cipta keunikan'

Beliau turut mengulangi mesejnya sebelum ini yang mengajak manusia berfikir untuk diri sendiri kerana 'Tuhan Yang Maha Agung tidak akan mencipta manusia untuk menjadi robot atau mesin'.

"Manusia mencipta mesin tetapi Tuhan mencipta keunikan," kata Irshad.

NONETurut hadir bersama Irshad petang tadi adalah pengedar bukunya, Ezra Zaid dari ZI Publishing.

Mengulas larangan terhadap program Irshad yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini, Ezra berpendapat sebarang larangan sepatutnya datang dari Kementerian Dalam Negeri dan bukannya Jakim.

Beliau juga berharap agar buku itu tidak dilarang penjualannya apabila ia diedarkan di kedai-kedai buku berhampiran tidak lama lagi.

Buku pertama Manji, The Trouble with Islam Today: A Muslim's Call for Reform in Her Faith diharamkan di Malaysia selepas lapan tahun berada di pasaran.

Programnya hari ini adalah yang pertama dan satu-satunya berjaya diadakan selepas dua program lain di Monash University dan Borders The Gardens dekat ibu negara dibatalkan atas alasan sebab-sebab keselamatan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan