Jumaat, 9 Mac 2012

Panas! Najib tunangkan anak

Panas! Najib tunangkan anak pun pakai duit rakyat!

Kongsi72
PADA 17 Jun 2011, Perdana Menteri, Najib Razak melangsungkan majlis pertunangan anak perempuannya, Nooryana Najwa, 22 dengan seorang anak pembesar Kazakhstan bernama Daniyar Nazarbayev.

Anak Najib nak bertunang dengan anak siapa, bukan urusan kita untuk ambil peduli. Namun apa yang menimbulkan kemarahan rakyat ialah wang rakyat yang digunakan untuk membiayai majlis pertunangan itu.

Hari ini Pengarah Strategi KEADILAN, saudara Rafizi Ramli telah mendedahkan dokumen bukti penyelewengan duit rakyat oleh Najib Razak untuk membiayai majlis pertunangan anak perempuannya.

Dokumen 8 muka dengann cop rasmi Shang Ri La Hotel, Kuala Lumpur itu mendedahkan bahawa perbelanjaan majlis pertunangan anak Najib Razak yang berlangsung kira-kira 2 jam itu dibiayai oleh Jabatan Perdana Menteri, dengan jumlah keseluruhan perbelanjaan sebanyak RM409,767 [Malaysiakini].

Berikut dokumen yang dimaksudkan.



Pada halaman ke 4 dokumen itu turut menunjukkan rajah gambaran kedudukan pelamin untuk kedua-dua pasangan serta kedudukan hadirin yang menghadiri majlis itu.



Jelas di sini berlaku penyelewengan dana rakyat oleh Najib dengan menggunakan kedudukannya sebagai Perdana Menteri Malaysia. Duit rakyat digunakan untuk kepentingan peribadi dan ini jelas melanggar akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM.

Selepas ini tentu sekali laporan kepada SPRM akan segera dibuat dan jika SPRM benar-benar telus dan adil, maka Najib harus disiasat atas kesalahannya dan jika terbukti bersalah beliau wajib dikenakan hukuman yang setimpal.

Rakyat terkial-kial cari duit siang malam pagi petang, pemimpin habiskan duit rakyat untuk kegunaan peribadi.

ReJaM© "SPRM nantikan laporan dari kami dan jalankan tugas anda! "
Ruangan iklan dibuka! Hanya RM50/15 days
.........................................................................
Gel Untuk Lelaki Yang Sering Tewas?
Stor Rumah tangga, suami dan isteri!
Herba tambahan untuk lelaki hebat!
Menangi Galaxy Note dengan VMAX Original
Ubat Kuat Lelaki Kapsul Herba RELOAD
Share

Comments (10)

fuhhh..saper yg dpt tu doc tu...masuk x dlm berita agak2?
+3
che man's avatar
che man · 52 minutes ago
pandai sunggoh hang kumpul bukti hehehe...siap lah budak hotel tu nanti kena buang reja...
1 reply · active 38 minutes ago
0
Jack's avatar
Jack · 38 minutes ago
Ramai yang keje hotel tu, senang je nak snap dokumen ni. Tapi makluamt tak cukup lengkap. Betul ke untuk majlis anak najib razak? Or function lain. Jangan buat tuduhan melulu kecuali anda ada maklumat lengkap kes di atas. Harap dipersembahkan. Kahkahkah.....

Genk OKU (Org Kuat UMNO) akan cakap itu guna duit kelayakan peruntukan kepada PM. Kahkahkah...Mari lihat kenyataan balas blogger OKU.
0
akak's avatar
akak · 50 minutes ago
ish..tggu pencen bwu siasat...
+1
muezz's avatar
muezz · 46 minutes ago
matila ko ah jib gor,
kerja dlm halal... baru berkat hidup. terima kasih atas pendedahan ini
0
city hunter's avatar
city hunter · 26 minutes ago
Muhyiddin tgh snyum.. Hahaha..Najib lg pening, nk bubar parlimen.. klu kluar kt tv3 suku pon, mesti Najib ckp, "sy x nak layan fitnah mcm ni".. Apepon, mulut aku tgh dlm mode standby utk gelak bila baca komen pejuang melayu.. oh, I miss u sooooooo damn much!
0
umnOkerepot's avatar
umnOkerepot · 23 minutes ago
SPRM nk siasat?kes syahrizat lembuu 2 pun blum selesai,220 jutA~
+1
Oho's avatar
Kaye tapi gune duit rakyat apahal!
0
Sor Chai's avatar
Sor Chai · 13 minutes ago
MACC will delay investigation until 2020. But rakyat not worried becos all got pay rise and bonuses.

Post a new comment

Tiada ulasan:

Catat Ulasan