Khamis, 17 November 2011

Umat Islam diumpan Injil bertenaga solar
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berkata pihaknya telah mengesan lapan cara yang dilakukan oleh pihak Kristian bagi mendakyahkan orang Islam.
Antaranya dengan menggunakan sejenis radio rakaman menggunakan tenaga solar yang dimuatkan dengan cerita-cerita Kristian atau disebut  ‘Solar Powered Handheld Talking Bible’.

NONEPerkara itu didedahkan oleh exco yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal Islam, Datuk Hasan Ali dalam jawapannya kepada ADUN Sungai Burung, Mohd Shamsudin Lias.

Katanya, cara lain termasuk menubuhkan pelbagai pertubuhan kebajikan atau persatuan bagi tujuan memberi bantuan berbentuk kewangan terhadap mereka yang mempunyai kesempitan hidup seperti ibu tunggal, orang miskin, warga emas dan lain-lain.

Selain wang tunai, tarikan lain termasuk pemberian keperluan harian, modal perniagaan dan pelbagai lagi.
Tawaran hiburan

Menurut jawapan Hasan yang juga bekas pesuruhjaya PAS Selangor, dakyah-dakyah juga disebarkan melalui internet dengan pelbagai pendekatan dan tawaran.

Ini termasuk hiburan, bantuan, khidmat nasihat, kelas dan lain-lain.

Katanya lagi, bagi mengaburi pihak berkuasa, pihak Kristian membina pusat-pusat komuniti bagi menyebarkan dakyah mereka.
“Mewujudkan kelas-kelas tuisyen percuma kepada orang-orang Islam mahupun bukan Islam sambil menyebarkan sedikit demi sedikit kepercayaan agama Islam.

“Penyebaran risalah-risalah di tempat-tempat awam dan di rumah-rumah kediaman dan juga di IPTA.

azlan“Menterjemahkan Injil ke dalam bahas Melayu,” jawapan itu dipetik.

Selain itu, Hasan juga berkata penggunaan kalimah Allah juga digunakan dalam penulisan Kristian.

Sehubungan itu, menurut Hasan bagi mencegah orang Islam daripada murtad, JAIS akan memperkenalkan enam tindakan dan langkah pencegahan.

Ini termasuk menguatkuasakan Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan Di kalangan Orang Islam) 1988 terhadap mana-mana individu, persatuan atau pertubuhan yang mendakyah agama selain Islam kepada orang Islam.
  • Rex Xar · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Intel
    ape kehal yg nko buat macam org ilam nih bodoh sangat. takkan dengan org baca bible terus nak masuk kristian. pakai akai bulih tak. mungkin hanya org jais je macam tuh. aku pernah baca bible takkan JAIS nak cop aku golongan yg akan murtad.. bodo punya JAIS, ceramah agama hampa halang macam mana islam nak berkembang.
    • Arie Pklang · Pengulas Tertinggi · Kebun sawit
      berapa kali dah ko khatam Quran?
    • Otakku Simpson · Pengulas Tertinggi · UNIVERSITI PENGALAMAN MALAYSIA
      injil bertenaga solar? camne bentuk dier? injil mp3 kan ade je kt internet. dwld je. sape tau, bg link solar tu
    • Jamulidin Yahaya · Pengulas Tertinggi
      Yang peting jati diri individu.perbanyakkan ilmu agama kedalam jiwa kanak kanak islam di sekolah.kalau nak dikira,disekeliling kita ni penuh cabaran dan dugaanyg sentiasabersedia untuk memesongkan akidah kita.sampai bila kita asyik nak menyalahkan orang lain sahaja.
  • Diplomatik Bebas · · Pengulas Tertinggi
    Kenapa bila kita bukak TV jer, kita tengok BERITA, mesti negara Islam yang BERPERANG. Contohnya, Pakistan, Palestin, Iraq, Libya dan negara2 Islam yang lain. Dah berratus2 tahun cerita yang sama.

    Tetapi SANGAT2 JARANG kita lihat negara bukan Islam berperang. Contohnya Australia, Kanada, Sweden, Singapore.

    Kenapa? Jawapannya cukup MUDAH. Zionis telah menguasai DUNIA ini. Mereka telah MENANAMKAN SIFAT benci kepada ISLAM sejak kita KECIL menggunakan MEDIA.
    ...Lihat seterusnya..

[Baca berita penuh]

© 2011 Malaysiakini. All rights reserved. English|Malay|中文版|தமிழ்

Tiada ulasan:

Catat Ulasan